Apr 23, 2010

Order chocolate dari hubby n test roti...

Salam dan aloo untuk semua

Semalam seharian kat bakery. Siapkan order 3 set chocolate dari somi (order air liur..hehehheehe). Alhamdulillah, suami saya dah semakin ok. Kalau tak da lagi growth, 3 Mei ni last dia buat chemo. Cuma kena doa banyak-banyak kanser dia tak datang balik.

 Husband saya ni  nak hadiahkan coklat-coklat tu kat Dr. Shah n nurse dia di KPJ, Dr. Shaliza n Dr. Jefry dari Poliklinik Jasa kat Senawang n Rita kat SJMC. Rita ni tolong arrangekan hal-hal ward kat husband saya setiap kali husband saya buat chemo kat SJMC. SJMC ni memanjang jerr tak cukup bilik. Tak tau macam mana Rita buat. Dia akan usaha gak dapatkan bilik kat kami. Penah tu, semua bilih dah penuh. Cuma tinggal bilik VIP jer yang semalam kena bayar RM650 lebih. Dia dah pujuk admin, kami dapat bilik tu ngan harga bilik single...fuhhh...merasa la dok bilik VIP kat SJMC tu...alhamdulillah...(errr...tapi husband saya kata...tension n sakitnya masa ubat chemo masuk badan samerr jerrr ngan dok bilik single...heheheheh. So kesimpulannya, kalau dok bilik mahal macam mana pun, sakit tetap sakit....)

So ni lah coklat-coklat yang diorder somi...



Semalam, saya try try panaskan oven kat kedai tu ngan cuba buat dua jenis loaf - Pandan Raisin loaf n Marble coklat loaf. Ni preparation kelas untuk 10 ibu tunggal Isnin, Selasa n Rabu depan. Kursus Asas Keusawanan Bakery ni anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat Negeri Sembilan.