Nov 7, 2009

KERJA GILAAA.....

Salam dan aloo untuk semua.... hari ni saya buat keja gila...(bukan jadi gila yea...). Saya siapkan kek  kawen 3 tingkat dan 2 kek hantaran. Semua kek icing fondant. Pas tu tambah lagi 100 biji cupcake untuk wedding gift. Semua ni order dari kawan husband saya - Jijie yang akan akad nikah esok malam.

Sebenarnya Jijie order dah lama. Rasanya sejak sebulan lalu dan seperti biasa saya akan plan keja saya. Saya tak suka hias kek dalam keadaan tergesa-gesa. Idea hilang. Selalunya saya akan bakar kek sehari sebelum hias. So, plan asalnya saya akan bakar kek hari Khamis dan hias hari Jumaat. Sabtu hantar.

Tapi nak dijadikan cerita, saya dipanggil p kursus di Shah Alam, under Kementerian Sumber Manusia - dari 29 Oktober hari tu sampai lah semalam - 5 November (Khamis). Semalam  sampai rumah dah lewat petang. Hati dah tak sedap sebab sebijik habuk pun kek tak bakar lagi. Tapi saya sedapkan hati...sempat. Pagi-pagi buta esok, saya nak p kedai, bakar kek-kek yang saya nak kena hias tu...

Tapi pagi tadi, plan ubah lagi. S aya kena  hantar husband p Putrajaya jap. Dia nak  hantar dokumen kat sana. Dia cakap tak yah hantar tapi tak sampai hati sebab dia tak brapa sihat.  So, pi mai, pi mai....pukul 12 baru ke kedai dan start membakar kek. Plan asalnya Jijie ni order 3 jenis kek tu saja la. Dia nak kek coklat moist untuk kek hantaran pihak lelaki dan untuk kek tiga tingkat. Satu lagi kek carrot.

Tapi last minit Jijie call mintak tolong sangat-sangat dia nak cupcake 100 biji. Bakal isteri dia (orang Felda Jengka, Pahang) nak untuk bagi kat guest. Saya dah berat hati sebab pikir macam tak sempat jerr sebab satu biji kek hapa pun tak masak lagi. Tapi last-last saya buat gak. Sian kat budak ni...So, selain bakar kek 5 biji, saya pun sambung la bakar cupcake lagi 100 biji.

Keja-keja membakar siap dalam pukul 4 ptg. Saya start menghias pukul 4.30. Alhamdulillah semua settle sebelum pukul 10 tadi. Tapi punya la penat...Esok saya n husband akan hantar semua kek-kek ni kat rumah Jijie di KL dan pastu kami akan terus bawak bakal pengantin - Jijie p Jengka. Jijie akan akad nikah malam esok. Kendurinya Ahad. So, sebab tu saya tak bleh buat kelas minggu ni....Minggu depan insyaallah ada. Ahad.




Ni kek carrot dibalut icing fondant - tema putih. Pengantin perempuan punya.




Ni plak pengantin lelaki punya. Kek chocolate dengan tema colour brown




Kek chocolate moist untuk acara potong kek belah pegantin perempuan. Tema putih merah.



Ni 3 jenis kek yang saya buat tadi



Ni cupcake dengan steamed buttercream untuk gift sebelah pengantin pempuan. Tema putih pink