Nov 30, 2009

PERUBAHAN JADUAL KELAS

Salam dan alooo untuk semua...

Perubahan jadual kelas

Atas sebab-sebab tertentu, kelas pada:

6 DISEMBER (AHAD)
KELAS: ASAS KEK BUTTER - 5 JENIS - Butter, butter milk, butter orange, marble and rainbow
terpaksa DITUNDA  pada:

18 DISEMBER 2009 (Jumaat - cuti umum awal Muharam)
Masa: 11 pagi - 2 ptg
Harga: RM80


Kelas HOMEMADE CHOCOLATE (Sabtu - 5 Disember) on macam biasa yeaa....Sapa yang nak daftar tempat masih ada.

Kelas ulang semula:

Pada sesiapa yang nak joint kelas menghias kek kahwin 3 tingkat guna teknik steamed buttercream, bleh joint kelas saya pada: Sila confirm kehadiran anda dengan membayar deposit RM120 ke account maybank Zalina Yahaya - 1122 500 16852.

KELAS: Kelas menghias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik Steamed Buttercream.
TARIKH: 27 Disember (Ahad)
MASA; 11 am - 4 ptg
(Makan ringan akan disediakan)
HARGA: RM250

Kelas praktikal sepenuhnya

Kandungan kelas:





i. Teknik terkini menghias kek menggunakan steamed buttercream yang memberikan hasil yang halus, licin dan nampak seperti fondant.

ii. Membuat bunga ros, daun dan pelbagai hiasan border yang yang akan menampakkan kek anda seperti profesional.

iii. Cara meletakkan tiang pada kek



iv Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek (1 kg, 1/2 kg dan 350gm) untuk dihias
Peralatan yang perlu dibawa: Apron, kain lap, spatula dan turn table. Peralaan lain seperti piping bag dan nozel akan disediakan.

PUAIH MENCARI, BARU JUMPA....


Salam dan aloo...dah puas mencari-cari, baru jumpa gambar kek yang saya buat petang raya aji  hari tu...tapi satu jer gambarnya yang berjaya dikesan. Tak clear sangat. O.k la tu kannn?





Yang depan skali tu kek yang saya tunjuk demo, barisan kedua - kek chocolate moist gambar ultraman (diorder oleh Mardiana), chocolate moist biasa (diorder oleh KakakIpar), chocolate moist 2 kg (diorder oleh Fazura untuk hadiah pengantin baru Fahmi & Ijan), barisan ketiga, kek carrot (diorder oleh Mardiana) n Kek Kiwi (diorder oleh Kakak ipar)

Cupcake kat bawah ni plak (200 semuanya) diorder oleh Mardiana. Mardiana order kek ultraman, carrot cake n cupcake ni untuk birthday anak dia Afiq yang ke 4 tahun.


Cupcake 4 perasa - Orange, Strawberry, Nenas n Chocolate (gambar lain untuk chocolate n nenas gagal dikesan..harap maklum)

Nov 29, 2009

MAKANAN DOREAMON

Salam dan aloo untuk semua... hari ni saya nak ajar masakan makanan DOREAMON ...makanan  Jepun laa ...(hehehhe) Lawak jerr, bukan ajar masak, tapi ajar mengenal makanan-makanan Jepun. Dah boring makan nasik, saya ajak husband p makan kat kedai mak sedara saya - Matsu (maksu saya...hehehe). Japanese food memang favourite kami. Kalau teragak nak makan makanan Jepun, saya n husband akan p kedai ni. Dekat sangat ngan rumah. Selang dua tiga pintu dari Maybank yang dekat ngan  Jusco Seremban 2 tu.

Ni ha kedai mak sedara saya - Matsu...

Malam ni kami order Chuka Kurage (seasoned jelly fish). Chuka Kurage ni ialah obor-obor ikan. Sedap. Ada rasa masam-masam manis n pedas sket. Macam kerabu pun ada gak. Sejemput jer untuk satu portion. Yang putih-putih atas tu bijan putih. Cara makannya...ratah jer...Ni kira macam pembuka selera. Saya suka sangat benda ni. Dua tiga kali sepit, dah abih....

Chuka Kurage

2. Kami juga order Kiku Shashimi. Shashimi ni ialah hirisan pelbagai jenis daging ikan mentah yang fresh. Untuk malam ni kami order shiro, maguro, salmon n tako (ni nama-nama ikan dalam bahasa Jepun). Dalam bahasa nogori sembilan, den tak reti la pulak. Kiku tu kira nama hidangan ni la.Contohnya Nasik Lemak Mak Minah. Err...ni kalau nak diterjemahkan Hidangan Ikan Mentah Encik Kiku...(hehehhe). Selalunya set Shashimi ni akan dihidangkan bersama hirisan halus lobak putih n daun Shiso. Macam daun kapal terbang pun ada gak rupanya. Tapi saiz dia kechik sket. Tapi malam ni, gamaknya daun Shiso ni dah abih, so, chef tu boh daun salad jer...(tak aci betul la chef ni...). Bergantung pada jenis hirisan ikan-ikan tu, selalunya shashimi ni dia orang serve dengan jeruk halia n wasabi (paste yang ijau tu...pedas menyengat benda ni. Tapi jangan confused yea...wasabi ni bukannya diperbuat daripada cili api colour hijau. Wasabi ni dibuat daripada akar tumbuhan dari keluarga kubis ). Cara makannya - cicah dengan sos soya (kicap Jepun). Boh sket wasabi ni dalam kicap tu. Sebelum tu, perah dulu lemon atas ikan tu...fuhhh besttt....Pelik la macam mana dia orang buat. Tak bau hanyir langsung. Sebelum ni, sempat la saya tanya Chef dia yang peramah - Danny. Ikan-ikan ni ambik kat mana. Dia kata memang import direct dari Jepun. OOoooo, ingatkan beli kat pasar besar Somban...hehehhe. Danny kata tak boleh pakai ikan local.Lain rasanya. Kena ikan Jepun gak...(baru terbayang-bayang nak balik p hiris ikan bawal ker, tenggiri kerr...kensel laa nampaknya...).




 Kiku Shashimi. Yang setonggok kecik belah kanan tu lah wasabi.

3. Pastu kami order 2 jenis sushi - Idako Shushi (baby octopus @ anak sotong) , kurage sushi (sushi obor-obor ikan yang macam tadi tu) Sushi kat restoran-restoran khusus untuk makanan Jepun ni lain rasanya daripada yang kita makan kat Sushi King. Memang sedap. Kalau order baru dia orang buat. Memang fresh.
Dan satu lagi makanan yang mesti saya order kalau saya datang kedai mak sedara saya ni ialah Mushroom Miso Soup atau orang kampung kita panggil sup paste kacang soya dengan cendawan. Dalam dia ada hirisan tauhu n taburan daun bawang. Memang fresh gila miso soup ni. Kalau sapa-sapa deman, saya advicekan hirup sup ni...fuhhh...



Yang depan tu sushi anak sotong n obor-obor ikan. Yang dalam mangkuk tu miso soup dengan cendawan.

4. Selain tu kami juga order gyu teppan (pan fried beef with steak sauce) atau bahasa mudahnya daging goreng dengan sos steak. Sedap n lembut daging ni. Cicah ngan sos steak.



Gyu Teppan

5. Untuk dessert plak, kali ni saya try aiskrim bijan itam. Nama susah dia Goma Black Sasame Ice Cream (Goma tu bahasa Jepun untuk bijan itam). Selalunya kami akan makan Grean Tea Ice Cream. Tapi kali ni saja nak cuba yang baru. Tak menyesal. Sedap gila eskrim ni. Atas aiskrim tu dia letak sejenis kuih jepun yang rupa n rasanya macam tepung gomak. (rasanya ni la asal usul nama aiskrim ni ....Goma...tepung gomak la tu...heheheh). Masa kami makan tu, chef dia, Danny jalan-jalan ke meja kami tanya ok tak food dia, nak tambah lagi ker apa yang patut. Saya pun ambik kesempatan puji gila-gila aiskrim bijan hitam dia ni. Tapi memang sedap gila-gila pun. Saya tanya dia, ni aiskrim import dari Jepun ker. Dia kata tak. Memang dia buat sendiri kat kitchen dia. Saya korek lagi...macam mana buat aaa....? Dia kata bijan hitam tu goreng dulu, pastu jadikan paste, baru buat aiskrim. Tapi bijan itam tu memang diimport khas dari Jepun.Saya tanya, kalau beli kat kedai mamak atau kedai-kedai ingredients jual kek tak bleh kaaaa....Danny kenyehhh saja dengan soalan saya...``Cannnoooooott.., dia kata.(can not...) Ooooo......baru dok terbayang dalam kepala otak nak pi cari bijan itam kat Singapore Street (ni bukan kat Singapore tau...ni kat Seremban - ni kedai-kedai lorong belakang. Sapa-sapa yang rajin buat kuih mesti tau Singapore Street ni kat mana...)
.
Pastu saya buat chobaan tanya soalan berani kat Danny...``Danyy aaa...u teach me laa how to make this ice cream. I pay u...(hehhehe...).'' Malangnya Danny hanya kenyih n bagi tunduk-tunduk Jepun kat saya...sambil kata ``hait, hait...'' (ggggitttuuuu la kannn). Boring aaa Danny ni...i kan regular customer u...tak palah Danny, akak balik cuba buat. Dapat rasa ala-ala pun jadi la.
Selain itu, untuk menambahkan lagi berat badan yang sedia berat ni, kami try Tofu Cheese Cake. Tapi tak sesedap pakai cheese betul. Tapi tak tau gak mungkin kami terlalu asyik makan aiskrim bijan itam sampai tertutup rasa sedap cheese cake tofu ni...



Kat depan ni ialah Tofu Cheesecake.Yang blakang tu Aiskrim Bijan Itam. Yang dua ketul warna coklat tu la saya kata rasa macam tepung gomak.


Tengokkkk....abih licin aiskrim bijan itam kami kerjakan....Len kali kalau pegi makan lagi, kami akan order sorang satu. Tak nak share....

MARI MENGHIAS KEK

Salam dan alooo untuk semua. Rasanya tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari raya aji...Sorry sebab agak lama tak update blog saya ni. Sibuk sket. Dan satu lagi sebab - adik bertuah saya p tukar apa tah kat komputer ni sampai saya tak bleh nak download gambar. Biasala saya ni kan terror sangat komputer ni...bila dah ada sket perubahan, mula la panik tak tau nak buat apa. So kena la tunggu dia dia buat balik macam asal. Baru la bleh edit n download gambar. Tapi lepas masukkan memory card dalam laptop plak, ada 6 keping gambar kek yang saya buat petang raya tak da...Yang peliknya bila tengok dalam camera ada gambar-gambar tu...heran bin ajaib betoi....Tak pa lah...saya postkan apa yang ada saja lah.

Hari ni saya nak tunjukkan cara-cara menghias kek besau...(besar laaa). Tapi bukan besar mana pun. 5 kilo saja. One Indian customer - lupa plak nak tanya nama untie ni. Dia nak order untuk birthday cucu dia yang ke 21 tahun. Nama cucu dia Hema Latha. Untie ni nak kek butter orange. Tema colour putih n pink.

1. So, mola-mola, kita letaklah kek lapisan pertama atas board n sapu krim. Jangan tebal sangat tau. Sket-sket saja. Make sure la anda ada turn table (meja pusing untuk letak kek masa hias tu). Kalau tak dak, memang susah nak hias kek.




2. Pastu kita letak la bahagian kedua kek. Memandangkan ni kek butter, so, saya buat 2 lapis jer. Sebab berat semua kek tu dah 4.8 kg. Campur krim lagi, maunya 5 kilo sotongah....Tapi kalau u all buat kek sponge, kena letak 3 lapis yea...




3. Pastu, untuk memastikan krim di luar nanti licin, cantik n tak dicacatkan oleh serbuk-serbuk kek, saya selalunya akan sapu selapis krim nipis di sekeliling kek. Proses ni orang puteh panggil crumbs coat. Maka jadilah macam kat bawah ni... tapi make sure nipis saja tau.




3. Proses seterusnya ialah menyapu krim yang betul-betul la. Ikut la colour apa yang kita nak. Untuk base ni saya pakai light pink




4. Pastu kalau suka, kita bleh pakai `sikat kutu' ni...(hehhehe - scrapper laaa). Sapu kiri kanan dan bahagian atas skali.

5. Pastu bleh la hias boarder macam ni...Sapa yang penah masuk kelas hias kek saya mesti tau cara nak buat ni. Senang saja puan-puan...guna nozel bintang saja. Bleh buat macam-macam border ekslusif. (so, apa tunggu lagi, jom joint kelas saya...anda tidak akan menyesal ...eheheh - iklan jap yea...)



6. Langkah seterusnya ialah menghias. Selalunya kalau kek-kek besar n banyak bunga ni, saya akan buat bunga sehari lebih awal. Buat bunga, masukkan dalam fridge. Bunga akan nampak cantik n terletak..Untuk kek ni, saya buat tone colour pink n putih.




7. Pastu, gubah lah bunga anda mengikut citarasa semulajadi. Ikut kreativiti masing-masing..Nak kona kanan ka, kiri ka, atas ka, bawah kaa...asal cantik...



8.Nak bagi nampak happening n cantik lagi, tambah la sket dengan bunga-bunga kecik dan daun macam ni...Buat la ranting-ranting ...baru nampak real sket...




9. Lepas dah puas hati, baru laa saya tulis atas kek. Ada yang kata tulis dulu baru hias. Tapi saya lebih selesa hias dulu.Kalau kosong, tak dak hiasan, tulisan saya akan jadi herot....(senget laaa....) So, ikut keselesaan masing-masing laaa.



10. Last skali, boh dalam kotak....., sekian terima kasih....



Sapa-sapa nak blajar hias kek, jom masuk kelas saya. Saya akan ajar sampai boleh. Jangan malu n segan. Kalau anda tak penah kenal apa itu nozel, turn table atau piping beg pun, saya gerenti anda boleh hias sebijik kek siap dengan bunga ros. Saya akan ajar sampai boleh....
Kalau nak cepat, kumpul sekurang-kurangnya 4 orang. Saya bleh start klas bila-bila. Tapi kalau tak kisah bila-bila, bleh tunggu jadual saya untuk January.


Nov 21, 2009

KENAPA....tak pecaya...?

Salam dan aloo untuk semua....Setiap kali saya habis kelas kek kahwin guna teknik steamed buttercream, mesti akan ada student yang duduk menung tengok kek yang dia orang buat n kata ``macam tak percaya...''

Hari ni, Suriani yang cakap dialog tu. Suriani ni memang tak dak basic langsung dalam bab menghias kek. Hari ni lah dia start kenal apa itu buttercream, nozel, piping beg, cone holder n  baru beli turn table (siap ada kotak lagi tau...heheheh).

Dah tu, Suriani ni kidal plak. So, susah sket nak ngajar dia terutamanya masa nak buat bunga ros. Tapi satu yang saya respect Suriani ni, dia kuat semangat. Tak putus asa. Walaupun pada peringkat awal, ada unsur-unsur tension, tapi bila dah betul-betul paham teknik, Suriani nampak macam syok plak buat bunga. Untuk kek tiga tingkat hari ini, saya minta student buat 20 kuntum bunga ros. Hasil usaha bertungkus lumus, maka berjaya juga Suriani siapkan kek tiga tingkat dia.

Suriani kata dia tak sabar nak tunjukkan kat suami. Ok, ni lah hasil kerja Suriani:



Ni Suriani tengah letakan kek tingkat dia. (sorry yea, gambar terketar-ketar sket...terketar bangga sebab tengok hasil usaha Suriani....hehehhe)

Selain Suriani, Rohaya pun sama gak, tak dak basic buat buga ros ni. Tapi kata Rohaya, buat kek-kek biasa tu ada lah. Kalau kena letak bunga, dia beli jer. Tapi hasil kelas hari ni, Rohaya bleh buat bunga-bunga ros tu. Cantik plak tu.


Ni hasil kerja Rohaya (gambar Rohaya ada kat bawah...)

 Dua lagi pelajar dalam kelas hari ni ialah student senior saya Jaya (dia start ikut kelas saya sejak mula-mula saya ngajar dulu) dan Kak Aini. Kak Ani ni penah joint kelas buttercream saya minggu lepas.


Ni Kak Ani tengah pulun menghias. Dia nak bawak p KL esok untuk anak-anak sedara dia.



Ni Jaya. Jaya nak bawak kek ni p rumah bapak dia di Port Dickson





Yang tudung kuning tu Rohaya

Kek-kek yang dihasilkan student

Nov 20, 2009

CUPCAKE UNTUK TETAMU

Salam dan alooo untuk semua...., Alhamdulillah, berjaya siapkan 1,200 cupcake untuk Maisarah. Maisarah kahwin petang ni, kendurinya esok.

Saya buatkan 4 jenis perasa - coklat, orange, apple hijau dan strawberry.


Ni lepas bakar. Nak bagi sejuk sat sebelum boh dalam plastic container


Ni dah siap boh dalam plastic container. Pas ni boh dalam kotak.
Sapa yang berminat boleh call saya. Murah saja - 50 sen satu (kalau order lebih 500 pcs). Kurang daripada tu 60 sen atau orang kampung saya kata Nam Kupang....


Kemarin gak saya buatkan cupcake dari Idah. Dia call dari Sarawak. Nak hadiahkan cupcake untuk Mummy tersaya sempena birthday ke 33. Idah nak chocolate cupcake.



Happy birthday untuk Mummy Idah...

Nov 16, 2009

Cupcake untuk cikgu




Salam dan aloo untuk semua... Pagi tadi kawan saya, Wan Aida call mintak tolong sangat-sangat saya buatkan cupcake untuk anak dia Nurul. Nak ambik petang ni sebab Nurul nak bawak ke sekolah esok pagi. Nurul nak hadiah cupcake kat cikgu kesayangan dia. Aida ni selalu masuk blog saya. Dia kata dia bekenan sangat dengan design cupcake Jijie tu. Sweet katanya. Soa dia nak saya buat macam tu. Kesian gak kat Aida, merayu-rayu mintak tolong, so, saya buatkan lah jugak walaupun last minute. Bunga ros tu  lepas paip atas paku tu, saya transfer terus atas cupcake.




Ni plak kek chocolate yang diorder oleh Madihah, student KGV. Last week saya buat. Lupa nak masuk blog. Ni untuk majlis perpisahan kelas Madihah sebelum dia orang ambik SPM 18 November ni. Dia orang satu kelas share ramai-ramai.Saya buatkan tema hidupan laut. Ada ikan, udang, sotong, siput n sebagainya yang saya buat dari coklat compound.  Sebenarnya saya silap buat kek ni. Bukan silap apa, tapi silap yang membawa keuntungan kepada Madihah....hehehehhe...rezeki Madihah la ni.

Bajet Madihah nak kek sponge coklat 3 kg, tapi memandangkan masa tu saya tengah mabuk bunga, saya p bakar kek chocolate moist. Dah siap, masa nak hias baru sedar....Tak pa lah kira sedekah kat Madihah, kawan-kawan n cikgu dia. Semoga lepas makan kek ni, dia orang akan lebih teror menjawab dalam exam nanti...heheheh. Ok untuk Madihah n kawan-kawan, all the best yea....

KENDURI KAWEN DI TAMAN TASIK TITIWANGSA...

Salam dan aloo untuk semua...

Semalam saya dan husband menjalankan `tanggungjawab' terakhir sebagai `pilot' n co-pilot untuk pengantin Jijie n wife dia Ijan. Ni kira kenduri belah pengantin lelaki - Jijie. Dia buat kat Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Best n happening gak buat kenduri kat luar ni.

Yea la pikir-pikir balik, tak yah penat-penat nak kemas rumah lepas kenduri. Tempat parking n kawasan luas. Kalau u all penah p naik Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, aaa...kat situ la dia orang sewakan untuk majlis perkahwinan. Kalau sapa-sapa nak info lebih lanjut bleh call pihak pengurusan Taman Tasik Titiwangsa - 03 - 4023 8294.

Sewa tapak RM400. Kalau nak bandingkan sewa kat dewan memang murah. Catering plak - RM25 sekepala. Tapi pakej catering ni, kita cari la mana yang kita suka ikut bajet masing-masing.




 Ni pandangan dari pintu masuk. Khemah kat tengah-tengah tu ada pelamin. Meja untk makan beradap plak kat belah kanan.





Ni meja makan beradap. Bunga kat depan tu fresh tau, bukan plastik....

Selain Taman Tasik Titiwangsa ni, kalau sapa-sapa nak buat garden wedding atau nak konsep open macam ni bleh gak try call tanya dua lagi tempat  ni:

Taman Tasik Permaisuri, Cheras - 03-9173 1571
Taman Warisan Putrajaya - 03-8887 7000

Saya n husband sampai kat Taman Tasik Titiwangsa lebih kurang pukul 12.30 tgh hari. Tunggu pengantin dari hotel dalam 1/2 jam. Pastu pengantin datang dengan pengapit n mak andam. Bukan sahaja pengantin yang kena make-up, tapi keta husband saya pun kena make-up gak. Mak Andam boh riben di keempat-empat pintu. Kat depan plak riben besar. Pastu kami berarak ngan rombongan pengantin perempuan dari Pahang ke tapak kenduri.

Sampai sana, ingat dah selesai tugas kami, so saya n husband nak p makan. Tapi tetiba sedara Jijie bagi tau kami kena dok makan kat meja pengantin. Puaih la bagi macam-macam alasan tak mau...tapi tak berjaya. (Jijie ni memang nak kena..... nanti kooo....!!!) Kami kena gak dok sebaris ngan pengantin.

Tapi o.k gak.dapat makan special. Masa saya n husband kat meja makan beradab dulu, masing-masing segan nak makan. Tapi sekarang...pulun aaa....orang mana penduli...Orang tengok pengantin jerrr...yea dak... Sedap makan ayam golek, udang panjat, rendang daging, dessert n macam-macam lagi lah...Semua dihidangkan oleh dayang-dayang...hehehhe




Pandangan hadapan khemah meja pengantin






Antara makanan-makanan yang kat meja pengantin. Bawah sekali tu tapai. Sedap


Saya suka centrepiece kat meja bulat kat depan meja pengantin ni...Nampak klasik. Kalau buat malam lagi best kannn...? Bleh boh lilin..




Saya n husbad kekenyangan....

Pas settle makan, penganti p potong kek plak...Saya ambik gambar jer, pastu kami pun balik tidoqqq....best....tidoq dalam kekenyangan... (aktiviti yang sangat sesuai untuk menambahkan berat badan....)