Jun 20, 2012

DIY Group Puff Pastry

Asskm dan alooo untuk semua....Kelmarin (Selasa), saya buat kelas DIY group. Ni kelas ganti untuk DIY. Ada student cancel. Miza, Bihah, Kak Zi, Aru, Kak Fadzilah, Farah, Nisa n Nazreen dari Singapore join kelas kelmarin.

Patutnya ada sorang lagi - Kak Faezah dari Aloq Staq. Kak Faezah penah datang kelas DIY saya sebelum ni.Tapi sian dia...malam masa nak ke bus station ke Seremban kelmarin dia kena ragut. Habis semua beg-beg dia. Nasib baik handphone ada dalam poket seluar. So dia bleh call dapatkan bantuan. Harap Kak Faezah ok sekarang. Mesti trauma kalau kena macam ni. Saya nak pulangkan deposit Kak Faezah tapi dia cakap tak pa..nak carry foward ke kelas lain nanti. Ok kak..nanti bila dah tenang-tenang sket, kita arrange kelas lain.

Ok...kelas hands on puff pastry kelmarin memang happening la...riuh rendah macam tongkang pecah. Apa taknya...semua student yang datang tu memang dah kenal satu sama lain...memang dah penah jumpa dalam kelas-kelas sebelum ni. So apa lagiiiii...riuh rendah la. Gamat kelas.

Group kali ni ada ong sket..sebabnya dia orang berpeluang rasa semua 8 kek n 8 jenis biskut yang saya buat untuk keluaran Saji 15 Julai ni...so...semakin riuh rendah la kelas ngan gelagat masing-masing masa merasa setiap jenis kek n cookies.

Jom layan gambar sekitar kelas:

Chicken Pie

Sardine Puff

Portugese Egg Tart yang yummmmyyyyy kinggg

Sesi mencanai

Dah mula gadohhh....hehehehhee
N i plak ada dua tetamu - Sue Vission dan Syira Loke yang datang untuk merasa kek n cookies tapi telah `terperangkap' sebab saya soh dia orang tolong potong kek kechik-kechik dan bahagikan biskut untuk diagihkan pada yang datang...tq Sue, tq syira...lappp uuuu

Bihah n Nazreen tengah potong kek Magic Mousse Cake

Kak Zi n Aru. Aru tengah pening-pening lalat sebab dia keja shift malam. Aru ni nurse kat wad bersalan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Aru bagi tau malam sebelum tu dia sambut 17 kelahiran!...fuuuuuhhhh...dan hari ni dia kena mencanai plak...ahakssss....nasiblah Aruuu...

Kek-kek yang tunggu masa diagih-agihkan

Ok...ni bukan bahagian yang diwak balik oleh semua student..tapi ni bahagian yagn saya hadiahkan pada editor Saji - Aishah dan photographer dia - Shahril....Tq Aishah n Shahril...