Nov 8, 2013

SELAMAT DATANG PESERTA SEMINAR USAHAWAN BAKERY ESOK 9 NOV

Asskum semuaaa...

Kepada semua yang akan hadir pada SEMINAR INTENSIF USAHAWAN BAKERY MALAYSIA ESOK bersama Aishah Ramond , 9 NOV jangan lupa yeaa perkara-perkaran ASAS berikut:

Harap ambik perhatian...saya tak akan menjawab lagi soalan sms/pm mengenai perkara-perkara asas berikut:

1. Kelas start kul 9 pagi (SEMBILAN PAGI...SEMMM BI LANNNN)
2. Sila bawak BAKI YURAN dan BUKTI PEMBAYARAN DEPOSIT. Tanpa sebarang bukti, TAK ACHI...kena bayaq balik.
3. Yang lain-lain tak yah bawak. Semua disediakan.
4. Saya penah iklan mengenai sapa yang berminat nak bawak produk masing-masing untuk tujuan promosi atau nak tunjuk kat kengkawan. Ni bukan WAJIBBBBB..tak mo bawak pun tak dak sapa nak marah.

Tapi pastikan, klu bawak, anda kena bertanggungjawab sepenuhnya ke atas barang anda. Saya tidak bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kekurangan duit jualan klu ada yang menjual.

Promosi dan jualan (kalau ada yang nak menjual) hanya berlaku masa lunch hour atau pas SEMINAR SELESAI (dijangkakan kul 6 petang). Pada masa-masa lain, tak dak sapa nak jaga..semua nak fokus pada seminar.

5. TIDAK DIBENARKAN MENGECHOP tempat untuk kengkawan.
. Meja pendaftaran akan disediakan di luar bakery. Meja pendaftaran akan mula dibuka seawal kul 8 pagi.
. Pas daftar, selesaikan baki yuran, dapatkan file dan name tag..baru bleh masuk letak barang atas kerusi bersertakan NAME TAG anda. Kerusi yang ada barang tanpa NAME TAG dikira pengechopan tak sah...TAK ACHI
. Pastu anda boleh kluar untuk menikmati secawan kopi dan coqkodoq di bawah khemah. (yuppp.saya sediakan bfast ringan-ringan pada yang suka ringan-ringan)


6. TERPENTING: Alamat bakery saya (sila coppy, photostate, tekap ngan ke ketaih turis) - ni saya bagi alamat lengkap dan direction: Saya tak akan menjawab sebarang panggilan tepon esok sebab akan sibuk ngan urusan pendaftaran:

No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2)

Koordinat: N 2.68686, E 101.91722


Cara nak mai klu malaih nak tengok alamat
DARI KL:
1. Ambik tol SEREMBAN/LABU (seremban labu...seremban LAAAA BUUUU)
2. Pas tol - KANAN (kaaa nannnnn). Naik flyover, terus himpit ke kiri (Kiii riiii..)
3. Dalam 500meter ke depan, ada exit tunjuk ke Seremban 2. Masuk exit tu..(maa suuukkk...).
4. Terus. Anda akan jumpa Jusco belah kiri. Pastu terus jerr...tak yah nak kona kanan ka kiri. Ikut signboard KOMPLEKS MAHKAMAH. Benda2 lain yang anda akan jumpa belah kiri anda ialah KFC N PETRONAS. Klu tak jumpa..anda SALAH...sila kembali ke pangkal jalan.
5. Ada akan jumpa bangunan kompleks mahkamah yang berbumbung Minangkabau (klu tak sure rupa bumbung minangkabau sila google). Depan tu ada bangunan kedai. Anda akan nampak AMANAH RAYA. Gi block blakang Amanah Raya tu....terus. Akan ada DUA KHEMAH DEPAN KEDAI SAYA.

KALAU DARI SELATAN
1. Ambik exit SEREMBAN...(saya ulang SEREMBBBbbann..bukan Seremban-Senawang, BUKAN Seremban - Port Dickson...EXIT SEREMBAN).
2. Lepas Tol KIRI (kiiii riiii). Naik flyover, pastu follow direction sama ngan diatas.

7. TIDAK dibenarkan SAMA SEKALI MEMBAWA PENEMAN, sedara mara, anak, suami, jiran dan sebagainya. Hanya yang bayar yuran sahaja dibenarkan terlibat dengan seminar dan aktiviti-aktiviti sampingan seperti makan dan minum.

Okeh.. itu saja...Tak sabaq saya nak jumpa anda semua...

LABIU
ZALINA
— with Aishah Ramond.