Mar 25, 2009

Tempahan khas sugar/edible image

( Naruto)
( Sin Chan & Hagemaru)

(Upin & Ipin)

Sugar/edible image Upin&Ipin tu ditempah khas oleh Mama Yus untuk dua buah hatinya (Adam n Adelyn) yang sangat-sangat minat dengan karektor kartun berkenaan.

Mama Yus ni selalu buat kek untuk dua buah hatinya tu. Kiranya dalam setahun tah berapa kali sambut birthday. Asal buat kek jer, kena ada lilin n nyanyi lagu Happy Birthday.

Nak senang crita, Mama Yus tempah 2 set sugar/image Upin n Ipin. So, kalau rasa-rasa nak buat kek bila-bila pun tak yah pening-pening kepala nak lukis gambar Upin &Ipin tu kat kek. Cuma guna sugar/edible image dan tampal jer kat kek.

Harga untuk setiap keping (yang ada enam keping gambar tu = RM26, yang ada empat keping tu RM24)

Selain itu, tempahan sugar/edible image Puan Sharifah Azween untuk anaknya Tia yang suka sangat dengan kartun Sin Chan dan Hagemaru juga dah siap. Yang ni harga dia lain sket sebab dia nak dua gambar dalam satu A4. Harga untuk sekeping A4 yang ada 4 keping Sin Chan dan 2 keping Hagemaru tu RM26.

Yang Naruto tu pula tempahan khas dari Puan Ros untuk dua heronya. Harga untuk sekeping A4 yang ada dua keping gambar Naruto tu, RM22. Sebenarnya memang ada sugar image gambar Naruto yang dah sedia ada (harga RM15 sahaja, yang besaiz A4), tapi anak-anak Puan Ros nak juga gambar yang dia orang dah pilih. So, terpasksalah tempah khas.