Dec 24, 2011

Jadual kelas demo JANUARI 2012

Asskm  dan aloooo untuk semua.... Ni jadual kelas demo sepanjang bulan Januari 2012. Pilih mana yang berkenan dan boleh bnkin kan deposit BILA-BILA MASA DARI SEKARANG.

1. Sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN DEPOSIT dan SERAHKAN MASA pendaftaran kelas. Kalau tak dak bukti pembayaran anda perlu membayar full masa kelas.


Tarikh: 7 Januari 2012 (Sabtu)
Masa : 11 pagi - 5 petang
Yuran: RM250 
Deposit: RM150
Kelas: Back To Basic (12 jenis kek asas - SANGAT sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak ngan dunia bakery. Koleksi pilihan kek terbaik Bzee Bakery dan gerenti menjadi - Insyallah). Daripada resepi-resepi asas ini juga saya akan tunjukkan mcam mana nak kembangkan untuk jadi beberapa resepi lain. 


PERCUMA: 1. Resepi asas Buttercream yang boleh digunakan untuk sapuan cupcake dan cupcake.
                       2. Resepi buttercream untuk membentuk bunga yang cantik
                       3. Resepi chocolate ganache economi yang membolehkan anda menjual kek coklat
                           ekonomi - kek coklat murah
1. Kek Pisang

2. Rainbow

3. Swiss Roll

4. Cupcake Vanila

5. Cupcake Chocolate

6.Chiffon Coffee

7. Kek Orange Super Moist

8.Chocolate Cake Supermoist (versi economy - resepi kek coklat baru)

9.Blueberry muffin

10.Asas Brownies

11. Butter Marble (resepi tak sama ngan butter rainbow)

12. XXXXsss cuppies- sesuai dijadikan gift kenduri (resepi tak sama ngan vanila muffin)

Jika berminat nak join class neh ikuti langkah berikut:
1. Bank in deposit RM150 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pukul 12 tengahari, 6 Januari 2012. Deposit boleh dibuat mulai sekarang/hari ini


2. Pas bnk in, sms NAMA, class dan tarikh class - contoh: Maya Karin, back to basic, 7 Jan
3. Pas tu tak yah buat apa-apa lagi - tunggu tarikh class n datang class bersama duit balance. Sila bawa bersama BEKAS masing-masing untuk bawak balik kek yang dipelajari.



TARIKH: 14 JANUARI 2012 (SABTU)
Masa: 11 pagi - 5 petang
Yuran: RM200
Deposit: RM100
Kelas: Package Kek Slice (4in1) dan Cream Puff n Eclairs



Kandungan kelas:
KEK SLICE
1. Pelajari teknik membuat kek slice supaya kemas dan cantik untuk jualan.
2. Cara packaging dan menentukan harga
3. Kek yang akan diajar - Strawberry slice cake, Fresh Fruit Slice Cake, Chocolate Slice Cake dan Ala-ala Opera Slice cake

Eclairs

Creampuff

CREAM PUFF N ECLAIRS
1. antara items yang paling banyak mendapat permintaan untuk kelas DIY dan dah banyak jadi ibu duit pada student-student saya.
2. Teknik dan tips mendapatkan creampuff dan eclairs yang gebu dan tak mengelepek bila sejuk.
3. Cara membuat cream custard yang juling biji mata (hehhehe....kasi UPPP sket...)


Jika berminat nak join class neh ikuti langkah berikut:
1. Bank in deposit RM100 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pukul 12 tengahari,  Jumaat, 13 Januari 2012. Deposit boleh dibuat BILA-BILA MASA MULAI SEKARANG


2. Pas bnk in, sms NAMA, class dan tarikh class - contoh: AMY MASTURA, Kek Slice n Cream Puff, 14 Jan.

3. Pas tu tak yah buat apa-apa lagi - tunggu tarikh class n datang class bersama duit balance. Sila bawa bersama BEKAS masing-masing untuk bawak balik kek yang dipelajari.


TARIKH: SABTU 21 JANUARI 2012
MASA: 11 pagi - 5 petang
YURAN: RM150
DEPOSIT: RM50
KELAS: PAVLOVA DAN 2 KEK EVERGREEN - Kek Buah Kukus Anam Bulan dan American Chocolate

PAVLOVA

American Chocolate

Kek Buah Kukus Anam Bulan

Jika berminat nak join class neh ikuti langkah berikut:
1. Bank in deposit RM50 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pukul 12 tengahari,  Jumaat, 20Januari 2012. Deposit boleh dibuat BILA-BILA MASA MULAI SEKARANG


2. Pas bnk in, sms NAMA, class dan tarikh class - contoh: ZIANA ZAIN, Pavlova, 21 Januari.

3. Pas tu tak yah buat apa-apa lagi - tunggu tarikh class n datang class bersama duit balance. Sila bawa bersama BEKAS masing-masing untuk bawak balik kek yang dipelajari.


TARIKH: 28 JANUARI 2012 (SABTU)
MASA: 11 pagi - 5 petang
Yuran: RM150
Deposit: RM50
Kelas: 3 Kek Terbaru Bzee Bakery - Nutty Caramel, Royal Caramel n Chocolate Mascarpone


Nutty Caramel

Chocolate Mascarpone

Royal Caramel




Jika berminat nak join class neh ikuti langkah berikut:
1. Bank in deposit RM50 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pukul 12 tengahari,  Jumaat, 27 Januari 2012. Deposit boleh dibuat BILA-BILA MASA MULAI SEKARANG


2. Pas bnk in, sms NAMA, class dan tarikh class - contoh: ERMA FATIMA, KEK BARU, 28 Januari.


3. Pas tu tak yah buat apa-apa lagi - tunggu tarikh class n datang class bersama duit balance. Sila bawa bersama BEKAS masing-masing untuk bawak balik kek yang dipelajari.





DIY 23 Disember - Ida Puchong n Aimi Jalan Ipoh

Asskm dan alooo unutk semuaaa...Hari ni berDIY ngan Ida dari Puchong. Memandangkan apa yang diambik Ida menepati selera Aimi, dia pun join sekali. Atau dalam erti kata lain menyelit. Dia orang belajar pastry cream puff n eclairs dan chicken pie n portugese egg tart. Lagi dua dia orang blajar kek paling malatop ciptaan saya - Russian Black n White dan kek evergreen double chocolate cheese cake.

Buat keknya cepat, tapi bila pastry terutamanya chicken pie n portugese egg tart lambat sket la. Biasa la kena menguli. Tapi disebabkan kecekapan Ida n Aimi dan pembantu saya Kak Mas maka kesemua berjaya diselesaikan sebelum kul 6. Alhamdulillah....

Ni gambar-gambar class...
Portugese Egg Tart

Chicken Pie - hari ni chicken pie ni buat perangai tak nak tersengeh plakkkk

Tapi tak paaaaa.....tekstur still crunchyyyy...yummmyyyyy...

Cream Puff

Eclairs

keDouble Chocolate Cheese Cake

Russian Black n WHite - ni gambaq lama sebab Ida n Aimi tak nak potong kek dia orang...nak wak balik buat majlis potong kat rumah...hehehe

Yang depan tu Aimi n yang tengah buat-buat tension kat blakang tu Ida

Tengah final touch kat Russian Black n White
Ida, Aimi, tq yea sudi datang class saya. Suksess untuk awak berdua...

Dec 22, 2011

DIY 22 Disember - Kak Sarimah dari Tiram Johor

Asskm dan alooo untuk semuaaa....Kak Sarimah dari Tiram, Johor mulanya sms saya kelmarin nak ganti Opera ngan Chocolate Indulgence. Tapi pas jer sampai n masuk bakery tadi, terus dia tanya..``Kalau kak nak ambik juga Opera tu sempat tak? Dah alang-alang datang dari jauhnya rugi plak rasanya tak blajar,''

Sempat kakkk. Kalau tak sempat pun saya bagi sempat gak....(hehehhe). Tapi memang sempat pun sebab Kak Sarimah mulanya ambik 4 items saja - Chocolate Indulgence, Nutty Caramel, Pavlova dan Cream Puff n Eclairs. So tambah lagi satu jerrr. Bahan-bahan untuk Opera pun memang sentiasa ada. Tak dak halll la kak...

Kak Sarimah (cikgu Bahasa Inggeris) ni lemah lembut sangat orangnya. Sifat keibuan yang sangat terserlah. Sejuk hati dengar crita Kak Sarimah mengenai anak-anak dia. Empat daripada 6 anak dia semua lulusan overseas. Fuhhhh...sejuk perut ibu mengandung. Lagi 2  blajar lagi. Ni bukan Kak Sarimah yang tetiba nak bercerita, tapi saya yang suka korek....(ehheheh perangai penyibuk bekas reporter yang susah nak buang sampai sekarang)

 Kak Sarimah neh, wlaupun lemah lembut orangnya, tapi buat keja cepat. Kami start kul 11 n alhamdulillah kul 5.30 dah siap semua termasuk photo shooting. Ni gambar class hari ni...

Cream Puff n Eclairs. Kak Sarimah kata sebelum dia buat ikut resepi internet, tak penah jadi....dah blajar ni baru puas hati

Nutty Caramel - special untuk husband Kak Sarimah yang suka makan kacang
Opera - Kak Sarimah kata sebelum ni dia selalu tengok blog saya n tengok kek ni. Puas la dia tengok n fikir macam mana nak buat kek bagi kemas macam neh...heehhe...kak, so, hari ni saya dah dedahkan rahsianyaaaaa.....senangkan, kak...?

Pavlova kecik ni untuk Kak Sarimah rasa n yang besaq kat belakang tu Kak Sarimah buat. Ada kawan menantu dia yang penah belajar pavlova ngan saya rekomen soh mai blajar ngan saya. Dia kata sedap bangat...(errr... kawan menantu dia cakap aaaa...bukan saya cakap..hehhehe)


Chocolate Indulgence - Ni untuk dijadikan birthday cake memantu Kak Sarimah. Dia orang nak buat gathering Sabtu ni..



Ni lah Kak Sarimah yang blajar suka-suka untuk anak n cucu makan....

Kak Sarimah tak sabar-sabar nak rasa pavlova

Insyallah Kak Sarimah kata dia nak datang belajar lagi. ``Banyak lagi kak nak blajar ni...,''. Ok kak, insyallah ada rezeki kita jumpa lagi yeaaa...

DIY 21 Disember - Nisya Madi

Asskm dan aloo untuk semua....Ni 2nd time Nisya berDIY ngan saya. 1st time dulu bulan posa lepas. Tak ingat dia ambik apa. Rasanya Chocolate Indulgence n Tartlet. Alhamdulillah la ni Nisya dah pas tuang ganache atas chocolate indulgence tu. Dah terror. Sebelum ni Nisya penah masuk kelas demo. Tapi dia tak puas hati sebab bila buat asyik fail jerr..so geram punya pasal, dia masuk kelas DIY.

Hmmmm...seperti yang biasa- biasa terjadi kat student lain, dia orang ni ingat-ingat lupa teknik n tips yang saya bagi untuk menjadikan kek tu kilat dan licin. Bila dah masuk kelas DIY, baru laaa masing-masing...``oooooooo, aaaaaaa...lupa la akak,''' padahal dalam kelas demo pun saya bagi tau benda sama. Tapi tak pa lah...mungkin tak bleh fokus kot sebab ramai kengkawan di sekeliling...

Ok tak paaa...yang penting kek Nisya dah jadi ngan cantik. Hari ni dia blajar buat Russian Black n White yang juga memerlukan dia tuang ganache tu. Memang cantik n berkilat macam cermin. Kira senang citer dapat A lah.

Ok, ni gambar sekitar class semalam...Nisya blajar Russian BW, Red Velvet, Italian Rainbow dan muffin chocolate walnut
Russian BW yang memanchoww manchowww

Red Velvet

Italian Raibow

Muffin Chocolate Walnut



Nisya ngan semua hasil tuaian -  cepat gak Nisya ni buat keja. Kami start kul 11, dalam kul 3.30 dah settle...
Untuk Nisya...selamat mencuba resepi-resepi baru ni dan selamat mempraktis teknik melepa yang saya ajar yeaaa...

Dec 20, 2011

Semester baru bermula...hehehhe

Asskm dan alooo untuk semua...alhamdulillah ketemu lagikkk. Kira macam semester baru la neh..pas cuti panjang 2 menggu (errrr...cuti yang tak berapa nak cuti...nak kena cuti lagik nampak gayanya neh...ahaksss).

Kelas pertama untuk semester baru ni ialah  DIY Group ngan 6 orang student dari serata pelusuk Malaya (ahaksss) Nisa, Awin, Fara, Adamiah, Sue dan Rabihah. Geng ni (kecuali Rabihah) book kelas ni pas dia orang settled class DIY group yang 1st dulu. Banyak gak yang dia orang pulun semalam - Pavlova, Cream Puff n Eclairs, Carrot Walnut dan Snowy Peach.

Jom layan gambar sekitar class semalam
Ni saja gatai-gatai tangan buat mini pavlova -  pada student-student yang penah blajar pavlova saya, guna resepi sama. Cuma kali ni buat bagi kechik.Saya guna bulatan cawan sukatan (ukuran 1 cawan).Untuk mudahkan keja, saya masukkan adunan merringgues tu dlm piping beg, pastu paip atas parchement paper. Untuk satu sukatan tu dapat dalam 15 biji.


Jualan - sekotak 4 biji neh - RM45

Ni pavlova disc yang siap. Bleh simpan lama. Simpan dalam bekas bertutup, masukkan dalam chiller. Nak pakai, just paipkan ngan cream vanila yang saya ajar tu, pas tu boh buah....yang penting mesti ada passion fruit....fuuuuuhhhh

Ni pavlova yang student buat semalam


Cream puff

eclairs

Carrot Walnut

Snowy Peach

Tengah pulun siapkan carrot cake sambil nunggu sponge kek untuk snowy peach sejuk


Aktiviti memulun paip filling dalam cream puff n eclairs


Mereka-mereka yang join kelas DIY group semalam....Tq untuk semua. Semoga suksess yeaaa

Hari ni plak kelas DIY Nazlin. Dia ambik package sweet bun yang 10 jenis tu. Tapi hari ni Nazlin tak keseorangan. Dia diselit oleh Zu dan Nur. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semua roti menggebu.
Nazlin n Zu tengah menghias bun masing-masing sebelum masuk oven


Roti panaz, roti panazz

Zu. Sorang lagi Nur enggan dikenali atas faktor keselamatan dalam negeri...heheh

Bun yang dihasilan hari neh...
Tq untuk semua. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi....aminnnn