Ok, untuk pengetahuan semua, saya dah start dengan projek hamper saya. Tapi tahun ni kena pulun lebih sket sebab partner yang selalu buat hamper ngan saya tu tak dapat joint tahun ni. Dia dah bukak nursery dia sendiri di Cheras. So, susah sket nak bahagikan masa. Zila, adik praktikal dari Kolej Komuniti (errr...betul ker Zila...Kak Ina lupa plak Zila blajar kat mana dulu...hehehhe...) yang bekerja ngan saya tahun lepas plak tak dapat joint tahun ni sebab nak tolong kakak ipar dia yang jugak buat jual biskut raya. Rajin Zila ni...tak cakap banyak. Buat keja saja...Saya suka pekerja macam ni. Bila ditanya baru cakap. Ni puji ikhlas ni...bukan bodek yea Zila...(zilaaa...jom aaa keja ngan akak...hehhehe cubaan terakhir...)
Mula-mula dia janji nak keja, tapi tadi dia sms tak jadi sebab order biskut raya kak ipar dia dah banyak. Tak pa Zila...dah tak dak rezeki kita nak bekerjasama. Lain tahun la nampaknya kalau ada rezeki. So, memandangkan saya sorang, maka dengan ini saya nak tanya lerrr ada tak sapa-sapa atau anak sapa-sapa yang berminat nak buat part time ngan saya. Sambil-sambil hilangkan boring menunggu waktu berbuka tu bleh la joint saya. Bleh blajar freee...ehehe. Saya tak nak ramai-ramai. Dua orang cukup.
Masa kerja: 8.30 pagi - 5 petang
Mula bekerja: Isnin 2 Ogos 2010 sampai keja selesai (selalunya sampai minggu ke 3 ramadhan)
Gaji/elaun: RM20 sehari
Bidang kerja: Tolong saya buat biskut (kira ni blajar free lerrr...hehehhe), packaging, buat riben, buat hamper dan kalau diperlukan akan ikut saya p distribute hamper.
Satu lagi keja mestilah kena tolong saya kemas kedai sebelum balik.
So, sesiapa yang rasa suka keja-keja macam ni bleh call saya - 019 282 0053
Ok, ni hal lain plak. Kena penuhi janji saya kepada beberapa student yang nakkan kelas kek chocolate n kek carrot walnut. Dah lama dia orang mintak. Mintak sangat-sangat. Nak buat untuk raya. So kalau ada sesiapa yang nak joint bleh confirm ngan saya n bayar deposit RM50 selewat-lewatnya pada Rabu 29 Julai. So ni details kelasnya;
Kelas demo membuat 3 jenis kek yang anda boleh hidangkan atau buat jual masa raya iaitu:
1. American Chocolate
1. American Chocolate
Chocolate indulgence
Tarikh: Sabtu, 31 Julai 2010
Masa: 10 pagi - 12.30 tengahari
Yuran: RM100
Deposit: RM50 (bnk in ke dalam account maybank saya 1122 500 16852 selewat-lewatnya pada Rabu, 29 Julai 2010)
So, jangan tunggu lama-lama. Cepat confirmkan kehadiran sebelum terlewat.Tempat terhad