Salam dan aloo untuk semua...Dah lebih sebulan saya tak updatekan blog ni. Untuk follower, maaf banyak-banyak. Saya ambil keputusan untuk stop sekejap semua aktiviti-aktiviti kat Bzee Bakery sebab kesihatan suami. Tak pa...kita kena berkorban untuk orang yang kita sayang. Insyalllah, saya yakin n percaya Allah akan sentiasa murahkan rezeki saya.
Ramai student dan rakan-rakan yang sms/call tanya saya apa sakit suami saya. Untuk yang ambil berat bertanya, saya amat menghargai dan saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Ingatan dan doa anda amat saya hargai.
Sebenarnya suami saya telah didiagnose dengan penyakit kanser. Kanser kelenjar/lymphoma canser. Ada ketumbuhan kanser sebesar kepala budak di dalam perut sebelah kiri. Yang mengejutkan kanser tu sangat agresif. Selama ni suami saya selalu mengadu sakit perut dan penah buat CT Scan kat KPJ November 2008. Tapi masa tu doktor tak dapat kesan apa. Sakit perut dia berulang-ulang dan sepanjang tahun lepas dah 3 doktor kami jumpa. Semua kata gastrik. Awal Disember lepas suami saya mula rasa macam ada ketulan keras kat perut. Kami jumpa family doktor - Dr. Jefry n Dr. Shaliza di Poliklinik Jasa, Senawang. Dr. dah tak sedap hati dan terus refer kami ke KPJ untuk buat CT Scan. Memang confirm growth tu adalah kanser.
Mula-mula dapat berita ni rasa gelap dunia. Saya percaya semua orang yang pernah mendapat berita ni akan mengalami perasaan sama macam saya. Kita jadi lemah dan putus semangat. Bagi saya sendiri, masa mula-mula terima berita tu, saya hanya mampu menangis. Tapi syukur Alhamdulillah, suami saya seorang yang sangat kuat dan berfikiran positive. Pada peringkat awal tu, instead of saya yang mententeramkan dia, dia plak yang bagi kata-kata semangat kat saya.
Dia mintak saya kuat untuk bantu dia jadi kuat semangat. Saya tak boleh berterusan sedih n terus menerus mempersoalkan kenapa dia ada kanser. Ini semua dah tertulis dan kita mesti redha dengan ketentuan Allah. Yang penting sekarang kita kena berusaha untuk mengubati penyakit ni. Hanya doa dan usaha yang dapat mengubah takdir Allah.
Setelah berbincang dengan keluarga, suami saya akhirnya bersetuju untuk menjalani rawatan yang menurut doktor sendiri adalah `paling menyakitkan' - chemotherapy. Suami saya perlu menjalani sekurang-kurangnya enam hingga ke lapan kali rawatan chemotherapy.
Rawatan chemotherapy ni melibatkan proses memasukkan pelbagai jenis ubat yang boleh membunuh dan menghalang kanser daripada merebak. Ada banyak cara. Antaranya ialah melalui drip, makan pil dan injection. Untuk kes suami saya ialah melalui drip. Suami saya kena ke hospital setiap 3 minggu.
Sebenarnya bukan proses chemotherapy tu yang sakit, tapi kesan sampingan lepas ubat-ubat mula bertindak balas dengan badan pesakit. Antaranya ialah badan akan menjadi tersangat-sangat lemah, loya, sakit kepala, pening, muntah, kulit dan kuku akan mula menjadi hitam, kulit kering, gusi berdarah, mulut kering, tak boleh tidur, tak ada selera makan dan yang hampir 90 peratus pesakit yang menjalani rawatan chemotherapy ialah keguguran rambut. (suami saya dah pun hampir-hampir botak lepas minggu ke tiga rawatan bermula).
Bagaimanapun alhamdulillah lepas dua kali suami saya menjalani rawatan chemotherapy ni, kesan sampingan yang dialami suami saya sehingga kini tak seteruk sebagaimana yang pernah dialami oleh orang lain. Kesan ketara hanyalah keguguran rambut. Kesan lain seperti letih hanyalah pada kadar minima. Memang ada kesan loya, tetapi hanya sekejap. Selera makan hanya sedikit berkurangan pada hari-hari terawal selepas chemo.
Saya yakin, selain semangat suami saya yang kuat melawan penyakit, rawatan dan ubatan alternatif yang suami saya ambil banyak membantu dia mengurangkan kesan sampingan rawatan chemo ni.
Di sini saya nak berkongsi dengan anda semua rawatan-rawatan dan ubatan alternatif yang banyak membantu suami saya menjalani proses rawatan chemotherapy tanpa kesan sampingan yang teruk dan dalam masa yang sama, bersama-sama dengan ubat-buat chemo bertindak menghapuskan kanser yang ada. Anda boleh kongsi dengan sesiapa sahaja yang ada masalah sama.
1. Ubatan herba daripada Hj. Zabir (019 3665693) di Kampung Sasapan Batu Rembau, Branang, Selangor.
Kalau dari Kl ikut jalan lama ke Seremban. Kita akan jumpa pekan Branang, pastu akan nampak sign board Sasapan Batu Rembau. Masuk simpang tu, terus lebih kurang 5 kilometer, ada rumah pagar kuning sebelah kiri.
Ubat Hj. Zabir ni adalah ubat alternatif pertama yang suami saya ambil lepas didiagnose dengan kanser. Masa tu rasa sakit dia teruk sangat. Dua kali inject pain killer tak ada kesan langsung. Lepas makan ubat herba Hj. Zabir ni, alhamdulillah, sakit hilang.
Tempat ni mak sedara suami saya yang rekomenkan. Dia sepatutnya dah kena start hemeodylasis sebab buah pinggang dia dah teruk. Tapi dia tak nak. So, dia cuba makan ubatan herba Hj. Zabir ni. Alhamdulillah dah dekat setahun dia makan ubat ni. Bulan lepas dia gi check, doktor kata dia dah ok. Tak perlu buat hemeodylasis lagi. Alhamdulillah.
Ada seorang lagi sedara suami saya yang juga mengalami penyakit kanser lymphoma pun baik lepas mengamalkan ubat herba Hj. Zabir ni. Dia ni lagi teruk sebab dah stage 4 dan dah pun buat bone marrow transplant. Alhamdulillah sekarang dah o.k.
2. Supplement 4Life
Suami saya ambil Jus Riovida dan pil 4Life TF Plus Advanced
Supplement ni direkomenkan oleh kawan-kawan saya dan suami. Saya rasa supplement ni banyak membantu dari segi memberi tenaga dan juga membaiki sel-sel yang dah rosak akibat ubat chemo.
3. Minuman herba daripada Sungai Petani. Call En. Khamarul - 017 416 6396. Kami dapat contact ni lepas dengar kat radio Aznil interview sorang budak umur 4 tahun sembuh kanser lepas minum air pokok herba ni (saya tak ingat nama pokok tu).
4. Rawatan menggunakan ayat-ayat al-quran daripada Hj. Lokman Abdul Hamid dari Perubatan Syifa-Al Hidayah, di Sungai Pusu, Gombak. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawat website - www. syifa-alhidayah.com.
Hj. Lokman ni akan bagi ayat-ayat al-quran tertentu yang perlu diamalkan sendiri oleh pesakit.
Kami hanya berkesempatan p sekali sahaja jumpa Haji Lokman ni sebab lepas tu tak sanggup lagi nak beratur panjang untuk ambil nombor giliran. Pernah lebih 700 orang berkumpul untuk ambil nombor giliran. Tapi tak apa, suami saya terus amalkan ayat-ayat al-quran yang dia dah bagi. Insyallah kami akan cuba untuk dapatkan nombor giliran pada masa-masa akan datang.
(Orang mula berpusu-pusu ke tempat hj lokman bila rancangan perubatan secara al-quran ni disiarkan di Astro Awani (106) - saya tak ingat hari apa)
Ni lah antara usaha-usaha yang saya dan suami buat untuk menghadapi dugaan Allah ni. Alhamdulillah doktor kata kanser tu dah mengecut lebih daripada 20 peratus. Tapi yang penting suami saya tak sakit lagi dan side effect chemo pun tak teruk sangat. Harapan dan doa kami, kanser suami saya tu akan sembuh sepenuhnya. Insyallah.
Sebenarnya dugaan Allah kepada kami ni banyak hikmahnya. Kami menjadi semakin dekat dengan Allah. Bagi saya sendiri, dugaan ni banyak mengubah cara saya melihat hidup saya secara keseluruhan. Tuhan boleh menduga dengan pelbagai dugaan yang tak pernah kita fikirkan akan terjadi kepada kita selama ini. Dan sesungguhnya dugaan Allah tu boleh datang bila-bila masa. Selain itu, dugaan ini juga menjadikan kami berdua lebih menghargai antara satu sama lain.
Saya tak akan lupa pengalaman ketika detik orang menghitung masa menyambut tahun baru 2010, saya berada di sebelah katil suami saya di hospital. Melihat dia menahan sakit yang langsung tidak boleh dikurangkan walaupun dengan ubat tahan sakit. Ya... bunyinya macam dramatik, tapi apa yang saya ceritakan ni memang saya alami. Saya memulakan tahun 2010 ni dengan dugaan berat Allah. Walaupun dalam keadaan sedih melihatkan keadaan suami, saya seperti mendapat kekuatan dan semangat baru untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang dengan lebih kuat n tabah. Dan saya juga berazam untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik dalam semua aspek - Insyallah.
Ok, memandangkan keadaan dah kembali agak stabil, saya akan memulakan kelas masakan saya semula mulai minggu depan - Sabtu 27 Februari.
Kelas: Hiasan kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik steamed buttercream
Masa: 11 - 4 ptg
Yuran: RM250
Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini yang mudah menghias kek menggunakan kaedah steamed buttercream - kek nampak seperti fondant - licin dan berkilat. Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek sponge untuk dihias. Pelbagai teknik dan hiasan akan diajar termasuk `buat sampai boleh' bunga ros, border-border yang sesuai untuk kek kahwin dan cara memasang tiang pada kek kahwin.
Setiap pelajar akan membawa pulang kek kahwin 3 tingkat.
Peralatan yang perlu dibawa: Apron, turn table, spatula dan kain lap.
(Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada Khamis, 25 Februari dengan membayar deposit sebanyak RM130 ke dalam akaun Maybank saya (Zalina Yahaya) - 1122 500 16852
Saya juga akan mula mengambil tempahan. Dah ada beberapa tempahan yang saya dah ambil untuk hujung bulan ni dan awal Mac.