Feb 17, 2014

KELAS DEMO KEK CLASSIC EVERGREEN - JUMAAT/ 21 FEB/ 11 PG - 4 PTG

Asskum semuaa...

Jumaat ni, 21 Feb (11 pagi - 4 petang - RM200 di Bzee Bakery, Seremban 2) saya akan adakan kelas demo Kek Classic Evergreen.

Ni special request student yang tak dapat datang kelas pada 1 mac nanti. Student-student ni dah daftar untuk kelas ni sebelum ni (1 Feb). Tapi saya terpaksa cancel sebab ada kematian. So ni kelas ganti. Pada sapa yang berminat nak join, jommm..

Ni detailsnya:

KELAS DEMO KEK CLASSIC EVERGREEN - Pandan Layer, Yam Layer, Bangkok Kaya n Kek Sarang Semut.
MASA: 11 pagi - 4 petang
PENGAJAR: Saya, Zalina
TEMPAT: No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2) Koordinat: N 2.68686, E 101.91722

Yuran RM200
Deposit RM100

CARA MENDAFTAR:

1. Bank in deposit Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053 nama, date class, nama class dan jumlah bank in Contoh: ZALINA, 21 FEB RM100 KEK CLASSIC
3.Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda dianggap belum bayar
4.Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen dan baki yuran
5.Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran dibenarkan masuk kelas

(HARAP MAKLUM..KELAS PADA 1 MAC ON SEPERTI BIASA..NI KELAS GANTI..JANGAN KELIRUUUUU)

Labiu
Zalina




Bangkok Kaya

Pandan Layer

Yam Layer

Kek Sarang Semut

KELAS SCONE NORA RASHID AHAD 23 FEB 10 PAGI - 4 PETANG RM280

Asskum semua...

Jangan lupa kelas scone dengan Nora Rashid Ahad ni 23 Feb kul 10 pagi di Bzee Bakery, Seremban 2 10 pagi - 4 petang (RM280)

 

 

Sapa berminat ni detailsnya:
 

Kelas Scones oleh Nora Rashid -
Basic scones, buttermilk & dates scones, healthy wholewheat honey scone, raised basic biscuits,cheddar & chive biscuits, lemon raisin biscuits.
 

Condiments: Home made compound butter, lemon herb butter, mamalade lemon butter, home made spread, creamy custard n dill spread.

TARIKH: 23 Feb, Ahad
MASA: 10 pagi - 4 petang
TEMPAT: Bzee Bakery, No 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan ) Koordinat: N 2.68686, E 101.91722


Jika ambik public transport, paling senang, ambik komuter. Turun di stesyen Seremban. Ambik teksi. Bagi add saya. RM10. Perjalanan lebih kurang 20 minit dari stesyen komuter.

Yuran: RM280
Deposit RM150


Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM150 ke dalam account, Maybank BZEE CAFE & BAKERY -
5051 76100 195

2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053 nama, date class, nama class dan jumlah bank in

Contoh: ZALINA, 23 FEB, RM150 Scones

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda
dianggap belum bayar.

4. Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen, bukti pembayaran dan baki yuran.

5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran dibenarkan masuk kelas.

Labiu
Zalina

Feb 16, 2014

Bengkel Terokai Rahsia Coklat Chef Amer

Asskum semuaaa....Alhamdulillah semalam berlangsung gak bengkel Terokai Rahsia Coklat oleh Chef Amer. Saya sms chef Amer bagi tau yang jumlah student tak sampai minimum - 8 orang jer. So saya kata, saya faham kalau dia nak cancel class. Dia pun dari Kelang. Kena bermalam di Seremban. Dengan pekerja lagi. Semua tu cost bagi dia.

Tapi saya cuba pujuk dia kata ``chef, klu cansel, ramai laa student yang meraung ni. Sian sebab dia orang ni nak sangat belajar coklat dari chef,''

Tapi alhamdulilah Chef kata, tak pa, kita teruskan juga. Sian pada yang mengharap.

So, kelas berlangsung dengan 8 orang pelajar. Bertuah sungguh student hari ni. Personal touch habih. Mcm ala-ala DIY la plak. Macam-macam tips penting mengenai coklat chef kongsi dengan kami semalam.

Macam-macam ilmu baru kami dapat. Menjawab segala persoalan dan mitos mengenai coklat. Rugi sapa yang tak join. Sebab bagi saya chef adalah orang yang paling layak untuk ajar coklat ni. Apa taknya, coklat adalah darah daging dia. Dah lebih 22 tahun. Dia belajar mengenai coklat daripada sebelum tanam pokok koko tu sampailah ke proses jadi coklat.

Chef juga penah jadi consultant pada syarikat coklat yang paling famous - Fidani. Dannnn jangan terkejut, masa Tun Mahathir jadi PM, kerja Chef Amer ialah hantar coklat setiap bulan kat Tun. Tun memang suka makan coklat Chef Amer.

Dan Chef Amer juga adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya hasilkan coklat untuk orang diabetes. Semua ni kata Chef adalah permintaan dari Tun yang nak dia buat coklat untuk isteri dia, Tun Siti Hasmah yang tak boleh makan manis.

Agong kita yang sebelum ni (Raja Perlis) adalah penggemar Coklat Durian Chef Amer.

Banyak lagi rekod-rekod cemerlang Chef dalam bidang coklat ni. Pas ni rasa macam nak sambung kelas advance coklat dengan chef. Nak mendalami bidang coklat plak..hehhe

Semalam, chef gak bagi kami resepi free Hot Chocolate yang terbaik. Tak yah nak beli mix hot chocolate cadburry lagi. Buat sendiri. Memang terbaikkkk.

Pastu dia juga tunjuk cara buat Chocolate Dates n Almond yang selalu orang buat untuk bagi gift masa ramadhan.

Tqvm Chef Amer atas segala ilmu. Tq sekali lagi sebab tak batalkan kelas...heheh

 




 

 

 

 

 

KELAS DEMO MINI CHEESE CAKE

Asskum semuaa... ni kelas demo minggu lepas. Kelas mini cheese cake. Saya demokan 6 jenis mini cheese cake. Cara mudah dan senang.

Enam jenis mini cheese cake tu  - Butterscotch, Oreo, Red Velvet, Chocolate Peanut Butter, Rainbow dan strawberry.

Tq pada semua yang hadir ...
 




 

 

 

Kelas-kelas DIY yang berlangsung sepanjang 2 minggu lalu

Asskum semuaaaa...

Minggu pertama saya berDIY ngan Intan Safura, Shimaliah dan Kak Jamilah. Intan Safura ambik package roti dalam kelas DIY 4 Feb lepas.



Shimaliah Baba plak ambik Chocolate Indulgence dan Cream Puff n Eclairs.. Shimaliah dari Seremban ni nak mula-mula berjinak gan dunia baking. Dia mintak saya suggestkan produk-produk yang senang buat dan senang buat duit. Respect Shimaliah ni, walaupun tak dak pengalaman dalam bidang baking, dia bleh buat dengan baik. Terang ati.



 





DIY 6 Feb ngan Kak Jamilah dari Nilai blajar Cream Puff dan Chocolate Chips Muffin.

 



Minggu kedua Feb dirasmikan oleh Kak Bibah dari Paroi Jaya Seremban. Dia blajar Red Velvet dan Chocolate Moist. Tapi Kak Bibah mintak kalau boleh tak nak melibatkan keja-keja kena icingkan kek.

So saya ajarkan dia Cupcake Red  Velvet dan Chocolate Moist Slice Cake


 
Shahida dari Rembau berDIY ngan saya keesokan harinya. Bakal cikgu kechik molek n muka mcam anak murid sekolah rendah ni (ehehheh) blajar Royal Caramel dan Opera Slice Cake.




Hari Khamis baru-baru ni saya berDIY ngan Yani dari SHah Alam. Turut serta - Shazrina. Tapi sebenaqnya ada kesilapan tarikh DIY hari ni. Saya mengaku saya silap. Sepatutnya hari ni DIY Shazrina. Lama dah dia bank inkan deposit. Tapi saya lupa nak updatekan kat blog.

Pastu bila Yani tanya nak date tu, saya bagi  jer sebab tengok date tu masih kosong.

Malam sebelum kelas, sib baik Shazrina pm saya kat  fb tanya kelas dia. Hmmmm...dah terlambat untuk nak cansel. So, saya soh Yani n Shazrina datang jer dua-dua orang. Buat DIY sekali.

Yani belajar Chocolate Chips, Cheezy Berry Cup n Triple Chocolate Cup.

Shazrina pun blajar Chocolate Chips. Tapi satu lagi dia pilih Yam Layer Cake.

So jadilah kelas DIY dua dalam satu..hahhaha....





Pada semua peserta DIY sepanjang dua minggu lalu..terima kasih yeaa kerana sudi datang ke bakery saya. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi


Labiu
Zalina

Kelas Biskut chef amer ahad 16 feb batal

Asskum. ..
Harap Maklum kelas Biskut chef amer hari ni (Ahad) terpaksa di cancel sebab tak cukup peserta.

Kepada yg dah bnk in deposit sila sms no acct utk saya refund.

Tqvm

Zalina

Feb 14, 2014

JANGAN LUPA BENGKEL ASAS TEROKAI RAHSIA COKLAT NGAN CHEF AMER, SABTU 15 FEB 10 PAGI

JANGAN LUPA BENGKEL COKLAT NGAN PAKAR COKLAT KITA - CHEF AMER DI Bzee Bakery, Seremban 2, SABTU, 15 FEB KUL 10 PAGI. 



MASIH ADA KEKOSONGAN. 




 

JOM belajar selok belok buat coklat daripada Chef Amer yang dah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang coklat. Dia tahu pasal coklat dari A-Z . Chef Amer ni Makan Coklat, Tido Coklat...

KELAS: Bengkel Asas Terokai Rahsia Coklat
TARIKH: Sabtu, 15 Feb 2014
MASA: 10 pagi – 6 petang
TEMPAT: Bzee Bakery, No. 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban
PENGAJAR: Chef Amer
JENI KELAS: GROUP HANDS ON


YURAN: RM290
DEPOSIT: RM150 (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN)

Cara mendaftar:
1.Bank in deposit RM150 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Selepas bank in sms details nama, date class, nama class dan jumlah bnk in ke 019 282 0053.
Contoh: Zalina, 15 Feb, Bengkel Coklat, RM150

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa pendaftaran. Tanpa bukti pembayaran, anda dianggap belum bayar
4. Apa yang perlu dibawa: Pen dan Baki Yuran
5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, sedara mara, anak dan sebagainya. Hanya yang bayar yuran saja dibenarkan masuk




Labiu

Feb 13, 2014

JADUAL KELAS DI BZEE BAKERY SEPANJANG BULAN MAC 2014

Alamat Bakery:

No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2) Koordinat: N 2.68686, E 101.91722

Jika ambik public transport, paling senang, ambik komuter. Turun di stesyen Seremban. Ambik teksi. Bagi add saya. RM10. Perjalanan lebih kurang 20 minit dari stesyen komuter.

Jika anda dan bermalam di Seremban, hotel terdekat yang boleh anda bermalam ialah –
1. Hotel potato – 06 601 6887 (Harga dalam RM70 semalam. Budget hotel tapi feed back dari student n cikgu-cikgu yang penah dok situ semua kata ok. Sepelaung jer dari bakery saya. Kurang dari 4 minit drive)
2. Hotel Sutera – 06 601 3774 (Harga dalam 140 semalam. Ada swimming pool. Sesuai kalau nak bawak anak-anak. Gi tinggal depa kat situ, biaq depa berenang ngan somi. Anda bleh mai class dengan tenang..hahhaha. Blakang AEon..lebih kurang 8 minit ke bakery saya.

SABTU 1 MAC – 11 pagi – 4 petang
KEK CLASSCIC EVERGREEN



PENGAJAR: ZALINA
JENIS KELAS: DEMO
Pandan Layer, Yam Layer, Bangkok Kaya dan Kek Sarang Semut
Yuran RM200
Deposit RM100

6 & 7 Mac (Khamis dan Jumaat) - 11 pagi - 6 petang
MODUL ASAS HOMEBASE BAKERY


JENIS KELAS: 100% HANDS ON – BUAT SENDIRI SEMUA

Resepi-resepi terbaik dalam modul ini adalah resepi asas yang perlu dikuasai oleh mereka yang nak start homebase bakery . Saya juga bagikan resepi killer product yang boleh anda jual dan cover balik modal kelas dalam masa singkat.

Satu lagi ciri penting: ANDA Tak perlu peralatan canggih – hand mixer dan oven kechik sudah mengcukupi untuk anda mulakan bizz anda di rumah menggunakan resepi asas ni.at.

YURAN: RM2,800
DEPOSIT: RM1,400

Satu sesi – MAKSIMUM 4 orang SAHAJA . Minimum 2 orang.
Jangka masa: 2 Hari – 6 & 7 Mac (KHAMIS & JUMAAT)
PENGAJAR: ZALINA


SABTU 8 MAC – 10 pagi – 4 petang
KELAS BISKUT RAYA N HAYAT




JENIS KELAS: DEMO

(Koleksi 8 jenis biskut raya Puan Noor yang memang laris sejak lebih 5 tahun lepas. Saya dah rasa biskut-biskut ni. Hip Hop Crunchy,Zig Zag Toffee, Nastar Keju, Conflakes Delight n Walla Chocolate paling saya suka. Patut laa Noor kata ni top 5 biskut yang tak menang tangan buat. Paling saya tak bleh makan non stop HIP HOP CRUNCHY…nanges. Senang jer buat drop cookies ni.

YURAN: RM280
DEPOSIT: RM140

Nama Biskut: Zigzag toffee, Hip Hop Crunchy, Cornflakes Delight, Walla Chocolate, Samperit Oreo, Nastar Keju, Purple Drop n Black & White Almond

AHAD 9 MAC – 10 PAGI – 2 PETANG
CHINESE FOOD PART 2






Pengajar – Dee

JENIS KELAS: DEMO

Prawn Nestum, Fish With Manggo Sauce, Crab Salted Egg, Chicken Sechuan

FREE RESEPI: KERABU DAGING ALA THAI (dish selalu Dee buat untuk jadi hidangan meja pengantin)

Yuran: RM280
Deposit: RM140

Sesi Petang: 3 PETANG – 5 PETANG

MARUKU MALATOP MAMA DEE



JENIS KELAS: DEMO DAN SEPARA HANDS ON

Kepada yang masih belum belajar maruku malatop ni, jom belajar direct dari Dee – ni resepi ori dari Dee yang mula-mula memperkenalkan resepi ni yang dah jadi ibu duit pada ramai orang.

Yuran: RM200
Deposit: RM100

JUMAAT 14 MAC – 11 PAGI – 2 PETANG
TART MAWAR NISSA COOKIES



PENGAJAR: Nissa

JENIS KELAS: DEMO DAN SEPARA HANDS ON

Jom belajar secara hands on buat Tart Nenas yang terbaik ni. Nissa akan ajar buat tart cara sepit dan bagi yang malas, cara terap. Resepi terbaik – adunan tak melekat di acuan. Dan yang paling penting, jem nenas yang lembut dan tak keras.

YURAN: RM100
DEPOSIT: RM50

SABTU 15 MAC – 11 PAGI – 5 PETANG
HEALTHY BREAD – MODUL TERBARU BZEE BAKERY



Jom belajar buat roti-roti yang high fiber, tanpa gula dan telur. Pelajari teknik-teknik yang boleh menjadikan roti-roti high fiber anda lembut, moist dah tak jemu makan.

ANDA AKAN BELAJAR 5 JENIS ROTI – SEMUA BERBEZA RESEPI – bukan dari doh yang sama.

Wholemeal bread, German Muesli, Classic Honey & Carrot, Pretzels dan Focaccia.

FREE DEMO: CHICKEN STEW (sangat sesuai dicicah dengan healthy bread ni)
PENGAJAR: ZALINA
JENIS KELAS: 100 % HANDS ON

NOTA: SETIAP KELAS TERHAD KEPADA 10 ORANG PELAJAR SAJA

YURAN: RM300
DEPOSIT: RM150


16 MAC, AHAD – 10 PAGI – 6 PETANG
BASIC OF WESTERN FOOD



PENGAJAR: SERIWANI

JENIS KELAS: DEMO DAN SEPARA HANDS ON

Seriwani, Chef kita yang penah keja kat Hotel ni akan tunjukkan step by step buat western food yang memang menjadi kesukaan ramai , terutamanya anak-anak sekarang. Semua menu terbaik dan disediakan daripada asas. Tiada sos-sos segera digunakan.

Anda akan belajar: Chicken Chop, Fish n Chip, Lasagna, Sheperd Pie, Roasted Piri-piri Chicken, Mushromm Soup, Brown Sauce DANNNN paling best – roasted lamb leg

YURAN: RM350
DEPOSIT: RM150


SABTU, 22 MAC – 10 PAGI – 5 PETANG
SIARAN ULANGAN BZEE BAKERY BEST 5 + 1



Pelajari 6 resepi terbaik dari saya yang dah jadi ibu duit pada ramai student saya

ITALIAN RAINBOW, DOUBLE INDULGENCE, RUSSIAN BLACK N WHITE, RED VELVET,CARROT CAKE DAN SALTED CARAMEL BROWNIES

JENIS KELAS: DEMO

YURAN:RM350
DEPOSIT: RM150


AHAD 23 MAC – 10 pagi – 2 petang
KUIH MUIH POPULAR MELAYU SEPANJANG ZAMAN OLEH HASNAH SAIDIN



SESI PAGI: KELAS POPIA BASAH DAN ROTI JALA (RM200)

SESI PETANG: KELAS SARDINE GULUNG DAN KARIPAP PUSING (RM200)

KlU ambik dua-dua sesi (pagi petang) total yuran RM380. Discount RM20



JENIS KELAS: HANDS ON

Yuran: RM200 (roti jala n popia basah)
DEPOSIT: rm100
Yuran : RM200 (karipap pusing n sardine gulung)
Deposit RM100
Klu nak dua-dua sekali RM380
Deposit: RM150


AHAD 29 MAC - ALL ABOUT TART – Zalina



(maklumat lanjut akan diberikan tak lama lagi…tungguuu)

CARA MENDAFTAR:

1. Bank in deposit (seperti mana yang tertera disetiap kelas), Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

2. Pas bank in, SMS KE NOMBOR 019 282 0053 nama, date class, nama class dan jumlah bank in Contoh: ZALINA, 1 MAC RM100 KEK CLASSIC (ni contohhhhhh..sila ikut nama kelas yang anda nak join…jangan buat lawak daftar untuk kelas cheese cake, boh nama kek classic plak..hehhe)

3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda dianggap belum bayar

4. Apa yang perlu dibawa masa kelas: Pen dan baki yuran

5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, anak, sedara mara dsbnya. Hanya yang bayar yuran dibenarkan masuk kelas

Feb 10, 2014

JANGAN LUPA CLASS NGAN PAKAR COKLAT - CHEF AMER PADA SABTU 15 DAN AHAD 16 FEB NI

Asskum semuaaa...jangan lupa date anda ngan The Chocolatier terkenal seantelo malaya - Chef Amer pada Sabtu, 15 Feb ni di Bzee Cafe & Bakery, Seremban 2.

Dan keesokan harinya, 16 Feb, Chef Amer sambung lagi crita chocolatenya. Kali ni dalam bentuk drop cookies yang telah menjadi ibu duit pada ramai studentnya sebelum ni.

Chef Amer akan terangkan mcam mana nak buat biskut secara komersial...termasuklah tips-tips penting nak dapatkan bahan mentah utama iaitu Butter dengan rega MURAH...
 


(pssttt...: Rugi tak belajar selok belok dari Chef yang betul-betul pakar dalam bidang chocolate ni. Sambil-sambil blajar cara betul buat chocolate, jom kita dengar crita ngan pengalaman dia bukak kedai chocolate dia yang terbaru - The Chocolate Museum di Kota Damansara.
Dan mcam mana dia buat Menara KLCC guna chocolate baru-baru ni)
 

 


Pada yang berminat ni detailsnya:



 

KELAS: Bengkel Asas Terokai Rahsia Coklat
TARIKH: Sabtu, 15 Feb 2014
MASA: 10 pagi – 6 petang
TEMPAT: Bzee Bakery, No. 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban
PENGAJAR: Chef Amer
JENI KELAS: GROUP HANDS ON


YURAN: RM290
DEPOSIT: RM150 (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN
)

Cara mendaftar:
1.Bank in deposit RM150 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Selepas bank in sms details nama, date class, nama class dan jumlah bnk in ke 019 282 0053.
Contoh: Zalina, 15 Feb, Bengkel Coklat, RM150
3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa pendaftaran. Tanpa bukti pembayaran, anda dianggap belum bayar
4. Apa yang perlu dibawa: Pen dan Baki Yuran
5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, sedara mara, anak dan sebagainya. Hanya yang bayar yuran saja dibenarkan masuk
6. Tarikh akhir pembayaran deposit: KHAMIS 13 FEBRUARI atau sehingga kelas penuh. TERHAD UNTUK 30 ORANG PELAJAR SAHAJA

2. AHAD 16 FEB – 10 pagi – 4 petang


 

BENGKEL INSPIRASI BISKUT KOMERSIAL BERSAMA CHEF AMER
Cocooaties cookies, Mocha Chips, Hazelnut Crispies, Cashew Nut Crispies, Nestum Crackers, Vanila Kifferin.Free Resepi : Pineapple Tart Melt in your mouth

Yuran: RM290
Deposit RM150


Cara mendaftar
1.Bank in deposit RM150 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Selepas bank in sms details nama, date class, nama class dan jumlah bnk in ke 019 282 0053.
Contoh: Zalina, 16 Feb, Biskut Komersial, RM150
3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa pendaftaran. Tanpa bukti pembayaran, anda dianggap belum bayar
4. Apa yang perlu dibawa: Pen dan Baki Yuran
5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, sedara mara, anak dan sebagainya. Hanya yang bayar yuran saja dibenarkan masuk


Zalina

Feb 4, 2014

MODUL ASAS HOME BASE BAKERY 6 & 7 MAC (khamis&jumaat) - RM2,800 - terhad untuk 4 orang saja


MODUL ASAS HOME BASE BAKERY

 

ASSSKUM SEMUAA…Khas untuk mereka yang nak mulakan homebase baking bizz, saya tampilkan modul senang blajar dan senang dapat balik modal.
Resepi-resepi terbaik dalam modul ini juga adalah resepi asas yang perlu dikuasai oleh mereka yang nak start homebase bakery . Saya juga bagikan resepi killer product yang boleh anda jual dan cover balik modal kelas dalam masa singkat.

Satu lagi ciri penting: ANDA Tak perlu peralatan canggih – hand mixer dan oven kechik sudah mengcukupi untuk anda mulakan bizz anda di rumah menggunakan resepi asas ni.
Kepada yang berminat, ni detailsnya:

YURAN: RM2,800
DEPOSIT: RM1,400
Satu sesi – MAKSIMUM 4 orang SAHAJA . Minimum 2 orang.
Jangka masa: 2 Hari – 6 & 7 Mac (KHAMIS & JUMAAT)
Masa: 10 pagi – 6 petang
Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2, Seremban

Untuk memastikan anda boleh balik dan terus buat di rumah kita akan buat SOP – Standard Operation Procedur  - step by step setiap proses dan masa untuk setiap proses  bagi sesuatu produk.

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR SELAMA DUA HARI NI:
1.       Sponge cake - tradisional + premix (kemahiran asas yang perlu ada pada semua home bakers – sebab daripada kemahiran buat sponge kek ni, anda boleh gunakan untuk buat pelbagai kek-kek continental lain yang anda jumpa di bakery-bakery. Saya akan tunjukkan caranya. Insyallah senang…seriusss…)
2.       Butter cake (daripada kek asas ni, saya akan tunjukkan macam mana nak jadikan pelbagai jenis butter lain)
3.       Chocolate Cake (daripada kek asas ini saya akan tunjukkan pada anda bagaimana nak jadikannya pelbagai produk lain – bleh dijadikan kek premium yang boleh dijual dengan harga lebih RM80 dan juga kek ekonomi yang boleh dijual dengan rega bawah RM40..yupp..boleh! saya akan tunjukkan mcam mana)
4.       Kek Slice (4 JENIS KEK SLICE)
5.       Swiss Roll (untuk jualan komersial – idea packaging dan harga)
6.       Cream puff & eclairs (resepi Bzee Bakery yang dah jadi ibu duit pada student saya)
7.       Cheese Tart/blueberry Tart (blajar buat pastry tart yang tak lemau dan filling cream cheese yang terbaik. Juga menjadi salah satu item ibu duit pada student saya)
8.       Cup Cake Vanila (yang boleh dipelbagaikan kepada jenis-jenis cupcake lain)
9.       Cupcake Chocolate (yang boleh dipelbagaikan kepada jenis-jenis cupcake berasaskan coklat)

Cream:
1.       Fresh Cream (teknik pukul fresh cream yang betul dan yang penting bila anda harus berenti memukul cream dan masa bila anda perlu pukul lagi. Apa tu soft peak, apa itu stiff, apa itu early stage of soft peak…semua saya akan terangkan)
2.       Butter Cream (asas butter cream yang juga penting untuk mendeco cake anda)
3.       Chocolate Ganache (cara buat coklat ganache yang menjadi asas kepada kebanyakan hiasan kek coklat. Bagaimana nak dapatkan hasil yang berkilat dan pelbagai tips penting yang lain)

Asas deco menggunakan krim-krim berikut
100% hands on/praktikal mcam mana nak mengicingkan kek menggunakan:
1.       Fresh cream
2.       Buttercream
3.       Ganache

Saya akan ajar teknik mudah mcam mana nak deco cake. Teknik yang sangat sesuai untuk mereka yang tak dak asas langsung untuk mendeco kek.

Sapa yang sesuai:
1.       Mereka yang lansung  tak dak basic dalam baking. Senang crita – zero tapi nak start homebase bisness. Tiada had umur. Seawal umur 17 tahun hingga dah bersara.
Insyallah saya yakin, dengan kemahiran asas ni, anda mampu menambah pendapatan keluarga. Modal RM2,500 tu boleh dapat balik dalam masa kurang sebulan..insyallah.
(sebenarnya klu nak cover balik modal tu, hanya perlu buat sales RM83 sehari sahaja. Jom saya tunjukkan cara. Kalau dah ada asas ni, senang sangat klu anda nak buat income yang best – hanya dari rumah….Insyallah)

Apa yang anda pelajari selain kemahiran asas baking selama 2 hari:
1.       Bagaimana nak pelbagaikan produk daripada kek-kek asas berikut
2.       Coasting.
3.       Macam mana nak letak harga
4.       Cara nak JUAL. Cara nak buat marketing produk
5.       DI MANA nak jual.
6.       Pada siapa nak jual (yang sesuai dengan lokasi anda)

MEREKA YANG MENDAFTAR KELAS NI  LAYAK UNTUK MENDAPAT VAUCHER DISCOUNT 50% UNTUK MANA-MANA KELAS YANG SAYA KENDALIKAN (SAH UNTUK SEKALI PAKAI SAHAJA).

TAWARAN TIDAK SAH UNTUK KELAS PENGAJAR JEMPUTAN.

TEMPOH PENGGUNAAN BAUCER DISCOUNT HANYA SAH SEPANJANG TAHUN 2014

CARA MENDAFTAR:
1.       Bank in deposit RM1,400 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2.       Selepas bank in, sms saya 019 282 0053.
3.       Apa yang perlu diSMS: Nama, date class, nama class dan jumlah bank in
Contoh: ZALINA YAHAYA, 6 & 7 MAC, ASAS HOME BASE BAKERY, RM1,400
(baki perlu dibayar masa kelas)

4.       SANGAT- SANGAT penting…sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa kelas. Tanpa bukti pembayaran, anda dikira belum bayar.

Feb 1, 2014

PERHATIAN: KELAS KEK KLASIK EVERGREEN TERPAKSA DIBATALKAN

HARAP MAKLUM:

KELAS Kek Klasik Evergreen yang dijadualkan 1 Feb TERPAKSA DIBATALKAN sebab saya baru dapat berita sepupu meninggal.

Kepada yang dah bayar deposit, sila sms no acct ke nombor 019 282 0053 untuk saya refund.

Insyallah, kelas akan diulang dalam masa terdekat.

Kesulitan amat dikesali. 

Zalina