Feb 16, 2014

Kelas-kelas DIY yang berlangsung sepanjang 2 minggu lalu

Asskum semuaaaa...

Minggu pertama saya berDIY ngan Intan Safura, Shimaliah dan Kak Jamilah. Intan Safura ambik package roti dalam kelas DIY 4 Feb lepas.



Shimaliah Baba plak ambik Chocolate Indulgence dan Cream Puff n Eclairs.. Shimaliah dari Seremban ni nak mula-mula berjinak gan dunia baking. Dia mintak saya suggestkan produk-produk yang senang buat dan senang buat duit. Respect Shimaliah ni, walaupun tak dak pengalaman dalam bidang baking, dia bleh buat dengan baik. Terang ati.



 





DIY 6 Feb ngan Kak Jamilah dari Nilai blajar Cream Puff dan Chocolate Chips Muffin.

 



Minggu kedua Feb dirasmikan oleh Kak Bibah dari Paroi Jaya Seremban. Dia blajar Red Velvet dan Chocolate Moist. Tapi Kak Bibah mintak kalau boleh tak nak melibatkan keja-keja kena icingkan kek.

So saya ajarkan dia Cupcake Red  Velvet dan Chocolate Moist Slice Cake


 
Shahida dari Rembau berDIY ngan saya keesokan harinya. Bakal cikgu kechik molek n muka mcam anak murid sekolah rendah ni (ehehheh) blajar Royal Caramel dan Opera Slice Cake.




Hari Khamis baru-baru ni saya berDIY ngan Yani dari SHah Alam. Turut serta - Shazrina. Tapi sebenaqnya ada kesilapan tarikh DIY hari ni. Saya mengaku saya silap. Sepatutnya hari ni DIY Shazrina. Lama dah dia bank inkan deposit. Tapi saya lupa nak updatekan kat blog.

Pastu bila Yani tanya nak date tu, saya bagi  jer sebab tengok date tu masih kosong.

Malam sebelum kelas, sib baik Shazrina pm saya kat  fb tanya kelas dia. Hmmmm...dah terlambat untuk nak cansel. So, saya soh Yani n Shazrina datang jer dua-dua orang. Buat DIY sekali.

Yani belajar Chocolate Chips, Cheezy Berry Cup n Triple Chocolate Cup.

Shazrina pun blajar Chocolate Chips. Tapi satu lagi dia pilih Yam Layer Cake.

So jadilah kelas DIY dua dalam satu..hahhaha....





Pada semua peserta DIY sepanjang dua minggu lalu..terima kasih yeaa kerana sudi datang ke bakery saya. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi


Labiu
Zalina