Nov 10, 2011

DIY HAMPER BERKUMPULAN

Asskm dan alooooo untuk semua....Hari ni Kelas DIY berkumpulan blajar teknik-teknik pembungkusan hamper. Seperti biasa, dalam modul ni diajar pelbagai jenis ikatan riben, teknik pembungkusan hamper - shrink wrap, paper wrap, organza dan net. Selain tu pelbagai tips dan ilmu mengenai biz hamper juga diperturunkan.

Bakal tokey-tokey hamper yang join kelas hari ni - Norlie, Kak Amina, Kak Oli, Fiza, Min, Kak Yati dan Melisa. Semua student berpeluang buat sendiri hamper masing-masing (bernilai RM150). Semua kecuali Melisa pilih teknik yang paling mencabar untuk hias hamper iaitu shrink wrap. Melisa pilih teknik net.

Hiasan dan tema colour plak student sendiri yang pilih. Jom tengok gambar-gambar sekitar class..








Norlie

Fiza

Min

Kak Amina


Kak Oli

Melisa


Kak Yati tengah pulun wrap hamper

Kak Oli plak sibuk ngan riben kertas dia

Paper Wrap

Melissa tengah netka hamper dia


Ni Kak Yati punya hamper

Bakal tokey hamper

Untuk semua...suksess yeaaaaaaaaaaaa.....insyallahhh

Nov 8, 2011

DIY ngan Nurul dari Batu Pahat

Asskm dan aloo untuk semua...sebelum tu nak ucapkan Selamat Hari Raya aji...lupa plak nak wish. Saya beraya di Pilah, rumah maklong. Makan sup tulang daging korban dan masak lemak cili api daging korban. Simple jer masaknya, tapi sebab daging fresh, semua lauk jadi sedap. Sup atau orang sini panggil rebusan - paling best. Manis daging terasa. Kena plak ngan sambal kicap...fuhhhh....

Sebelum balik, Maklong bagikan sket daging korban. Alhamdulillah....nak buat meat pie la rasanya. Insyallah .. tu pun kalau tumpah minyak...ahaksss

Ok, hari ni kelas DIY diteruskan seperti biasa. Nurul Naqiah dari Batu Pahat ambik Snowy Peach, Chocolate Indulgence, Tiramisu dan Opera. Terror Nurul melepa. Kemas. Sebab dia selalu ambik tempahan buat kek kat Batu Pahat. So ni kira nak menambahkan produk jualan. Insyallah. Bleh gi jauh lagi Nurul ni. Budak lagi. Baru umur 20 thn. Dah pandai berniaga. Saya dulu umoq 20 thn, paling terror pun buat kek oren. Tu pun kadang jadi, kadang idak...heheheh

Ni gambar class.

Nurul Naqiah macam awek Jepun. Mereka-mereka yang tiggal di area Batu Pahat dan kawasan-kawasan sewaktu nganya yang nak order kek, bleh call Nurul yea -  012 444 5053. Yang nak order kek saja tau...yang nak buat menantu atau yang nak berkenalan, jangan aaaa..... Bagi dia jadi tokeh kek dulu...hehehhe

Tiramisu

Snowy Peach Nurul

Opera

Chocolate Indulgence

Untuk Nurul - suksess yeaaa....ada rezeki kita jumpa lagi..insyallah

Nov 5, 2011

PAVLOVA lagiiii

Asskm dan aloooooo untuk semua.... Hari ni saya berpavlova lagi. Sebabnya masa p beli stock buah-buahan untuk rumah tadi terjumpa buah marqisa. Sekilo RM8. So, apa lagi...sampai bakery terus buat Pavlova. Sebabnya Pavlova ni memang ngammmm sangat kalau makan ngan buah-buah masam. Lagi masam lagi bestttttt.... Fuhhhh..mengancam jiwa lara....(ahaksssssssssssss)
Ni Pavlova satu layer - RM60 (saiz 9 inch - vanila milk cream)

Ni 2 layer - saiz 9 inch - RM100 (vanila milk cream)
Ni la buah marqisa yang dah lama dok cari....slurrruuupppppp....belah, cedok isi dia, pas tu tabur atas pavlova...waaallllaaaaa...mata itam pun silap-silap tak nampak lagi...ahaksssssssss (iklan terover tahun inehhh...ahakss)

Kamsiah datang lagi....

Asskm dan alooo untuk semua....Hari ni, Kamsiah yang penah ambik DIY ngan saya datang blajar skali lagi....(errrr..tak ingat sebelum ni bila -lupa plaksss..sorry dik). Tq yea dik sebab tak jemu-jemu join kelas saya. Masa kelas introduction kek-kek baru saya sebelum ni pun Kamsiah datang. So,banyak laa koleksi kek-kek Kamsiah ni yea.

``Cuma tak sempat try jer lagi kak. Yang sempat buat Snowy Peach. Mak saya suka sebab kek tu,'' kata Kamsiah.

Hari ni, Kamsiah ambik Baked Oreo Cheese Cake, American Chocolate, Fruit Tart dan Cream Puff n Eclairs. Ok, jom tengok gambar-gambar kelas DIY hari ni.

Fruit Tart

Cream Puff

Eclairs

Oreo Cheesecake

American Chocolate

Ni lah Kamsiah.....call 012 6853 756 kalau nak order. Dia dok area USJ

Nov 3, 2011

Pengumuman - Kelas Hamper 9 November. Sorry,DAH PENUH...jgn bnk in deposit lagi. Tq

DIY BERKUMPULAN - KELAS HAMPER

Tarikh: 9 November  (Rabu)
Masa: 10 pagi - 4 petang
Yuran: RM300
(Tak perlu bawak apa-apa - bawak balance yuran jerrr)

Confirm hadir dan dah bayar deposit
1. Norli
2. Kak Oli
3. Melissa Goh
4. Amina
5. Sharmin - 013 903 9003
6. Nurhafizah - 019 64000 82
(Maksimum 6 orang sahaja untuk satu kelas)

Kalau berminat nak join, bank in deposit RM150 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pada Isnin 7 November.

Pas bnk in, sms NAMA dan nyatakan  KELAS HAMPER 9 NOVEMBER

 
                              
 
Seperti biasa dalam kelas hamper ni saya ajar:

i. Pelbagai jenis ikatan riben
ii. Pelbagai idea pembungkusan hamper - organza, net, shrink wrap dan kertas hadiah
iii. Cara menyusun barangan dalam bekas hamper supaya nampak menarik dan `melimpah ruah'
iv. Cara membuat costing dan menentukan harga
v. Tips mendapatkan barang hamper yagn murah 

vi. Resepi 3 biskut raya untuk buat hamper

Dan yang paling best ialah buat sendiri dan bawak balik hamper bernilai RM150



3 sekawan dari Singapura

Asskm dan aloooo untuk semua....Kak Nita, Kak Yam n Kak Aishah dari Singapura ambik DIY ngan saya hari ni. Dia orang ambik package slice cake 4in1 - Strawberry Slice, Chocolate Slice, Fresh Fruit Slice dan Ala-Ala Opera Slice Cake.

Pelbagai petua dan teknik penting menghasilkan slice cake yang kemas diajar dalam kelas ni. Cara sapu krim, cara potong, tips memudahkan kerja kalau nak buat slice cake dalam kuantiti yang banyak dan tak lupa gak pelbagai idea menghias kek slice.

Wpun bertiga, dia orang ni nak class DIY. Semua buat sendiri dan hasilnya pun sendiri-sendiri laaa. Tak share. Masing-masing happy ngan class hari ni. Tak sabar nak balik buat. Kak Nita cakap slice cake ni sesuai sangat untuk Dessert Table yang semakin jadi trend masa kenduri-kenduri kahwin di Singapore.

``Sekarang ni memang trend. Bila ada kenduri kahwin, tuan rumah akan siapkan meja khas untuk letakkan dessert jerrr...meriah. Macam-macam dessert.

``Memang jadi tumpuan dessert table ni kalau orang buat kenduri kahwin,'' kata kak Nita.

So, sesuai sangat la Kak Nita n kengkawan dia datang blajar. Bleh jadi sumber pendapatan supply dessert untuk orang yang buat kenduri kawen. Rasanya kat Malaysia ni belum  popular lagi kan konsep dessert table neh.....? Ada yang buat, tapi tak ramai. Mungkin akan jadi trend tak lama lagi. So, apa lagi....anda-anda di luar sana, cepat rebut peluang jadi penyeplai (tukang supply..ahaksss) dessert-desert comel ni...Tapi sebelum tu, bleh masuk class saya dulu. Ada macam-macam produk yang bleh dijadikan dessert untuk dessert table....(hehehe...sorry yea...iklan mencelah sat...ahaksss)

Ok, ni gambar-gambar sekitar class hari ni:


Ni Kak Yam

Kak Aishah

Kak Nita

Tengah susun buah untuk Fresh Fruit Slice Cake

Practice buat coklat untuk hiasan atas kek slice

Fresh Fruit Slice Cake

Strawberry Slice Cake

Chocolate Slice Cake

Ala-ala Opera Slice Cake

Tq Kak Nita, Kak Yam n Kak Aishah sebab sudi datang jauh-jauh untuk join kelas saya. Insyallah  23 November ni, kita jumpa lagi. Dia orang nak bawak sorang lagi geng dari Singapore untuk berDIY ngan saya.

Nov 2, 2011

BerPAVLOVA ngan Fizah dari Papar, Sabah

Asskm dan aloooo untuk semua....Fizah dari Papar, Sabah, datang lagi. Ni rasanya kali kedua (kerrr yang ketiga aaa? lupa plakkk) dia berDIY ngan saya. Alahmdulillah kata Fizah, kek-kek yang dia blajar kat saya sebelum ni dah bleh buat duit.

So, pas kelas DIY yang lepas, dia terus book kelas DIY untuk hari neh. Masa tu dia target nak blajar kek-kek baru saya, yang pada masa dan ketika tu saya belum dapat ilham untuk mencipta. Sib baik saya berjaya cipta kek baru, kalau tak, sian kat Fizah, kena la blajaq kek-kek sedia ada..hehehhe

Ok, selain 3 kek baru - Nutty Caramel, Royal Caramel dan Chocolate Mascarpone, Fizah juga ambik satu lagi kek evergreen (resepi eksklusif Bzee Bakery) yang memang tidak pernah menghampakan semua orang yang dah rasa - kek carrot walnut with cream cheese.

Dan satu lagi semestinya lah PAVLOVA....dessert yang kini menjadi POJAAaaannnn ramai. Jom kita tengok produk-produk yang Fizah buat hari nih...Cepat budak ni buat keja. Sesuai buat menantu ...hehhehe

Penduduk-penduduk di Sabah yang nak rasa kek-kek Bzee Bakery, bleh call Fizah yea.. 013 876 1535



Pavlova yang Fizah buat....strawberry tadakkk..so kena ganti ngan Raspberry ....errrmm untuk jual tak bleh neh sebab sejemput jer pun dah RM18.90...uwwaaaaaaaaaaaaa!!!!

Carrot Walnut With Cream Cheese

Royal Caramel

Chocolate Mascarpone

Nutty Caramel

Fizah yang tenang dan rileks ... buat keja tanpa banyak cakap. Dia cakap pas buat keja jerrr...baguih budak neh...


Untuk Fizah, tengkiu yea sebab tak jemu-jemu datang berguru ngan Kak Ina. Tengkiu gak sebab tolong saya buat kek sponge untuk kelas esok sementara tunggu teksi ke stesyen komuter.

Semoga terus suksessssss...amennnnn

Nov 1, 2011

DIY ngan Mira - jiran setaman

Asskm dan alooo untuk semua.....Hari ni berdiy ngan Mira. Jiran setaman di Seremban 2 ni. Dia ambil package 4 jenis slice cake dan creampuff n eclairs. Mira nak tambahkan produk jualan dia. Sebelum ni dia memang famous ngan tartlet terutamanya cheese dan fruit tart. Alhamdulillah, bizz dia kencang gak. Order cheese n fruit tart dia tak putus-putus.

So sesapa yang nak rasa tartlet Mira, bleh call dia - 019 664 7180. Jom layanzzz gambar-gambar class hari ni...
Tengah khusyuk hias kek slice

Kek slice yang Mira buat hari neh ... ala-ala opera, strawberry, chocolate dan fresh fruit

Eclairs

Creampuff

Mari-mari sapa nak order kek slice, cream puff n eclairs, bleh call Mira 019 664 7180
Untuk Mira, tq daun keladi yeaaa...insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. Semoga terus suksesss....

Geng Utara - nak blajaq Pavlova - cari Yus - cuitcutecakes.blogspot.com

Asskm dan aloooo untuk semua... Selain dua kelas demo, saya juga dipaksa oleh adik bertuah untuk ajaq FREE cara nak buat Pavlova yang gerenti jadikkk n sodapppp nyum-nyummmm tuh. So, dalam keterpaksaan tu maka saya pun ajaq la dia. Maka berolehlah dia ilmu tu dengan PERCUMA.

So, sesapa di Utara neh yang nak blajaq buat atau nak rasa cemana rasa Pavlova yang semakin mendapat perhatian tuh, bleh lah contact adik bertuah saya - Yusniza - 019 5565 393 . Segala ilmu telah dicurahkan...


Sesi pengajaran  sedang berlangsung....kelihatan adik bertuah saya sedang mengesat air mata sebab tak tahan dengan leteran kakak dia yang mempunyai kemahiran marah sambil tersenyum


Tq untuk Mizwa  untuk gambaq neh

Pavlova Dialova yanggggg...errrrmmmmm...malazzz la nak cakappp sebab sodap mengaummmmm (ahaksss - ayat iklan power rangersss) - ni pun gambaq Mizwa


Ok....jangan keliru dengan kehadiran orang ketiga (yang tengah tuhhh). Bukan,bukan, bukan...dia bukan pelajar DIY, tetapi dia adalah Mizwa , tokeh kek tersohor di zon utara. Dia saja-saja buat-buat lawak tertinggai barang. So, dia patah balik untuk ambik barang dia. Kebetulan kami tengah buat pavlova tu. So, apa lagi, dia jadi tester laaaaaa....siap dapat wak balik lagi...hehehe...Mizwa, tq yea untuk gambaq-gambaq yang tak dak watermark tu. Sib baik ada Mizwa....