Jan 2, 2015

Kelas Roti Kaedah ThangZong

Salam semua... kelas roti ThangZong untuk sabtu 10 januari 2015 dah penuh yea..Alhamdulillah .

Kelas ahad 11 jan ada lagi kosong

















 Salam semua... Sejak minggu lepas saya buat banyak R&D teknik buat roti guna starter TangZong (Water Roux) yang dicipta oleh orang China. Tetapi bangsa Jepun yang mempopularkan teknik ni. Penggunaan Water Roux akan menjadikan roti sangat lembut, gebu dan tahan lembut sehinga berhari-hari.
Ia melibatkan proses menghasilkan `starter' yang rupa dia macam `kanji'. Starter ni akan dimasukkan ke dalam adunan tepung roti.
Pelbagai jenis tepung saya cuba untuk buat TangZong ni termasuklah resepi biasa yang hanya menggunakan tepung gandum.
Alhamdulillah daripada 4 jenis tepung yang saya gunakan, saya dapati penggunaan sejenis tepung special untuk buat TangZong ni menjadikan roti sangat lembut dan gebu. Dan paling best kelembutan dan kegebuan roti tu tahan sehingga 6 hari.
Okeh, kepada yang berminat untuk belajar cara macam mana nak buat roti guna teknik TangZong ni, jom join kelas HANDS ON saya.
Selain teknik TangZong, saya juga akan demokan cara buat roti kami yang popular - BANANA LOAF.
Sapa yang berminat, ni detailsnya:
Kelas: TangZong Bread
Tarikh: - 2 kelas
i) Sabtu, 10 Januari
ii) Ahad 11 Januari

Masa: 11 pagi - 5.30 petang
Jenis kelas: Hands On untuk TangZong Bread
Demo untuk Banana Loaf

TERHAD UNTUK 10 ORANG SAHAJA BAGI SETIAP KELAS
Pengajar: Zalina
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, No 23, Ground Floor Magistrate Square, Seremban 2, Seremban.


Yuran: RM280
Deposit: RM140
Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM140 ke acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Selepas bank in, sila WASAP/SMS/EMEL details.Contoh:
Zalina, RM140, Roti, 10 Januari

(sila pilih anda nak kelas 10 januari atau 11 januari)
3. Simpan bukti pembayaran atau anda boleh wasap/emel/sms saya bukti pembayaran.
Apa yang perlu dibawa ke kelas: APRON SAHAJA...yang lain saya siapkan.
Nota:
1. Kelas ni akan memberi tumpuan kepada pembuatan roti menggunakan teknik TangZong dan bukannya kepada PATERN/CORAK ROTI.
2. Anda akan menghasilkan TangZong (water roux) anda sendiri dan uli roti anda sendiri.
3. Daripada doh asas ni, saya akan ajarkan cara buat:
i. Mini Loaf
ii. Bun Pintal
iii. Bun Custard
iv. Bun Gula
v. Bun Sardine
4. Selepas selasai, saya akan demokan cara buat Banana Loaf yang Insyallah sedap.

SENARAI NAMA STUDENT

Sapa yang nak kelas di utara (Sungai Petani) boleh contact adik saya Yusniza Yahaya ( 019 5565 393) untuk arrangekan tarikh sesuai. Insyallah saya akan turun ke sana.
Labiu
Zalina