Showing posts with label class. Show all posts
Showing posts with label class. Show all posts

May 29, 2010

Kek barbie steamedbuttercream




Salam dan aloo untuk semua...kelmarin siapkan order Aju n Maryani. Aju nak kek barbie untuk 21st birthday adik dia. Kek base saya buat buttercream biasa. Tapi yang barbie tu saya buat teknik steamedbuttercream. Ok..nampak mcm fondant...So sesiapa yang dah blajar steamedbuttercream ngan saya, bleh guna teknik sama....




Barbie kek guna tenik steamedbuttercream (barbie) n base (buttercream) (chocolate moist +-2 kg) - RM150

Ni plak kek Maryani. Hadiah untuk kengkawan. Nak ngan casing skali...


Semalam, ada special request nak kelas basic cupcake deco guna buttercream. 11 orang joint...riuh rendah gak laa...Ok, kita layan gambar-gambar tak clear yang sempat saya ambik...hehhee




Aktiviti dan hasil-hasil student




May 23, 2010

Brush embroidery

Salam dan alooo untuk semua....hari ni dan semalam attend class brush embroidery ngan Chef Shahril dari cakexpressions.blogsot.com.  . Dah lama saya teringin nak blajar brush embroidery ni. Selalu tengok kat buku-buku hiasan kek overseas. Nampak cantik n classic sangat. Dok baca kat buku, tengok kat Youtube n penah gak cuba buat sendiri tapi tak confident. Jadi memang la jadi tapi lepas masuk class chef muda ni baru tau teknik yang saya guna hasil daripada mentelaah kat buku ni tak betul. Sebab tu hasil tak cantik n nampak huru hara sket. Dari jauh jer nampak jadi tapi kalau tengok dari dekat kasar n tak cantik.

So, bila Chef Shahril inform dalam blog dia (sebenarnya sejak awal tahun ni lagi) yang dia nak buat class, saya dah booking awal-awal kat dia yang saya nak class ni...Akhirnya dapat gak attend class ni. Memang puas hati. Chef Shahril memang betul-betul ajar step by step n sabar ngan keslowan kami (slow laaa...) memahirkan diri masa nak buat brushing. Tapi alhamdulillah, last-last, dapat gak. Semua puas hati dengan hasil. Chef pun puji cantik...Terima kasih daun keladi Chef....

Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang class

Ni latihan pertama. Tak pandai lagi...hasil masih kasar

Ni hasil hari kedua. Dah terror skett laaa....dah kenal kelopak mana yang kena tebalkan, yang mana yang kena nipiskan....


Ni hasil sebenar atas kek dummy. Saya pilih base hijau muda n bunga putih. Saya memang nak corak lace original. Sangat-sangat berpuas hati dengan hasil sendiri...hehehhe(masuk bakul angkat sendiri ni)...tapi serius aaa, kami (saya, Zie, Syidah, Kak Pah n Wan) datang dengan zero knowledge tapi bleh balik ngan hasil yang boleh dibanggakan.


Ni Chef Shahril kita yang muda belia sedang touch up sket kek Zie...Cantikkan kek Zie ni...bunga memang nampak idup. Chef kita ni baru 28 tahun umurnya. Skarang mengajar kat UNITAR. Dia start menghias kek,  bermain ngan fondant n gula ni sejak umur 17 tahun lagi (form v)...errr...saya masa tu baru terhegeh-hegeh belajar buat madeline cake (ingat lagi takkkk...?) kat kelas Sains Rumah Tangga (SRT).

Ni kek Syidah. Dia pilih tema bunga orkid

Ni plak kek Kak Pah


Kek Wan tak siap lagi. Tapi Wan memang teliti buat keja dia. Paling halus antara kami berempat. Dia kena stayback ngan Chef untuk settlekan keja dia.