Sep 24, 2010

Kelas Sepanjang Oktober 2010

Salam dan aloooo untuk semua. Sorry sebab lama sangat tak menulis. Seperti yang saya janjikan, saya akan start class minggu ketiga Oktober. Ada 3 kelas saja sepanjang bulan Oktober ni. Sapa berminat bleh bank in deposit selewat-lewatnya 2 hari sebelum kelas. Pas bank in, sms nama ke phone saya - 019 282 0053 untuk pengesahan.


TARIKH: 17 OKTOBER 2010 (AHAD)
MASA: 10 - 4 ptg
KELAS: Kelas hias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik steambuttercream
YURAN: RM250

DEPOSIT: RM150

Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini yang mudah menghias kek menggunakan kaedah steamed buttercream - kek nampak seperti fondant - licin dan berkilat. Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek sponge untuk dihias. Pelbagai teknik dan hiasan akan diajar termasuk `buat sampai boleh' bunga ros, border-border yang sesuai untuk kek kahwin dan cara memasang tiang pada kek kahwin
(Resepi kek sponge akan diberikan)

Setiap pelajar akan membawa pulang kek kahwin 3 tingkat.

'
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA: Apron, turn table, spatula dan kain lap.



TARIKH: 23 OKTOBER 2010 (SABTU)
KELAS: 3 Jenis kek kontinental menggunakan fresh cream (whipping cream) - Blackforest, Kiwi dan kek dengan sugar image
MASA: 10 pagi - 3 ptg
YURAN: RM150

DEPOSIT: RM100

Info kelas: KELAS PRAKTIKAL .Pelajari cara betul mengendalikan fresh cream (whipping cream). Cara pukul, tips-tips menjadikan sapuan kek kemas, cantik dan juga cara betul meletakkan sugar image diatas kek.

Setiap pelajar akan membawa balik 3 biji kek (1/2kg) - Blackforest, Blueberry dan kek dengan sugar image pelbagai karektor cartoon. Ketiga-tiga kek akan menggunakan kek sponge. Cara membuat kek sponge akan ditunjukkan secara demo.

TARIKH: 30 OKTOBER 2010 (SABTU)
KELAS: Menghias Cupcake (Advance) menggunakan teknik steamedbuttercream
MASA: 10 - 4 ptg
YURAN: RM180

DEPOSIT: RM80



Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini menghias cupcake menggunakan teknik steamedbuttercream. Permukaan cupcake akan nampak licin, berkilat seperti fondant. Anda juga akan diajar membuat pelbagai jenis bunga mudah daripada fondant (resepi akan diberikan) , buttercream dan menghias cupcake menggunakan pelbagai motif halus.

Peralatan yang perlu dibawa: Apron dan kain lap.