Oct 7, 2010

MAKAN-MAKAN DI CHENGDU, CHINA

BERENANG MINYAK DI CHENGDU...

Salam dan alooo untuk semua...harap semua sihat dan happy-happy selalu. Saya sampai dari Chengdu pukul 4 pagi tadi. Flight dari sana pukul 11.55 tengah malam (masa Malaysia n China sama - tak lari seminit pun). Kalau ikut jadual kami akan sampai di LCCT pukul 4.30 pagi, tapi agaknya pilot ni tekan minyak baguihhhh punya...kami sampai 1/2 jam lebih awai...hehhehe...lawak saja. Adik saya kata kalau kapal terbang sampai awai tu sebab ada tolakan angin kat bahagian ekor kapal terbang. Ntah laaaa..betui la kot....dia yang belajar bab-bab kapal terbang ni. Kalau tipu dia, maka anda semua (termasuk saya) pun kena tipu laaa...

Memandangkan ni blog  berkaitan ngan makanan, maka saya citer dulu pasai makanan laaa... Macam saya bagi tau sebelum ni Chengdu ni terkenal ngan masakan pedas. Tapi sepanjang seminggu kat sana, satu lagi ciri khusus masakan kat sini ialah minyaknya yang sangat banyak...senang cakap sampai bleh berenang laaa...hehhehe

Alhamdulillah, saya dan husband berjaya jumpa restoran Chinese Muslim tak jauh daripada hotel yang kami dok tu. Kalau berjalan lebih kurang 20 minit la. Tapi kami selalunya malas. Ambik cab saja. Murah - 10 yuen saja atau kalau duit kita lebih kurang RM5 saja.

Kat area ni ada bangunan masjid yang juga dijadikan pusat aktiviti masyarakat muslim kat area tu. Sampai balik, kami tak tau nama restoran tu sebab semuanya tulih cina. Tapi saya n husbad namakan restoran tu RESTORAN FATIMAH. Sebabnya ada sorang amoi waitress yang selalu layan kami kat situ. Nama dia Fatimah. Baik budak tu. Walaupun ramai customer lain, dia cekap n kalau mintak apa benda kat dia, dia akan adakan. Satu lagi sebab, dia ni bleh sket-sket bercakap dalam bahasa Inggeris. Kawan-kawan dia yang lain satu habuk pun tak tau cakap. (Di Chengdu ni antara masalah utama ialah komunikasi. Dia orang cuma cakap bahasa cina - nanti saya cita dalam bab-bab lain. Ni bab makan dulu yeaa..hehehe).

Makanan kat sini semua best-best la. 1st time lunch kat situ order beriya-riya. Maklumlah perut tengah lapar. Dah tu, kalau kat Malaysia ni,  kalau order untuk sorang makan, elok-elok untuk sorang makan la, kannn...Punya la terkejut berok bila dia bawak apa yang kami order.Kami order daging, ikan goreng, sayur n sup sayur. Yang kami dapat macam nak makan 15 orang....hmmmpppphhh..kenyih saja laaa apa lagi.

Yang paling terkejut daging ni laaa...semangkokkkk. Rasanya 5 orang makan pun tak habih....

Sedap. Daging dia lembut. Tapi PODAIH mak aiiii....n minyak dia tak yah cakap lerrrrr....bleh ceduk simpan untuk masak sekali lagi...ahakkksss..



Ikan ni pun sama. Dia punya minyak n pedaih memang tak beringat laaaa....Tapi sedap ikan ni. Ada rasa tauchu sket, cili jeruk, daging cincang, halia, cendawan....Saya paling suka sayur ni. Masak dia simple saja. Tak dak udang ka, ayam kaaa...Just sayur ni n capsicun hijau n merah nak bagi cantik. Pastu rasa macam ada minyak bijan sket. Sayor ni kalau kita p kat supermarket ker rupa dia macam ubi kayu sket...tak tau apa nama dia...
Nasi plak, biasa laaa orang kat sini makan nasik yang macam berpulut sket. Tapi kat restoran ni dia campur ngan jagung sket..

Minuman yogurt dengan buah cerry - yummm...best
Ni sayur tak tau nama...

Ni macam pizza...

MAKANAN JALANAN

Ok, yang diatas tu makanan-makanan di restoran. Di Chengdu ni gak n saya rasa di seluruh negeri China, makanan-makanan jalanan pun memang famous. Masyarakat kat sini memang ada budaya makan sambil jalan. Dia orang ni bleh hirup mee atau makan nasi ngan chopstick sambil jalan-jalan saja. Memang nampak tak manis tapi ni dah budaya dia orang. Sebab tu kalau kita tengok di jalan-jalan, gerai-gerai jual makanan jalanan ni tak kisah sangat untuk sediakan kerusi meja yang banyak untuk pelanggan. Setiap gerai tu ada lebih kurang 2 atau  3 meja saja. Kebanyakan customer akan beli n makan sambil jalan....

Teliur gak tengok makanan-makanan jalanan ni. Yaaaa lahh..mana tak teliur...dalam sejuk-sejuk tu kita nampak tokey-tokey pau tengah angkap pau berasap-asap dari kukusan. Tu belum lagi tengok ketam besaq n merah-merah atas pengukus...hehhee..Tapi mengenangkan soal halal, saya sabarkan diri....



Pau/dimsum panas-panas ni banyak dijual dijalan-jalan. 
 Ketam kukus yang menduga iman...ahakkssss..
 Lagi dimsum...
 Ni macam mee n bubur nasi
 Dimsum tengah dikukus dan chef tengah dok prepare sup untuk mee. Fuhh..berasap-asap lagiiii..
 Ni unik gak - Nasi nenas...nasik macam pulut dikukus dalam nenas berbentuk mangkuk...
 Ni kubis celur berinti. Kat blakang tu macam tauhu sumbat
Satu lagi makanan jalanan famous kat sini ialah macam satay yang dibakar. Kalau jalan-jalan dalam town tu, mesti tengok orang-orang kat sini dok makan satay tu sambil jalan. Tapi satay ni tak dak kuah lerrr...makan macam tu saja...



Satu-satuya makanan jalanan halal yang saya n husband saya cuba ialah daging kambing bakar. Memang daging kambing bakar ni orang muslim chinese yang jual. Ada tanda halal dan kat depan masjid tempat yang saya cakap ada restoran tu pun ada. Rasanya biz ni macam dah ada francais sebab gambar pengedar tunggal daging tu sama saja kalau jumpa kat mana-mana. Sedap daging ni. Lembut dan semestinya pedas berasap.

Ni brother yang jual daging kambing bakar. Kami makan ngan roti (macam roti nan) sedap. Makan plak dalam cuaca sejuk nyaman...fuuuuhhhhh...




                                                                 Satu lagi makanan nyang saya rasa menarik n mendapat perhatian kat sini ialah telur puyuh ni. Boleh didapati hampir di semua tempat tumpuan pelancong. Dia orang guna bekas yang digunakan untuk buat kaya ball tu. Pastu, dia orang pecahkan telur burung puyuh. Tabur cili sebuk n daun bawang. Pastu cucuk kat lidi. Nampak sedap. Tapi tak brani cuba sebab was-was ngan minyak dia orang sapu kat tempat bakar tu....



            
MANISAN

Selain makanan-makanan mengeyangkan macam saya sebut di atas, kebanyakan tempat kat sini terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong ada jual macam-macam manisan. Yang paling leka tengok ialah manisan daripada gula-gula caramel yang dibuat dalam pelbagai bentuk.


 Uncle ni tengah demonstrate cara buat gula-gula caramel berbagai-bagai corak. Mangkuk kat belah kiri dia tu ada caramel. Dia buat corak ni atas marbel untuk cepat beku
 Antara corak-corak yang dihasilkan....
 Ni plak jagung kukus. Yang ni brani la kami brani cuba...heheheh. Tapi tipah tertipu..nampak macam best n cantik saja jagung ni . Rupa-rupanya tawar gila...Rasa macam makan pulut pun ada gak...Tapi mamat dari Nogori Sembilan yang beli jagung ni suka..dia kata mengenyangkan...hehehhe
Coklat pun ada jual gak. Macam-macam design...creatif dia orang ni...


Satu lagi yang saya kagum n tertarik ialah figurine-figurine yang dibuat daripada tepung ni....Cute-cute n cantik sangat. Rasa macam nak saja saya ajak cina yang dok buat figurine ni ikut saya balik Malaysia n keja ngan saya. Suruh dia buat banyak-banyak ngan fondant, pastu jual untuk letak atas cupcake n cake...mesti best kannn....hehehhe



 Figurine-figurine cute yang dihasilkan

 Sempat menjengah kat belakang gerai dia. Ni tepung-tepung yang dia guna




Ni pun famous gak. Buah-buah pelbagai jenis dicucuk pada lidi satay, pastu di celup dengan air gula caramel. Saya tak sanggup nak makan bila membayangkan kemanisan buah ni. 


Kalau kita berjalan di tempat-tempat tarikan pelancongan, satu lagi manisan yang wajib ada ialah pelbaga jenis manisan berasaskan gula caramel n kekacang. Alaaaaa...kalau kat malaysia kita selalu makan kacang potong, kacang tumbuk, bertih jagung dlllnnn...haaa..kat sini dia orang buat kat tepi jalan jerr. Kira dah jadi sebahagian daripada pertunjukkan untuk menarik perhatian pembeli. Kat situ gak dia orang buat caramel, masukkan kekacang, pastu tumbuk guna lesung kayu. Best. Meriah tengok upacara tumbuk kacang tumbuk ni. Memang beza beli kacang tumbuk yang dibuat fresh ngan yang kita beli kat supermarket. Kacang tumbuk yang baru buat ni lebih rangup n caramel dia tak keras. Sedap n wangi





Upacara menumbuk kacang tumbuk..meriah...

Ok, untuk siri kedua (cheewaaaahhh..siri kedua..hehheh) nanti saya akan crita sket-sket la pengalaman-pengalaman menarik saya sepanjang seminggu kat Chengdu. Selain yang bersangkutan ngan makanan lerrr...heheeh.. Yang paling best ialah bertemu ngan binatang yang saya suka sangat ni - si Chomel Panda...hheheh. Selain tu banyak lagi crita menarik - antaranya crita servis korek telinga sebelum tengok teater dan perangai suka kencing kat mana-mana tempat...tunggguuuuuuu.....hehheh