Jul 28, 2011

Noni yang brutal...hehhehe

Salam dan alooo untuk semua. Hari ni saya berDIY ngan Noni (noni creative.blogspot.com). Dari Johor. Saya kata dia brutal sebab dia memang brutal. Apa taknya, dia semalam tak tido sampai ke subuh buat kek lapis. Lelap jap jer, pastu kul 8 terus ajak somi dia hantar ke Seremban untuk blajar kek ngan saya.

Dia ambik 4 jenis kek jer - Russian Black n White, Snowy Peach, German Black Forest dan Strawberry Slice cake. Sebabnya nak berkejar balik untuk siapkan lebih 20 biji kek lapis dan beberapa kek lain. Customer nak ambik Sabtu nih...fuhhhh...gilo budak nih. Kalau saya, tak terlarat badan ni.

``Mula-mula ingat nak cansel dah kak sebab tetiba ada order banyak macam tu n customer plak nak ambik Sabtu nih. Tapi memikirkan kek akak, tak jadi lah. Lagipun bukan senang nak dapat date blajar ngan akak nih.

``Tak pa, sekarang ni saya blajar sket dulu, nanti bulan November saya sambung lagi,'' kat Noni.

Semangat Noni nak blajar ngan saya ni bertambah meluap-luap bila Fatihah yang penah jadi student saya minggu lepas,  bagi Noni rasa kek-kek yang dia blajar ngan saya.

``Sbenarnya kak, saya dah rasa kek Russian Black n White n Snowy Peach tu....memang sedap gila kak...tu yang saya tak peduli...nak gak datang belajar walaupun keja melapis banyak kat rumah tuh,'' alahai dik, terharunya saya. Tq banyak-banyak atas sokongan.

Noni datang ngan somi n 3 orang anak dia. Sementara tunggu Noni blajar, dia orang lepak dulu kat hotel Potato - hotel baru bukak. Dekat sangat ngan kedai saya. Kalau tak silap saya Noni kata tak mahal rega dia  - dalam RM60 jer kot...bleh lerr jadikan tempat lepak jap bagi somi-somi yang datang temankan isteri. Nanti saya dapatkan no phone.

Jom layan gambar-gambar kek Noni

Ni semua kek yang Noni blajar

Noni yang bersemangat waja dan brutal

Russian black n white Noni

German Blackforest

Snowy Peach yang Noni kata macam eskrim..yum-yummm

Ni body guard Noni  - Umairah yang sangat lerrr suka bercakap....cute budak nih...hehhe

Anak sulung Noni - Aishah - tak sabar-sabar nak makan Russian Black n White sebab dia orang penah rasa yang Fatihah bagi sebelum nih. Aishah yang merupakan pengkritik tetap kek yang ibu dia buat kata kek ni `marbeles'....

Umairah menjalankan aktiviti senaman gaya bebas selepas kenyang makan kek...

Untuk Fatihah, tengkiu banyak-banyak yea sebab tolong mempromosi kek-kek Kak Ina. Untuk Noni plak, selamat melapis...hehehhehe

Ok, ni mesej Noni kat saya:
salam, kak ina. tqvm sudi ajar noni. mmg berbaloi dtg jauh2 dgn x cukup tido tpi amat puashati. kek akk mmg marbelas, thnks kak. kita jumpa nov nanti...hubby saya tabik spring kt akak bila saya ckp russian black n white n snowy peach kek ciptaan akak...


Sama-sama dik. Tengkiu gak sebab sudi blajar ngan saya. Pas ni bleh buat kelas kat Johor plak. Bagi orang johor rasa kek-kek yang marbelas tu....hhehehhe...

Ngan Haslinda dari Melaka plak...

Salam dan alooo untuk semua....Rabu semalam, DIY nga Haslinda dari Melaka. Haslinda yang keja kat Maktab Perguruan Perempuan Melaka ambik cuti khas untuk datang belajar kek ngan saya. Somi yang temankan. Linda ambik 6 jenis kek  - Black Forest Cheese Cake, Chocolate Indulgence, Russian Black n White, Snowy Peach, Italian Rainbow dan Opera.

Linda ni memang dah ada pengalaman dalam baking ni. Dah buat jual pun. Saja nak mendalami ilmu di dada. Kami start kul 11 pagi, settle kul 5 ptg. Pas ni bleh la menambahkan lagi produk jualan yea...Dengar kata, ramai dah geng-geng kat opis tu yang tak sabar-sabar tunggu Linda masuk keja. Semua nak rasa kek yang Linda blajar - ahakssss.... Ok lerr tu promosi Hari Raya.

Linda kata, dah lama dia ngidam nak buat kek Opera ni. Geramm jerrr tengok kat blog saya -ehehehhe

Linda ngan hasil semalam

Suka susunan colour Italian Rainbow Linda...

Snowy Peach Custard Cream

Chocolate Indulgence

German Black Forest

Russian Black n White

Jul 27, 2011

Noor Putrajaya dan Wani Ganu Kite

Salam dan alooo untuk semua....Senin kemarin, Noor yang penah ambik kelas DIY ngan saya datang lagi skali. Kali ni dia nak fokus kat subjek steamed buttercream saja. Ni 1st time Noor hias kek. Sebelum ni Noor buat kek-kek continental jer.

Saya tepuk dahi bila Noor bagi tahu dia kidal. Alamakkk....susah nih. Dah lerr 1st time pegang nozel, kidal plak. Saya ni plak tak brapa reti nak ngajar orang kidal. TAPPIIII....tak tau lerrr sama ada saya yang terror ajar (ahakkkksssssssssss) atau Noor yang memang CHARDAS MINDA ... skali jerr saya ajar dia buat bunga tu, dia tengok, pastu dah bleh terus buat. Cantik plak tu. Seriussss, saya tak tipu.

``Tipulah Noor ni...cakap tak penah buat bunga, tu, boleh...skali ajar jerrr, tipu, tipu, tipu...','' saya cakap ngan dia.
``Ya Allah, kak...demi Allah, demi Allah...ni lah 1st time saya buat kak. Sebelum ni tengok-tengok kat Youtube jerrr,'' Noor cakap.

Tak per lah...saya percaya cakap Noor nih. Ok ni gambar Noor. Dia sorok sket muka sebab takut orang berebut-rebut nak berkenalan ...ahakkksss...gurau Noor. Ok Noor, jumpa lagi bulan depan. Tq yea sebab terus beri sokongan pada saya.

Noor Putrajaya yang malu-malu kuchinnnnggg..

Hasil Noor yang baru 1st time buat bonga dan hias kek. Kira ni lah kek 3 tingkat pertama dalam idup dia..ahaksss

Semalam plak, Wanie dari Terengganu datang berguru ngan saya. Asal usul kelatan, tapi keja di Ganu. Mula-mula Wanie ni hampir-hampir nak cansel class sebab masalah logistik dan pengangkutan. Tapi yang lawak tu kata Wanie...``Mengenangkan creampuff akak tu, saya tutup mata, datang gak,''  - hehehhe...terharu akak dik.

Wanie ambik 3 jenis kek besar  - Chocolate Indulgence, Bluberry Cheesecake dan Italian Rainbow. Yang lain dia ambik 4 jenis slice cake, cream puff n eclairs dan fruit tart.

Sebenarnya Wanie ni dah buat jual pun fruit tart tu. Tapi seperti biasa dia ada masalah pastry yang cepat sangat lemau. So dia nak blajar pastry resepi saya yang dah disahkan oleh student saya sendiri - Wani gak ( yang dari KL tu). Saya suruh dia letak fruit tart tu kat luar jer (bukan dalam chiller). Nak tengok brapa lama tahan. Dia kata sehari. Keesokan tengaharinya baru start lembut sket. Tak perlu sapu chocolate cair sebagai layer. Tapi kalau dalam chiller, 4,5 hari pun still rangup. Cuma untuk fruit tart, buah tu lerr yang tak berapa comei lagi.

Ni gambar sekitar class
Hasil Wanie semalam

Wanie - mek kelantan yang dok di Ganu

Italian Rainbow

Fresh fruit slice cake

Chocolate Indulgence
Blueberry Cheesecake


Creampuff

Eclairs

Fruit tart

Shell tart ni lah yang Wanie nak blajar....tak mudah lemau dan bleh simpan lama  - still rangup dan tak hapak

Jul 25, 2011

Kelas demo last sebelum raya......

Salam dan alooo untuk semua...

Pada yang berminat nak buat cheesecake Hari Raya ni, jangan lupa kelas Cheese Cake Sabtu ni yea...


KELAS ADVANCE CHEESECAKE  BZEE BAKERY

 Tarikh: 30 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
 Kelas: Advanced Cheesecake
- Double Chocolate Cheesecake, BlackForest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake
Harga: RM150
Deposit: RM50
Apa yang perlu dibawa semasa datang kelas: Bekas @ tupperware untuk bawak balik cheesecake yang dipelajari


 Japanese cotton cheesecake
Blackforest Cheesecake

Double Chocolate Cheesecake


  1. Pelajara cara buat 3 jenis cheesecake yang sangat YUM, YUMMMM....- cotton cheesecake yang gebu dan halus teksturnya, Blackforest cheesecake lemak dan masam-masam manis dengan rasa buah black cherry dan double chocolate cheesecake yang lemak dan kaya dengan rasaa chocolate.
  2. Juga pelajari cara membuat traditional base cheesecake yang ranggup dan sedap. 
  3. Pelbagai tips penting membuat cheesecake yang cantik dan insyallah gerenti menjadi
Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:
i. Bank in deposit RM50ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 29 JULAI.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai Isnin 25 Julai)


ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS CHEESECAKE 30 JULAI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

PERHATIAN: 
1. SEMUA KELAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHA

2. KELAS HANYA AKAN DIADAKAN JIKA CUKUP MINIMUM 4 PELAJAR

Jul 21, 2011

Kamsiah dan petua special legakan batuk...

Salam dan alooo untuk semu - Sian Kamsiah...dia terkejut hampir pengsan (ahaksss) baca pengumuman saya kat blog suruh sms saya apa yang nak blajar. Terus dia sms. Rileks dik...bukan awak yang buat salah, saya yang bersalah dan alpa...Sistem penyimpanan record saya memang teruk...selalu tak tau letak kat mana. Saya janji akan berubah...insyallah...

Kamsiah atau lebih dikenali sebagai Kam ni jenih punctual betul. Kelas kul 11, kul 7.30 dah bertolak dari KL. Rumah dia kat area Sunway Piramid tuh...Kul 9 dah sampai. Tapi dia lepak dulu ngan hubby dia. Bfast. Kul 10.30 dah sampai ke kedai saya. Masa tu saya tengah timbang-timbang bahan. Tekun dia menunggu saya.

Kami start kul 11 tepat. Dan habis settle semua kul 5 ptg. Semua 5 kek yang Kam buat hari ni - Russian Black n White, Italian Raibow, Red Velvet, Snowy Peach dan German Blackforest - cepat kan...?

Selain Kam memang cekap dan dibantu oleh 3 orang maid saya dari Taiwan tuh, saya juga sangat-sangat lega  sekarang ni sebab ada Mas Idayu yang tolong saya kemas dan basuh pinggan. So, cepat la sket keja. Kiranya sebelum kami break for lunch kul 1.30, semua kek dan krim dah siap. Tinggal melepa jerrr..

Kam ni ramah budaknya. Rajin bersembang. Dalam banyak-banyak topik tu saya nak share petua Kam yang unik. Ni 1st time dengaq. Cara nak legakan batuk. Kam dah cuba, dia kata berkesan. Caranya minum sesudu besar kicap (tak kisah kicap apa - kipas udang ker, tamim ker, atau apa kerrr) yang diperah ngan sedikit limau (limau nipis ker, limau kasturi kerrr..).

``Baca la selawat sket, lagi elok. Saya dah penah try, alhamdulillah, lega, tak batuk lagi,'' kata Kam. Ok gak tu kan.....nak try laaah. Dah batuk beberapa hari tak baik-baik nih.

Sapa nak cuba, silalah...mana tau bleh serasi....

Ni gambar-gambar sekitar class hari nih
Kam ngan kek-kek yang dia buat. Jelezz nengok muka Kam ni...walaupun seharian ngadap kek, muka tak berminyak sket pun..tengok tuh...macam  baru lepas make-up jer kannnn....? Muka saya, tak yah cakap lerrr...berminyak sampai dah bleh buat masak sambal sotong...ahaksss (tetiba teringat sambal sotong plakkk...ahaksss)


Kek-kek yang Kam buat
Red Velvet

Italian Rainbow

Snowy Peach

Russian Black n White

German Black Forest
Tengkiu yea Kam - jumpa lagi 4 November depan. Harap-harap saya tak hilangkan emel Kam lagi...ahaksss

p/s: nama assitant saya bukan Mas Idayu, tapi Maz..- Maznah...ahaksss

DIY ngan Fida yang dapat blajar percuma buat chocolate ball sempoi

Salam dan alooo untuk semua....Fida dari Somban join kelas DIY kelmarin. Ni 2nd time Fida blajar ngan saya. Tq dik sebab masih sudi blajar ngan akak nih....Hari ni Fida blajar 5 jenis kek - Russian Black n White, Chocolate Indulgence, Chocolate Moist, Marble Cheesecake n Italian Rainbow.

Cepat gak budak ni buat keja walaupun dia datagn 1/2 jam lambat sebab menghabiskan meeting kat opis. Kami start 11.30, settle dalam kul 5 petang. Tapi memandangkan cheesecake tak berapa nak set lagi, saya suruh dia tunggu jap. Dalam kul 6 baru Fida balik. Sementara menunggu tu Fida tolong saya buat kek untuk order customer saya - Linda. Tolong pack jerrr.Tq yea dik.

Atas jasa baik Fida tolong pack dan juga tolong kemas dan lap meja tu, saya bagi resepi free Chocolate Ball kat Fida. Bukan setakat bagi free resepi, siap tunjuk n buatkan lagi chocolate ball yang senang tuhh..Dah rezeki Fida.Yang lain jangan jelez yeaa...ahaksss

Tapi sbenaqnya, senang bangat buat chocolat ball tu...Guna apa-apa lebihan kek yang ada. Tak kira la kek chocolate ka, butter ka, sponge kaaa.....Ramas atau guna K beater untuk hancurkan kek tu (kalau  banyak lerrrr, kalau sket, ramas jerrr). Pas tu cuba kepalkan atau bulat-bulatkan. Selagi tak bleh kepalkan, masukkan apa yang ada di sekeliling anda (ahaksss) - susu pekat ker, ganache ker atau cream cheese (yang nih, lagi lerr sedapnyerrr, tapi kos tinggi lerrr).

Bila dah bulat-bulatkan, masukkan dalam peti aih jap, biar dia keras sket. Pas tu, cairkan coklat cara double boil (tak yah boh apa-apa - coklat kosong), celup jerr chocolate ball tuh. Pas tu kalau suka, golekkan ngan chocolate rice ker, colour rice ker, badam ker atau biar kosong pun bleh. Bleh drizzle ngan white cholate pas tu. Boh dalam paper cup - siapppp...sekian, terima kasih....


Ni gambar-gambar class. Tak banyak gambar sebab Fida tak nak potong kek dierr...nak surprisekan somi dan anak-anak di rumah...
Fida yang suka gelak ngan semua kek yang dia buat

Ni plak chocolate ball sempoi yang Fida blajar n dapat freee....

Pengumman - Errrrr.....tulunnnnnGGGG

Salam dan alooo untuk semua...

Untuk student- student DIY berikut, mintak tolong emel  saya sekali lagi subjek yang nak blajar. Kasi nombor phone skali yeaaa...

Saya dah buat satu dosa besawww...terdelete n tak dapat cari mana saya letak emel u allzzz yang saya dah save. Tiga hari tiga malam cari tak jumpa, jumpa...

JULAI

27 Julai (Rabu) - Haslina Kusni, Melaka
28 Julai (Khamis) - Noni, Johor

OGOS
2 Ogos (Selasa) - NURADILA 
 4 Ogos (Khamis) - Nisya Madi, Senawang
5 Ogos (Jumaat) - Norah Ahmad
8 Ogos (Isnin) - Nazlin
9 Ogos (Selasa) - Kak Suzi, Seremban
10 Ogos (Rabu) - Lily, UK Perdana
11 Ogos (Khamis) - Kak Fatimah
12 Ogos (Jumaat) - Sathi, Nilai



SEPTEMBER 2011 (SELEPAS RAYA POSA)
14 September (Rabu ) - Halijah Tasman
15 September (Khamis) - Halijah Tasman
16 September (Jumaat) - Idza Zulzila
19 September (Isnin) - Nisya Madi, Senawang
20 September (Selasa) - Zira Hussein
21 September (Rabu) - Zira Hussein
22 September (Khamis) - Miza Hamid
23 September (Jumaat) - Amina Sagap
26 September (Isnin) - Rozlina Rahman



Oktober

20 Oktober (Khamis) - Farah Haneem

Segala kesulitan amat dikesali.....MAAF ZAHIR BATIN..

Jul 20, 2011

Kamsiah....kenapa sepi tanpa berita...

Salam dana alooo

Harap maklum - Kamsiah Suparman yang akan join kelas DIY saya esok (21 Julai) mintak tolong call/sms saya list yang nak belajar. Puaih cari dalam emel, tak jumpa la plak.. takut terdelete emel yang salah....sorrry

Saya yang selalu alpa....(ahaksss)




Zalina

Dua bradik yang cooollll

Salam dan alooo untuk semua....hari ni pasangan adik beradik paling coolll - Kak Asmah dan Kak Yati sekali lagi joint kelas DIY ngan saya. Tak ingat dah berapa kali. Rasanya kali ke3 kot. Sebelum ni dia orang banyak joint kelas demo yang saya buat setiap sabtu tu.

Kali ni Kak Asmah n Kak Yati nak blajar buat bun plak. Asalnya 10 jenis. Tapi dah doh lebih, saya bagi xtra beberapa lagi design untuk dia orang. Selain roti dia orang juga blajar buat kek Italian Rainbow.

Jom layan gambaq-gambaq sekitar class tadi:

Kak Asmah tengah make-up roti. Cepat ka, cepat kakkkkk...oven dah panaih...hehehhe (sajerr jerrr bagi presure suruh cepat..ahakssss)

Adik Kak Asmah - Kak Yati - pun sama tengah pulunnnnn.

Berjaya menghasilkan bun yang LOMBBBUTTTT.....Kak Yati kata: ``Tak sangkanya bleh buat roti hari ni....selama ni tengok jerr roti kat kedai..,'' hehehhe....apa plak tak sangkanya...dah depan mata tu kak....hehheheh 

Dari atas ke bawah - Red Bean, Pineapple Roll, Crossoint Roll n Sosej Roll

Cheese n Blueberry bun

ikut pusingan jam - Custard peach bun, Mixfruit bun n Mexican Bun

Mini pizza n Sardine bun

Mixfruit bun

Kak Yati n Asmah ngan kek Italian Rainbow. Masing-masing tak nak potong. Nak surprise orang kat rumah...hehehhe

Untuk Kak Asmah n Kak Yati - tengkiu yea sebab tak jemu-jemu blajar ngan saya. Slamat bertungkus lumus membuat persiapan kenduri kawen anak sulung kak Asmah.