Dec 10, 2012

Sapa nak order DC - ambik Sabtu ni (15 Dis)...

Asskm dan alooo untuk semua...kembali berkerja setelah cuti seminggu. Hmmmmm...cuti kerrrr...? Tak cuti sebenaqnyaaaaa..Pelan awalnya memang la nak bercuti. Tapi adik bertuah - tokey Cuitcutecakes di Sungai Petani sudah buat leceyyyyy....

Patutnya seminggu cuti ni kami semua berYakyayyy di Seremban dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Tut tup hari Selasa dia dapat call dari orang Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang confirm nak dia buat kursus untuk 30 orang pada 11 sampai 14 Disember ni.

So, apa lagi...kena balik SP laa jawabnya untuk buat persediaan. Sbenaqnya bukan persediaan bahan mentah ka apa ka...tapi lebih kepada paper work. So, Khamis tu kami ambik flight balik dulu. Tinggal budak-budak kat Seremban ngan husband untuk dia orang teruskan projek cuti sekolah.

Saya ----------- hmmmmmmmm...di SP ngan adik bertuah ke hulu ke hilir buat persiapan kursus untuk terima 30 orang KDN...ENDAHHNNNYyaaaaaaaaaa...cuti ku. Punya la kalut, laksa pun sempat makan sekali. Tu pun masa turun kat Penang Airport. Lapaq sangat, jumpa laksa Penang..hmmmm apa lagiiii..tak lepas peluang. Sib baik sempat makan laksa masa tu...kalau tak, tak merasa laaa saya makan laksa kali neh....

Ok lah....petang kul 3 tadi baru sampai dari SP. Ngemas rumah yang ditinngalkan anak-anak menakan bujang macam nak patah pingganggggg...Tapi tak paaaa....yang penting depa semua sonok...enjoy...In syaa Allah ada rezeki bulan Feb ni nak cuti puas-puas.

Ok, back to work. Ni sempena kelas saya Sabtu 15 Disember ni  Durian Crepe dan yang seangkatan dengannya.

Seperti kelas-kelas sebelum ni, saya akan buat jualan untuk DURIAN CREPE ( DC sahaja - hat lain tak juai...kalau ada lebih dalam kelas baru juaiii). Sapa nak boleh order dari sekarang (yang bukan student pun boleh)

Details seperti di bawah:
 
 
Durian Crepe
Harga: RM10 untuk 1 pack yang ada 6 pcs

Tempat pick-up : Bzee Bakery, No 23, GF, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban

Masa pick-up: Antara pukul 2 - 6 petang
 
Kalau nak, bank in full payment ke dalam Maybank Acct Zalina Yahaya - 1122 500 16852
 
Pas bank in sms: Nama, jumlah bank in jumah pack
Contoh: ROSMAH, RM100 (10 pack)


Hanya yang dah buat payment dan sms saja dianggap confirm.