Jul 14, 2012

Kerja kawen adik lelaki....


Akad Nikah 30 Jun

Asskm dan alooo untuk semuaaa....lamanya tak berblog...dah dekat 3 minggu kan...saya silap hari tu. Sebenarnya saya cuti bukan 2 minggu, tapi 3 minggu semuanya...hehhehe.....Fuuhhh..alahamdulillahhh semua selesai dan berjalan dengan lancar. Syukur.

Majlis akad nikah berlangsung di rumah  mak adik ipar baru saya - Daia (Nurhidayah) di Kampung Cheras Baru, KL. Meriah sangat. Dia orang buat persiapan rapi. Majlis pagi tu (30 Jun) start ngan upacara ringkas bertunang. Pastu disusuli terus dengan majlis akad nikah. Alhamdulillah adik saya Shahril tenang jawab soklan-soklan tok imam. Antara soklan lawak tok iman ialah bab mandi wajib. ``Mandi wajib ni mandi boleh mandi bersama kerr, atau mandi asing-asing,'' hehhehe...saja tok iman nak bagi rilekskan suasana suspend masa tu. Terkenyeh semua tetamu...Pengantin lagi laaa..ahaksss...

Pas selesai akad nikah tu, semua touching. Terutama kami adik beradik la. Bukan pa, masa tu semua teringat kat arwah mak....``Mak...alhamdulillah, kami dah tunai tanggungjawab kami adik beradik untuk sempurnakan majlis kahwin Shahril - anak bongsu kesayangan mak,'' tu bisik hati saya pas saja semua saksi sepakat mengesahkan lafaz kahwin adik saya. Alhamdulillahhh...

Shahril ni adik bongsu daripada kami empat beradik. Biasa lah...anak bongsu. Memang kesayangan arwah. Masa mak meninggal, Shahril kat UiTM Arau.

Pihak pengantin buat majlis ringkas pas akad nikah tu. Ringkas-ringkas pun, lunch gak lerrr...siap ngan candy table. Anak-anak sedara saya punya la pulun mencedok candy-candy yang atas meja tu. Yang masuk dalam beg pun ada...hehehhehe


Adik saya Shahril dinikahkan sendiri bapak mertua dia...

Majlis tunang sebelum akad nikah
Makan time - merasa RV cupcake - sodapp...sebelah tu Ima - cousin.

Sesi beramah mesra selepas sah jadi somi isteri

Kami - yang duduk tengah tu bapak saya - Pak Ya, sebelah dia, Ibu Tina - mak tiri saya - orang Medan

Ni antara hantaran yang saya buat untuk pihak perempuan. ada sembilan semuanya. Lagi tiga - kek, mas kahwin n cincin dan sirih junjung..Ni 1st time buat hantaran. Saya menggunakan ilmu  buat hamper untuk buat hantaran ni....
Ni sirih junjung...adik saya Ja yang buat....
Majlis Berinai 

Malam tu plak majlis berinai. Bab majlis berinai tu ada salah paham sket...hehhehe. Adik saya punya la naik hangin ngan kami sebab kami sampai sejam lewat. Majlis patutnya mula 8.30 malam. Kami sampai 9.30 malam...hehhehehe

Sebabnya, yang kami paham majlis berinai ni (yang kami selalu buat) ialah `majlis pakai inai' sonok-sonok jerrr..Sebelum ni masa kenduri kami memang tu la maknanya majlis berinai. Anak dara dok kat rumah. Pakai baju tidoq - t;shirt bodo atau kaftan lusuh, pastu kawan-kawan atau cousin-cousin pakat boh tolong boh inai....TAPIII...rupanya majlis berinai ikut adat orang sini atau khususnya orang Melaka (adik ipar saya orang Melaka) meriah sungguh. Kami sampai tu nampak adik saya dah siap pakai pakaian songket baba n nyonya. Siap berkeris bagai...dan ada orang kompang tunggu...

Rupa-rupanya kami kena berarak ngan pengantin. Berarak ngan kompang skali. Masa berarak tu siap main bunga api....Berarak ke pelamin dan ada majlis tepung tawar...Fuhhhhh..Pas tu ada makan-makan lagi....ni ropanya majlis berinai...hehheheh. Salah paham. Sorry pengantin....ahaksssss

Macam ni ropanya majlis berinai....




Ngan anak-anak menakan

Semua kenyih walaupun kena marah ngan pengantin..ahakssss. Kanan sekali tu abang sulung saya. Sebelah dia Kak Ipaq...
Majlis Persandingan - 1 Julai
Esoknya, Ahad - 1 Julai - majlis persandingan plak. Fuhhhh...3 kali ulang alik Seremban-Kl...tak pa, tak paaa..kenduri lasssttt..hehhehe

Meriah dan penuh teratur majlis yang diatur pihak pengantin perempuan. Yang best ada persembahan  ghazal. Kalau tak silap under polis punya ni. Sebabnya abang ibaq Daia ni OCPD...tapi tak ingat daerah mana. Lagu-lagu yang depa main pun best.Makan pun best. Sebabnya saya dipaksa dok meja pengantin...so, merasalah udang galah panjat...hehhehe

Pengantin tengah potong kek kawin yang kami (saya n adik saya Ja buat). Sayang sket, meja potong kek tu rendah...hehhehe.

Kami....

Minah loghat - Elyn ngan kebaya nyonya dia masa p majlis bersanding


Ni plak kejadian sehari sebelum majlis....pulun buat kek kawen. Patutnya kek tu bleh siap awai. Tapi asistant saya Kak Maz dah buat lawak antarabangsa...dia dah terlebih masa bakar kek tu...Petang nak start boh fondant, potong-potong tengok dry gila kek chocolate tu. Apa lagiiii...kami terpaksa bakar semual semua kek tu...kena tunggu sejuk...dah kat kul 12 tengah malam baru siap kek tu....hmmmmm...potong gaji Kak Mazzzzz


Saya serahkan tugas menghias kek ni kat adik saya, Ja...


Bunga kek ni Rabihah (bihalicouscakes.blogspot.com) yang tolong buat. Masa buat kek ni pun Bihah tolong. Tq Bihah sebab sanggup tunggu sampai ke tengah malam untuk siapkan kek ni....sib baik ada Bihah. Siangnya Bihah tolong saya buat hantaran n buat coklat untuk door gift majlis kat Perlih nanti....


Majlis kami di Perlih - 7 Julai
Saya balik Perlih Selasa (3 Julai). Keta penuh ngan semua barang-barang kenduri. Paling banyak ialah door gift la. Saya buatkan kek kukus anam bulan dan coklat. Semua tetamu dapat benda yang sama. Senang....
Kek kawin - adik saya buat kat SP. Kek 2 tingkat. Tingkat bawah dia bake kek prune dua layer. Tengahnya dia bake chocolate moist.

Atas plak dia buat Rainbow Cake. Tengah-tengah sarat pun larat budak ni membake kek-kek yang banyak tu....rajin..

Takut dia terberanak, saya tolong dia cover cake dan hias. Bunga purple yang besaq tu Bihah (bihalicouscakes.blogspot.com) yang tolong buatkan.Respect kat Bihah ni. Dia ni still baru dalam bab-bab buat bunga ni. Dia baru blajaq buat bunga rose. Tapi dia ni rajin dok tengok kat Youtube.

Saya tengok hasil Bihah dalam blog dia...kemas n cantik bunga-bunga yang dia buat. Saja la gatai tanya dia bleh buat dak bunga yang besaq untuk kek kawin adik saya. Sebab sekarang ni kan memang trend bunga besaq...Lega bila Bihah kata dia sanggup buat. Tak tau dia buat macam mana bagi jadi kelopak sebesaq tu....Tapi memang saya puas hati. Memang hajat nak bunga besar kat kek kawin tu....Tq Bihah....So, pas ni sapa nak blajaq buat bunga besaq, p kat Bihah...Dia ada teknik rahsia...Bihah kata tak yah pakai acuan pun....


Rainbow Cake

Prune kek. Tengah yang itam tu chocoalate moist


Siap hias. Masa ni kat SP. Nak wak balik Perlih untuk dicantum n hias...


Bunga besaq yang Bihah buat....

Mak Labu tengah hias kek...saya...mcam besaaaa...malassszzzz bab-bab hias ni. Masa ni kalut dok atoq kek-kek kat dessert table

Selesai....


dessert table...last minute..main boh saja...tak dan nak hias apa. Masa dah kat pukoi 6...majlis start 8...arrggghhhh




Kenduri di Perlih, kami buat kat Ocean Glow, Hotel Brasmana, Kuala Perlis. Best tempat ni. Kenduri tengah laut...hhhhhehehe


Punya la berdoa jangan ujan....sebab masa ni memang musim ujan...Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami. Semua berjalan lancar. Tak ujan. Tapi betoi-betoi pas majlis selesai n orang dah balik, ujan punya la lebat...ngan angin semua cukup....tapi tak paaaa....yang penting semua berjalan lancar.


Ja menyiapkan flower girlssss

Berarak naik keta kuda dari hotel ke Ocean Glow

Pelamin...masa ni veil flower girls dah habih tercabut....sebab angin kuat....





Masa ni dah start angin sket-sket. Angin laut - angin plus ayaq...arrggghhh....bunga dah start layu. Tapi alhamdulillah masa potong kek tu belum ujan. Pas potong kek...masa kami tengah dok parait kan kek-kek tu kat sedara mara, ujan n angin mula kuat...habih kena bunga. Dok pulun selamatkan kek, lupa ke bunga tu..last-last sebelum balik tengok bunga besaq yang cantik tu dah terkulai...arrrgghhhh...baru plan nak wak balik boh kat bakeryyyy.....

Tapi macam mana pun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Enjoy n happy. Tq untuk semua yang terlibat malam tu


Majlis Breakfast Pulut 8 Julai

Pagi esoknya, kami buat majlis kechik untuk meraikan rombongan pengantin perempuan. Buat kat rumah bapak. Kami jamu pulut....pelbagai jenis pulut tanak - pulut tanak ngan ikan masin, pulut tanak ngan mempelam dan pulut tanak ngan durian...Saja nak bagi orang luaq rasa pulut tanak perlih....Selain tu ada beberapa makanan bfas lain - bihun goreng, nasik lemak daun pisang dan pelbagai kuih muih.

Meriah sebab dapat kenal lebih rapat family adik ipar saya ni. Semalam masa kenduri tak sempat...masing-masing sibuk.

Rombongan keluarga Daia ramai gak...kat 50 orang. Depa ni semua nak gi cuti kat Langkawi pas tu. So, sebelum naik bot, kami jamu dulu ngan pulut...nanti dalam bot bleh teruih tidoqqq..hehhehe


Meriah...semua pekena pulut....

Ja - jaga meja kuih muih....

Mak cik saya - Mak Cik Ani tolong tunjuk ajar cara nak makan pulut tanak ngan durian n pelam....Tq Makcik...

Ok...tu la saja catatan kenduri kawen yang last bagi kami. Ni kira penutup. Pas ni peringat anak-anak menakan plak...Tq untuk semua mak menakan, pak menakan, cousin-cousin n kawan-kawan yang membantu. Tanpa anda, kenduri ni tak akan jadi...

Pas ni (sebenarnya Khamis dan Jumaat - 19 dan 20 Julai ni)  saya dan suami akan berarak ke Kampung Majidi, Johor plak....Nak merisik untuk anak sedara - Ayie. Ni kira kenduri anak sedara pertama....Kalau tak dak aral melintang, insyallah, akad nikah akan diadakan pada 31 Ogos ni. Nikah gantung dulu. Kenduri tahun depan sebab anak sedara n bakal isteri nak sambung blajar di UK.

Tahun ni nampak gayanya tahun kenduri sedunia...hehheheh. Tak pa...best sebenarnya tolong orang buat kenduri ni...sonok tengok orang sonok....hehhehe...ok, tunggu yea .laporan kenduri seterusnya tidak lama lagi...

Akhir kata dari saya n husband....ceria-ceriakan hari anda...jangan buat muka terkejut beruk...banyak lagi kenduri pas ni yang kami kena melibatkan diri.....hehhehe