Dec 15, 2011

Rangkuman aktiviti sepanjang cuti

Asskm dan aloo untuk semua...ok, pas kelas ngan Julia Jumaat tu, esoknya Sabtu saya gi bakery. Kira macam tak cuti gak lerrrr...Sebabnya cousin saya Farnas tetiba teringin nak soh saya buat kek kawen dia. Asalnya tak plan nak buat kek sebab ni cuma majlis akad nikah. Sandingnya bulan 3 thn depan.

Tapi tetiba dia kata teringin nak makan kek redvelvet saya. So, dia tanya laaa sempat kerr buat. Dia call Khamis tu. So bagi tak menghampakan hasrat pengantin baru, saya pun buatkan dia kek kawin 2 tingkat untuk Farnas. Tingkat bawah buat Red Velvet, atas Chocolate Moist. Tapi pakai creamcheese. Kira fresh gila kek tu. Kami buat Sabtu siang tu, malamnya akad nikah. Buat kek yang simple saja. Pakai bunga bc saja.

Adik bertuah saya - tokey cuitcutecakes.blogspot tolong menyibuk buat bunga kecik-kecik tu.


Kek akad nikah Farnas...gambaq pengantinya tak dak sebab malam tu masing-masing tertinggal camera. Tapi alhamdulillah, kek ni mendapat pujian seantelo malaya...hehehhehe.Pengantin soh buat lagi untuk reception bulan 3 thn depan. Sebelum balik malam kenduri malam tu, kek dah tinggal sket jerrr..habis di parait kan....
Ok, pas kenduri tu, hari-hari berikutnya dipenuhi ngan aktiviti menjadi ketua rombongan bawak anak-anak sedara berjalan sampai hari Jumaat.

 Hari Jumaat tu saya buat class sweet bun. Pelan asalnya adik bertuah saya yang nak blajaq buat bun ni. Tapi saya kata kat dia, daripada ajaq dia sorang n dia terdedah dengan leteran tanpa control saya, lagi baik saya open untuk student-student yang berhajat nak blajar sweet bun ni. Kebetulan dia orang dah bagi nama sebelum ni. Cuma tunggu date saya saja.
Yang register 13 orang, tapi yang bleh datang 9 orang jerr. Tak pa sapa yang ada jerr lah.

Pas kelas bun ni saya juga dipaksa rela (ahaksss) untuk ajar buat Portugese Egg Tart. Dah alang-alang buat pastry sheet tu, saya tunjukkan skali buat sardin puff. Ok, jom layan gambar-gambar class.











Adik bertuah - tokey cuitcutecakes.blogspot.com - Ja yang bleh blajar ngan tenang tanpa kena beletiaq ngan kakak dia sebab kakak dia kena control macho di hadapan student. Kalau berdua ngan dia mesti kena berletiaq klu buat salah...

Sempat beraksi gembira sebab tak kena marah








Anak menakan paling kechik - elyn (anak Ja) sibuk gak nak masuk class


Tengah buat pastry untuk portugese egg tart


Sebakul rutii

Sardine puff

Portugese Egg Tart

Ok, pas kelas roti tu, saya dipaksa sekali lagi oleh adik bertuah untuk ajaq dia kek-kek evergreen...Nak cari resepi terbaik untuk dimasukkan dalam modul Back To Basic. (saya akan buat class ni Januari - RM250 - kelas demo untuk package 12 jenis kek, cupcake, muffin, swiss roll dan chiffon  asas - sangat sesuai untuk beginners - yang tak dak basic lagi dan yang still mencari-cari resepi terbaik untuk mulakan bizz) hmmmmpphhh...macam tak cuti gak laaa aku nehhh!!!!.

Kek Pisang Ibu Duit

Adik bertuah tengah gulung swiss roll




Kek Buah kukus Anam Bulan ni pun dia soh ajaq gakkkkk....hmmmmm


Asas Swiss Roll

Cupcake vanila

Muffin chocolate


Chiffon

Kek Orange Super Moist



Muka gembira dan bahagia adik bertuah yang blajaq freeeeeeeeeeeeee....

Asas brownies


Kek Buah Kukus Anam bulan yang mengancam
Dua lagi anak sedara - Arif dan kakak dia Nurul tengah mengepack semua kek yang mak-mak menakan dia buat

Sesi mengajar free tak habis setakat tu saja. Ada lagiiiiiiiiii...Adik bertuah nak blajaq satu lagi. Dia nak blajaq cara buat bunga daripada agar-agar yang sesuai untuk hantaran. Benda ni dah lama saya blajaq. Tapi tak dak nafsu nak mengajar sebab saya rasa saya akan mengantuk bila buat class neh. Sebabnya nak buat benda ni kejanya mengulit. Adik bertuah saya ni memang suka sangat keja-keja macam ni.

Saya bagi resepi, tunjukkan cara, pas tu tinggal dia sorang-sorang buat. Saya gi teman Elyn gi park main buai. Lagi best.....kami balik Ja dah siapkan gubahan bunga agar-agar dia. Memang la cantik tapi nak membuatnya tu yang tak den tak larat. So, sesapa yang nak blajar buat agar-agar bunga ni bleh book class ngan adik saya yea. Kalau tak larat gi Sungai Petani, saya akan import dia datang seremban.


Ok...ni lah saja aktiviti  sepanjang cuti 2 minggu saya bercuti (errrrrr....cuti kerrr...?). Saya akan start balik kelas saya hari Isnin ni ngan DIY berkumpulan.

Kelas demo hanya akan diadakan semula pada bulan Januari. Insyallah banyak lagi package-package baru akan diperkenalkan. Antaranya - Back To Basic, Kelas Rock n Roll (kelas kek roll), package kek-kek evergreeen, package brownies dan pelbagai lagi kek-kek bistro baru berasaskan kek sponge dan chiffon.