Nov 4, 2010

Memperkenalkan Modul Baru Kelas - Cupcake Bouquet

Salam dan aloo untuk semua...Ni nak buat promo modul kelas terbaru - CUPCAKE BOUQUET atau dalam bahasa sonangnya JAMBANGAN CUPCAKE... 

Sangat sesuai untuk hantaran, hadiah atau apa-apa sahaja majlis yang menggembirakan. Kalau u all bagi hadiah ni, mesti SEJJJJJJUUUUUUKKKKK jer hati orang yang menerimanya....

 Cupcake Bouquet/Jambangan Cupcake


Close-up

 HARGA KELAS: RM180
Yuran meliputi semua bahan - cupcake (setiap pelajar akan dapat 12 biji cupcake untuk dihias), pasu dan semua jenis hiasan untuk menjadikan jambangan macam gambar ni...

TARIKH:SABTU, 13 NOVEMBER 2010 (SABTU)

Masa: 11 pagi - 4 ptg

Kandungan kelas:
Anda akan diajar bagaimana menghias cupcake dengan fondant (guna ready fondant), bagaimana membuat hiasan-hiasan sampingan dan bagaimana membentuk jambangan.

Saya TIDAK akan mengajar cara-cara membuat cupcake (cuma bagi resepi) dan tidak akan ajar buat fondant. So sapa yang nak joint kelas ni kena ada basic buat cupcake.

Ok, sapa berminat macam biasa, bnk in deposit RM100 pastu sms saya kat nama ke no phone saya - 019 282 0053
Ok, byee