Jun 29, 2014

CERITA CHOCOLATE SANA CHOCOLATE SINI dan JANGAN DERHAKA CAKAP SUAMI...

Asskum semua....

Ni lah yang menghuru harakan saya sejak dua menjak ni....hehehe - Triple Dark Chocolate Chips. Saya mulakan projek chocolate chips ni akhir bulan April. Hasil cabaran suami saya.

Dia kata: `` U create macam-macam jenis resepi. U buat kelas. U ramai student. U tak boleh ker create satu resepi yang u bleh buat production secara besar-besaran.
``I tak mintak banyak..i mintak sattttuuuu jerrrr,''

Saya tergamam dan rasa tercabar. Saya kata : ``ada. Chocolate Chips.Tapi i tak confident nak buat secara besar-besaran. Sebab ramai dah yang buat. Nak ker orang beli Chocolate Chips i. Tokey-tokey biskut ramai kat luaq tu. Depa dah bertahun-tahun buat,''

Satu jawapan suami saya yang menyebabkan saya nekad nak buat juga projek ni: ``okeh, kenapa tokey-tokey tu buat chocolate chips..? Kenapa satu dunia orang buat chocolate chips...? Sebab ada market... sebab tu orang buat,''

Dengan cabaran-cabaran itu dan juga DUA cabaran lain yang saya tak nak cerita kat sini (biarlah rahsia..hehhe) maka saya BUAT GERAM..hahhaha. Buat geram start projek ni. Tapi jauh di sudut hati saya  (wapun saya dah buat geram), saya masih simpan rasa tak yakin yang produk saya bleh pergi jauh.

Bila ada rasa mcam tu, saya jerit dalam hati ``ZALINAAAA...kalau hang tak yakin ngan produk hang sendiri, mcam mana hang nak yakinkan orang!,''  Pastu saya rasa lega sket dan start kayuh perlahan-lahan.

Ini pengalaman pertama saya buat projek biskut secara besar-besaran. Sebelum ni saya buat sket-sket ala-ala manja. Kali ni projek saya melibatkan pembelian lebih 600kg ANCHOR BUTTER!!! ha..ambik KO! Bagi orang baru setahun jagung mcam saya, 600kg butter tu memang terlalu banyak!!!

Maka bermula la episode saya buat plan itu, plan ini untuk projek ni. Cabaran tak yah cakap laa kan... Macam-mcam. Saya masih sangat-sangat baru dalam production biskut secara besar-besaran, wapun dalam dunia baking saya dah masuk tahun yang ke 8.

Cabaran paling getir ialah untuk dapatkan pekerja. Fuhhh..kecut perut saya. Saya hanya bergantung pada dua orang pekerja sambilan. Ana - pekerja dari Thailand. Dia keja kat kedai satay belakang kedai saya. Ana cuma nak keja pagi kul 9 sampai 3.

Shift petang plak - Mai - Indon yang keja kat kedai makan kawan saya. Mai nak keja shift malam - 4 sampai 10 malam.***

Untuk bulan-bulan pertama saya hanya bergantung pada dua pekerja ni. Fuhhhh...suspend gila.  Lebih suspend sebab husband saya sendiri terlibat dengan projek ni. Sebelum ni saya buat suka-suka hati saja dengan biz saya. Kali ni husband sudah masukkk....hhehehhehe....So tak bleh main-main suka-suka buat, tak suka tinggall.. (perangan buruk saya).

Perkara pertama yang paling kecut ialah target sales untuk raya. Untuk rasa selamat, saya dengan rasa serba salah bagi tau husband target saya 100 carton (2400 bekas). Bagi saya tu dah cukup banyak. Target dibuat selepas saya buat andaian sapa yang akan beli chocolate chips saya tu. Target tu juga saya buat berdasarkan perkiraan bahawa saya adalah PEMAIN BARU dalam bidang kuih raya neh.

Husband membantah keras. Dia nak saya target lebih. Dia bagi angka yang menyebabkan saya terkebil-kebil dan kata dalam hati ``hilang akai ka hapa dia neh... sapa nak beli sampai banyak tu!!!,''

Dalam keterpaksaan dan rasa takut-takut maka saya pun upkan lah persiapan saya ke arah target yang husband tetapkan tu. Tapiiii dalam diam-diam.(hehhehe) saya cuma buat persiapan 1/2 daripada apa yang husband saya target..hehhehe. Saya still takut..hehhehe...

Sebab saya tak dengar cakap suami (hehhehe..ampunnn), saya telah menerima `hukuman' setimpal. Saya target jual 100 carton untuk raya. Blom pun start puasa, saya dah jual 120 ctn. Dan order terus masuk dari agen-agen...padan muka saya sebab degil cakap suami..hehhe

Alhamdulillah..sambutan terhadap Triple Dark Chocolate Chips saya sangat-sangatlah di luar jangkaan. Saya menggunakan sistem agen. Agen saya yang paling aktif - Faridah dan suaminya Taufek di Bangi. Hampir setiap minggu akan order paling kurang 2 carton. Agen-agen lain insyallah akan aktif tak lama lagi. Insyallah.

Paling menggembirakan saya ramai yang saya tak kenal call bagi tau yang dia orang penah rasa chocolate chips saya dari kawan kepada kawan kepada kawan. Sekarang dia orang sendiri nak jadi agen.

5 customers datang terus ke bakery saya beli 2 hingga 3 carton selepas rasa sampel yang kawan dia orang bagi. Alhamdulillah.

``Sekali rasa, kami tau Chocolate Chips ni guna barang berkualiti,''
``Rasa lagi sedap dari Chocolate Chips Famous Amos,''
``Akak...mati lah saya macam ni...anak saya makan chocolate chips akak sekali hadap jerr satu bekas. Pastu habis nak lagi,''

Ni antara komen-komen yang membuatkan penat lelah saya hilang. Terus hilang. Rasa berbaloi.

 Alhamdulillah syukur saya atas sambutan di luar dugaan ni. Saya sangat-sangat mempertaruhkan kualiti dalam resepi saya ni. Saya guna butter Anchor sepenuhnya, Chocolate Powder dan Chocolate Chips import.

Saya nak bawak Chocolate Chips ni `pergi jauh'. Insyallah jika diizinkan Allah, projek yang lebih besar menanti kami selepas raya ni. Triple Dark Chocolate Chips saya bukan sahaja akan dihasilkan masa musim perayaan, tapi juga bila-bila masa.

CHOCOLATE SANA CHOCOLATE sini akan berada di sana-sini selepas ni. Kami perlukan doa anda semua sebab perjalanan kami masih terlalu jauh. Tapi saya dah sangat bersyukur sebab digerakkan hati untuk menyahut cabaran suami untuk membuat langkah pertama. Klu kita tak melangkah, kita tak tau kemampuan kita. Betulkan.

Sekali lagi, doakan kejayaan kami untuk terus melangkah jauh.

Kepada yang berminat untuk jadi agen, boleh call/sms/whatsap saya 019 282 0053 untuk maklumat lanjut.

Tarikh akhir untuk order ialah 6 Julai 2014 (ahad).

*** Alhamdulillah, sekarang masalah pekerja bukan kritikal lagi. Bermula bulan puasa ni saya ada 6 pekerja yang bagi saya adalah rezeki dari Allah untuk memudahkan perjalanan saya. Bila diberikanNya kemudahan secara `tiba-tiba' ni saya selalu lihat balik apa yang saya dah `mudahkan' hidup orang sebelum ni. Sayar rasa saya temui jawapan. Terima kasih atas doa anda - anak-anak murid saya. Sayang anda semua.