Aug 2, 2012

DIY ngan Shima yang suka tengok gambar kek bila tension....

Asskm dan alooo untuk semuaaa....Shima dari Kelang ni ada cara unik untuk hilangkan tension. Tak kira laaah tension hal peribadi ker, tension kena marah ngan boss ker atau tension kena mara ngan customer kat tempat keja...

``Saya akan bukak Internet n tengok kek terutamanya kek-kek akak lerrr,''' kata Shima. Tergelak saya.
``.....hehehhe..betoi ka....'' saya tanya.

``Yea kak...betul...semua kawan-kawan saya tahu. Dia orang selau gelakkan saya sebab asyik tengok gambar kek, tapi tak pandai langsung buat kek. haaa...pas ni dia orang tak boleh gelakkan saya lagi....saya dah tau buat kek...,'' kata Shima. Hehehhe...bagus semangat Shima neh....

Shima crita dah lama dia teringin nak berDIY ngan saya. Dok asyik tengok blog saya sejak hujung tahun lepah lagi. Dok teragak-agak. Nak book ker tidak date DIY ni. Nak book jerr, penuh, nak book jerr dah penuh. Pastu bulan 5 lepas dia nekad. Dia book date 2 Ogos ni. Siap bagi tau ngan bos mintak cuti.

``Puasa pun puasa lah kak...saya tak mau tunggu lagi,'' kata Shima

Shima kata ni lah 1st time dia bake. Tapi ok gak. Dia tak nampak kekok sangat. Melepa pun, saya ajar sekali dua, dia dah dapat rentak. Cuma kena buat selalu la baru bleh perfect.

Hari ni Shima blajar Red Velvet, Chocolate Indulgence, Marble Cheese Cake dan Pecan Heaven.

Jom tengok hasil kek yang Shima buat...

Shima yang awet muda....ingatkan bujang trang tang tang lagi...rupanya dah ada anak sorang...

Marble Cheese Cake

RV


Pecan Heaven

Chocolate Indulgence....lamanya tak ajar kek ni....sekarang ni orang selalu request Double Indulgence
Untuk Shima, pas ni tak yah tengok gambar kek lagi untuk hilangkan tension....buat jer kek yang blajar hari ni, pastu makan...lagi hilang stresss...hehhehe