Jul 1, 2011

APA ITU KELAS DEMO....


APA ITU KELAS DEMO....

Ni kelas baking yang saya buat setiap hari Sabtu (selalunya laaa --- kalau ada perubahan hari, saya akan maklumkan).

Selalunya saya akan masukkan jadual kelas demo ni untuk sepanjang bulan.  Anda bleh click kat labels JADUAL KELAS (kat sebelah atas page)  kalau nak tau jadual terkini.

Ni kelas ramai-ramai - maksudnya akan dihadiri oleh minimum 4 orang. Setakat la, paling ramai yang penah joint kelas saya 56 orang.Tapi jangan gundah gulana sebab bakery saya boleh muatkan maksimum 60 orang.

Kalau kurang daripada 6 orang, saya akan batalkan atau tunda kelas ke tarikh lain.

Ni saya tengah bagi penerangan kat KELAS DEMO. Masa ni 25 orang joint kelas nih.

MACAM MANA KELAS DEMO DIKENDALIKAN

Dalam kelas demo ni, saya akan tunjukkan pada ada langkah demi langkah untuk buat kek atau apa sahaja resepi yang kita blajar hari tu.
Anda akan DIBERIKAN RESEPI  dan tengok demo yang saya buat tu. (demo tu singkatan pada DEMONSTRATE yang bermaksud tunjukkan cara, contoh dan kaedah untuk buat sesuatu).

Anda tidak akan terlibat langsung dalam proses pembuatan ni. Tapi kekadang tu ada gak laaa saya akan offer student kalau ada yang berminat nak try picit ker, kacau ker, uli kerrr atau basuh pinggan kerrr...ahakksssss...Kalau berminat lerrr....kalau tak minat tak pa...duduk jer kat kerusi masing-masing n tengok jerr saya buat.

APA YANG KENA BAWAK KALAU DATANG  KE KELAS DEMO NIH...

Tak yah bawak apa. Cuma bawak pen dan baki bayaran yuran.

So, dengan ini terjawab lah soklan yang selalu orang tanya saya ``dalam kelas demo ni bleh wak balik tak semua kek yang dipelajari? Semua kek yang dipelajari tu akan dibahagi-bahagikan sama rata.

Sebab tu penting sangat saya suruh bayar deposit n confirm kehadiran. Senang saya nak tau brapa ramai yang akan hadir. Kalau 20 orang hadir, saya akan siapkan kek lebih. So, bleh la wak balik banyak sket. Kalau tetiba jerr datang tanpa confirm, sebijik kek tu akan dibahagikan 20 orang - cher bayangkan besar mana u all akan dapat wak balik...sejemput jerr lerrr...

Lagi pun, deposit dan pengesahan kehadiran ni penting gak bagi saya sebab saya nak siapkan makanan tengahari. Sebab kelas kita akan start kul 11 pagi dan akan habis paling awal kul 4. So, kalau tak confirmkan kehadiran, nanti tak cukup plak saya order makan..betul tak...?

RESEPI YANG DIBERIKAN SAMA TAK NGAN RESEPI KELAS DIY (sapa tak tau apa itu kelas DIY  - sila, sila dan sila lah click kat atas page.

Jawapannya: MESTILAH SAMAAAAAA....(tak kan lah saya nak bagi lain-lain plakkkk)

KELAS DEMO NI BUAT KAT MANA
So far 98% saya hanya buat kelas di bakery saya di Seremban 2, Seremban. Kat sebelah kanan ni, under label LOKASI BZEE BAKERY,  SEREMBAN 2, saya ada bagi direction lengkap macam mana nak datang ke bakery saya ni - sama ada dari utara atau selatan....harap dapat luangkan masa untuk baca...tq

Selain Seremban, saya juga akan buat kelas di bakery adik saya di SUNGAI PETANI, KEDAH. Yang ni saya akan maklumkan. Tapi jarang-jarang sangat.

KENAPA HARGA KELAS DEMO N DIY NI BERBEZA..

MESTILAH bezzzzzaaaaaaaa. Yang ni kelas ramai-ramai. Kek yang dapat wak balik sorang satu slice jerrr. Yang DIY ni PRIVATE CLASS. ONE TO ONE. Student yang buat sendiri dari A sampai Z dan dia akan bawak balik sebijik kek tu. Saya tak ambik sket pun....

BOLEH TAK SAYA NAK PILIH APA  YANG SAYA NAK BLAJAR DALAM KELS DEMO
Jawapannya : TAK BOLEH. Saya yang akan tentukan modul apa yang nak blajar dan bila. Anda hanya boleh pilih apa yang nak blajar dan bila nak blajar dalam kelas DIY


BILA NAK CONFIRMKAN KEHADIRAN DAN BAYAR DEPOSIT


BILA-BILA...tiada tarikh akhir. Tapi jika kelas penuh, saya akan tutup penyertaan bila-bila masa.

Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit separuh daripada total yuran (ataupun seperti mana yang tertera dalam iklan iklan kelas) ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195.


BOLEH TAK SAYA BAWAK ANAK/ADIK/MAK SEDARA/KAWAN KE KELAS
Jawapannya: TAK BOLEH

MACAM MANA CARA NAK DAFTAR KELAS DEMO

1. Tengok jadual kelas demo

2. Buat keputusan apa yang nak blajar

3. CONFIRMKAN kehadiran dengan cara bayar deposit ke acccount (nombor saya dah bagi).

4. Pas bnk ni, SMS SAYA - contoh; SITI NURHALIZA - kelas cream puff 2 Julai. Saya akan jawab - OK TQVM. (ok, thank you very much). Pastu saya akan masukkan nama anda dalam senarai kehadiran kelas berkenaan. Kalau nama sapa tak dak, sila sms/call saya.

5. Sila simpan bukti pembayaran dak kemukakan masa kelas. Tanpa bukti, student kena bayar balik sekali lagi.

5.Datang kelas...senang jerr kannnnn?


Terima kasih