Dec 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUAAAAAAAAAAAA.....

Asskm dan aloooooo untuk semua....



Syukur Alhamdulillah kita diberikan kesempatan olehNYA untuk melangkah ke tahun baru. Saya berharap tahun baru 2012 ni akan menambahkan lagi keberkatan Allah keatas apa yang kita semua  lakukan.

Saya juga mendoakan semoga Allah terus menetapkan iman kita semua dalam menerima apa sahaja dugaanNYA baik susah atau senang.

Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk terus berusaha mencari rezeki yang berkat.

Untuk diri saya sendiri, saya amat-amat bermohon padaNYA semoga  hati saya sentiasa bersih daripada sikap-sikap negatif yang akan merosakkan semua amalan.

Saya sangat bersetuju dengan satu quotation yang saya baca baru-baru ni (tak ingat kat mana...) yang bunyiknya lebih kurang macam ni -

Untuk berjaya dan terus berjaya, kita bukannya bergantung pada tangan yang cekap berkerja;  kaki yang pantas bergerak; mata yang tajam melihat atau telinga yang pantas menangkap peluang,

TETAPI sebenarnya bergantung pada HATI  YANG BERNIAT BERSIH. Jika kita mulakan segala kerja kita dengan HATI DAN NIAT YANG BERSIH, insyallah sebahagian daripada kejayaan telah menjad milik kita...- betulkannnn...?

Untuk semua student  yang tak jemu-jemu bagi sokongan pada saya, TERIMA KASIH tak terhingga saya ucapkan. Sekali lagi saya nak cakap - Anda adalah inspirasi saya untuk terus berkarya menghasilkan kek-kek baru.

Banyak lagi modul dan kek-kek baru yang saya akan perkenalkan . Insyallah dalam masa terdekat nanti saya masukkan dalam jadual.

Ok, sekali lagi saya nak wish - SELAMAT TAHUN BARU untuk semua.

(30 Disember) Class terakhir 2011 - Zu, Intan n Kak Faezah


Asskm dan alooo untuk semua....Hari ni berDIY ngan Zu. 3rd time Zu berguru ngan saya. 1st time masa kelas demo dan baru-baru ni dia ambik kelas menyelit. Tapi kali ni dia pula diselit oleh dua student lain - Intan dari Putrajaya dan Kak Faezah - orang kampung saya dari Pokok Sena, Kedah.

Tiga kek Zu request hari ni - Royal Caramel, Chocolate Indulgence dan Chocolate Mascarpone. Memandangkan class habis agak awal, Kak Rafeah n Intan request untuk blajar Red Velvet. Alhamdulillah kelas terakhir untuk tahun 2011 ni berlangsung dengan sempurna dan lancar. Habis pada masa yang ditargetkan.

Kak Faezah (kiri) dan Intan. Hari ni (30 Disember) birthday Intan. Happy Birthday Intan. Kira buat kek untuk diri sendiri la yea...hehhee

Zu - pas siap buat kek terus balik kampung. Sambut new year kat kampung di Johor
Kelas tambahan - Red Velvet
Royal Caramel

Chocolate Mascarpone

Chocolate Indulgence

Rv



Untuk Zu, Intan n Kak Rafeah tq dan semoga u all suksesss buat kek-kek ni kat rumah. Jangan balik simpan jer resepi. Kena buat selalu. Baru perfect.

Dec 29, 2011

DIY 29 Disember - Persiapan Izza untuk bday anak sulung. Lin turut menyelit

Asskm dan alooo untuk semua....Izza datang blajar kek hari ni dengan satu niat suci murni sebagai seorang ibu (cheewwwwahhh....bahasa sastaera plak...). Niat itu tidak lain tidak bukan adalah untuk persiapan nak buat kek kawin anak dara kechik dia minggu depan. Anak Izza nak kek castel. Tapi disebalik niat suci murni tu, terselit unsur-unsur lawak Izza ni.

Saya tanya dia naper blajar kek putih semuanya,tak dak kek coklat sebab budak-budakkan suka coklat.... (dia blajar Italian Rainbow, Snowy Peach dan Pavlova). Jawapan Izza ``susah la kak, nanti kotor baju.Bila basuh susah nak keluar,'' hehhehehe...boleh ggggitttuuuuu dik..?

``Tapi ok gak kan kak buat kek coklat...kalau dia orang nak makan, soh la diaorang bukak baju,'' ak aaaa dikkkk...orang tu suka-suka happy-happy nak sambut birthday, ko nak suruh bukak baju sebab nak makan kek coklat. Hmmmmmmmm tak pa lah Izza, buat la apa yang patut asal bahagia....

Hari ni selain Izza, turut menyelit - Lin. Kecoh budak neh. Mula-mula baik jerrr. Tekun belajar dan buat-buat muka bersalah sebab datang lambat. Tapi dah petang sket, mula kecoh n huru hara. Dia blajar kek sajer-sajer jer. Nak mengasah bakat yang mula nak bercambah dalam bidang baking neh.

Izza

Lin hias kek sambil makan pavlova...chaaayyyyaaaa lah Lin

Tengah pulun buat pavlova

Tuuuu diaaaa....punya la tension atoq buat...(sbenaqnya tak susah mcm mana pun..saja dia buat-buat tension...ahakksss)

Snowy Peach

Italian Rainbow

Lin n Izza

DIY 27 & 28 Dis - Salina ngan roti, cheesecake n cucur badaknyaaaa

Asskm dan alooooo untuk semua....Hari Selasa n Rabu semalam, Salina - Inasallybakery dari Penang ambik beberapa package untuk mempelbagaikan produk dia. Kiranya ni untuk persiapan untuk sambut tahun baru.

Hari pertama dia ambik 6 jenis puding komersial - puding caramel, jelly kelapa, blackforest, soya cocktail, cendol dan trifel. Semua puding untuk tujuan jualan. Boleh dijualan antara RM1 - RM180. Bergantung pada jenis puding la So, semua diisi dalam bekas comel-comel. Sekotak gak lerr Salina wak balik kesemua 6 jenis puding yang dia buat kelmarin. Dah bleh buat jual terus...hehehe

Selain puding, hari sama gak dipenuhi ngan aktiviti menguli roti - sweet bun. Ada beberapa kejadian yang tidak `diingin' berlaku semasa proses menghasilkan roti ni. Satu - masa timbang air. Salina biasa guna bekas penyukat air tu terus jer. Maksudnya dia tak timbang lagi. Betul-betul ikut sukatan yang dah dibagi. Tapi pas masuk dalam adunan, saya tengok adunan agak keras. So, atas rasa tak sedap hati, saya soh dia timbang balik betul-betul. Hmmmmm....betoi rupanya. Kurang sampai 400gm!!!1..Tak bleh pakai betul penyukat neh. So, pengajaran untuk anda semua, jangan percaya pada penyukat anda. Timbang guna penimbang. Tapi penimbang pun kalau boleh penimbang digital. Yang ada jarum-jarum tu pun kekadang tak bleh dipercayai...sebab jarum selalu lari..hehhehe

Peristiwa kedua - punya la ralit bersembang, Salina lupa boh gula dalam adunan roti. Sib baik jadik gak roti. Cuma tawar dan agak kering sebab tak dak gula. Gula penting untuk bagi kesan lembab pada roti. Tak pa...lengkali jangan lupa gula yea Salina...hehhehehe

Selain roti dan puding, Salina gak ambik Baked Oreo Cheesecake.

Hari kedua semalam saya menjemput pensyarah jemputan yang pakar dalam kuih tradisional - Kak Akma untuk ajar satu lagi package yang Salina nak. Saya malaih nak mengajor. Selain tak berapa pandai (mengaku awal-awal....hehhehe), minat pula kurang mendalam dalam bidang kuih-kuih tradisional ni. MInat makan jerrr...hehhehe

Dalam package tradisional ni, Salina blajar 10 jenis semuanya -  cara berlauk, donut, pulut panggang, sardin roll, koleh kacang, kasturi, popia basah, tako, cucur badak, kuih bakar jagung dan samosa. Semua ni untuk frozen. Turut menyelit kelas ni - Nora (cikgu macaron) n Fahrun.

Ni gambar-gambar sepanjang kelas 2 hari lepas.

HARI PERTAMA - 27 DISEMBER
Package sweet bun    

Baked Oreo Cheesecake

Soya coktail

Puding cendol

Triffle

Kelapa Jelly

Blackforest

Caramel

HARI KEDUA - 28 DISEMBER

Samosa

Cucur badak

saya panggei kuih nih...kuih kacang

Kuih bakar jagung

Pulut panggang

Bahan pulut panggang yang dijadikan pulut sambal...gara-gara dah malas nak menggentel jadi pulut panggang dan malas membakar

Tako

Kuih cara berlauk

Popia basah

Donut gebuzzz

Koleh kacang

Masing-masing gumbira sebab berjaya buat kulit popia setelah sekian banyak terpaksa direject

Ni lah pensyarah jemputan saya - mengkhusus dalam bidang kuih-kuih tradisional - Kak Akma. Orang Ganu yang kini dah jadi orang Pilah...Sapa yang berminat nak blajar kuih-kuih tradisional ni, inform saya. Saya bleh panggil Kak Akma datang bakery. Minimum penyertaan 4 orang. 100% hands on. Rega RM250
Untuk Salina, tq yea dik sebab tak jemu-jemu blajar ngan saya. Suksesss yea n happy new year.

Dec 26, 2011

DIY 26 Disember 2011 - Sue, Hasnah, Kak Ani dari Singapore

Asskm dan alooo untuk semua...Sue dari Singapore datang lagi. Ni 3rd time dia berDIY ngan saya. Seperti biasa dia bawak geng lagi - Hasnah (2nd time) dan student baru - Kak Ani yang kechoh..hehhehe. Dia la student partama yang tanya 2 soklan CEPUMAS ni kat saya iaitu:

1. Macam mana nak makan pavlova
2. Pavlova ni kena minum ngan air apa....

............ lawak betoi..(errr dia bertanya dengan serius...bukan buat lawak)

Hari ni, dia orang bertiga ni blajar 3 kek baru ciptaan Bzee Bakery - Royal Caramel, Nutty Caramel dan Chocolate Mascarpone. Satu lagi - Pavlova. Memandangkan dia orang bertiga ni datang dan balik hari dari Singapore, so Sue mintak saya siapakan 2 kek dulu. Satu lagi kek saya tunjukkan demo dalam kelas.

Tapi masa melepa dan menghias kek, masing-masing buat sendiri. Untuk Pavlova plak, Hasnah n Kak Ani nak try buat pavlova kechik yang comel-comel tu. Sue plak pilih Pavlova yang standard saiz.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan siap pada waktu yang ditargetkan - kul 6 petang. Siap semua termasuk photo shooting n urusan packaging.


Chocolate Mascarpone


Royal Caramel

Nutty Caramel

Mini Pavlova

Pavlova bersaiz standard - 9 inch  - 2 layer


Kak Ani tengah pulun melepa Royal Mascarpone

Sue nak buat Pavlova saiz standard, Kak Ani n Hasnah plak pilih yang mini

Student kechik...Sofiya (anak Hasnah) tolong mama dia letakk buah atas pavlova.

Slice cakes untuk photo shooting ni Sue bagi kat asistant CEO saya - Kak Mas. Tq Sue. Susah, susah jerrrr...


Dari kiri - Hasnah, Kak Ani dan Sue
Tq untuk Sue n Hasnah yang tak jemu-jemu datang blajar ngan saya. All the best untuk u all berdua.

Untuk Kak Ani, sampai sekarang saya still dok gelak sorang-sorang mengenai fakta dunia hiburan yang dia bagi tau saya masa kelas tadi. Lawak aaa Kak Ani neh...minat betul dia kat artis-artis Malaysia neh...hehheehe...Tapiiiiiiiiii....serius  kerr kakkkkkk...? Tapi klu seriussss.....hebat betoi Datuk tu kan kakkkk.....hehehhehe