Hari ni saya nak tanya (eheheh).....ada tak yang berminat nak joint kelas advance menghias cupcake. Dengar advance mesti ada antara u all yang rasa tak layak sebab tak dak asas langsung. Jangan bimbang dan jangan panik. Bawak bertenang yea....
Saja jerr saya sebut advance tu. Nak bagi gerun sket...hehehhe...Tapi sebenornya, ni adalah kelas advance yang senang. Sapa-sapa yang tak dak asas pun bleh buat. Lebih senang daripada teknik sapu krim guna pisau sapu butter yang biasa anda guna tu. Dengan teknik baru ni (guna kaedah steamed buttercream), saya akan ajar cara betul macam mana nak hasilkan base yang licin, berkilat n nampak macam fondant macam gambar kat bawah ni.....
licin kan....?
Lepas tu, kita boleh hias cupcake kita yang licin dan cantik ni dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti kita. Antaranya adalah seperti menggunakan bunga-bunga sugarpaste seperti berikut:
Tapiiii....mana aci kan....pakai bunga yang dah siap. (tapi sebenornya, tu la cara yang paling mudah, yea dakk...). Ok, tak pa, selain saya tunjukkan beberapa contoh hiasan guna bunga sugarpaste beli ni, saya juga akan ajar anda bagaimana buat bunga yang senang-senang daripada fondant. (yang susah-susah kena la masuk kelas buat bunga plak....hehheeh) Ni cara express buat bunga guna fondant jer, tak yah guna sugar paste. Tapi dengan guna bunga-bunga ni pun anda dah bleh hias cupcake anda yang licin tu sampai nampak eksklusif macam gambar kat bawah ni...Pecaya tak, semua bunga ni saya buat sendiri jer guna icing fondant.
Untuk buat bunga-bungan ni apa yang anda perlukan ialah alat-alat di bawah ni - flower cutter. Tapi jangan panik dan bawak bertenang, sapa yang joint kelas advance ni saya bagi FREE . Serius...saya tak buat lawak.
Flower cutter ni free untuk anda yang joint kelas saya....betoi, saya tak tipu...tak baik tipu dalam bulan Syawal ni....(hehhehe)
O.k, selain saya ajar buat bunga sempoi tu, saya juga akan perturunkan ilmu saya yang tak seberapa ni macam mana nak buat hiasan renda macam kat bawah ni...
Pastu saya ajar macam mana nak hasilkan hiasan -hiasan yang halus macam ni guna piping beg yang kita buat sendiri. Kalau guna plastik, tak bleh halus.
Ok rega untuk kelas advance yang sangat sesuai untuk anda yang sangat berminat dengan hiasan cupcake ni ialah RM180 seorang.
Anda hanya perlu membawa apron dan kain lap (kain buruk laaa....) sahaja. Semua peralatan lain saya akan sediakan. Ok. saya ulang sekali lagi apa yang u all akan pelajari dan dapat dalam kelas ni (praktikal sepenuhnya):
i. Resepi vanila cupcake (saya hanya berikan resepi - tapi jangan risau, resepi saya mesti jadi punya)
ii. Resepi buttercream
iii. Cara menghasilkan permukaan cupcake yang licin dan berkilat n nampak macam fondant. Saya tunjuk, pastu u all kena buat sendiri. Buat sampai jadi. Sapa yang tak bleh buat, saya denda mop lantai...(hehehe....lawak jer).
iv. Resepi fondant
v. Flower cutter
vi. 16 biji cupcake untuk dihias
vii. Cara membuat piping beg daripada kertas
viii. Cara menghias dan bagaimana menghasilkan hasil yang halus mulus
Kelas terhad kepada 7 orang pelajar sahaja. Sapa yang berminat boleh sms/call saya - 019 282 0053 atau emel saya - bzeebakery@gmail.com untuk saya arrangekan kelas. Sesapa yang dah ada kengkawan lagi best....kita boleh belajar sambil bergumbira...heheheh