Pandangan dari belakang
Pandangan dari depan (eeerrr....contoh tulisan jawi tu anak sedara saya, Ayie yang tolong buatkan...mintap maap, saya tak pandai jawi....baca bleh laaa....tu pong merangkak...heheh)
Kek ni saya buat hari Jumaat lepas (12 Mac). Baru hari ni mampu duduk mengadap komputer dan menaip. Nak tau sebab pa....sedih betul...tapi tak pa...seperti yang saya katakan sebelum ni Allah banyak menguji orang yang disanyangiNya....
Hari Sabtu (13 Mac) lepas, sepatutnya saya ada kelas steamed buttercream. Hari Jumaat tu dah buat persiapan semua termasuk bakar kek untuk tiga student yang confirm untuk hadir - Dalilia (Lea Oven), Sathi n Nora.
Lepas mandi, masa bersiap-siap nak ke kedai, tengah pakai jeans, tetiba masa nak bangun dari kedudukan menunduk...rasa tangkap kat pinggang...sakit yang amat sangat....rasa macam nak terkeluar air mata. Pelahan-perlahan saya cuba betulkan kedudukan saya. Bila saya cuba nak duduk, sakit menjadi-jadi. Macam dicucuk-cucuk. Masa tu dalam bilik sorang-sorang. Husband kat living hall tengah tengok tv. Pelan-pelan saya adjust diri. Berdiri bagi stabil sket n berjalan sambil tangan menampan dinding sebab sakit. Pelan-pelan saya gi panggil suami kat luar. Saya kata pinggang saya sakit. Pastu apa lagi, terus husband bawa ke KPJ. Xray n kena cucuk pain killer. Doktor kata slip disc. Tapi nasib baik masih di peringkat minor. Saya kena rehat seminggu.Khamis ni kena buat fisio. Sabtu plak jumpa doktor skali lagi.
Tadi plak, saya cuba buat rawatan alternatif kat Pusat Rawatan Dr. Kwan. Ada kawan yang rekomenkan. Dr. Kwan ni guna kaedah akupuntur dan ubatan moden. Punya la ramai kat klinik Dr. ni. Tapi 95 peratus Cina dan orang-orang tua yang ada masalah sakit tulang dan sendi....Yang sakit lutut, sakit pinggang n macam-macam lagi lah....(terasa diri ni dah masuk kategori tua....heheheh).
Dr. Kwan ni buat kerja punya la cepat. Saya kategorikan dia macam Cina goreng char kue tiaw...betoi...Dia tak cakap banyak. Saya masuk, serah xray yang saya buat ke KPJ. Dia tengok, pastu terang kat saya apa masalah saya. Pastu dia bagi tau saya kena datang 3 kali untuk buat akupuntur. Pastu nurse suruh saya meniarap. Dr. Kwan tunjukkan kat saya jarum yang dah ada ubat kaler merah. ``Aaaa...ini vitamin aaa...saya akan cucuk skalang n buat akupuntur....'' Pastu saya cuma rasa macam kena gigit semut di belakang saya terutama di bahagian pinggang, betis kanan dan peha kiri.
``Ok, siap...u tak bleh bertinggung, tak bleh naik tangga, tak bleh makan ais. Tak bleh angkat balang belat (barang berat laaa....). 18 hari bulan datang lagi satu kali. Ok boleh ambik ubat di luar sana...''
Semua aktiviti-aktiviti ni berlangsung tak sampai 10 minit. Saya tunggu dia kat luar punya la lama - dari pukul 9.30 sampai pukul 11.45 pagi. Dr. Kwan ni masuk klinik pukul 11. Saya nombor yang ke 20. Betul tak saya kata dia buat keja macam Cina goreng char kue tiaw...!!!??
Tapi saya rasa Dr. Kwan (dia ni memang Doktor betul. Lulusan UK - consultant physician & rheumatologist , bukan bomoh patah cina) ni memang terkenal. Saya sempat sembang dengan untie-untie yang dok tunggu dia kat luar tadi. Dia orang ni datang dari merata tempat. Yang sempat saya bual tadi, dari Bentong, Pahang. Untie comel ni sakit pinggang. Dia kata sebelum ni teruk sakit pingang dia. Macam dicucuk-cucuk. Dah cuba di KL. ``Aiyyaaa...manyak mahai...tapi talak baik. Tapi saya sudah 3 kali datang cucuk sama ini Dr. Sikalang dah ok. Manyak bagus ini doktor...'' Kata Untie comei ni...
Sorang lagi untie siap buat demo lagi kat saya. Demo basuh kain sambil mencangkung. ``Dulu aaa, saya tak bleh buat ini macam ooo..., sikalang, lu tengokkkk....sudah boleh masuh kain ooo...(kata dia sambil mencangkung dan menunjukkan aksi membasuh kain. Untie ni sakit lutut.
Tapi betul laaa....saya sendiri rasa kesannya. Saya kena hari Sabtu lepas. Sebelum ni saya kena duduk straight saja n rasa sakit n sengal kat pinggang tak hilang-hilang. Ni lepas buat akupuntur dah tak rasa sakit sangat lagi. Sket-sket jer...cuma boring sket...tak boleh bertinggung n minum ais...aiyyyaaaa....
Untuk yang berminat nak p cuba rawatan akupuntur kat Dr. Kwan ni (jangan takut, tak sakit....serius) ni alamat dia: C-1-1 Jalan Dataran Sentral, Dataran Sentral, Seremban (06 - 763 6203).
Cara nak pi - Kalau dari pekan Seremban, lepas Muzium Negeri tu kan ada traffic light (ke kanan nak p ke jalan Labu). Kalau nk p klinik Dr. ni, ambik kiri. Kat kolej swasta Est West.
So, buat sementara waktu ni, saya mintak ampun banyak-banyak sebab saya terpaksa menunda sekali lagi kelas-kelas saya. Saya kena rehat. Tak brani nak paksa diri. Tapi tak pa, saya akan cuba untuk mengupdatekan blog saya ni dengan pelbagai artikel berkaitan masakan seperti tips-tips menarik yang boleh kita kongsi bersama...