Aug 2, 2009

PAKEJ KEK-KEK RAYA POPULAR dan lain-lain ....

Muffin kurma

Kek Carrot Walnut ngan cream cheese topping


Kek tunang anak Kak Pah


Pakej 5 jenis kek raya popular - carrot walnut with cream cheese, prune ngan cream, pisang walnut , american chocolate n kek pelangi


Salam dan aloo untuk semua...kelas pakej kek-kek raya popular tu saya tak jadi buat Sabtu sebab ada hal emergency. So tunda buat hari ni (Ahad). Tapi dek kerana tak nak kecewakan student-student yang nak buat persiapan raya, saya, gantikan hari ni. Semuanya lima jenis - Kek Carrot, kek prune, kek chocolate moist, kek pisang walnut n kek pelangi. So, untuk student student hari ni selamat mencuba - jangan tak cuba. Dr. Fadhillah Kamsah kata ilmu kalau tak diamalkan dalam masa 24 jam, kita akan lupa....hehehhe (ni mesti ramai yang tak setuju ngan saya....mana la larat nak buat 5 kek dalam masa sehari....kannnn? Tak pa....paham, paham....yang penting cuba. Kalau ada yang tak clear, call saya....)

O.k, selain kelas, minggu ni saya ada beberapa kek saya siapkan untuk customer, selain dok pulun buat cookies untuk persiapan hamper raya. Salah satunya kek tunang guna teknik steamed buttercream anak Kak Pah yang bertunang dengan orang Kuala Pilah. Tema colour - cream n silver. Kak Pah penah order kek akad nikah n kek kawen 3 tiga tingkat untuk anak sedara dia sebelum ni. Senang berurusan ngan Kak Pah ni, dia just call saya n cakap nak colour apa. Design dia serah pada saya jer. Kata Kak Pah, lepas raya ni ada lagi 2 orang anak (....kerrr anak sedara dia aaa..lupa la plakkk), yang nak kawen....(kerr nak tunang....hehhheh lupa lagi...). Untuk Kak Pah, terima kasih daun keladi.

Minggu lepas gak, customer dari Hospital Besar Tuanku Jaafar order carrot cake n kurma muffin. Kek Carrot tu dia nak potong kecik-kecik pastu nak carrot....so, kena la gentel carrot kecik-kecikk....