Sep 14, 2013

KELAS DONUT PREMIUM SABTU 5 OKTOBER 2013...JOM DAFTAR SEGERA!



Asskum semua...kelas yang dinanti-nantikan...:
KELAS DONUT PREMIUM BZEE BAKERY, SABTU, 5 OKTOBER 2013
1.       Cheezy Cheese
2.       Almond Toast
3.       Black Tanggo
4.       Double Chocolate
5.       Oreo
6.       Coffee me
7.       Tutty Fruty
8.       Naughty Nut
(Topping SUPPPER SPECIAL)

TARIKH: SABTU, 5 OKTOBER 2013
MASA: 11 PAGI – 5 PETANG (Di Seremban)
TEMPAT:  Bzee Bakery, No, 23, Ground Floor, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan – saya, Zalina, yang ajar

(buat masa ni saya tak buat kat tempat lain. Insyallah satu masa nanti…insyallahhh)

Bagi di utara, kelas sama akan diadakan di tempat adik saya cutecutecakes
13A, Tmn Temusu, Jln Pdg Temusu, SP Kedah
(pas toyota showroom n services..sebaris ngan hotel Spring Inn) – tunggu iklan penuh oleh adik bertuah saya di blog dia http://cuitcutecakes.blogspot.com/ atau add dia dia facebook Yusniza Yahaya - KELAS NI ADIK SAYA YUSNIZA YAHAYA yang akan ajar

YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100
Deposit boleh dibayar mulai sekarang. Tiada tarikh akhir pembayaran deposit. Maksimum 50 pelajar setiap kelas. Penuh, saya akan tutup penyertaan.

Apa yang nak bawak masak kelas: Pen dan balance yuran jer…lain-lain contohnya mangkuk tingkat dan sebagainya, saya sediakan.

Apa yang TAK BOLEH BAWAK: Anak-anak dan sedara mara.Hanya yang bayar jer dibenarkan mengikuti kelas.

Cara mendaftar:
1.       Bank in deposit ke Account Maybank Bzee Café dan Bakery, 5051 76100 195
2.       Pas bank in SMS details nama penuh , nama kelas, date class dan jumlah bank in. SMS KE NOMBOR 019 282 0053
3.       Sila bagi nama penuh. Jangan buat lawak  SMS nama  samara atau nama kat FB, pastu  masa kelas cari nama lain. Anda akan  melambatkan proses pendaftaran.
Contoh SMS: Zalina Yahaya, Donut Premium, RM100.

(dah bnk in baru sms…errrr jangan on the way, atau ``kak, ni kat pasar, jap  lagi dalam 17 minit saya gi bank in’’ atau kak…ni saya tengah beratur kat ATM ni… ada 12 orang depan saya…jap lagi dah sampai giliran saya, saya bank in kak semula,’’..

(hahahha..anda gelak yeaaa…jangan gelak..ada orang suka buat lawak mcam tu..serius ada). Jimatkan sms anda…bank in, pastu terus SMS.


4.       Sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN dan KEMUKAKAN masa pendaftaran. Klu tak dak , saya anggap anda belum bayar.
5.     

Labiu
Zalina, bzeecake.blogspot.com