Sep 30, 2011

Ida Kajang n crita biskut raya Hand Mixer

Asskm dan alooo untuk semua...Semalam saya crita mengenai apa yang Najah kongsi mengenai rahsia kejayaan yang dia baca dalam buku pakar motivasi Dr. Azizan. Klu lupa, saya copy n paste skali lagi:

Orang yang berjaya ialah orang yang bila dapat sesuatu idea, terus buat dan terus usaha ke arah itu...jangan tunggu n bagi berbagai-bagai alasan - tunggu bagi cukup itulah, ini lah... dan ..bla, bla dan blaaa....

Student saya hari ni, Ida dari Kajang, rasanya memegang prinsip yang sama ngan apa yang Dr. Azizan kata. Ida mungkin tak penah baca buku Dr. Azizan tapi, dia buat apa yang Dr. Azizan sebut dalam buku tu. Dia tak tunggu sampai ada mixer besar atau cukup segala peralatan baru nak mula biz. Dia guna apa yang ada.

Apa taknya...Ida crita kat saya, dia buat berniaga biskut raya sejak lima tahun lalu hanya dengan bantuan HAND MIXER.

Dengan Hand Mixer tu lahdia buat adunan biskut raya yang angkanya cecah puluh-puluh ribu bijik setiap tahun. Dan hand mixer yang dia ada adalah jenama biasa yang tak terkenal pun,  sampai dia sendiri pun tak ingat...

Seperti biasa saya memang terkejut berok ngan orang-orang yang tabah macam ni. So saya tanya dan tanya dia banyak kali....``awak guna HAND MIXER bancuh adunan banyak-banyak tuh...awak buat macam mana..?

``Alaaa...kak... biasa la tu..saya bancuh skali banyak  la. Enam adunan sekali jalan. Guna mangkuk plastik besar, gaul ngan hand mixer jap...last skali baru boh tepung...masa boh tepung, uli tangan aaa kak....,'' hmmmm....saya tabik betul laa ngan budak neh.

Saya tanya lagi:...``oven..?

``Oven europa kecik tu jer kak...pakai oven besar pun susah kak sebab saya buat sorang-sorang. Tak sempat nak kejar kalau oven banyak-banyak kak,'' Ida jawab.

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kerja keras Ida, biz dia semakin bagus sekarang ni.

``Sebelum ni saya kena cari customer kak, tapi sekarang alhamdulillah, customer cari saya,'' kata Ida.

Raya tahun ni Ida lagi senyum lebar sampai ke telinga. Sebabnya hasil jualan biskut raya  HAND MIXER dia tu , Ida dah dapat tukar keta besar baru. Alhamdulillah.....sronok kan dengaq?

 Banyak jenis biskut raya yang Ida buat. Saya tak ingat dia dok sebut tadi. Cuma dia kata, paling laku sekali - Tart nenas. Inti nenas dia buat sendiri guna satu ramuan rahsia yang dia bagi tau saya tadi. Tapi mendegarnya pun saya rasa mesti special. Sebab ramuan rahsia tu diimport khas dari kampung Ida di Terengganu...errr..ramuan rahsian tu, biarlah jadi rahsia antara saya n Ida...hehehhehe

Sapa-sapa yang berminat nak rasa biskut raya Ida terutamanya tart nenas atau nak jual biskut raya dia yang lain, bleh call  Ida Kajang (017 2322640). 


Hari ni, Ida mai blajar ngan saya 5 kek continental. Dia kata nak tambahkan produk.

``Biskut raya setahun sekali jer kak,...kalau kek ni orang order sepanjang tahun,'' betul tu dik...betul..

Semua kek yang Ida blajar hari ni, selain makan sendiri sket, dia akan potong kecik-kecik dan bagi seramai mungkin customer dia rasa. Bagus betul la strategi budak neh.

Ok, jom tengok kek-kek yang Ida  buat hari ni...




Russian Black n White

Red Velvet

Carrot Walnut with Cream Cheese

Opera

Eclairs

Chocoalte Indulgence

Cream puff

Ida  yang bersemangat waja....


Untuk Ida...insyallah awak boleh pergi lebih jauh. Saya doakan awak suksessssssssss dan MALATOP.....insyallah....

Sep 29, 2011

Hamper Najah plak....

Asskm dan aloooo untuk semua....Baru habih kelas hamper ngan Najah - orang kampung saya dari Arau, Perlih nun....Dia sampai kul 7 pagi tadi. Patutnya nak ambik kelas roti skali. Tapi saya yang tak dan. Kena balik awai skarang ni. Ada urusan rumah tangga yang perlu dibereskkan...

So Najah memendekkan masa kelas. Blajar hamper n kek pisang saja. Patutnya balik kul 11 malam ni tapi Najah mintak saya ambik tiket awai. Alhamdulilah dapat kul 4.30 tadi. Ni mesti Najah tengah tidoq atas bas ... ahaksss. Tak pa lah Najah...penat kan.

Alhamdulillah kelas hari ni berjaya diselesaikan dengan sempurna dan tepat pada masa yang dibajet.

Seperti biasa dalam kelas hamper ni saya ajar:

i. Pelbagai jenis ikatan riben
ii. Pelbagai idea pembungkusan hamper - organza, net, shrink wrap dan kertas hadiah
iii. Cara menyusun barangan dalam bekas hamper supaya nampak menarik dan `melimpah ruah'
iv. Cara membuat costing dan menentukan harga
v. Tips mendapatkan barang hamper yagn murah 

vi. Resepi 3 biskut raya untuk buat hamper

Dan yang paling best ialah buat sendiri dan bawak balik hamper bernilai RM150.


Sapa berminat untuk belajar buat hamper - persediaan untuk raya tahun depan, bleh book kelas awal-awal. Tapi bulan Januari lah yeaaa....tahun ni dah penuh..ampunnnnn...

Ni gambar hamper-hamper yang Najah buat hari nih...


Sesuai untuk hamper Christmas

Ni Najah kata sesuai untuk Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat dan yang sewaktu dengannya...Tema Kewanitaan

Ni untuk koleksi Raya Aji - Najah cakap...

Ni plak dia kata untuk Hari Setiausaha - Shrink Wrap

Net Wrap ngan ribbon kertas - untuk raya @ Hari Bapa pun ok...hehheh

Koleksi hamper yang Najah buat ngan hamper dari kelas sebelum ni....

Najah (najahbakery.blogspot.com) ngan hamper-hamper yang dia buat n yang dibuat sebelum nih....Rasanya dekat 18 kali dia sebut,..``bestnya kak dapat blajar hamper,''...bestnya kakkkk, bestnya kakkkk..hmmmm suka hati mu la dik nunnnn....


Ni mesej Najah kat saya lepas naik bas tadi:
Kak ina, terima kasih sbb sudi ajaq. Best blajar ngan kak ina. Doakan yaaa...tak sabaq nk blk promote hamper

Sama-sama diknunnn....insyallah kita sama-sama doa. Awak berjaya, saya bleh tumpang sronok n bangga.

Tapi satu petua kejayaan yang Najah kongsi ngan saya hari ni yang saya sangat SUKA  DAN SETUJU ialah 

Orang yang berjaya ialah orang yang bila dapat sesuatu idea, terus buat dan terus usaha ke arah itu...jangan tunggu n bagi berbagai-bagai alasan - tunggu bagi cukup itulah, ini lah... dan ..bla, bla dan blaaa....

Najah baca dari buku pakar motivasi terkenal - Dr. Azizan

Sep 27, 2011

Inasally dan hamperrnyaaaaa....

Asskum dan aloo untuk semua...Salina dari Inasaly.blogspot.com datang lagi. Kali ni ambik private class kelas hamper. Nak buat hamper secara serius pas ni...Insyallah dikkkk...buat, jangan tak buat. Untung buat hamper neh...tambah-tambah kalau biskut dan kek kita  buat sendiri. Lagi la untung berlipat kali ganda.

Selain hamper, Ina gak blajar kek sempoi Kek Pisang. Jom layan gambar. Tapi sorry, saya lupa snap gambar Ina. Kena refer balik pos-pos lama kalau nak tengok muka comei Ina ni..


Net Wrap - flower arangement ngan riben kertas

Shrink Wrap - tema Chinese New Year

Net wrap ngan flower arrangement

Ni sesuai untuk perayaan Christmas - Organza Wrap

Ni untuk bajet - paper wrap

DIY ingan Lina dari Manjung, Perak.

Asskum dan alooo untuk semua......Rozlina Rahman dari Manjung, Perak ambik 4 jenis kek - Blackforest Cheesecake, Chocolate Indulgence, Opera, Italian Rainbow dan Strawberrry Mousse cake untuk kelas DIY kelmarin. Satu lagi Lina blajar pastry tart.

Sempoi Lina ni. Dah biasa bake sebab memang biz jual kek pongg. Cepat jer dia buat keja.

Semua kek-kek ni akan dikendurikan masa birthday party anak dia. Kata Lina, anak dia jemput satu kelas...hehhehe...Tak pa lah dik...banyak kek tu. Bleh jamu kek jerrr...Tak yah buat benda lain...
Lina yang happyyyy....suka dapat buat semua kek ngan suksesss

Strawberry Mousse

Opera

Italian Raibow ngan Italian BC yang licin...selicin sutera...(ahaksss...promo mau lebihhh)

German Blackforest

Blackforest Cheesecake

Pastry tartlet

Chocolate Indulgence

Tq yea Lina...kalau ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi...kalau ada umur yang panjang, boleh kita jumpa lagi....(cheewaaaahhh...berpantun plak)

Sep 26, 2011

JADUAL KELAS DEMO UNTUK OKTOBER 2011

Asskm dan alooo untuk semua. Ada perubahan sket untuk jadual kelas demo sepanjang bulan Oktober ni. Bukan banyak...sket jerrr. Tukar hari, daripada hari Sabtu ke hari Ahad atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.







Ok, ni jadual kelas sepanjang bulan Oktober ni...

 KELAS: KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 3)

German Blackforest

Strawberry Mousse

Chocolate Mousse


i. German Blackforest
ii. Strawberry Mousse cake
iii. Chocoalate Mousse cake



TARIKH: AHAD, 2 OKTOBER 2011
MASA: 11 PAGI - 4 PETANG
YURAN: RM150
DEPSOSIT: RM50


1. Dalam package kali ni anda akan belajar buat mousse cara senang (German Blackforest) dan cara  buat mousse yang sebenar menggunakan asas `cream anglaise' bagi menghasilkan mousse yang rasa macam aiskrim.

Kalau berminat nak join, ikut langkah mudah nih:
i. Bank in deposit RM50 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 30 SEPTEMBER, 12 tengahari. 

Minimum penyertaan : 6 orang (bermakna, saya berhak membatalkan kelas jika tak cukup penyertaan 6 orang)


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN boleh dibuat mulai sekarang....)


ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK  2 OKTOBER  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

________________________________________________________________________________


KELAS :  KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 1)

i. Chocolate Indulgence
ii. Carrot Walnut With Cream Cheese
iii. Italian Rainbow
iv. Opera

Chocolate Indulgence

Carrot Walnut With Cream Cheese

Italian Rainbow With Italian Buttercream

Opera
TARIKH: AHAD, 9 OKTOBER 2011


MASA: 11 PAGI - 4 PETANG


YURAN: RM 180

DEPOSIT: RM100

1. Pelajari cara buat kek chocolate indulgence yang superb YUMMMYYY...
Pelbagai petua dan tips menarik bagaimana mendapatkan hasil ganache yang licin dan berkilat
2. Kek Carrot walnut yang lain dari lain
3.  Italian Rainbow cake yang menjadi kegilaan bakers sekarang
4. Opera - kek ekslusif yang kaya dengan rasa coklat dan coffee. Apa itu Jaconde sponge dan belajar cara paling mudah dan tak pening kepala cara nak buat Jaconde sponge.

Kalau berminat nak join, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM80ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 7 OKTOBER, 12 tenghari.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai ISNIN 3 OKTOBER


Tolong beri kerjasama untuk tidak membuat pembayaran deposit lebih awal daripada tarikh ini untuk mengelakkan kekeliruaan...
ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK 9 Oktober   . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
 --------------------------------------------------------------------

KEK TERBARU CIPTAAN BZEE BAKERY  

Sempena ngan bday saya pada 22 Oktober ni, saya nak bagi hadiah sket...errr.. bukan kelas freeee no,no, no.... (ahaksss) tapi 3 resepi kek baru Bzee Bakery. Yang Pandan Layer tu, resepi classic tapi evergreen.

TAPIIIIII... daripada 3 kek baru tu, hanya satu kek saja yang saya siap buat dan ambik gambaq. Lagi dua - Hazelnut Heaven dan Chocolate Mascarpone tu resepi dah finalised, tapi belum buat. Saya akan buat tak lama lagi...tapi memandangkan jadual ni kena buat awal, saya bagi gambaran dulu 2 kek tu yea. Gambar saya google. Nanti bila kek dah siap, saya akan update.

 
i. Nutty caramel
ii. Hazelnut Heaven
iii.  Chocolate Mascarpone
Iv. Classic Pandan Layer Cake



TARIKH:  SABTU, 15 OKTOBER 2011


MASA: 11 PAGI - 4 PETANG


YURAN: RM 180

DEPOSIT: RM100


1. NUTTY CARAMEL





i. Khusus untuk penggemar dan penggila kacang. (saya ciptakan kek ni  khusus untuk hubby sebab dia tersangat lah suka kacang)

ii.Belajar cara buat kek caramel butter chiffon yang moist dan gebu.

iii. Belajar cara buat topping special dan lan dari lain -  topping peanut butter sour cream.


2. HAZELNUT HEAVEN

Gambar akan dipost kemudian bila kek dah siap. Buat sementara ni pakai gambar hiasan neh dulu yea....


Anda akan belajar:

i. Resepi eksklusif kek chocolate hazelnut yang moist
ii. Cara buat sos salted caramel yang famous
iii. Cara buat salted caramel buttercream

iii. CHOCOLATE MASCARPONE



Anda akan blajar:
i. Cara buat dark chocolate chiffon cake
ii. Cara buat chocolate mascarpone filling



4. CLASSIC PANDAN LAYER CAKE


Anda akan belajar cara buat:

i. Pandan sponge cake
ii. Pandan kaya
ii. Cara nak jadikan kek cantik dan kemas


Kalau berminat nak join, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM80ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 14 OKTOBER, 12 tenghari.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai ISNIN 10 OKTOBER

Tolong beri kerjasama untuk tidak membuat pembayaran deposit lebih awal daripada tarikh ini untuk mengelakkan kekeliruaan...

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK 15 Oktober   . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
 --------------------------------------------------------------------

Maaf..date kelas postpone dah dichupp


Harap maklum...3 date yang dikosongkan oleh Kak Ita Delights (2 hari) dan Amirah, dah pun dichopp orang...

Sekian, terima kasih

Zalina

Sep 25, 2011

PENGUMUMAN LAGI...ada orang postpone class, sapa nak sms/call segera


Asskm dan alooo untuk semua..:
Ada 3 tarikh student terpaksa postpone atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan

i. 11 dan 12 Oktober - Kak Ita Delights. Kak Ita dah start sibuk ngan kenduri kawen anak kesayangan dia.
ii. 18 Oktober - Amirah Azhar sebab terpaksa posting ke Sabah sampai November

Kalau ada yang berminat, sms/call saya segera yea...


Tq
zalina

DIY ngan tokey biskut - Kak Amina

Asskm dan alooo untuk semua....Kak Amina Sagap, orang Singapore tapi dah lama berhijrah ke Msia ni. Pas kawen dulu. La ni dah jadi orang Msia la. Dah keja sini n buat biz biskut raya. Thn ni dah masuk tahun ke lima. Dia antara student setia Kak Ita Delights.

Alhamdulillah start daripada kecik-kecik, sekarang dah semakin membesar. Dia banyak supply biskut bawah brand Eqa Cookies kat Fama. Selain tu jual secara terus kepada regular customer.
Ni saja-saja nak blajar kek plak. Nak tukar angin sket.

``Sebelum ni buat kek-kek biasa jerr. Kek yang tak dak cream. Bakar n terus makan jerr...,'' kata kat Amina.

Untuk kelas DIY kali ni, Kak Amina blajar 3 jenis - Russian Black n White, Opera dan Snowy Peach Custard Cream Cake - antara kek yang paling hot untuk kelas DIY.

Kak Amina ngan hasil DIY hari ni


Snowy Peach Custard Cream Cake

Opera

Russian Black N White

Tq Kak Amina....insyallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi.

Sep 22, 2011

Persiapan Dr. Shima untuk kenduri kawen adik terchinta

Askm dan alooo untuk semua....hari ni DIY ngan Dr. Shima dari Klinik Kesihatan Senawang. Bertuah sungguh sapa jadi adik Dr. Shima ni..apa taknya demi adik tercinta yang akan berkawin bulan 6 thn depan, dia sanggup mai blajaq buat kek fondant n cupcake.

Dr. Shima kata dia nak buat kek untuk hantaran, kek kawin tingkat n gift untuk 1,000 tetamu...fuuuuhhhh....respect betul laaa. Sempat lagi tuh, dalam sibuk-sibuk keja. Tapi memang berbaloi pun buat  dikkkk.. Saya bagi tau dia kos sebenar yang morah untuk buat semua tuh (fondant n cupcake)....terkojutttt dia dengar. Terus berkobar-kobar nak buat sendiri....hehhehehe


Hari ni saya ajar Dr. Shima bake kek chocolate, cupcake vanila, cupcake chocolate, bancuh dan hias fondant, bancuh bc n hias cupcake. Dah alang-alang ada cupcake lebih tu, Dr. Shima mintak saya tolong tunjukkan cara tempek fondant atas cucpake.

Selain tu, Dr. Shima blajaq Italian Rainbow.

Tengah pulun hias Italian Rainbow

Tengah touch up fondant


Cupcake fondant ngan hiasan bunga beli jerrrr

Dr. Shima ngan hasil hari nihhh...kelas settled kul 5.30 ptg. Terus berkejar-kejar balik sebab kena keja malam ni...chayakkk lahhh Dr.

Italian Rainbow
Untuk Dr. Shima - selamat buat persiapan kenduri kawen adik...suksesss yaaaa...