Nov 1, 2010

`Loading' di Kelas Lanjutan Bakeri Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Salam dan aloooo untuk semua. Alhamdulillah saya diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan untuk memberi kursus kepada 10 orang lagi peserta. Kursus diadakan dari 26 hingga 29 Oktober baru-baru ni.

Kali ni fokus kursus ialah kepada peserta-peserta yang dah ada sedikit basic dalam bidang bakery. Kursus empat hari ni meliputi kelas hiasan kek butter, hiasan kek slice, pembutan coklat dan hamper.

Hari pertama masing-masing malu kucing lagi. Tak brapa brani nak bersuara dan belum menunjukkan belang masing-masing...hehhehe...Hari kedua, ketiga dan keempat, riuh rendah. Memang enjoy sangat dengan dia orang ni -  Ada Kak Ida talam (sebab dia memang pandai buat talam), Kak Ida Satay, Salina gambar (sebab dia memang suka sangat ambik gambar), Amoi pandai lukis (nama dia Bei Ling tapi kami panggil dia Amoi saja sebab dia muda lagi n dia pandai lukis. Dalam notes dia penuh dengan lukisan gambarajah yang cantik-cantik.

Yang lain-lain tak dak nama gelaran sebab `baik-baik' sket. Tapi baik-baik pun sekali-sekali buat perangai gila, tak tahan tengok gak...hehehhe- Fauziah, Maznah, Mis Teong, Emma dan budak baik Aya...hehehhe

Dalam sesi kali ni ada beberapa perkataan atau istilah yang baru saya belajar dari student-student saya. Yang paling saya suka ialah `Loading'. Istilah ni Salina gambar yang introduce. Loading ni merujuk kepada keadaan bila orang lambat tangkap atau lambat paham apa yang saya cuba sampaikan. Senang crita, kalau saya bagi penerangan, muka dia orang macam terkebil-kebil tuuu...haaaa...tengah loading la tu...(loading komputer)...hehehhe. Ramai yang `loading' dalam kelas lepas. Kak Ida satay antara peserta yang suka sangat loading...hehehe. Tapi saya respect Kak Ida ni, time rehat tengah hari, pas makan, dia akan ambik notes kawan terutamanya notes amoi yang pandai lukis tu lerrr untuk salin balik nota. Baguih Kak Ida ni...

Satu lagi istilah lawak yang diperkenalkan oleh asistance yang banyak menyokong saya - Kak Supiah ialah `raso macam pantek antu..' (kena cakap loghat nogori). Ni merujuk kepada tidak sedapnya sesuatu makanan. Kira rasa macam hampeh la....hehehheh macam-macam hal  akak-akak ni....

Ok, hari pertama saya mulakan dengan kelas menghias kek menggunakan buttercream. Seperti biasa, saya fokus kepada cara buat bunga rose sampai jadi, buat boarder dan yang penting cara sapu krim kat kek supaya kemas dan cantik. Semua sedara mara n jiran tetanggga tak pecaya dia orang yang buat kek tu...hehhehehe.




Boarder kek yang dipelajari peserta







 Kek-kek peserta - cantik-cantik kannnn?
Peserta ngan hasil masing-masing


Hari kedua plak peserta didedahkan dengan kelas seni menghias kek potong. Saya start dengan ajar cara buat kek sponge, cara melapis, cara memotong, cara menghias dan last cara pembungkusan. Kek lapis ni senang jual sebab dia menarik dan comel-comel. Dia orang bawak balik sorang 15 potong kek. Masing-masing kenyihhhhhhhh........Tapi seperti biasa, bila wak balik, habis licin....







 Lepas selesai bermain  ngan krim, hari ketiga kami bergelumang ngan coklat plak. Hari ketiga ialah kelas pembuatan coklat homemade. Masing-masing enjoy tambah-tambah bila dapat bawak balik lebih 50 biji coklat seorang. Tapi biasa laa, bila bawak balik, tak sempat-sempat jeling, habih anak-anak makan.



 Setiap peserta diberi 500gm coklat couvurture untuk dia orang buat sendiri coklat masing-masing




 Bangga dengan coklat masing-masing. Setiap sorang dapat bawak balik sekurang-kurangnya 50 biji coklat

Hari terakhir bakery saya dipenuhi dengan riben-riben sebab hari ni peserta didedahkan dengan cara membalut hamper. Tapi sebelum tu saya bagi penerangan terperinci mengenai bisnes hamper ni. Macam mana nak mula, modal-modal yang diperlukan, cara nak buat pengiraan kos (masa ni ramai yang `loading'...ahakssss), cara membuat pelbagai jenis riben dan cara membalut hamper. Setiap seorang diberi semua barang/produk makanan untuk menghasilkan hamper bernilai RM100. Saya tunjuk satu pastu suruh dia orang buat ikut kreativiti masing-masing. Tak sangka, masing-masing yang sebelum ni mengaku tangan keras dan tak kreatif berjaya menghasilkan hamper yang cantik, menawan  dan tertawan....













 Peserta dengan hamper hasil kreativiti masing-masing

Kepada semua peserta, selamat menjadi usahawan wanita yang berjaya. Jangan lupa segala tips dan petua yang saya perturunkan. Saya doakan semua berjaya