Showing posts with label kelas DIY. Show all posts
Showing posts with label kelas DIY. Show all posts

Oct 24, 2015

KELAS MILLE CREPE CAKE


Salam semua....lamanya `berehat' dari pada buat kelas. Alhamdulillah, selesai laksanakan tiga tugasan penting untuk tahun ni - menunaikan haji, pembukaan cawangan baru Bzee Bakery dan cuti panjang ke 3 negara yang dikatakan paling bahagia di dunia..hehhhe...Alhamdulillah.

Syukur atas nikmat dan kesempatan yang Allah bagi.

So, la ni dah boleh fokus kepada kelas-kelas baking modul-modul baru dan evergreen. Kelas-kelas personal (DIY) atau Group DIY pun saya buka semula pada setiap Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Wasap saya 019 282 0053 untuk pilih date dan subjek yang anda berminat. Untuk DIY Group, minimum perlu 5 orang. Maksimum 8 orang.

Boleh refer blog saya http://bzeecake.blogspot.com untuk pilih apa yang anda nak belajar.

Untuk permulaan, saya bukak kelas demo untuk Mille Crepe Cake - NEW IMPROVED RECIPE.

Mille Crepe Cake ni sangat sesuai untuk mereka yang tak dak oven kat rumah. Kek yang tak yah bakar. Tapi kena ada dapoq la untuk buat crepe...hehehhe

Saya akan bagi semua tips-tips penting untuk buat mille crepe terutamanya dalam menghasilkan crepe yang nipis. Dan juga paling penting mcam mana menghasilkan sebijik Mille Crepe Cake yang kemas dan tidak `membukit'. Mille Crepe Cake yang permukaannya rata dan kemas.

Saya akan demokan 3 jenis Mille Crepe Cake kami yang paling laris - Nuttella Mille Crepe Cake, Rainbow Mille Crepe Cake dan Lemon Mille Crepe Cake.


Kepada yang berminat, ni detailsnya:

Kelas: Mille Crepe Cake
Nuttela Mille Crepe Cake, Rainbow Mile Crepe Cake dan Lemon MIlle Crepe Cake.
Resepi percuma: Gula Melaka Mille Crepe Cake

Tarikh: Sabtu 7 November 2015
Masa: 11 Pagi - 4 petang
Jenis Kelas: Demo
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, No 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, N.S
Pengajar: Zalina

Yuran: RM200
Deposit: RM100

Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM100 ke account Maybank Bzee Bakery,
5051 76100 195
2. Pas bank in, kemukakan bukti pembayaran secara wasap atau message ke 019 282 0053. Bagi details. Contoh:
Zalina, Rm100, kelas Mille Crepe
3. Baki yuran perlu dibayar semasa kelas. Hanya bawa pen ke kelas. Nota dan makan tengahari akan diberikan

Labiu
Zalina


RAINBOW MILLE CREPE
 NUTELLA MILLE CREPE



Dec 22, 2013

DIY ganti ngan Shidah dari Johor

Asskum semuaa....hari ni saya buat kelas DIY ganti ngan Shidah. Sepatutnya kelas Shidah Khamis lepas. Tapi saya terpaksa tunda sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Actually sepanjang minggu lepas boleh dikatakan semua kelas yang tertunda. Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat atas sebab-sebab emergency.

Tak pa..insyaalh akan ada ganti tak lama lagi.

Ok, untuk hari ni, Shidah yang dah beberapa kali ambik DIY ngan saya ni, belajar lagi 6 jenis. Italian Rainbow, Royal Caramel, Nutty Caramel, Hazelnut Coffee, Carrot Walnut dan Japanese Crispy Cream Puff.







 

Tqvm untuk Shidah. Ada rezeki kita jumpa lagi...

Sep 14, 2013

DIY ngan Cikgu Ida dari Gemas. Siti menyelit

Asskum semua...Khamis lepas Cikgu Ida dari Gemas berDIY ngan saya. Dia ambik Chicken Pie Puff Pastry, Red Velvet, Double Indulgence dan Pecan Heaven. Siti menyelit.

Tq untuk Kak Ida dan Siti. Ada rezeki kita jumpa lagi noo...

Pecan Heaven

Kak Ida tengah pulun menyiapkan double indulgence

Hasil yang kak Ida n Siti buat masa kelas DIY

Chicken Pie

Double Indulgence

RV belum deco

Aug 30, 2013

Dua hari berDIY ngan Su dari Tawau

Asskum semua.....alhamdulillah selesai berDIY ngan Su yang menerbangkan diri jauh dari Tawau, Sabah.

Banyak gak yang Su belajar sepanjang dua hari tu:
Package Puff Pastry - Chicken Pie, Sardine Puff dan Portugese Egg Tart
Package Pastry Premium - Baklava, Apple Strudle, Mille Fuielle dan Cheezy Pistachio Cream Horn
Package Kek Slice - Chocolate Slice, Strawberry Slice, Cheese Slice dan Rainbow Slice
Opera Cake, Kek Buah Kukus, Magic Mousse Chocolate Cake, Durian Crepe dan Japanese Crispy Cream Puff....fuhhhh...semput napas nak menghabiskan semua..hahhaa

Banyakkannnn...? Tapi memandangkan Su ni memang tokey besau kat Tawau tu maka semua kerja jadi mudah dan cepat. Macam lipas kudung budak ni buat kerja. Kalau boleh dia nak tambah lagi kek....fuhhh....kuasa kuda betoi budak ni.

TQVM Su. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. Kita makan Mee Kari tersedap..hahhahahhaha

Inilah Su

Japanese Crispy Cream Puff

Opera

Chicken Pie

Sardine Puff

Portugese Egg Tart


Su tengah pulun buat Durian Crepe.


Kek Buah Kukus

Magic Mousse Chocolate Cake


Baklava

Apple Strudle

Cheezy Pistachio Cream Horn

Mille Fuille

Chocolate Slice

Rainbow Slice Cake

Cheese Cake Slice


Aug 1, 2013

JOM DAFTAR KELAS DIY OGOS/SEPTEMBER 2013

Asskum semuaaaa…. Apa projek pas raya ni…? Kalau tak dak apa, apa, jom tambah ilmu di Bzee Bakery.

Jom chup tempat seksiap untuk DIY bulan OGOS dan September.

Cara-cara nak daftar untuk kelas DIY BZEE BAKERY
1. Pilih date-date kosong yang disenaraikan di bawah (yang belum ada nama orang). Date yang saya senaraikan sahaja. Date yang saya tak bagi bermakna saya tak buat kelas DIY.

2. Buat keputusan apa yang anda nak belajar. Untuk sehari kelas, paling kurang anda kena ambik 2 jenis kek. Maksimum – 8 jenis.
Anda boleh pilih lebih 100 subjek yang saya offer tu dari Album Photo saya di Facebook (Zalina Yahaya) atau pun lihat under label KELAS DIY untuk dapat idea apa yang anda nak belajar

3. EMEL saya (bzeebakery@gmail.com) atau SMS terus (019 282 0053) apa yang anda nak belajar dan date yang anda nak. Dalam emel/sms tu sila nyatakan dengan lengkap maklumat berikut:
Contoh:
Nama: Zalina Yahaya
No Phone: 019 282 0053
Tarikh yang dipilih: 27 Ogos 2013
Subjek yang nak belajar: Red Velvet, Double Indulgence dan Package Puff Pastry
(jika anda nak saya reply dengan segera, sila SMS…insyallah saya akan balas secepat mungkin. Emel ni lambat sket…)


4. Tunggu reply dari saya. Saya akan bagi quotation dan jumlah deposit yang perlu dibayar

5. Kalau setuju, bayar deposit dan saya akan masukkan nama anda dalam date berkenaan.

6. Selagi deposit tak dibayar, saya berhak bagi pada sesiapa saja date tu, walaupun anda dah emel/sms saya kata BERMINAT ngan date tu.


(uppssss bagi yang masih baru dan tak tau, ni alamat bakery saya:

No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2) Koordinat: N 2.68686, E 101.91722

Fakta-fakta lain yang mungkin anda tertanya-tanya:

1. Class DIY saya bermula kul 11 pagi sehingga selesai.
2. Hanya bawak apron. Saya siapkan semua.
3. Semua produk DIY tu anda punya...bawak balik semua
4. Anda tak boleh bawak orang untuk temankan anda dalam kelas - suami, anak, kakak, sepupu dan sebagainya.
5. Kalau ada kawan yang nak join juga, dia kena bayar sama mcm anda bayar. Dan kena ambik sama dengan apa yang anda ambik. Tak boleh anda belajar dua kek lain, kawan anda blajar dua kek lain. Tak boleh...

Dan bagi yang tak tau DIY tu apa: Ni kelas Personal - anda buat dari A-Z. Saya tunjuk ajar. Buat sampai boleh dan siap.




Untuk senarai penuh date-date DIY yang masih kosong sila click di JADUAL KELAS DIY. TQ

TQ
Labiu
Zalina Yahaya, Bzee Bakery, Seremban 2, Seremban



Mar 29, 2012

DIY Selasa n Khamis

Asskm dan aloo untuk semua...Sorry tak update blog dua 3 hari neh. Saya update kat FB jer. Selasa baru-baru ni saya berDIY ngan Adamiah. Ada 3 orang lagi menyelit - Sue PD, Saadah n Sarah Jasmine. Dia orang fokus pada 2 kek jerrr. Pecan Heaven dan Opera.
Adamiah tengah dok hias Pecan Heaven

Saadah ngan Operanya

Kiri skali tu - Sue, Adamiah, Saadah n Sarah Jasmine







Siang tadi plak cikgu baulu glamer dari Shah Alam - Hasnah mengkhatamkan kelas kek continental dia ngan saya. Ni kelas dia yang ketiga. Miss N Bangi  menyelit  - dia enggan dikenali sebab dia baru cabut gigi..ahakksss..)


Dia orang blajar 5 items - Pecan Heaven, Snowy Peach, Oreo Cheese Cake, Japanese Cotton Cheesecake dan Portugese Egg Tart. Kalau minggu lepas Hasnah bawak laksa power, minggu dia dia bawak nasik lemak sambai sotong kering plak....fuuuuhhhhhhhhhhhh....meleleh ayaq lioq saya sambil menaip neh.... Bestnya kalau Hasnah dok kat area Somban nehh...memang confirm saya hantaq mangkok s`ia (mangkok tingkat laaa..) kat dia...hhehehe. Tq Hasnah untuk nasik lomak sodap tuhhh...








Pecan Heaven

Japanese Cotton Cheese Cake

Baked Oreo Cheese Cake

Snowy Peach

Portugese Egg Tart

Tq untuk semua yea...ada rezeki insyallah kita jumpa lagi.....

Mar 25, 2012

Hasnah n Miss N Bangi

Asskm dan aloo untuk semua.... Rabu, 22 Mac baru-baru ni saya sekali lagi berDIY ngan tokey n cikgu baulu glamer - Hasnah. Ni 2nd time dia berDIY ngan saya. 1st time minggu lepas. Ada satu lagi kelas minggu depan. Hasnah ambik sket-sket. Tak nak pening kepala.

Untuk hari ni Hasnah diselit last minute oleh student yang hanya dikenali sebagai Miss N Bangi. Identiti, warna rambut dan anak mata terpaksa disembunyikan atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri...ahaksss...

Hari ni Hasnah n Miss N Bangi blajar Tiramisu, Blueberry Cheese Cake dan dua jenis brownies - Marbled Cheese dan Crunchy Salted Caramel Brownies.

Paling best kelas hari tu ialah LAKSAAAAA....Hasnah bawak laksa untuk kami lunch hari tu. Sedap gilerrr laksa Hasnah. Saya tension ngang Hasnah ni. Sebab - sepatutnya saya yang terror buat laksa sebab laksa tu makanan kegemaran saya dan laksa juga adalah makanan rasmi orang Utara.

So, sebagai orang utara, saya sepatutnya pandai buat laksa yang sedap. Tapi ini tidak berlaku. Saya hanya pandai makan laksa dan pandai menilai laksa yang sedap. Tapi saya TAK PANDAI  buat laksa....TENSIONNNNN...Hasnah orang Lipih plak yang pandai buat laksaaa...Ini TIDAK ADILLLLLL, TIDAK ADIL, TIDAK ADILLL bagikuuuu (ikut rentak lagu Yuna...ahaksss)

Tapiiii..apa nak buat...saya terima nasib saya seadanya. Saya hanya mampu menikmati laksa orang jerrr....Tq Hasnah sebab buat laksa yang best. Kelas Next week Hasnah nak bawak nasi lemak sambai sotong power plakkkk...fuhhhhhhh....tak sabaq, tak sabaq, tak sabaq...

Dan mendengarkan Hasnah nak bawak nasik lemak sambai sotong power minggu depan, Miss N Bangi terus mendaftar diri untuk menyelitttt.....saborr jerr lahhh....

Marbled Cheese Brownies

Tiramisu

Hasnah tengah hias Crunchy Salted Caramel...   



Ok, Hasnah n Miss N Bangi, jumpa lagi minggu depan. Insyallahhhh