Showing posts with label Fondant. Show all posts
Showing posts with label Fondant. Show all posts

Nov 5, 2016

BENGKELN ROYAL SWEET ART - 4 & 5 DEC- SABTU & AHAD= 2 HARI - 9.30 PG SEHINGGA SIAP


Saya dengar banyak 'gosip2 liar' mengenai kak Khairati Ismail ni. Sifu yang akan ajar kek fondant kat tempat saya nanti.

Hah...jangan suspend. Gosip liar yang beraura positif la. Antara gosip liar tu:
1. Kek dia sangat cantik dan kemas
2. Figurine2 dia sangat cute dan hidup
3. Fondant dia tahan lasak. Boleh simpan dalam peti sejuk. Dia guna Magic Fondant (resepi sendiri)
4. Fondant dia tahan lasak. Kak Khairati duduk di Alor Star tetapi kek2 dia rileks jer dieksport ke KL dengan BAS!
5. Dannnnn kek fondant kak Khairati ni bukan calang2 customernya. Selalu masuk istana. Kiranya kalau birthday Sultan dan Vvip, warga2 korporat akan tempah dengan dia untuk di bawa masuk istana.


Hah..itulah gosipnya. Saya nak tanya ni...dah dengar gosip2 macam tu you all (khasnya pencinta deco) masih nak fikir panjang untuk berguru dengan kak Khairati?

Jangan fikir panjang lagi jom sedut ilmu dari Kak Khairati macam mana dia buat kek-kek fondant dia ni.

Dan macam mana dia pacak kek2 dia bagi stabil sampai boleh selamat naik bas. Tak terbalik lintang pukang...hebat kan..?

Ada masa nak kumpul duit lagi.

Bengkel Royal Sweer Art
Tarikh: 4 DAN 5 DISEMBER (SABTU &AHAD) - DUA HARI.
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, Seremban
Masa : 9.30 pagi sampai siap.

Sesuai untuk semua level. Yang tak da basic pun boleh.

Yuran: RM520
Deposit: RM100

Bank in ke acct maybank bzee cafe & bakery 5051 76100 195
Selepas bank in wasap bukti pembayaran ke 019 282 0053. Bagi nama penuh dan nyatakan kelas fondant.

Apa yang akan anda belajar:
1. Anda akan buat sebiji kek macam gambar.
2. Cara buat magic fondant yang tahan lasak
3. Teknik mudah dan pantas buat figurines
4. Teknik mudah buat pokok
5. Teknik mudah balut kek
6. Teknik guna air brush buat corak awan
7. Dan pelbagai tips2 lain untuk menghasilkan kek yang kemas dan cantik.

Semua student akan buat atas dummy cake. Kak Khairati akan buat atas kek betul.

Labiu
zalina

Nov 7, 2009

KERJA GILAAA.....

Salam dan aloo untuk semua.... hari ni saya buat keja gila...(bukan jadi gila yea...). Saya siapkan kek  kawen 3 tingkat dan 2 kek hantaran. Semua kek icing fondant. Pas tu tambah lagi 100 biji cupcake untuk wedding gift. Semua ni order dari kawan husband saya - Jijie yang akan akad nikah esok malam.

Sebenarnya Jijie order dah lama. Rasanya sejak sebulan lalu dan seperti biasa saya akan plan keja saya. Saya tak suka hias kek dalam keadaan tergesa-gesa. Idea hilang. Selalunya saya akan bakar kek sehari sebelum hias. So, plan asalnya saya akan bakar kek hari Khamis dan hias hari Jumaat. Sabtu hantar.

Tapi nak dijadikan cerita, saya dipanggil p kursus di Shah Alam, under Kementerian Sumber Manusia - dari 29 Oktober hari tu sampai lah semalam - 5 November (Khamis). Semalam  sampai rumah dah lewat petang. Hati dah tak sedap sebab sebijik habuk pun kek tak bakar lagi. Tapi saya sedapkan hati...sempat. Pagi-pagi buta esok, saya nak p kedai, bakar kek-kek yang saya nak kena hias tu...

Tapi pagi tadi, plan ubah lagi. S aya kena  hantar husband p Putrajaya jap. Dia nak  hantar dokumen kat sana. Dia cakap tak yah hantar tapi tak sampai hati sebab dia tak brapa sihat.  So, pi mai, pi mai....pukul 12 baru ke kedai dan start membakar kek. Plan asalnya Jijie ni order 3 jenis kek tu saja la. Dia nak kek coklat moist untuk kek hantaran pihak lelaki dan untuk kek tiga tingkat. Satu lagi kek carrot.

Tapi last minit Jijie call mintak tolong sangat-sangat dia nak cupcake 100 biji. Bakal isteri dia (orang Felda Jengka, Pahang) nak untuk bagi kat guest. Saya dah berat hati sebab pikir macam tak sempat jerr sebab satu biji kek hapa pun tak masak lagi. Tapi last-last saya buat gak. Sian kat budak ni...So, selain bakar kek 5 biji, saya pun sambung la bakar cupcake lagi 100 biji.

Keja-keja membakar siap dalam pukul 4 ptg. Saya start menghias pukul 4.30. Alhamdulillah semua settle sebelum pukul 10 tadi. Tapi punya la penat...Esok saya n husband akan hantar semua kek-kek ni kat rumah Jijie di KL dan pastu kami akan terus bawak bakal pengantin - Jijie p Jengka. Jijie akan akad nikah malam esok. Kendurinya Ahad. So, sebab tu saya tak bleh buat kelas minggu ni....Minggu depan insyaallah ada. Ahad.




Ni kek carrot dibalut icing fondant - tema putih. Pengantin perempuan punya.




Ni plak pengantin lelaki punya. Kek chocolate dengan tema colour brown




Kek chocolate moist untuk acara potong kek belah pegantin perempuan. Tema putih merah.



Ni 3 jenis kek yang saya buat tadi



Ni cupcake dengan steamed buttercream untuk gift sebelah pengantin pempuan. Tema putih pink

Jul 17, 2009

AKTIVITI MINGGU NI....

Birthday cake Lia untuk anak dia Maisarah yang ke 4
Kek akad nikah Hasanah untuk anak cousin dia


Kek hantaran Zurida (tokey restoran DZ) untuk anak saudara (lelaki) yang akan menikah ngan orang Terengganu

Salam dan aloo untuk semua..., sorry sebab lama tak updatekan blog. Minggu ni, dalam dok sibuk-sibuk ke hulu ke hilir cari bahan-bahan untuk projek hamper raya 2009 dan buat presentation kat beberapa customer, saya sempat curi-curi masa sket buat kek kahwin n harijadi untuk customer.
Semalam plak mengejar masa buat 500 cupcakes untuk sorang kawan yang akan kenduri esok. Punya terkejar-kejar sampai lupa nak snap gambar. Tak pa lah....semua dah biasa tengok kan...semalam saya buat empat perasa - orange, strawberry, mocha n chocolate.

Jun 4, 2009

FONDANT, SOFTFONDANT N KEK MARBLE

Kek Marble untuk diri sendiri....hehehhe

Kek fondant (yang colour biru) n kek softfondant (steamed buttercream - putih merah) untuk Zila n Kak Pah


Salam dan aloooo....Hari ni buat dua kek untuk customer yang akan ambik esok - dua-dua untuk acara akad nikah. Selain itu, hari ni juga saya bakar 8 biji kek kawin untuk customer ambik sabtu. Tapi saya tak decorate lagi. Esok saya tunjukkan gambar yea...

O.k... untuk hari ni punya kek, Zila nak kek fondant, kak Pah pulak nak kek soft buttercream dengan bunga fondant. Tema colour Zila - biru. Kak Pah pulak pilih merah putih. Dua-duanya nak kek butter vanila.


Selain itu, hari ni gak, saya bakarkan kek butter Marble 2 kilo untuk KakMira. Kak Mira sajer jer order untuk sedara mara yang nak datang rumah esok. Dah alang-alang buat untuk kak Mira, saya pun buat untuk diri sendiri....teringin plak...lama betul tak makan kek marble ni....

Apr 30, 2009

kek tunang abu bakar & nursafira

Mak saudara Nursafira order kek ni semalam. Nak pakai esok. Tema colour putih n merah n tak nak bunga banyak. So, ni hasilnya...Sapa nak tempah, jom singgah di Bzee Bakery untuk tengok banyak lagi contoh-contoh kek fondant terkini.

Ok, ok, nak tau rega...?yang ni reganya RM180. Beratnya kalau campur skali ngan fondant dekat 2 kilo setengah. Isi dalam, kek chocolote moist.

Mar 18, 2009

Kek Fondant






















Kek Fondant

Kek fondant di Bzee Bakery bermula dari harga serendah RM90. Anda boleh memilih pelbagai jenis kek kegemaran :

i. Kek Chocolate Moist

ii. Kek Butter (pilihan perasa: Strawberry, Mocha, Coffee atau Orange)

iii. Kek Buah

(Harga bergantung kepada jenis kek)

Kami juga menerima tempahan kek-kek novelty dan 3D khusus untuk anda yang mahukan kelainan.