Apr 15, 2012

Meriah ngan buah-buahan....

Asskm dan alooo untuk semua... Alhamdulillah, kelas tart buah-buahan comel kak Mirawati berlangsung ngan best dan happeningnya hari neh. Ceria bakery saya hari ni ngan buah-buahan comel berbagai-bagai colour.

Kak Mira ajar cara membentuk jem tart jadi 7 jenis buah-buahan yang cute sangat..sampai sayang nak makan. Tart kak Mira ni bukan saja cute, tapi juga sedap. Gebuzzz....jangan bimbang. Rasa inti nenas dia seimbang ngan rasa tepung dia. Memang sedap.

Semua student puas hati ngan pelbagai petua-petua penting membentuk buah daripada adunan tart ni. Tips macam mana mewarnakan tart, cara mengelakkan tart pecah, cara mengilatkan tart supaya nampak fresh n yang penting cara packaging n penentuan harga.

Tq untuk kesemua 14 student yang sudi join kelas ni - Saadiah, Roziah, Hashimah, Zuraifah, Aziah, Hanizah, Fieda, Rabihah, Suraya, Mala, Julia, Kak Ana, Nomi dan Hanim.


Kak Mira (kiri) tengah bagi tunjuk ajaq kat student

Doh yang siap dibahagi-bahagikan...

Cara buat lemon



Start buat sendiri










Siap bakaq





Ni group yang diberi nama Orked Liar Di Hutan Tercemar..ahakssss...depa ni menang group paling cepat habis buat tart.

Siap packing

Ni Kak Mira bagi kat saya....BESTNYAAAAAAAAAA....tq kak....dah kat nak habis saya makan...

Ni plak...angin rajin saya dah mai....saya buatkan portugese egg tart untuk student-student rasa....

Ni plak pavlova...untuk rasa gak..

Masing-masing tengah merasa pavlova...




Pada yang berminat nak belajar kelas ni ngan Kak Mirawati, boleh contact dia terus 013 9706716 / 03 62413412.Semua kelas perseonal Kak Mira buat di rumah dia di PPR Batu Muda Jln Ipoh KL.