Salam dan aloo untuk semua. Sorry sebab lama gak tak update blog ni. Saya janji nak cita bahagian kedua crita-crita menarik di Chengdu tu kan..tapi tak dan. Balik dari China hari tu, saya sibuk ngemas bakery. Rearrange balik kedai supaya nampak lebih kemas n lebih luas untuk menerima 20 peserta yang dihantar oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan. Dia orang ni berkursus selama 5 hari dengan saya bermula 11 Oktober hari tu. Kursus asas keusahawanan bakeri. Semua peserta terdiri daripada ibu tunggal (sama ada bercerai mati atau idup). Jabatan Pembangunan Wanita nak bagi kemahiran asas kepada ibu-ibu tunggal terpilih seluruh negeri sembilan ni supaya boleh digunakan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Macam-macam cerita sedih, suka, duka n yang memberikan semangat pada saya pun ada sepanjang lima hari bersama-sama ibu tunggal ni. Tapi terus terang saya katakan, saya memang tabik n pandang tinggi pada ibu-ibu tunggal yang tak penah patah-patah semangat mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak.
Ada dua tiga orang peserta kursus hari tu berjaya menghantar anak-anak sampai ke universiti hasil titik peluh mencari rezeki dengan menjual kuih muih. Masing-masing berkongsi cerita suka duka menjalani idup sebagai ibu tunggal. Saya doakan dia orang semua ni berjaya.
Sepanjang lima hari berkursus ni, saya dedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran yang boleh dibuat duit. Semua kursus dijalankan secara praktikal atau hands on. Timbang, adun dan buat sendiri. Hari pertama saya mulakan dengan membuat 10 jenis bun daripada doh sweet bun. Semua peserta suka resepi dan cara buat roti saya yang menurut dia orang senang.Kak Long dari Port Dickson yang penah ikuti kursus sama kat chef terkenal di KL pun kata cara saya buat roti senang. Tak cerewet. NI bukan saya kata aaa..ni dia orang yang kata...hehhehe. Hasilnya pun dia orang puas hati. Yang lawak, esoknya peserta datang cerita anak-anak n sedara dia orang yang rasa roti yang dia orang buat tu tak pecaya dia orang yang buat...hehheh...```tak kannnnnn lah mak nak tipu ko Sabariah...'''(ingat tak dialog dalam filem ibu mertua ku..heheh).
Hari kedua plak saya fokuskan kepada penghasilan sandwich loaf atau dalam bahasa orang kampung roti benggali. Saya kat utara panggil roti benggali tapi student-student saya kata kat sini dia orang panggil roti bai. Selain roti benggali, saya juga ajar 2 jenis loaf lain iaitu Pandan n Mixfruit loaf dan Marble Loaf. Bila roti masing-masing masak, semua terpegun dengan hasilnya...semua roti naik menggunung n gebu.
Selain loaf, hari kedua juga saya ajar cara buat pizza base untuk dimakan terus dan juga untuk frozen.
Hari ketiga kelas lagi riuh rendah sebab masing-masing happy dapat blajar buat cupcake, krim dan hiasan. Ramai yang sangat-sangat berminat nak blajar buat cupcake dan cara menghias. Maklumlah sekarang ni kan trend orang buat cupcake. Saya tunjukkan cara buat vanila n chocolate cupcake. Pastu semua student dapat 15 biji cupcake seorang untuk dihias.
Peserta didedahkan dengan cara buat buttercream, cara membuat bunga, daun, hiasan menggunakan piping jelly dan pelbagai corak lain yang popular. Memang riuh rendah kelas..
Hari keempat plak saya fokus kepada hiasan kek. Kelas dimulakan dengan pengajaran cara membuat kek butter dan kek sponge. Pastu masing-masing student dibagi sebiji kek sponge setiap seorang. Sebelum tu saya pastikan setiap student dah pas buat bunga, daun dan border masing-masing. Ramai gak yang kena leter ngan saya sebab tak ikut teknik yang betul...hehhe..Tapi semua leteran n teguran tu demi kebaikan, kann....Lepas semua dah lulus dia orang ni kena hias kek sebiji. Ni bukan nak puji, tapi kenyataan...saya bangga gak ngan dia orang ni. Walaupun baru pertama kali pegang krim, pegang piping beg, tapi semua bleh hias kek dengan agak baik. Tahniah untuk semua yea....
Hari kelima plak peserta `bermain' dengan fresh cream plak. Hari kelima ni lebih mencabar sebab fresh cream ni cerewet sket. Kalau lama sangat sapu kat kek tu, krim akan cair dan kek tak akan nampak licin. Tapi alhamdulillah lebih 80 peratus daripada peserta bleh buat. Krim dia orang tak rosak. Mungkin pengalaman sapu krim butter masa hari ke empat tu menyebabkan dia orang ni tak kekok lagi bermain ngan krim. Dua jenis kek dia orang buat iaitu kek black forest dan kek blueberry. Satu lagi saya ajar cara nak letakkan sugar image cara betul supaya tak mengelembung bila dikeluarkan daripada peti sejuk.
Ok saya harap semua peserta dapat memanfaatkan semua ilmu dan petua-petua yang saya perturunkan sepanjang kursus lima hari ni. Yang penting pas balik kursus ni, semua kena buat balik apa yang dipelajari. Kalau tinggal lama sangat nanti lupa. Ok, selamat berjaya untuk semua.