Mar 31, 2014

JADUAL KELAS DEMO & HANDS ON BULAN APRIL 2014


1. Bank in deposit ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY -
5051 76100 195

2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053 - nama, date class, nama class dan jumlah bank in
Contoh: ZALINA, RM150, 5 April, Best 5

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda
dianggap belum bayar.

4. Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen, bukti pembayaran dan baki yuran.

5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran
dibenarkan masuk kelas.


 _____________________________________________________________________________

1. KELAS DEMO BEST 5 BZEE BAKERY SABTU, 5 APRIL, 11 PAGI, RM300


1. Kelas: BEST 5 BZEE BAKERY 
Pecan Heaven, Cream Puff Eclairs, Kek Kukus Anam Bulan, German Black Forest dan Apple Crumble Cheese Cake

Tarikh: SABTU, 5 APRIL
Masa: 11 pagi - 4 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2
Pengajar: Zalina
Jenis Kelas: Demo

Yuran: RM300
Deposit: RM150

2.  KELAS DEMO 20 JENIS BISKUT RAYA KAK ITA DELIGHTS - RM300, AHAD 6 APRIL 9 pagi - 4 ptg




 

Kelas 20 jenis biskut raya Ita Delights (+ 6 resepi Free) – Rujuk gambar jenis-jenis biskut
Tarikh: 6 April 2014 (AHAD)
Masa: 9 pagi – 4 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2
Pengajar: Puan Rozita Kader
Jenis Kelas: Demo
Yuran: RM300
Deposit: RM150


3. SIARAN ULANGAN KELAS HANDS ON HEALTHY BREAD SABTU 12 APRIL 10 PAGI - 5 PETANG - RM300


Wholemeal Bread
 HEALTHY BREAD – MODUL TERBARU BZEE BAKERY

Jom belajar buat roti-roti yang high fiber, tanpa gula dan telur. Pelajari teknik-teknik yang boleh menjadikan roti-roti high fiber anda lembut, moist dah tak jemu makan.

ANDA AKAN BELAJAR 5 JENIS ROTI – SEMUA BERBEZA RESEPI – bukan dari doh yang sama.
Wholemeal bread, German Muesli, Classic Honey & Carrot, Pretzels dan Focaccia.

Tarikh: Sabtu, 12 April 
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2
Jenis kelas: Hands On
Pengajar: Zalina 
NOTA: SETIAP KELAS TERHAD KEPADA 8 ORANG PELAJAR SAHAJA

YURAN: RM300
DEPOSIT: RM150


4. KELAS 9 JENIS BISKUT RAYA TERBAIK KAK PATMA SABTU 13 APRIL RM300  10 PAGI - 4 PETANG



Tiga lagi - Almond Delight, Pistachio Crispy dan Cripsy Coklat

Jom belajar biskut dari `Jutawan Biskut' - Kak Patma. Usahawan yang sangat berpengalaman dalam penghasilan biskut raya. Jom kongsi pengalaman dengan Kak Patma mcam mana nak jadi usahawan biskut yang berjaya. Macam mana dia bermula dan macam mana dia boleh berada di tahap sekarang.

Tarikh: 13 APRIL 2014 Ahad
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2
Jenis kelas: Kelas Demo
Pengajar: Kak Patma

Yuran: RM300
Deposit: RM150

5. KELAS MODUL TERBARU BZEE BAKERY - CREAM CHEESE BROWNIES - RM200 - 4 JENIS - 19 APRIL / 11 PAGI - 4 PETANG

DAFTAR SEGERA SEBAB TEMPAT DAH TINGGAL TAK BANYAK LAGI....

Banana Butterscotch Cream Cheese Brownie

Double Chocolate Cream Cheese Brownie

Cranberry Cream Cheese Brownie

Crispy Chocolate Cream Cheese Brownie
Tarikh: Sabtu, 19 April 2014
Masa: 11 pagi – 4 petang
Tempat: Bzee Café & Bakery, Seremban 2

Jenis Kelas: Demo
Pengajar: Zalina
 
Yuran: RM200
Deposit: RM100 (tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan penyertaan) 




6.
Kepada anda yang serius untuk pergi jauh dalam bidang bakery, ni kursus yang wajib anda hadir. Saya bawakan Kak Pau (Datin Pauziah dari Citra Klasik). Sapa tak kenal Kak Pau. Sifu saya dan juga sifu kebanyakan bakers kat Malaysia ni.

Adik saya, Yusniza di Sungai Petani adalah antara peserta yang pernah join kursus Kak Pau ni.

``Rugi sapa yang tak p Kak Ina....banyaknya yang kita tak tau mengenai selok belok bizz bakery ni. Mcm-mcm Kak Pau share...Semua.., termasuklah segala bantuan dan geran kerajaan yang rupanya banyak. Kita sebenaqnya layak dan boleh mohon...

``Kak Pau bagi jalan macam mana nak ringankan beban kita untuk start biz. Wajib join kursus ni,''

Ni adik saya yang bagi tau.

Okeh, pada yang berminat, ni detailsnya:

Tarikh: Ahad, 20 April 2014
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2, Seremban
Pengajar: Datin Pauziah (Kak Pau) dari Citra Klasik
Yuran: RM295
Deposit: RM150



7. KELAS FOOD PHOTOGRAPHY CARA `KOBOI' N SEMPOI - AHAD 27 APRIL, 11 PAGI - 4 PETANG - RM150 


 

 Kelas diadakan atas permintaan student-student saya yang nak belajar teknik mudah mcam mana saya ambik gambaq produk bakery saya.

Anda tidak perlu ada camera canggih sebab dalam kelas ni saya tak akan langsung memeningkan kepala anda dengan istilah-istilah ISO, Aperture, shutter speed, white balance, bla, bla, bla dan blaaaa..Kita guna phone camera saja.

Saya akan ajar anda mcam mana nak composekan gambar supaya produk anda nampak mengiurkan dan cantik.

TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA 

Tarikh: Ahad, 27 April
Masa: 10 pagi - 4 petang
Tempat: Bzee Bakery, Setemban 2
Jenis Kelas: 100% Hands On
Pengajar: Zalina

Yuran: RM150
Deposit: RM100

(klu nak, anda boleh bawak 2 produk anda untuk kita ambik gambar bagi chun - klau nak..tak nak pun tak paaaa)

APA YANG WAJIB DIBAWA: HANDPHONE YANG ADA FUNGSI CAMERA.

KELAS DEMO 5 KOLEKSI TERLARIS BZEE BAKERY - 5 APRIL RM300 11 PAGI - 4 PETANG

Asskum semuaaa....



LIMA lagi dessert yang mendapat permintaan tinggi untuk kelas DIY dan telah menjadi antara trademark baking class saya ialah - CREAM PUFF ECLAIRS, PECAN HEAVEN, KKEK BUAH KUKUS ANAM BULAN, GERMAN BLACK FOREST DAN APPLE CRUMBLE CHEESE CAKE

Saya himpunkan semua resepi terbaik ni dalam satu kelas demo. Kepada yang berminat, ni detailsnya:

Kelas: BEST 5 BZEE BAKERY 
Pecan Heaven, Cream Puff Eclairs, Kek Kukus Anam Bulan, German Black Forest dan Apple Crumble Cheese Cake
Tarikh: SABTU, 5 APRIL
Masa: 11 pagi - 4 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2
Pengajar: Zalina
Jenis Kelas: Demo

Yuran: RM300
Deposit: RM150

Cara Mendaftar: 
 
1. Bank in deposit RM150 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY -
5051 76100 195

2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053 nama, date class, nama class dan jumlah bank in
Contoh: ZALINA, RM150, 5 April, Best 5

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda
dianggap belum bayar.

4. Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen, bukti pembayaran dan baki yuran.

5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran
dibenarkan masuk kelas. 


Mar 27, 2014

KELAS DEMO 20 JENIS BISKUT RAYA KAK ITA DELIGHTS - RM300, AHAD 6 APRIL 9 pagi - 4 ptg



Asskum semuaaa…







Pada yang masih mencari resepi terbaik biskut raya tahun ni, jom belajar ngan Kak Rozita Kader (Ita’s Delight) – pembuat biskut raya yang berpengalaman. Ni tahun terakhir Kak Ita buat kelas. Pas ni dia akan bersara dari buat kelas. Dia nak focus kepada production buat biskut saja.
  
Ciptaan resepi-resepi terbaru dia hanya untuk jualan. Tak buat kelas lagi. So, jangan lepaskan peluang keemasan ni. Jom belajar dari orang yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam industry biskut raya ni.
Kepada yang berminat, ni detailsnya:

Kelas 20 jenis biskut raya Ita Delights (+ 6 resepi Free) – Rujuk gambar jenis-jenis biskut
Tarikh: 6 April 2014 (AHAD)
Masa: 9 pagi – 4 petang
Tempat: No 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan ) Koordinat: N 2.68686, E 101.91722

Jika ambik public transport, paling senang, ambik komuter. Turun di stesyen Seremban. Ambik teksi. Bagi add saya. RM12. Perjalanan lebih kurang 20 minit dari stesyen komuter.

Harga: RM300 SAHAJA (untuk 20 jenis biskut dan 6 resepi FREEE – MORAH GILAASSSS)
Deposit: RM150

Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM150 Maybank BZEE CAFE & BAKERY -
5051 76100 195
2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053- nama, date class, nama class dan jumlah bank in
Contoh: ZALINA RM150, Biskut Raya 6 April.

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda
dianggap belum bayar.

4. Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen, bukti pembayaran dan baki yuran.

5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran
dibenarkan masuk kelas

 Tq
Zalina 

Mar 26, 2014

JAWATAN KOSONG DI BAKERY SAYA






JAWATAN KOSONG DI BZEE BAKERY:

Asskum semua: Ni ada jawatan kosong di bakery saya. Klu sapa berminat atau ada anak-anak kawan yang berminat, call saya: Zalina (019 282 0053019 282 0053).
CALL SAYA SELEPAS PUKUL 6 PETANG SAHAJA

Jawatan kosong: PEMBANTU SAYA DI BAKERY
Skop kerja: Membantu SEMUA kerja-kerja di bakery. Anda kena buat semua kerja - tiada pengkhususan kerja.
Jom jadi orang yang multitasking …mana tau klu ada ada cita-cita nak bukak biz sendiri satu hari ni. Ini semua pengalaman berharga untuk anda. Insyallah

Status jawatan selepas 3 bulan percubaan: TETAP (bukan sementara nak tunggu dapat result masuk mana-mana IPT atau sementara nak tunggu dapat keja lain)

Umur: 18 – 40 tahun

Jantina: Lelaki @ perempuan

Gaji dan pelbagai hak lain yang akan anda terima sebagai pembantu saya hanya akan dibincangkan masa sesi temuduga

CIRI-CIRI LAIN:
1.       RINGAN TULANG dan tidak memilih kerja
2.       TAK SUKA CARI PASAI ngan rakan sekerja yang lain.  KERJA jalan, MULUT tak jalan pun tak pa. Saya suka pekerja yang PEMALU dan PENDIAM. Jangan bimbang , anda tidak akan boring sebab radio saya on setiap masa.
3.       Tak sibuk tengok jam nak balik awal
4.       H/phone dibenarkan on, tapi tak boleh sms/fb/whatsap/tweet
5.       Boleh terima teguran


Sekian, terima kasih
Zalina Yahaya



Mar 23, 2014

MODUL TERBARU BZEE BAKERY - CREAM CHEESE BROWNIE




Banana Cream Cheese Brownie

Crispy Cream Cheese Brownie

Double Cream Cheese Brownie

Cranberry Cream Cheese Brownie


Asskum semuaaa.....alhamdullilahh, berkat sokongan dan doa semua, saya berjaya menghasilkan satu lagi modul baru yang boleh anda pelbagaikan produk jualan anda.

Untuk kekal bersaing dalam biz terutamannya biz makanan ni saya rasa, selain mengenalkan mutu produk yang kita buat, kita juga kena rajin dan berani untuk introduce benda-benda baru pada customer. Biasalah customer ni kan...sentiasa nak cuba benda baru.

Okeh, modul baru yang saya perkenalkan ni ialah CREAM CHEESE BROWNIE. Ada 4 jenis semuanya:

1. Banana Butterschotch Cream Cheese Brownie
2. Double Chocolate Cream Cheese Brownie
3. Cranberry Cream Cheese Brownie
4. Crispy Chocolate Cream Cheese Brownie 


Saya dah bagi tester saya cuma semua brownie ni dan alhamdulillah semuanya berpuas hati. Tangga teratas ialah Crispy Chocolate Cream Cheese Brownie dan Banana Butterschotch Cream Cheese Brownie. 


Kak Salman Manja yang penah ambik DIY ngan saya plak suka Double Chocolate Cream Cheese Brownie. Dan suami saya suka Cranberry Cream Cheese Brownie. Masing-masing dengan selera masing-masing.

Saya...? Saya suka CRISPY CHOCOLATE CREAM CHEESE BROWNIE..hehhehe

Okeh, kepada yang berminat dengan kelas ni, ni detailsnya: Cepat daftar yea...takut kelas penuh...

Kelas: CREAM CHEESE BROWNIES

1. Banana Butterschotch Cream Cheese Brownie
2. Double Chocolate Cream Cheese Brownie
3. Cranberry Cream Cheese Brownie
4. Crispy Chocolate Cream Cheese Brownie

Tarikh: Sabtu, 19 April 2014
Masa: 11 pagi – 4 petang

Tempat: Bzee Café & Bakery,
No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2) Koordinat: N 2.68686, E 101.91722
Jika ambik public transport, paling senang, ambik komuter. Turun di stesyen Seremban. Ambik teksi. Bagi add saya. RM12. Perjalanan lebih kurang 20 minit dari stesyen komuter.
Pengajar: Saya, Zalina

Yuran: RM200
Deposit: RM100 (tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan penyertaan)


CARA MENDAFTAR:

1. Bank in deposit RM100, Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053, nama, date class, nama class dan jumlah bank in
Contoh: ZALINA, 19 APRIL, RM100 CREAM CHEESE BROWNIES

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda
dianggap belum bayar.

4. Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen, bukti pembayaran dan baki yuran.

5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran dibenarkan masuk kelas.

Labiu
Zalina


Kelas Demo best 5+1

Asskum semuaaa...alhamdulillah...kelas demo terakhir kek dan brownie terbaik saya semalam berlangsung dengan sempurna.

Untuk kelas demo ni saya bagi special price RM350 seorang. Pas ni sapa yang nak kelas DIY harga ialah RM200 untuk sejeni kek.

7 orang saja yang join. Alhamdulillah. Jadi mcm semi hands on la plak..hehheh...Tapi hikmahnya, geng-geng yang join kelas demo small group ni sangat berpuas hati dan dah book untuk satu lagi kelas demo special request untuk small group pada bulan June ni. Dia orang dah pilih 6 kek untuk saya demokan.

Okeh, semalam saya demokan 6 jenis kek yang memang menjadi trademark Bzee Bakery dan dah banyak jadi ibu duit pada student yang penah belajar. 6 jenis kek ni juga adalah antara yang paling banyak dapat permintaan untuk kelas DIY sejak lebih 5 tahun lepas. Dan alamdulillah, permitaan untuk kek-kek ni tak pernah putus-putus sehingga hari ni.

Enam kek yang saya demokan hari ni: RedVelvet, Russian black n white, double indulgence, Italian Rainbow, Carrot Cake dan Salted Caramel Brwonie



Tqvm atas sokongan semua. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi.

DIY Minggu Ketiga April - 18 - 21 Mac

Asskum semuaaa... alhamdulillah....selesai minggu yang produtif dengan kelas DIY bermula 18 hingga 21 Mac lepas.

DIY minggu ni dirasmikan oleh Hafizah dari Seremban. Fizah belajar Cream Puff & Marble Cheese Brownies.

Cream Cheese Brownie

Cream Puff










RABU 19 MAC - Kak Salman Manja dari KL berDIY ngan saya 3 jenis kek - Pandan Layer, Bangkok Kaya dan Russian Black n White.



Risau gak bila orang-orang lama datang blajar ngan saya kek-kek lama n evergreen ni. Tapi alhamdulillahhh, Kak Salman Manja sangat berpuas hati dengan hasil Bangkok Kaya dan Pandan Layer. Dia nak sangat tau macam mana nak dapat kan kek Pandan Layer yang kata dia `sangat sempurna dan cantik - Sharp edges'...hehehhe...Senang jer kan kak...? yang penting tau tips penting.






 

 Rabu dan Khamis plak giliran orang-orang dari Singapore. Rabu 20 Mac, Izah. Ni 1st time Izah berDIY ngan saya. Izah ambik Kek Durian Musang King, Package Lava Cheese Cake, French Vanila Mille Crepe n  Savoury Choux Pastry.









French Vanilla MIllle Crepe

Package Lava Cheese Cake

Cheese Slice Cake

Savoury Choux Pastry

Musang King Durian Cake
Keesokannya harinya giliran Sue. Sue ni dah banyak kali berDIY ngan saya. Alhamdulilllah. TQVM Sue sebab tak putus-putus bagi sokongan pada saya. Sue ambik 4 jenis package - Package mIni cheese cake, Package kek marble, Cake kukus ekonomi n Package Lava Cheesecake