Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

Oct 29, 2013

KELAS `KEK BESEN'..hahha




 




 



 



Asskum semua...Semalam saya buat special untuk student-student yang cuma ada bahan asas di rumah - Hand Mixer, Oven Kecik Butterfly dan juga Besen Plastik saja.

So sebab semua kek dibancuh dan dimix guna besen jer, student panggil kelas semalam Kelas Kek Besen..hahhahah...

Kiranya, ketiadaan peralatan canggih bukan penghalang untuk buat kek cantik dan glam macam orang yang ada peralatan canggih.

Saya ajar kek basic yang mudah tapi selalu student buat tak jadi - kek sponge menggunakan sponge mix.

Daripada kek sponge tu saya ajar buat dua jenis kek slice - strawbery slice cake dan fresh fruit slice cake.

Satu lagi kek yang agak advance tapi sebenarnya senang buat ialah MAGIC CHOCOLATE MOUSSE CAKE.

Dalam kelas ni saya bagi semua tips lengkap dan terperinci termasuk masa tepat untuk memukul dan membakar.

Alhamdulillah semua kek jadi dengan sempurna.

So, harapan saya, semua student balik dan gunakan semua tips penting yang saya bagi tu untuk hasilkan kek yang sempurna dan kurang cacat cela. Insyallah. Kena buat selalu. Mula-mula buat memang la kekok sket, tapi bila dah lama-lama akan biasakan diri. Insyallah kek akan jadi cantik.

Tqvm untuk semua student yang join kelas ni semalam.


Oct 24, 2013

Hadoihhhhhh...lamanya tak update blogggg...sorrry...kelas Chef Amer

Asskum semuaaa...lamanya saya tak update blog...sorrry  sangat-sangat. Kebelakangan ni banyak guna phone. Ambik gambaq, terus masuk FB. Bila dah masuk FB dah lupa nak update kat  blog. Ampun banyak-banyak.

Punya lama sampai tak ingat bila last saya update. Saya letak mana yang ingat saja lah jawabnya. Ampunnnnn..sangat menyesali apa yang saya lakukan (errr..rasanya ni dah kali ke 3 saya buat perangai malas macam neh...)

Okeh saya start ngan kelas Demo Masakan Nyonya, Thai dan China oleh Chef Amer lah. Kelas ni 12 Oktober lepas.

Best sangat kelas ni. Mungkin sebab saya memang suka masakan-masakan jenih macam ni. Paling saya suka Ikan Stim Limau Chiangmai. Yang lain pun power - butter prawn, sotong tepung, asam pedas kari nyoya, sizlling tauhu dan ikan tiga rasa - semua best.

Banyak tips yang chef perturunkan. Kelas ni actually dah lama penuh. Kalau tak silap pas bukan 3 hari dah penuh. Alhamdulillah...






















 

 
Tq untuk semua yang hadir. TQVM Chef Amer.

Oct 6, 2013

KELAS MODUL TERBARU BZEE BAKERY DONUT PREMIUM FULL HOUSE....

Asskum semua....Alhamdulillah syukur. Sabtu lepas saya perkenalkan modul terbaru kelas saya - DONUT PREMIUM. Full house. 53 orang join kelas ni. Tq pada semua yang hadir.

Saya ajar cara buat donut lembut yang tahan lebih dari 3 hari. Selain tu, yang penting juga, saya ajar cara buat topping yang seakan-akan sama dengan donut yang popular kat luar sana tu. Ada 8 jenis topping + dua resepi bonus iaitu Tutty Fruity dan Durian Durian.





















Jul 6, 2013

DEMO class Durian Crepe, Mille Crepe n Japanese Crispy Cream Puff

Asskum semua...Alhamdulillah...hari ni berlangsung kelas demo paling malatop - Durian Crepe, Mille Crepe dan Japanese Crispy Cream Puff.  Tq untuk 27 student yang join. Masa saya buat keputusan nak offer kelas ni, pikir banyak kali gak. Nak ker lagi orang belajar sebab masa saya buat kelas ni tahun lepas rasa macam semua orang dah belajar. Kalau tak silap saya buat kelas ni 3 kali di Seremban, sekali di tempat kawan saya TDT dan sekali di tempat adik saya di Sungai Petani. Alhamdulillah semuanya full house.

Ditambah lagi dengan kebanyakan student yang datang balik buat kelas, saya rasa mesti semua orang dah tau buat.

Tapi tekaan saya salah... Ada lagi rupanya yang masih belum belajar. Dan ada juga yang sebenarnya dah biasa buat cuma nak khatam sekali lagi sebab sebelum ni yang dia orang belajar bukan resepi saya.

Alhamdulillah lega dengar komen student. ``Sedapnya nya kak....lain daripada yang penah saya makan sebelum ni.

``Sebelum ni kulit DC tak selembut dan sehalus ni. Kulit tebal. Sekarang saya dah tahu kenapa kulit DC akak nipis melayang. Ada teknik sebenarnya

``Sedapnya cream DC kak ina... saya penah beli sebelum ni.... tak sama. Yang kak punya mcm ice cream....

Ni antara komen-komen student...alhamdulillahhhhh...legaaaaaaaaaaaa saya dengar sebab semua student suka ngan DC saya. So, pas ni bleh start jual yea. DC ni memang berhantu. Walaupun ramai yang tau resepi dan ramai yang buat jual, still permintaan tak penah-penah cukup.

Ramai student saya yang angkat tangan sebab tak terdaya nak penuhi permintaan. So jangan bimbang. Kalau ikut resepi dan teknik yang saya bagi, anda juga boleh kumpul ribu riban seminggu buat DC saja.