Feb 16, 2014

Bengkel Terokai Rahsia Coklat Chef Amer

Asskum semuaaa....Alhamdulillah semalam berlangsung gak bengkel Terokai Rahsia Coklat oleh Chef Amer. Saya sms chef Amer bagi tau yang jumlah student tak sampai minimum - 8 orang jer. So saya kata, saya faham kalau dia nak cancel class. Dia pun dari Kelang. Kena bermalam di Seremban. Dengan pekerja lagi. Semua tu cost bagi dia.

Tapi saya cuba pujuk dia kata ``chef, klu cansel, ramai laa student yang meraung ni. Sian sebab dia orang ni nak sangat belajar coklat dari chef,''

Tapi alhamdulilah Chef kata, tak pa, kita teruskan juga. Sian pada yang mengharap.

So, kelas berlangsung dengan 8 orang pelajar. Bertuah sungguh student hari ni. Personal touch habih. Mcm ala-ala DIY la plak. Macam-macam tips penting mengenai coklat chef kongsi dengan kami semalam.

Macam-macam ilmu baru kami dapat. Menjawab segala persoalan dan mitos mengenai coklat. Rugi sapa yang tak join. Sebab bagi saya chef adalah orang yang paling layak untuk ajar coklat ni. Apa taknya, coklat adalah darah daging dia. Dah lebih 22 tahun. Dia belajar mengenai coklat daripada sebelum tanam pokok koko tu sampailah ke proses jadi coklat.

Chef juga penah jadi consultant pada syarikat coklat yang paling famous - Fidani. Dannnn jangan terkejut, masa Tun Mahathir jadi PM, kerja Chef Amer ialah hantar coklat setiap bulan kat Tun. Tun memang suka makan coklat Chef Amer.

Dan Chef Amer juga adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya hasilkan coklat untuk orang diabetes. Semua ni kata Chef adalah permintaan dari Tun yang nak dia buat coklat untuk isteri dia, Tun Siti Hasmah yang tak boleh makan manis.

Agong kita yang sebelum ni (Raja Perlis) adalah penggemar Coklat Durian Chef Amer.

Banyak lagi rekod-rekod cemerlang Chef dalam bidang coklat ni. Pas ni rasa macam nak sambung kelas advance coklat dengan chef. Nak mendalami bidang coklat plak..hehhe

Semalam, chef gak bagi kami resepi free Hot Chocolate yang terbaik. Tak yah nak beli mix hot chocolate cadburry lagi. Buat sendiri. Memang terbaikkkk.

Pastu dia juga tunjuk cara buat Chocolate Dates n Almond yang selalu orang buat untuk bagi gift masa ramadhan.

Tqvm Chef Amer atas segala ilmu. Tq sekali lagi sebab tak batalkan kelas...heheh