Mar 24, 2011

JADUAL KELAS SEPANJANG BULAN MEI 2011

Salam dan aloooo untuk semua.... ni jadual kelas hujung minggu sepanjang bulan Mei 2011.

NOTA: Untuk kelas yang pertama 30 April ni, anda boleh mula buat confirmation dan bayaran deposit mulai 22 April dengan mengsms saya. Jangan buat sebelum tu. Sebabnya anda berkemungkinan akan menyebabkan saya terpaksa membayar kos sms yang tinggi untuk menjawab sms anda, sebab saya sedang  berada jauh diperantauan..hehheheheHarap Maklum....


Tarikh:  SABTU, 30 APRIL 2011

Masa: 11 pagi - 4 petang


Yuran:. RM180 seorang
Deposit: RM80

 Jenis Kelas: Demo

Kelas: 4 jenis kek popular - RED VELVET, RUSSIAN BLACK N WHITE, SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE N TIRAMISU


Red Velvet

Russian Black n White

Snowy Peach Custard Cream Cake

Tiramisu
NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik sepotong kek setiap jenis
Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada Khamis 29 April. 

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM80 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK 30 APRIL . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

 ______________________________________________________________________

Tarikh: Sabtu, 7 Mei 2011

Masa: 11 pagi - 4 petang


Yuran: RM150

Jenis kelas: Demo


Kelas: 3 jenis Mika Mousse - STRAWBERRY MIKA MOUSSE, CHOCOLATE MIKA MOUSSE, BLUEBERRY MIKA MOUSSE


Antara kandungan kelas:
i. Cara buat Mousse yang sedap n yum-yum macam aiskrim.
ii. Cara menghiaskan dan melapis mousse supaya kemas dan cantik
iii. Mana nak dapat mika (plastic) mousse tu.
iv. Cara membentuk mika dengan beberapa bentuk menarik yang lain

 NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik mousse masing-masing.

Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada Jumaat 6 Mei 2011

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM50 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS MOUSSE 7 Mei  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

 ______________________________________________________________

 Tarikh:  Sabtu 14 Mei 2011

Masa: 11 pagi - 5 ptg

Harga: RM250
Deposit: RM100


KelasBACK TO BASIC KEK, CUPCAKE DAN MUFFIN

i. Kek butter pelangi
ii.  kek butter marble 
iii. kek sponge vanila/chocolate
iv. Kek Chocolate 
v. Cupcake Vanila
vi. Cupcake chocoalate
vii. Chocolate chips muffin
viii. Blueberry muffin
x. Vanila muffin

Vanila, chocolate dan blueberry muffin

chocolate muffin
Vanila cupcake
cake sponge vanila






RESEPI PERCUMA: BUTTERCREAM  - yang boleh digunakan sebagai asas untuk menghias kesemua kek  dan cupcake yang dipelajari. Kalau  nak hias muffin pun blehhhh...(walaupun orang tak hias muffin ngan buttercream...heheheh)


Kelas ni sangat sesuai untuk:
i. Mereka yang  mula nak berjinak-jinak dengan biz homebake bakery
ii. Mereka yang mencari resepi asas untuk kek, cupcake n muffin
iii. Atau mereka-mereka yang nak cari resepi asas untuk improve resepi yang sedia ada...


NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik mousse masing-masing.
Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada Jumaat 13 Mei 2011

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM100 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS ASAS KEK 14 Mei  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

_____________________________________________________________________

Tarikh: Sabtu, 21 Mei 
Masa; 11 pagi - 4 petang
Kelas: Hiasan kek slice 4 in One - Strawberry slice, Chocolate Slice, Ala-ala Opera slice cake n Fresh Fruit Slice cake
Harga: RM120
Deposit: RM70
Kelas:  1/2 praktikal, 1/2 demo - (demo masa buat dan melapis kek, praktikal semasa menghias kek)



Fresh fruit slice cake

Strawberry slice cake

Ala-ala opera slice cake

Chocolate slice cake


Kandungan kelas:
i. Pelajari cara betul buat kek sponge - chocolate, strawbery dan vanila
ii. Cara buat buttercream yang putih dan gebu
iii. Cara melapis dan memotong kek sponge supaya kemas dan cantik semasa dipotong
iv. Cara menghias kek slice yang comel-comel - kek slice strawberry, kek slice kiwi dan kek slice chocolate
v. Cara packaging dan cara menentukan rega...

NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik mousse masing-masing.
Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada Jumaat  20 Mei 2011

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM70 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK SLICE 21 MEI  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

_____________________________________________________________________

Tarikh: Sabtu 28 Mei 2011

Masa: 11 pagi - 5 petang


Kelas: Barbie Doll Cake ngan teknik STEAMED BUTTERCREAM

Yuran: RM200
Deposit: RM100
Kelas: Praktikal sepenuhnya



Info kelas: Jom blajar cara mudah membentuk kek favourite budak-budak pompuan - Barbie Doll cake dan kemudian hias menggunakan teknik paling senang dan cepat - STEAMED BUTTERCREAM.


Antara yang anda akan belajar:
i. Resepi buttercream untuk buat buttercream yang cantik dan berkilat
ii. Cara membentuk skirt Barbie Doll
iii. Menghias kek Barbie Doll dengan teknik steamed buttercream
iv. Menghias skirt Barbie Doll dengan pelbagai motif menarik
v. Cara menentukan harga
vi. Cara packaging kepada pelangga


Perlatan yang perlu dibawa:
i. Apron, kain lap atau tisu
ii. Turn Table

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM100 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya Jumaat, 27 Mei.

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK BARBIE 21 MEI  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

Kelas last sebelum BERCUTIIIII....yabadabaduuuuuuuu....

Salam dan aloooo untuk semua.....Hari class last sebelum saya bercuti panjang. Sbenornya...hati dan berbunga-bunga ni.....dah diawang-awangan. Tak sabar nak gi cuti.  So sepanjang class DIY ngan Siti hari ni, pegang tepung nampak bunga, pegang butter yang sejuk terasa sejuk musim spring...kira senang crita, badan jerr kat sini....hati dah kat tempat lain...ahaksssss.....mintak-mintak la tak dak halangan n semuanya berjalan lancar...aminnnnnnnnn....

Dalam kelas DIY hari ni, Siti ambik package kek chocolate indulgence, ala-ala opera slice cake n italian rainbow. Siti saja-saja blajar sebab anak-anak dia memang suka makan kek. Nak berniaga tu kata Siti, belum lagi lerrrr...tak brapa brani. Tapi saya kata kat Siti, apa salahnya mencuba. Pelan-pelan lerrrr....kalau ada yang order jangan menolak. Buat jerrr...kalau selalu buat mesti jadi punya.

Siti tengah packkan ala-ala opera slice cake
Ni ala-ala opera slice cake Siti

Italian Rainbow yang belum potong

Chocolate indulgence n ala-ala opera slice cake

Dah siap pack n tunggu cik abang datang ambik....

Mar 22, 2011

Fizah dari Papar, Sabah datang lagiiiiiiii.........

Salam dan alooo untuk semua....terharu saya sebab Fizah sudi datang belajar lagi ngan saya. Bukan dekat, nun....dari Papar, Sabah.....Tengkiu dik sebab bagi kepercayaan kat akak....Kali ni Fizah blajar German Blackforest, Blackforest Cheesecake, Snowy Peach, Strawberry Mousse, Fresh Fruit Slice Cake n Cream Puff n Eclairs.

Memandangkan list yang Fizah nak blajar tu agak banyak dan pelbagai, saya suruh dia datang awal. Kami start pukul 9 pagi. Fiza ni, macam lipas kudung buat keja.Dah tu dia ni memang masa buat keja tak suka bercakap. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Tekun  betul. Selesai keja baru dia cakap. Yang lawak antara benda yang Fizah cakap...``akak niiii...tension saya. Lepas jer kelas saya, akak masukkan gambar mengancam kat blog - yang paling tak tahan Mousse tu...geram saya. Saya terus tengok tiket kapal terbang yang murah...terus booking...tak peduli saya...saya nak blajar gak,''....hehhehe...dik...akak tidak bersalah dik...akak tidak berniat  nak buat Fizah geram...ahaksssss...

Tapi memang Fizah ni macam lepas geram. Apa taknya, mula-mula dia sms saya dia nak blajar 2 kek saja. Masa tu tinggal date 22 Mac jer yang belum ada orang. Dia terus sms saya, tanya kosong ker dak. Bila saya cakap kosong, dia terus cakap dia nak n akan bank in deposit.....hehehhehe lawak budak ni.

Last week plak, dia emel saya tanya quotation untuk tambahan lagi 4 benda nak blajar....fizah, fizah.....hehehhe.....

Ok, jom layan gambar sekitar kelas DIY Fizah hari ni...saya suka Mousse yang Fizah buat...colourful n sweet...

Fresh fruit slice cake

Tengah pulun buat strawberry mika mousse




Antara Strawbery Mika Mousse yang Fizah buat


German Black Forest
German Blackforest (gambar ehsan Fizah)

Snowy Peach Custard (Gambar ehsan Fizah)
Blackforest Cheesecake (gambar ehsan Fizah)




Eclairs

Creampuff


Tengah `mengotakkan' semua hasil untuk dibawa balik

Fizah tersenyum simpul sebab semua keja dah selesai.....Fizah selesai semua keja dia pukul 4.30 ptg. Cepat kan......?

Untuk Fizah...semoga berjaya ngan projek bizz yeaaa....aminnnn...

Ni emel Fizah
Sorry kak lmbt nak bagi gambar yg x cantikkk nie...yg penting kek mmg
sedap yum3x..
insyAllah jumpa lg ya Kak..heheeee

Wlcm dik....nanti datang lagi yeaaa...banyak lagi kek-kek baru ni...ahaksss

DIY 4 jenis kek slice ngan Yam

Salam dan alooo untuk semua... Kelmarin Yam dari Seremban Jaya ambik kelas slice cake 4 in 1. Yam kata dah lama dia nak blajar, tapi tak berkesempatan jerrr. Masa saya buat kelas biasa hari Sabtu plak, dia tak bleh datang sebab sibuk ngan anak-anak. So, dia cari ruang untuk blajar DIY ngan saya.

Yam ni memang ada basic dalam baking. Dah start biz kek dari rumah. Antara produk utama yang Yam buat ialah kek pisang. Dia jual RM5 sebiji. Letak kat kedai di Paroi...kalau orang Somban mesti tau punya. Kedai akak yang jual banyak kerepek kat Paroi tu. Alhamdulillah Yam kata, kek pisang yang dia letak kat kedai tu selalunya habis. Teringinnya saya nak rasa. Nanti nak p beli lah...hehheh. Ok, sesapa yang nak order kek pisang Yam bleh call 016 220 3507. Mesti sedap nihh...tapi yang penting terjamin kebersihannya. Tak la macam kita makan kek pisang yang jual banyak-banyak tu kannn...alaaa...kek pisang bantal tu.....mesti u all penah dengar criter perihal kek pisang bantal ni...pisang yang dia guna tak yah kira la kan...campur semua. Telur plak...tak yah cakap lerr...hehehhehe.....tak sanggup nak membayangkan....hehhehe....

Ok, jom kita tengok aksi-aksi dan hasil kek slice yang Yam buat. Pasni bleh order kek slice kat Yam plak....
Tengah susun buah untuk fresh fruit slice cake

Memperkenalkan....inilah Yam


Fresh fruit slice cake yang dah siap

Yam tengah pulun melukis strawberry

Comei-comei n kemas hasil keja Yam ni


Chocolate Slice Cake

Ala-ala Opera slice cake



Yam ngan semua hasil yang dia buat. ``macam tak caya jer saya buat...selama ni tengok kat dalam blog akak jerrr,'' - apa plak tak chayanya Yammmmm....hhehehhhe

Ni mesej Yam kat saya:

Salam, kak memang sedap! Trutatama fresh fruit, anak & abg suka sangat dah tinggal 5 ptg je...mlm ni abg nak bawa ke surau sket...
Tima kacih byk2 nanti leh le joint kls lain...


Sama-sama yam....alhamdulillah Yam n family suka....lega saya dengar....Ok, nanti datang blajar, cakap awal-awal. Nak order kek pisang...

Mar 19, 2011

kelas western food - special request

Salam dan alooo untuk semua....Kak Asmah, antara regular student saya mintak saya buat kelas western food untuk anak dara dia n kengkawan yang tengah tunggu SPM. Saya tanya dia nak apa. Kak Asmah yang sempoi ni jawab ``tak kisah la cikgu....nak lasagna dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya....yang budak-budak suka..,''.

So, mengambil kira taste budak-budak remaja la ni, saya pun bagi la menu ni untuk special request class semalam:

Hot Mama Lasagna
Cowboy Spephard pie
Meatballs spagheti ullallaaaa
Express Pizza
Cream of Mushroom Soup (fresh mushroom)
Coney Dog 

Enam orang joint kelas ni, Kak Asmah, adik Kak Asmah - Kak Yati, anak dara Kak Asmah yang comei lotei, Nabihah, Diana yang suka makan tapi badan kurus, Emelia  yang Diana kata dah naik badan 10 kg tapi saya nampak masih slim...n Izati antara regular student saya - tak lama lagi nak fly ke New Zeland ambik TESL (cikgu bahasa inggeris).

Biasa la kelas ngan budak-budak ni....riuh rendah ngan perangai gila-gila dia orang ni. Pastu, menu makanan yang saya ajar memang makanan dia orang. So, saya sebut jer nama-nama bahan-bahan dalam tu, semua dia orang tahu....parmesan la, cheddar lerrr, blue cheese laa, carbonara, marinara....kiranya frame of reference sama la ngan budak-budak ni..... Satu lagi, rajin menolong budak-budak ni. Siap tolong saya ngemas n basuh pinggan lagi. Tq yea semua...

Ok, ni gambar-gambar sepanjang kelas n menu yang saya ajar hari tu....cream of mushroom lupa nak ambik gambaq....
Tengah pulun isi topping pizza

Try pipe mashed potatoe kat atas shepard pie

Piza dah masak, terus rasa. Dari kiri ke kanan - Diana, Nabihah Emelia n Izati


Tengah buat coney dog


Lasagna

Pizza express

Shepard pie

Meatball spagheti

Coney Dog - hanchusss hot don bun dikerjakan budak-budak ni....

Errr...gambar Kak Asmah n Kak Yati tak dak plakkkkk....soryyy...hehhehe