Feb 24, 2013

Percutian yang indah...Part 1 - Madrid



 Asskm dan alooo untuk semuaaaa.....bertemu kembali kita di alam maya...(cheyyywaaahh..hheh). Alhamdulilah dah dah selesai cuti saya. Lama tak cuti panjang mcm ni. Last cuti panjang rasanya 2011. Masa saya gi europe ngan husband pas dia baik dari sakit. 

Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah, kumpul duit sket-sket, saya ngan husband kali ni menghala ke Spain. Mula-mula plan nak cover Spain, Portugal dan Morocco sekali harung. Tapi pas buat homework n tengok kat Internet, husband bagi tau, Spain terlalu banyak tempat yang indah. Rugi kalau pegi sekejap-sekejap. So, kami nekad untuk habiskan 15 malam di Spain. Tiga malam di Madrid, enam malam di Andalusia (Serville, Cordoba dan Alhambra) dan enam malam di Barcelona.

Memang sangat cantik Spain ni. Setiap tempat mempunyai kelebihan masing-masing. Tapi seperti biasa, dah nama pun saya ni keja berkaitan ngan makanan, saya lebih banyak fokus pada perkara-perkara berkaitan makanan terutamanya melibatkan kek dan pastry. Pantang nampak bakery, mesti saya terjah. Yang bestnya tak macam di Paris, di sini dia orang tak kisah kalau kita ambik gambar. Wpun kita tak beli. Mintak kebenaran, mesti dia orang bagi.

So, pengalaman selama 2 minggu ni saya gunakan secukupnya untuk mengumpul idea-idea menarik untuk saya pelbagai lagi resepi dan modul-modul baru saya yang akan datang. Ok, saya mulakan dengan hentian saya yang pertama iaitu Madrid.

Madrid
Saya sampai Madrid selepas lebih 16 jam dalam flight. Dari KL ke Amsterdam ambik masa 12 jam. Transit selama sejam sebelum berlepas ke Madrid yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.

Hotel kami tengah-tengah town dan sangat senang untuk nak ke tempat-tempat menarik di sekitar Madrid. Kat Madrid ni tak banyak tempat-tempat menarik sangat untuk dikunjungi selain Plaza Mayor yang menjadi identiti Madrid. Ni bangunan bersejarah. Dibina thun 1576. Tempat ni dulu adalah pusat pelbagai aktiviti. Laga lembu la, jadi market la, main bola la dan juga penah jadi tempat hukuman bunuh dijalankan.

La ni jadi tourist attraction. Tak dak apa yang menarik sangat kat sini la ni. Cuma jadi tempat lepak tourist. Macam kedai-kedai makan kat sini. Ramai gak artis-artis jalanan yang selalu buat show patung keraih kat situ. Macam-macam watak ada termasuk spider man gemuk...hhhaha...lawak. Saya malas nak ambik gambaq spider gemok ni. Sebab kalau ambik gambaq nak kena bayaq..hahhaha...so saya tengok dan gelak jerrr lahhh dari jauh..

Gambar dari En. Google 

Gambar den...hahhaha

Kiranya sapa mai Madrid, kena p tengok la Plaza Mayor ni..tak p rugi....Ok, pas dah round Plaza Mayor ni, hari-hari seterusnya kami banyak habiskan ngan pusing-pusing town Madrid mencari perkara yang membahagiakan saya...hehahaha...bakery lerr apa lagi. 

Cari kat Internet, ramai tourist suggest La Malorrquina. Memang dekat ngan hotel pun dan Plaza Mayor ni. Memang cantik-cantik gila la pastry dia.
Ni gambar dari en. google. Masa saya gi hari tu, bahagian depan tengah direnovate. So tak  cantik gambik gambar
Kami try beberapa pastry yang rasa-rasa `selamat' untuk dimakan. Hmmmmm....manihhh gilaaaaa... Memang orang kat sini makan manis-manis kot. Dan tak la sesedap seperti mana yang digembar gemburkan. Mungkin tak sesuai ngan tekak kita kot...hhahaha





Croissant comel-comel....cute sangat..

Ni macam cronet yang saya akan ajar dalam kelas pastry premium tak lama lagi. Bezanya keronsong tu dibuat daripda coklat.....

Antara pastry-pastry yang ada kat bakery ni...Tapi bakery ni punya la ramai orang. Sebab dalam tu dia memang jual minuman. So, orang akan masuk order coffee/tea dan makan ngan pastry yang ada. Tapi biasa laaa...cara makan dia orang ialah berdiri...hahahha....

Selain bakery ni, kami juga tak lepas peluang untuk ke satu lagi tempat yang sangat best yang juga dekat kat Plaza Mayor - Mercado De San Miguel. Mercado bermaksud market dalam bahasa spain.







Market yang dibina pada 1916 ni dulu kiranya adalah market untuk penduduk di sekitar Madrid ni lah. Tapi sekarang ni dah cantik setelah di refurbished dengan sentuhan binaan moden. Cantik bangunan ni. Kalau dulu  jual ikan, daging dan sayur, tapi la ni tempat ni jadi pusat untuk bar, restoran tapas dan jualan makanan.

Ada lebih 30 kedai-kedai yang jual pelbagai jenis makanan Spanyol. So senang crita, sapa yang nak rasa makanan spain, bleh mai sini saja. One stop center. Dua kali kami datang sini sebab makanan kat sini rasa macam selamat. 1st day tu kami makan seafood dan Churros n hot chotolate - makanan popular kat sini.

Hari kedua kami cuba paella - pun satu lagi makanan tradisional kat Spain. Ni lebih kurang macam nasik goreng pun ada gak. Di masak dalam kuali besar..alaa macam kuali besaq yang orang goreng mee/bihun kat pasar malam tu...


Husband saya tengah dok survey seefood....

Ni plak satu-satunya bakery yang ada kat dalam food market ni. Yang lain  tapas dan see food bar...

Kami cuba salad octopus nie...


Ni churros n chocolate pekat - kudapan  popular di spain. 

Frozen yogurt
Paella

Ni dipanggil Negro Paella. Yang membuat dia hitam tu adalah dakwat sotong. 





Selain tempat ni, ada baberapa bakery lagi yang saya jengah. Antara yang menarik perhatian ialah bakery Celicioso ni. Semua produk bakery ni adalah gluten free. Saya tertarik ngan deco cupcake dia...dan saya rasa gak cupcake dia...sedap, moist dan yang paling best sebab krim bunga dia yang tebal tu sedap. Tak manis over. 






Last day sebelum bertolak ke Serville, Andalusia, kami gi ke satu tempat ni...saya lupa nama dia...(hahhaha...nanti ingat, saya update yea..)...Ni bandar lama. Bandar universiti. Kami naik train ke sana. Tak jauh sangat. Dalam 30 km dari Madrid.

Kat sini banyak bangunan-bangunan bersejarah. Dan yang paling best...banyak bakery yang penuh ngan pastry-pastry cute...








Ok...ni serba ringkas apa yang saya enjoy di Madrid. Masa-masa lain tu banyak dihabiskan  menjamu mata - window shopping. Sangat murah. Sebab ni dah nak ujung-ujung winter, so banyak kedai-kedai kat sini  buat sale untuk winter jacket dan juga boots...fuhhh...gila punya morah dan gila punya cantik dan banyak pilihan..yea laaa..dah pakaian dia orang kan. Saya terpedaya gak. Tapi saya tutup mata jerr beli boots Crocs. Memang tak akan dapat di Malaysia rasanya..Sebab Crocs tak carry boots ni. Rega stelah diconvert duit kita RM200. Ni harga kasut biasa ala-ala sliper Crocs. Harga ni selepas discount 50%...hahaha..apa lagi....angkut lerrr....sangat selesa kasut ni untuk jalan banyak...

Pas ni bahagian kedua, saya crita mengenai Serville, Cordoba dan Alhambra plak....tungguuuu