Sep 30, 2009

KISAH WAJIK TAKEK MAK LONG DAN CUPCAKE EKSKLUSIF

Salam dan aloo untuk semua....selamat hari raya skali lagi. Best aaak raya....? Saya mcam biasa balik kampung kat Kangar, Perlis. Pagi raya ke 2 baru balik. Raya pertama kat kampung suami di Kampung Tengah, Kuala Pilah. Part yang paling best tengok Mak Long buat wajik `takek'. Memang bunyik macam lawak, tapi cousin saya Ima yang paksa Mak Long buat wajik takek ni sebab dia memang teringin nak makan wajik takek maklong ni. So, dia orang pakat gotong royong ramai-ramai kacau wajik tu. Start kacau rasanya pukul 2 ptang raya pertama tu...(confirm keja gilo....). Saya tolong tengok jerr sebab masa tu pakai baju raya ngan kasut tinggi. Takut tergelincir masuk dalam kawah plak karang.....hehhehehe.

Susah nak ambik resepi dari Mak Long ni. Biasalah resepi orang lama-lama ni. Mana dia ada sukatan. Main boh saja n agak-agak. Tu yang den lomah sket....hehhehe... Barang-barang dia senang saja - pulut (kukus dulu), santan dan gula (gula enau ngan gula biasa).

Mula-mula kacau santan n gula sampai pekat. Lama ngacau ni. Tapi disebabkan ada cousin saya Ima yang mulut riuh macam murai cabut ekor  tu, terhibur gak laa... Kalau tak, jenuh ngantuk. Untuk menghilangkan boring dan disebabkan masing-masing dah tak sabar nak makan, masa santan n gula enau ni dah pekat, masing-masing dah cedok sorang sepiring. Cicah ngan roti bengali....fuhhh....sodap gila.

Masa kacau santan n gula ni, api kena jaga, jangan kuat sangat, nanti pati santan melimpah keluar, so wajik jadi tak lemak. Pas dah pekat baru masuk pulut kukus. Kacau lagi sampai pekat.

Wajik atau orang kampung saya panggil pulut kacau ni memang antara favourite saya. Tapi saya tak berapa brani makan wajik takek Mak Long ni sebab manis sangat. Dia orang panggil wajik takek sebab bila  dah sejuk, wajik ni akan jadi keras n kepala (bahagian atasnya) akan bergula. So, kalau nak makan, kena takek la sebab keras.

O.k, tu kisah wajik takek, crita-crita lain mcam biasa la. Saya last buat hamper dan delivery Khamis (17 Septemper). Hari Jumaat plak pulun buat tempahan order kek raya. Yang paling banyak order - kek carrot walnut, kek chocolate n Japanese Cotton Cheese Cake. Sorry, masa tu dah tak larat nak ambik gambar. Dah letih sangat. Tambah meletihkan lagi, baju raya tak beli lagi. Dah terbayang-bayang baju raya tahun lepas...Tapi nasib baik husband understanding. Dia kesian kot kat wife dia yang tak dak baju raya ni..So, Sabtu tu, kami berdua ke KL. Punya la best - jalan clear. Tak dak jam. Kalau macam ni, tahun depan rasanya kena shopping sehari sebelum raya. Pusing punya pusing, dapat la 1 baju kurung. Cukup la. Janji ada.

Ni kira baru lepas rehat puas-puas. Hari ni baru start pegi kedai sebab ada tempahan dari customer. Antaranya ialah cupcake untuk hantaran dan satu lagi buat 2 sampel packaging eklusif cupcake untuk customer. Dia nak untuk meja pengantin.





Ni antara contoh cupcake eklusif untuk meja pengantin. Cupcake dengan hiasan bunga fondant diisi dalam bekas cupcake eksklusif transparent (berserta riben mengikut tema colour pengantin). Harga setiap satu RM9setiap satu. Minimum order mestilah 12 pcs (RM108). Kalau order  2 dozen  (24 pcs) atau lebih - RM8.50 setiap satu.

Sapa yang berminat untuk beli bekas saja pun saya jual. Satu RM3.80. Minimum order mestilah 2 dozen (24pcs).

Ni plak cupcake untuk hantaran. Satu set ni ada 25 pcs RM55. Chocolate cupcake dengan steambuttercream dan hiasan bunga sugar paste. So, sesapa yang berminat nak tempah untuk kawen ker, tunang ker atau saja-saja nak makan bleh order dari saya.





Ok, untuk kelas, insyallah kalau tak dak aral melintang, saya akan mula balik next weekend. Nanti saya buat jadual baru. Rajin-rajinlah check jadual yea....bye....