Dec 15, 2011

Rangkuman aktiviti sepanjang cuti

Asskm dan aloo untuk semua...ok, pas kelas ngan Julia Jumaat tu, esoknya Sabtu saya gi bakery. Kira macam tak cuti gak lerrrr...Sebabnya cousin saya Farnas tetiba teringin nak soh saya buat kek kawen dia. Asalnya tak plan nak buat kek sebab ni cuma majlis akad nikah. Sandingnya bulan 3 thn depan.

Tapi tetiba dia kata teringin nak makan kek redvelvet saya. So, dia tanya laaa sempat kerr buat. Dia call Khamis tu. So bagi tak menghampakan hasrat pengantin baru, saya pun buatkan dia kek kawin 2 tingkat untuk Farnas. Tingkat bawah buat Red Velvet, atas Chocolate Moist. Tapi pakai creamcheese. Kira fresh gila kek tu. Kami buat Sabtu siang tu, malamnya akad nikah. Buat kek yang simple saja. Pakai bunga bc saja.

Adik bertuah saya - tokey cuitcutecakes.blogspot tolong menyibuk buat bunga kecik-kecik tu.


Kek akad nikah Farnas...gambaq pengantinya tak dak sebab malam tu masing-masing tertinggal camera. Tapi alhamdulillah, kek ni mendapat pujian seantelo malaya...hehehhehe.Pengantin soh buat lagi untuk reception bulan 3 thn depan. Sebelum balik malam kenduri malam tu, kek dah tinggal sket jerrr..habis di parait kan....
Ok, pas kenduri tu, hari-hari berikutnya dipenuhi ngan aktiviti menjadi ketua rombongan bawak anak-anak sedara berjalan sampai hari Jumaat.

 Hari Jumaat tu saya buat class sweet bun. Pelan asalnya adik bertuah saya yang nak blajaq buat bun ni. Tapi saya kata kat dia, daripada ajaq dia sorang n dia terdedah dengan leteran tanpa control saya, lagi baik saya open untuk student-student yang berhajat nak blajar sweet bun ni. Kebetulan dia orang dah bagi nama sebelum ni. Cuma tunggu date saya saja.
Yang register 13 orang, tapi yang bleh datang 9 orang jerr. Tak pa sapa yang ada jerr lah.

Pas kelas bun ni saya juga dipaksa rela (ahaksss) untuk ajar buat Portugese Egg Tart. Dah alang-alang buat pastry sheet tu, saya tunjukkan skali buat sardin puff. Ok, jom layan gambar-gambar class.











Adik bertuah - tokey cuitcutecakes.blogspot.com - Ja yang bleh blajar ngan tenang tanpa kena beletiaq ngan kakak dia sebab kakak dia kena control macho di hadapan student. Kalau berdua ngan dia mesti kena berletiaq klu buat salah...

Sempat beraksi gembira sebab tak kena marah








Anak menakan paling kechik - elyn (anak Ja) sibuk gak nak masuk class


Tengah buat pastry untuk portugese egg tart


Sebakul rutii

Sardine puff

Portugese Egg Tart

Ok, pas kelas roti tu, saya dipaksa sekali lagi oleh adik bertuah untuk ajaq dia kek-kek evergreen...Nak cari resepi terbaik untuk dimasukkan dalam modul Back To Basic. (saya akan buat class ni Januari - RM250 - kelas demo untuk package 12 jenis kek, cupcake, muffin, swiss roll dan chiffon  asas - sangat sesuai untuk beginners - yang tak dak basic lagi dan yang still mencari-cari resepi terbaik untuk mulakan bizz) hmmmmpphhh...macam tak cuti gak laaa aku nehhh!!!!.

Kek Pisang Ibu Duit

Adik bertuah tengah gulung swiss roll




Kek Buah kukus Anam Bulan ni pun dia soh ajaq gakkkkk....hmmmmm


Asas Swiss Roll

Cupcake vanila

Muffin chocolate


Chiffon

Kek Orange Super Moist



Muka gembira dan bahagia adik bertuah yang blajaq freeeeeeeeeeeeee....

Asas brownies


Kek Buah Kukus Anam bulan yang mengancam
Dua lagi anak sedara - Arif dan kakak dia Nurul tengah mengepack semua kek yang mak-mak menakan dia buat

Sesi mengajar free tak habis setakat tu saja. Ada lagiiiiiiiiii...Adik bertuah nak blajaq satu lagi. Dia nak blajaq cara buat bunga daripada agar-agar yang sesuai untuk hantaran. Benda ni dah lama saya blajaq. Tapi tak dak nafsu nak mengajar sebab saya rasa saya akan mengantuk bila buat class neh. Sebabnya nak buat benda ni kejanya mengulit. Adik bertuah saya ni memang suka sangat keja-keja macam ni.

Saya bagi resepi, tunjukkan cara, pas tu tinggal dia sorang-sorang buat. Saya gi teman Elyn gi park main buai. Lagi best.....kami balik Ja dah siapkan gubahan bunga agar-agar dia. Memang la cantik tapi nak membuatnya tu yang tak den tak larat. So, sesapa yang nak blajar buat agar-agar bunga ni bleh book class ngan adik saya yea. Kalau tak larat gi Sungai Petani, saya akan import dia datang seremban.


Ok...ni lah saja aktiviti  sepanjang cuti 2 minggu saya bercuti (errrrrr....cuti kerrr...?). Saya akan start balik kelas saya hari Isnin ni ngan DIY berkumpulan.

Kelas demo hanya akan diadakan semula pada bulan Januari. Insyallah banyak lagi package-package baru akan diperkenalkan. Antaranya - Back To Basic, Kelas Rock n Roll (kelas kek roll), package kek-kek evergreeen, package brownies dan pelbagai lagi kek-kek bistro baru berasaskan kek sponge dan chiffon.


DIY ngan Julia - 2 Disember

Asskm dan alooo untuk semua....lamanya tak update blog. Sorry banyak-banyak. Last class sebelum cuti hari tu ngan cikgu Julia dari Melaka pun tak dan nak upload gambaq lagi. Masa hari last tu (Jumaat), pas jerr settled class ngan Julia, bapak call yang dia dah dekat nak sampai Somban. So, apa lagi bergegas laaa balik.

Tapi sebelum tu dengan sepantas kilat, sempat lagi buatkan pavlova untuk cousin - Azira yang teringin nak merasa. Ok, ni gambar sekitar class ngan Julia. Julia ambik 3 tiers wedding cake guna teknik steamed bc dan package slice cake.

Tengah potong kek slice


Sesi petang - kek kawen ngan steamed bc


Ni hasil kek kawen 3 tingkat yang Julia buat. 1st time buat seumur idup  - termasuklah bunga tu. Tapi Julia ni terang ati...skali ajaq dah bleh

Hasil untuk dibawak pulang ke Melaka

Dec 1, 2011

DIY ngan Kak Ijan (Ipoh) n DIY Group Pavlova, Royal Caramel n Chocolate Mascarpone

Asskm dan alooo untuk semua...sorry, tak update blog sehari dua neh. Dekat-dekat nak cuti panjang neh, virus malas dah start mengganazz. Balik rumah, dok depan sofa jer dah start menguapppp....sib baik masa kat class virus tu berjaya disekat daripada merebak...balik rumah jerr dia jadi pening lalat n berat mata. Ni nak updatekan blog, tak sangga punya gagah (errrr...`gagah' tu orang Kedah punya perkataan yang membawa maksud - sedaya upaya berusaha keras untuk melakukan sesuatu ...ahaksss macam penerangan kamus DBP plak..)

Ok, hari Selasa tu sepatutnya ada class tapi Noor dari Putrajaya terpaksa cancel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Mula-mula tu ada niat nak buat DIY berkumpulan, tapi sebab kena virus tu, terus batalkan niat. Dok rumah diam-diam...

Semalam saya berDIY ngan Kak Norizan dari Ipoh, Perak. Kak Ijan ni cikgu. Saja jerrr blajar buat kek sronok-sronok. Minat. Tapi kalau ada orang order dia tak tolak. Cuma dia tak aktif sangat la. Tapi kata Kak Ijan, selalu kalau ada sambutan Hari Guru kat sekolah dia, dia buatkan kek. Next year punya sambutan Hari Guru Kak Ijan kata dia nak buat Kek Opera....waaaaaaaaaaaaaa...mesti best neh. Mesti cepat jerr licin....


Semua kek yang Kak Ijan buat masa kelas DIY. Dia taknak potong. Nak wak balik ke rumah kakak dia yang baru balik Mekah di Bangi.



Ok, hari ni plak kelas saya digempur oleh 6 student untuk kelas DIY Group. Semuanya dah penah join kelas saya sebelum ni. Rye, Alice n Lydia dah penah ambik DIY ngan saya. Lin, Min n Amai plak penah masuk kelas demo saya sebelum ni. So masing-masing tak kekok lerrr....bising jerr masing-masing.

DIY group kali ni blajar Pavlova dan dua kek baru - Royal Caramel dan Chocolate Mascarpone.

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar class yang haru biru....
Tengah pulun buat vanila cream untuk Pavlova. Lin n Lydia tersorok kat dapur di belakang...

Rye tengah mengerim

Alice mengerim sambil tutup mata sebab ni memang keja dia tiap-tiap hari...


Lydia tengah final touchup untuk Royal Caramal

Lin pun..


Ni Pavlova Alice punya, tapi Rye kena buli ngan Alice...dia yang kena buat..ahaksss

Mencocok crown untuk Royal Caramel

Lin ponggg dengan mencucuk crown. Kat belakang tengah memerhati tu Siti Saerah, adik Siti Nurhaliza...dia datang tengok jerrrr..

Ldya ngan Mascarpone Chocolate

Alice buat-buat sibuk depan camera. Rye terpaksa mengalah...(ahaksss)

Min bangga ngan pavlova yang dia buat

Lydia ngan pavlova Alice. Yang dia punya dia tak boh cream lagi.Nak balik Sabah baru nak boh....

Amai mcam tak caya bleh buat pavlova...

Pavlova yang, yangg, yangggg...yang malaih la nak cakap kesedapannyaaaa....meleleh ayaq lioq dah neh...

Chocolate mascarpone

Royal Caramel

Semua kek yang dia orang buat hari neh...Pavlova tu 3 saja sebab Lyn, Rye n Lydia nak balik boh cream kat rumah

Mereka - mereka yang ceria, caca merba dan huru haraaa.....
Tq untuk semua....Happy HOLIDAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.....(yahooo..esok class last sebelum choti panjangggg)

Nov 28, 2011

Sapa nak menyelit..?

Asskm dan aloo untuk semua...untuk minggu depan, ada 2 kelas saja yang boleh diselit kalau ada sapa yang berminat

TARIKH: 30 NOVEMBER (RABU) - Kak Norizan
MASA: 11 pagi - 6 petang
APA YANG PERLU DIBAWA MASA KELAS : APRON dan duit baki yuran
YURAN: RM720
DEPOSIT: RM360 (Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195)

Kak Norizan akan belajar:
1. Russian Black & White

2. Chocolate Indulgence
3. Tiramisu
4. Opera

Sapa yang nak join call/sms saya - 019 282 0053 - Zalina Yahaya. Terhad untuk 2 tempat sahaja

TARIKH: 2 DISEMBER 2011 (JUMAAT) - Julia
MASA: 11 pagi - 6 petang
APA YANG PERLU DIBAWA MASA KELAS : Apron dan duit baki
YURAN: RM800
DEPOSIT: RM400

Julia akan blajar:
1. Kek Kahwin steamed BC 3 tingkat
2. Package kek slice(4 jenis)

Sapa yang nak join call/sms saya - 019 282 0053 - Zalina Yahaya. Terhad untuk 1 tempat sahaja

Nov 26, 2011

Kelas Demo last untuk tahun ni...

Asskm dan alooo untuk semua...Alhamdulillah..pejam celik, pejam celik kita dah sampai ke kelas demo last untuk thun ni. Mcm tak caya saja dah nak habis tahun. Rasa baru sangat sambut New Year.. ni dah nak sambut New Year skali lagi.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi sepanjang tahun ni. Tq atas sokongan semua. Saya amat-amat menghargai.

Kelas demo kek kontinental modul 1 ni kira macam acara penutup bagi aktiviti kelas demo setiap hari Sabtu untuk tahun ni. Tapi kelas-kelas lain - DIY dan DIY berkumpulan akan diteruskan macam biasa. Kalau saya rajin n boring dok rumah lama-lama, insyalllah saya akan penuhi hari Sabtu saya ngan aktiviti kelas praktikal ramai-ramai (maksimum 14 student satu kelas)- contohnya kelas pastry kerr, kelas kek gulung kerrr, kelas roti kerr atau kelas-kelas lain yang dirasakan sesuai dan boleh dibuat secara praktikal. Apa-apa pun saya akan umumkan dalam blog. Tu pun insyallah kalau rajin lerrrr.....hehehhehe...

Ok, untuk kelas demo last untuk thn ni, saya ajar 4 kek continental resepi eksklusif saya - Carrot Walnut With Cream Cheese, Chocolate Indulgence, Opera dan Italian Rainbow. Alhamdulillah 28 yang majoritinya student-student yang baru tahu pasal kelas saya join kelas hari ni.

Tq untuk 28 student yang join class demo hari neh - Kak Nurul, Kak Jamaliah, Siti Fatimah, Elmi, Idayu, Hafizah, Min, Adaw, Myra, Rozi, Siti Gauyah, Hanisah, Ram, Lyn, Maznita, Hasimah, Marzila, Emelliya, Yim, Melissa, Nurl Hidayah, Salbiah, Norimi, Fida, Norah, Haniza, Samsuriah dan Marhaini...

Chocolate Indulgence

Carrot Walnut Wth Cream Cheese


Italian Rainbow

Opera



Sukaaa sebab dah dapat kek masing-masing. Masa untuk balikkkkkkkkkk



Untuk semua student hari ni dan juga yang sebelum-sebelum ni, selamat menyambut MAAL HIJRAH yeaaa...Semoga kita terus diberkati Allah dalam semua aspek. Aminnnn

Nov 25, 2011

Noni Johor datang lagi....

Asskm dan alooo untuk semuaaa.....Rahani @ Noni dari Johor mulanya janji nak start class kul 10. 30. Tapi kul 12.30 baru sampai. Dia sangkut kat highway dekat exit Seremban sebab ada lori rosak.Tapi tambah lambat sebab Noni ni bertolak lambat dari Johor. Ngantar tempahan dulu.

Masa mula dia sampai rasa macam nak denda di ketuk ketampi. Tapi pas tengok keletah anak dara kechik dia Umairah yang cute sangat tu, tak jadi marah n tak jadi denda. Saya cuma berleter jer jap...Saya dah penah jumpa Umairah masa Noni datang blajar sebelum ni. Memang tak reti dok diam budak neh....hobi dia suka masuk bawah working table saya. Tadi sempat jap dia masuk bawah working table saya sementara nunggu abah dia gi toilet. Pas tu Umairah, kakak dia n adik bongsu dia terus ikut abah dia gi lepak di hotel. Petang baru datang ambik Noni..tapi tak turun keta sebab ujan....alaaa...kalau tak bleh ngusik si Umairah neh...hehhe

Hari ni Noni ambik 6 kek - 3 kek terbaru saya - Royal Caramel, Nutty Caramel, Chocolate Mascarpone, Double Chocolate Cheese Cake, Strawberry Mousse dan dessert yang tengah hot sekarang neh - Pavlova.

Cepat Noni ni buat keja. Kami start dah dekat kul 12.45. Kul 4.30 ptg settled kesemua 6 items. Apa taknya Noni ni dah biasa sangat buat kek. Bab-bab melepa tu, dia buat sambil tutup mata jerrrr...hehehe. Noni pun dah bukak kelas kek kontinental yang dia dah blajar ngan saya sebelum ni. Alhamdulillah sambutan ok..tambah-tambah kelas untuk Russian Black n White lerrr...Untuk kelas kali ni pun kata Noni dah ada student book soh ajar kek-kek terbaru saya. So, mereka-mereka di sebelah selatan yang tak berkesempatan nak datang belajar ngan saya di Seremban ni, bleh gi blajar kek-kek baru saya ngan Noni. Ni contact no Noni - 010 826 3357 atau 0197452114.


Semua kek dah siap...last tinggal Pavlova. Noni tengah mengerim Pavlova ngan Vanila Cream

Rezeki Noni - dapat passion fruit...fuuhhhhhhh....saya ni setiap kali tengok passion fruit, mesti kecoq ayaq lioqqq....


Royal Caramel


Nutty Caramel


Chocolate Mascarpone

Strawberry Mousse

Double Chocolate Cheese Cake


Add caption

Pavlova

Noni dah tak tahan tunggu balik rumah...``Perrrgghhh, peerrrggghhh...peeeerrgggg....sedapnya kak,'' Ni Noni kata..bukan saya kata aaaa...

Ok Noni, suksess yeaaaa...