Apr 23, 2010

Kek n cupcake untuk Zarina

Salam dan aloo...Hari ni siapkan kek n cupcake untuk customer yang nama dia lebih kurang saya gak - Zarina. Bday cake  rich chocolate moist n chocolate cupcake untuk dua anak dia Aina dan Naufal.Sorang umur setahun, sorang 3 tahun. Tema dia - bebas. Zarina kata buat la macam mana pun kak... yang sesuai ngan budak-budak... Saya hadiahkan lembu malas yang saya buat hari itu kat Naufal ngan Aina...nampak aaakkk....? ... yang dok bersimpul kat depan kek tu...


Kelas hamper

Salam dan alooo....nak maklumkan,  so far 4 orang dah angkat tangan (hehehe) berminat nak joint kelas hamper - Aishah, Nora, Zuraida n Haliza. Kita tunggggguuu siapa peserta bertuah seterusnya....(hehheheh)

Jom - jangan lepas peluang keemasan ini. Antara teknik penting yang saya akan ajar ialah macam mana nak balut hamper guna plastik dan nampak cekang  macam kat supermarket tu.

Ni ha, contohnya....


Order chocolate dari hubby n test roti...

Salam dan aloo untuk semua

Semalam seharian kat bakery. Siapkan order 3 set chocolate dari somi (order air liur..hehehheehe). Alhamdulillah, suami saya dah semakin ok. Kalau tak da lagi growth, 3 Mei ni last dia buat chemo. Cuma kena doa banyak-banyak kanser dia tak datang balik.

 Husband saya ni  nak hadiahkan coklat-coklat tu kat Dr. Shah n nurse dia di KPJ, Dr. Shaliza n Dr. Jefry dari Poliklinik Jasa kat Senawang n Rita kat SJMC. Rita ni tolong arrangekan hal-hal ward kat husband saya setiap kali husband saya buat chemo kat SJMC. SJMC ni memanjang jerr tak cukup bilik. Tak tau macam mana Rita buat. Dia akan usaha gak dapatkan bilik kat kami. Penah tu, semua bilih dah penuh. Cuma tinggal bilik VIP jer yang semalam kena bayar RM650 lebih. Dia dah pujuk admin, kami dapat bilik tu ngan harga bilik single...fuhhh...merasa la dok bilik VIP kat SJMC tu...alhamdulillah...(errr...tapi husband saya kata...tension n sakitnya masa ubat chemo masuk badan samerr jerrr ngan dok bilik single...heheheheh. So kesimpulannya, kalau dok bilik mahal macam mana pun, sakit tetap sakit....)

So ni lah coklat-coklat yang diorder somi...



Semalam, saya try try panaskan oven kat kedai tu ngan cuba buat dua jenis loaf - Pandan Raisin loaf n Marble coklat loaf. Ni preparation kelas untuk 10 ibu tunggal Isnin, Selasa n Rabu depan. Kursus Asas Keusawanan Bakery ni anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat Negeri Sembilan.




Apr 21, 2010

Kelas steamed buttercream Jumaat, 30 April

Salam dan alooo untuk semua. Lama tak update blog ni. Sorry la yea...Jumaat ni 30 April ni saya nak buat kelas kek kahwin 3 tingkat guna teknik steamed buttercream. Sian kat dua student yang dah bayar deposit hari tu. Saya nak pulangkan dia orang tak nak. Dia orang nak tunggu gak kelas saya ni. So atas rasa sangat-sangat bersalah (dan sebenarnya dah tak larat memanjakan diri dengan masalah sakit belakang ni...hehehe), maka saya dengan ini mengumumkan kemunculan semula di arena PENDIDIKAN MASAKAN....hehehhehe.... Sapa yang berminat, jom joint. Bleh test skill sempena cuti sekolah bulan 6 tak lama lagi...Senang jer teknik ni. Gerenti kek kawen anda nampak macam pro walaupun sebelum ni anda tak kenal apa itu buttercream atau tak tau macam mana nak pegang piping beg. Saya akan ajar sampai boleh.


                                  

Kelas: Kelas: Hias kek kahwin 3 tingkat guna teknik steamed buttercream


Tarikh: Jumaat 30 April 2010

Masa: 11 am – 4 ptg (atau sampai anda betul-betul siap kek 3 tingkat tu....hehehe)

Yuran: RM250

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, turn table, spatula dan kain lap.

(Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya Selasa, 26 April dengan membayar deposit sebanyak RM130 ke dalam akaun Maybank saya (Zalina Yahaya) - 1122 500 16852

P/s: Bulan 5 ni saya akan start dengan kelas-kelas biskut raya. Kelas termasuk cara nak susun biskut dalam bekas supaya tak gerak.




Errrrrr...nak tanya ni....ada sapa-sapa yang berminat nak masuk kelas buat hamper tak? Kelas akan meliputi cara membalut hamper menggunakan pelbagai teknik, cara menyusun barang supaya nampak kemas, cara mengira kos dan macam mana nak dapatkan customer. Pada anda yang memang bekerja dan selalu bos suruh buat hamper atau selalu ambik kat orang luar, ni lah masanya untuk belajar buat sendiri. Senang, contact dah ada...cuma tunjuk kat bos jer proposal anda...Manyyyyak untungggg ooooo.....

So, sapa yang berminat, sila angkat tangan....(heheheh)... angkat tangan kat SHOUT MIX year.. Kelas hanya akan diadakan kalau ada sekurangnya-kurangnya 6 pelajar.

Yuran: RM180
(Details kandungan kelas nanti saya kasi tau yearr....bila dah ada yang berminat...)