Mar 30, 2009

KELAS MUFFIN


Kelas Muffin semalam (Ahad) dibuat atas permintaan ramai pelajar yang nak belajar cara mudah, cepat dan ekonomik (bahasa pasarnya bajet rendah leerr...hehehhe) untuk buat muffin.

Empat jenis muffin popular - chocolatechips, bluebrry, pisang dan pumpkin (labu isi kuning tu...)

Kebanyakak yang mintak kelas ni nak buat jual sambil-sambil. Ada yang nak hantar ke sekolah, ada yang nak letak kat kantin-kantin opis dan ada juga yang nak makan sendiri jer.

So, dalam kelas semalam, saya bagi dua versi resepi. Satu yang untuk makan anak-anak dan keluarga (yang dalamnya macam-macam ada! - walnut, gajus, chocolatchips yang banyak, whipping cream dan pastinya butter dan minyak jagung mahal). Tapi resepi ni confirmlaaa bajet tinggi dan susah nak jual, kecuali kalau pelanggan sanggup bayar tinggi.

Satu lagi versi resepi ialah untuk yang nak berniaga. Seperti yang dijangka, ramai yang suka muffin coklat dan blueberry tu.

Saya juga peturunkan petua macam mana nak buat costing dan berapa sepatutnya nak jual mufin-muffin tu. So, semalam, ramai la yang dah berkira-kira dan bukak kilang muffin coklat n blueberry di Negeri Sembilan ni, guna resepi bajet rendah yang saya bagi tu .....heheh, gurau jer....!! Sebabnya cara saya mudah dan cepat. (sebenarnya, malu nak cakap, tapi cakap jer lah...saya ni jenis yang malas...suka cari shortcut dan permudahkan cara buat keja. Tapi saya akan make sure, hasilnya sama la, yea dak....).

So, sapa yang dah terlepas kelas ni, jangan panik dan tension-tension, saya akan buat lagi. Kena selalu tengok jadual saya. Kalau nak berdua-duaan (heheheh...) kelas dengan saya pun boleh. Call saya Zalina (019 - 282 0053).

Mar 28, 2009

JADUAL KELAS BZEE BAKERY APRIL 2009

SABTU 4 APRIL
11.00 PAGI
Harga: RM80
Kelas Hands On Pizza
1. Hawaian Pizza
2. Pescatora (seafood) Pizza
3. Indiano (Vegetarian) Pizza
4. Mexican Pizza
Kandungan kelas:
i. Cara membuat roti/base pizal, cara membuat roti/base piza untuk frozen dan cara membuat 4 topping berbeza.
ii. Cara membuat costing untuk jualan
iii. Resepi percuma (termasuk cara membuat): Pizza ekspress 5 minit.
Barang yang perlu dibawa: Apron, kain lap, pencanai dan bekas untuk bawa balik kesemua piza yang dibuat.

AHAD 5 APRIL
11.00 pagi
Harga: RM50
Kelas kek butter special:
i. Kek Prune (dengan krim prune)
ii. Kek Kurma
iii. Kek blueapple (blueberry &pineapple)
____________________________________________________________________
MINGGU KEDUA

SABTU 11 APRIL
11 PAGI
Harga: RM60
Kelas biskut/cookies (resepi baru) – 6 jenis
i. Black forest
ii. Thousand Nuts
iii. Crunchy Croquant
iv. Sweet Isabella
v. Chocolate Heaven
vi. Snow Lemon
AHAD 12 APRIL
11 PAGI
Harga: RM50
Kelas Kek Cheese
i. Tiramisu
ii. Cotton Cheese cake
__________________________________________________________________

MINGGU KETIGA

SABTU 18 APRIL
11 PAGI
RM: RM70
Kelas praktikal membuat bun
i. Bun pizza
ii. Bun sosej
iii. Bun Kacang merah
iv. Bun Serunding
v. Bun Pintal buah-buahan
vi. Bun Cheese
Cara mudah membuat roti menggunakan resepi bakeri yang diolah khas untuk kegunaan di rumah.
Barang yang perlu dibawa: Apron, kain lap dan bekas untuk membawa pulang kesemua roti yang dibuat.

AHAD 19 APRIL
11 PAGI
RM50
Kelas kek Chiffon
i. Chiffon Cofee
ii. Chiffon nenas
iii. Chiffon pandan
Pelajari teknik mudah dan gerenti jadi membuat kek chiffon yang lembut dan gebu
Beberapa tips/petua menarik bagaimana menghias kek chiffon menggunakan fresh cream
____________________________________________________________________

MINGGU KEEMPAT

SABTU 25 APRIL
11 PAGI
KEK CONTINENTAL
RM50
I. KEK MOUSSE KIWI
II. KEK MOUSSE MANGGA
III. ICE CREAM CAKE

AHAD 26 APRIL
11 PAGI
KELAS PRAKTIKAL KEK FONDANT MINIATURE (UNTUK HANTARAN)
Harga: RM130
Kandungan kelas:
i. Cara membuat fondant
ii. Cara meletakkan fondant atas kek
iii. Cara menghias menggunakan pelbagai teknik seperti royal asing, fondant (membuat bunga mudah, riben, bentuk-bentuk lain seperti itik, ikan dan sebagainya)
iv. Setiap pelajar akan diberikan tiga biji kek mini untuk dihias
Barang yang perlu dibawa: Apron, pencanai kecil, tuala kecil dan pisau kecil.

Syarat-syarat:
1. Sila sahkan kehadiran anda selewat-lewatnya pada JUMAAT setiap minggu dengan menghubungi/sms : ZALINA – 019 – 282 0053. Sila nyatakan nama anda dan kursus yang ingin diikuti.Lawati blog http://bzeecake.blogspot.com/ untuk melihat contoh-contoh produk dan berita terkini Bzee Bake.

Kelas Fondant






Hari ni, ada kelas fondant untuk empat student - Kak Zu, Mala, Kak Long n Kak Zaharah. Daripada empat orang tu, cuma Kak Zu yang saja yang ada basic decoration. Kak Zu penah belajar buttercream n steamed buttercream cake decoration. Yang tiga orang lain tu memang tak ada basic, tapi minat sangat dengan decoration kek fondant ni.
Saja-saja nak belajar kata dia orang, tapi kalau u all tengok hasil-hasil kek fondant yang dia orang hasilkan, macam tak pecaya jeer yang dia orang ni baru pertama kali pegang fondant.
Anda tengok sendiri gambar-gambar hasil keempat-empat `budak baru belajar ni....'. Kalau rajin buat selalu ni, tutup kedai lah saya, tak bleh nak berniaga kek fondant lagi...hehehhe.
Tapi tak pa, tu rezeki masing-masing. Kalau rajin buat selalu, saya confident hasil dia orang akan lebih halus n cantik.
So, pada sapa-sapa yang nak blajar fondant (jangan bimbang, kalau tak dak asas pun saya akan ajar sampai boleh), boleh cll/sms saya, zalina (019 282 0053). Harga setiap kelas RM150 sahaja.
Dalam kelas asas fondant ni, anda akan diajar;
i. Cara membuat fondant dan royal aising
ii. Cara mencanai dan meletakan atas kek
iii. Cara membuat bunga rose, daun, bunga dan hiasan-hiasan mudah yang lain
iv. Pelbagai teknik hiasan lain yang akan menampakkan kek fondant anda esklusif dan cantik dan nampak macam profesional
v. Pelbagai petua-petua penting semasa menghias kek fondant
Jika anda dah ada minimum geng 4 orang kawan, saya boleh start kelas pada bila-bila masa (weekdays). Kiranya ikut masa free anda laa, sebab kalau nak tunggu saya masukkan dalam jadual bulanan, mungkin anda kena tunggu lama sket.
Satu lagi....jangan lupa tengok jadual bulan April ya...ada macam-macam kelas seperti buat biskut raya (semua resepi baru), kelas praktikal pizza, bun dan kelas kek cheese.

Mar 25, 2009

Fondant Cupcake










Selain menggunakan buttercream atau soffondant/steamed buttercream, cupcake juga boleh dihias menggunakan icing fondant. Cupcake fondant ni selalu ditempah untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan.

Harga untuk cupcake fondant bermula daripada RM4.50 satu. Bagaimanapun harga berbeza untuk cupcake fondant yang dihias dengan aksesori-aksesori lain seperti patung cindralela, ikan dan sebagainya.
Nak belajar cara menghias cupcake menggunakan fondant...? Tunggu pengumuman jadual kelas akan datang.

Tempahan khas sugar/edible image

( Naruto)
( Sin Chan & Hagemaru)

(Upin & Ipin)

Sugar/edible image Upin&Ipin tu ditempah khas oleh Mama Yus untuk dua buah hatinya (Adam n Adelyn) yang sangat-sangat minat dengan karektor kartun berkenaan.

Mama Yus ni selalu buat kek untuk dua buah hatinya tu. Kiranya dalam setahun tah berapa kali sambut birthday. Asal buat kek jer, kena ada lilin n nyanyi lagu Happy Birthday.

Nak senang crita, Mama Yus tempah 2 set sugar/image Upin n Ipin. So, kalau rasa-rasa nak buat kek bila-bila pun tak yah pening-pening kepala nak lukis gambar Upin &Ipin tu kat kek. Cuma guna sugar/edible image dan tampal jer kat kek.

Harga untuk setiap keping (yang ada enam keping gambar tu = RM26, yang ada empat keping tu RM24)

Selain itu, tempahan sugar/edible image Puan Sharifah Azween untuk anaknya Tia yang suka sangat dengan kartun Sin Chan dan Hagemaru juga dah siap. Yang ni harga dia lain sket sebab dia nak dua gambar dalam satu A4. Harga untuk sekeping A4 yang ada 4 keping Sin Chan dan 2 keping Hagemaru tu RM26.

Yang Naruto tu pula tempahan khas dari Puan Ros untuk dua heronya. Harga untuk sekeping A4 yang ada dua keping gambar Naruto tu, RM22. Sebenarnya memang ada sugar image gambar Naruto yang dah sedia ada (harga RM15 sahaja, yang besaiz A4), tapi anak-anak Puan Ros nak juga gambar yang dia orang dah pilih. So, terpasksalah tempah khas.

Sugar/edible Image








Nak hias kek dengan karektor-karektor kartun yang menjadi kegilaan anak-anak anda, tetapi tidak pandai melukis...? Tak yah susah-susahkan diri, order atau datang sahaja ke Bzee Bakery untuk memilih sugar/edible image dengan pelbagai karektor kartun menarik - Ben 10, Ultraman, Spiderman, Transformer, Mickey Mouse, Doreamon, Barbie, Sponge Bob dan lain-lain.
Terdapat dalam pelbagai saiz:
1. 11 ' x 8' (anggaran sebesar kertas A4) = RM15
2. 5.6 ' (bentuk bulat) - RM6.50
3. 3 1/2 ' (berbentuk bulat) - RM5.50

Dan sekiranya mahu gambar-gambar lain (apa sahaja yang boleh dicetak...!), termasuk gambar anda sendiri atau logo syarikat untuk dicetak di atas sugar/edible image, anda boleh membuat tempahan sekurang-kurang seminggu lebih awal.

Bagaimanapun, untuk tempahan khas (gambar yang tidak ada dikedai), kami hanya menerima tempahan untuk satu saiz A4 sahaja dengan harga RM20 setiap satu (untuk satu gambar dalam saiz A4)).
Sekiranya anda mahukan 4 gambar (gambar yang sama sahaja) dalam sugar image bersaiz A4, harganya ialah: RM24
Jika anda mahukan 6 gambar (gambar yang sama sahaja) dalam sugar image bersaiz A4, harganya ialah: RM26

Selain itu, tempahan khas edible image untuk cupcake juga diterima dengan harga seperti berikut:
. 15 keping - RM22 bagi 15 keping (untuk cupcake large/medium)
. 24 keping - RM26 (untuk cupcake small)
Call Zalina (019 282 0053) untuk membuat tempahan atau datang beli terus di Bzee Bakery

Nota:
Kesemua imej dicetak di atas kertas yang dinamakan edible paper atau sugar paper. Ia diperbuat dari tepung jagung, sirap jagung, gula air, gliserin dan asid sitrik.

Dakwat bagi mencetak imej ini pula adalah pewarna makanan yang telah disahkan selamat oleh FDA.
Apabila diletakkan diatas kek, ia boleh dipotong dan dimakan seperti biasa

Mar 24, 2009

Cupcake (using softfondant icing)



Hari ni buat cupcake steambuttercream untuk customer untuk dihadiahkan kepada geng-geng kat ofis. Tema colour, peach.

Cara steamed buttercream ni lebih mudah dan cepat berbanding cara sapuan biasa dan hasilnya pula, licin, berkilat dan nampak seperti fondant.

Satu lagi yang penting, cupcake yang dihias menggunakan steamed buttercream ni selamat dan tak melekit. Sesuai untuk cenderahati kenduri walaupun ketika cuaca panas.

Mar 22, 2009

Kelas Soft Fondant/Steamed Buttercream






Ni, satu lagi kelas yang kini semakin mendapat permintaan tinggi - Soft Fondant atau Steamed Buttercream.
Berbaloi kalau belajar teknik baru menghias kek cara steamed buttercream ni terutamanya pada anda yang selalu boring dan tension sebab tak dapat hasilkan kek yang kemas dan cantik.
Dengan mempelajari teknik ni, walaupun anda tak pernah langsung menghias kek, saya jamin, di akhir kelas, anda pasti terpegun melihat hasil yang dihasilkan.
Kelas praktikal ini (terhad untuk 4 pelajar setiap sesi) akan mendedahkan anda kepada:

. pelbagai aspek hias kek bermula daripada asas membuat buttercream
. bagaimana membuat teknik steamed buttercream
. bagaimana membuat border yang cantik dan ekslusif (sesuai untuk digunakan sama ada dikek-kek biasa ataupun untuk kek kahwin
. bagaimana untuk membuat bunga ros, daun (dengan teknik mudah saya, anda pasti boleh menghasilkan bunga ros daripada buttercream - saya akan ajar sampai dapat)
. dan yang paling best, anda akan menghasilkan sendiri kek kahwin 3 tingkat

Kelas berharga RM250. Anda hanya perlu membawa apron, turntable dan kain lap. Bahan-bahan lain akan disediakan. Kesemua kek tiga tingkat tu boleh bawak balik.

Kelas Fresh Cream



Fresh cream/whipping cream atau juga dikenali sebagai krim putar adalah antara jenis-jenis krim yang digunakan untuk menghias kek dan banyak digunakan dibakery-bakery.

Walaupun penggunaanya mudah (cuma keluarkan dari kotak dan putar), tetapi ramai antara kita yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang betul bagaimana menggunakan fresh cream. Kalau kurang pukul, krim akan menjadi lembik dan kalau terlebih pukul pula, krim akan menjadi terlalu keras (stiff) dan akan menyebabkan sapuan ke atas kek menjadi sukar, tidak licin dan cantik.

Dalam kelas hari ni, pelajar diberikan penerangan lengkap mengenai jenis-jenis krim (mana yang boleh putar, mana yang tak boleh) dan petua-petua penting bagaimana menggunakan whipping cream terutamanya dalam menentukan tekstur yang betul untuk sapuan ke atas kek.

Pelajar juga diberi penerangan lengkap bagaimana prosedur sebenar meletakkan sugar atau edible image ke atas kek. Petua-petua penting bagaimana memastikan sugar/edible image yang diletakkan ke atas kek tidak berkedut juga diperturunkan.

Selain itu, kelas juga dipenuhi tips-tips sampingan bagaimana meletakkan coklat cair di kek supaya nampak macam coklat meleleh, resepi free butter cake dan pelbagai petua-petua berguna lain.

Setelah diberikan panduan dan ditunjukkan cara-cara betul untuk memukul krim dan menyapu ke atas kek, pelajar berkesempatan menghias sendiri tiga jenis kek popular yang sering menjadi permintaan - Black Forest, Blueberry dan Kek dengan sugar/edible image.

Hasilnya, sanggat membanggakan, walaupun kesemua pelajar baru pertama kali menghias kek menggunakan whipping cream.

Yang best lagi, pelajar senyum sampai ke telinga sebab boleh bawak balik tiga kek untuk dikendurikan di rumah.

So, sesiapa yang nak belajar cara betul menggunakan whipping cream, jom joint kelas Bzee. Kelas juga boleh diadakan pada hari weekdays dengan jumlah pelajar minimum 4 orang.

Mar 19, 2009

Kotak Hadiah







Pelbagai kotak hadiah cute dan comel boleh didapati di Bzee Bakery. Sesuai untuk membuat surprise kepada yang tersayang ataupun dijadikan koleksi peribadi.

Untuk kotak bertemakan karektor kartun, terdapat dua saiz:

i. 4.5' x 4.5' dengan ketinggian 4' = RM4.50

ii. 6' x 6' dengan ketinggian 6' = RM7.50


Kotak bunga maroon bertutup plastik (sesuai untuk mengisi kek, cupcake atau cookies), didatangkan dengan satu saiz sahaja iaitu 5.5' x 5.5' dengan ketinggian 2.8'.

Dijual dalam bungkusan 10 kotak - RM11.80 atau RM2 setiap satu.

Stok terhad, segera dapatkan di Bzee Bakery

Cake Toppers

















Cake Toppers untuk dijual

Ingin menjadikan kek atau cupcake anda lebih unik dan menarik...? Datang sendiri ke Bzee Bakery untuk memilih cake toppers yang sesuai dengan tema kek atau cupcake anda. Pilihan meliputi pelbagai jenis bunga, daun dan karektor-karektor kartun popular.


Harga bermula serendah RM1

LOKASI


LOKASI BZEE BAKERY, SEREMBAN 2 (Koordinat: N 2.68686, E 101.91722)

Ramai yang bertanya kat mana kedai saya ni...senang saja.KALAU DARI KL/UTARA - ikut highway. Ambik exit SEREMBAN LABU.Pas tol, ambik kanan, terus himpit ke kiri. Terus, anda akan jumpa traficlight. Terus ikut sign board ke Seremban 2. Jusco akan berada di kiri anda. Terus...anda akan nampak signboard yang tulis Kompleks Mahkamah Seremban 2. Ikut jer signboard tu sampai jumpa Kompleks Mahkamah Seremban 2 yang ada bumbung Minangkabau tu. (tapi jangan masuk kompleks Mahkamah tu...nanti pak guard marah...hehehhe) O.k depan Kompleks Mahkamah tu ada dua blok kedai. Kedai saya di blok blah kanan, tapi kat blakang - ngadap tasik city park/sebaris ngan Maulana Foodcourt

KALAU DARI SELATAN - ambik exit SEREMBAN (bukan Seremban Senawang, BUKAN Seremban Port Dickson TAPI exit SEREMBAN. Pas tol, ambik kiri terus. Anda akan jumpa trafic light. Terus ikut signboard ke Seremban 2. Jaya Jusco akan berada di sebelah kiri anda. Terus...anda akan nampak signboard yang tulisKompleks Mahkamah Seremban 2. Ikut jer signboard tu sampai jumpa Kompleks Mahkamah Seremban 2 yang ada bumbung Minangkabau tu. (tapi jangan masuk kompleks Mahkamah tu...nanti pak guard marah...hehehhe) O.k depan Kompleks Mahkamah tu ada dua blok kedai. Kedai saya di blok blah kanan, tapi kat blakang - ngadap tasik city park/sebaris ngan Maulana Foodcourt

Mar 18, 2009

Kek Fondant






















Kek Fondant

Kek fondant di Bzee Bakery bermula dari harga serendah RM90. Anda boleh memilih pelbagai jenis kek kegemaran :

i. Kek Chocolate Moist

ii. Kek Butter (pilihan perasa: Strawberry, Mocha, Coffee atau Orange)

iii. Kek Buah

(Harga bergantung kepada jenis kek)

Kami juga menerima tempahan kek-kek novelty dan 3D khusus untuk anda yang mahukan kelainan.