Jun 29, 2010

Cerita Mak Long dan Umrah Sponsor...

Salam dan aloo untuk semua... semalam (Ahad) saya, husband, kak ipar n suami dia ke rumah Mak Long di Kampung Tengah, Kuala Pilah. Kira macam lawatan kerja gak laa...Kami nak dapatkan tips dan nak sharpkan lagi pemahaman kami mengenai ibadat umrah. Insyallah, kalau tak dak aral melintang, kami berempat dan mak mertua saya akan berangkat ke umrah 3 Julai ni. Best jalan area-area kampung waktu-waktu macam ni. Saja saya bukakan tingkap keta. Sedap bau rumput dan sampah yang dibakar di tepi rumah orang kampung. Teringat masa saya dok kat kampung Manggol Petai, Pendang, Kedah masa kecik-kecik dulu...La musim durian, so, sepanjang jalan ada saja la gerai-gerai buah durian. Petai pun banyak bergantung. Tu belum lagi campur gerai-gerai jual ikan n daging salai, `tolo itik' (telur itik laaa...), jagung manis n gula enau...memang best tengok suasana kampung waktu-waktu macam ni...rileks jerrr. Jalan ke Kuala Pilah pun dah tak macam dulu lagi...dah ada jalan baru yang tak  bengkang bengkok...

Kami sampai rumah Mak Long dah dekat pukul 6. Sunyi sepi jerrr...biasalah bukan musim cuti sekolah. Kalau tak, rumah maklong ni memang tempat berkumpul anak cucu. Cucu Mak Long ramai. Rasanya ada dalam 23 orang...anak dia tujuh orang...Bila di luar musim ni, tinggal la Mak Long, Alang (adik dia) n anak mak long (Kak Ngah Shidah).

Best tengok rumah n kawasan rumah mak long ni..bersih. Rumah dia plak cute betoi...Ni ha gambaq rumah maklong....cute aaakkk?  Rumah kampung. Dulu masa sekolah, dalam subjek lukisan, kalau cikgu suruh lukis pemandangan rumah, saya akan lukis rumah yang lebih kurang macam rumah maklong ni...sebab tu saya suka sangat tengok rumah mak long ni....

               
                                                                Ni angle blah kiri...
                                                                            
                                                               Ni plak plak angle blah kanan...

 Ok, kali ni, bukan bab rumah mak long yang saya nak cita atau bab kami nak p umrah atau bab apa yang mak long masak kat kami petang tu. Tapi saya nak share dengan u all semua supaya berhati-hati ngan bab tipu menipu orang-orang kampung. Orang sekarang kalau nak menipu bukan saja bab jual beli kain, tapi sampai berani melibatkan benda-benda amal ibadat - umrah.

Cita dia macam ni - dua tiga bulan lepas kami di Seremban ni dapat cita yang mak long ni dioffer oleh orang masjid kat kampung dia tu untuk buat umrah. Kononnya ada orang kaya nak sponsor. Tapi yang lawaknya orang kaya tu nak sponsor separuh saja. Sapa yang berminat bleh bayar RM2,500. Yang lain akan ditanggung oleh orang kaya tu lah...Dia nak sponsor sampai 1,000 orang...! Bila kami dengar cita ni, kami dah agak benda ni mengarut. Kami dah siap cakap ngan anak Mak Long kat Seremban ni supaya warning ngan mak long jangan tertipu. Semua ni mengarut. Kalau betul la orang kaya tu ni sponsor, kenapa nak bayar  setengah jer...pastu nak cari sampai 1,000 orang plak tu...gila ka pa...?

Tapi biasa laaa...otak penipu ni memang pandai. Dia tau orang kampung terutamanya yang umur-umur macam mak long ni mesti anggap benda ni betul. Dah tu, orang kaya jahat ni plak pandai sebab dia lantik agen-agen dari orang-orang surau yang memang kenal ngan orang kampung. Kiranya agen-agen yang nak tolong kutip duit ni AJK masjid laaa...ustaz, ustazah...atau bak kata mak long...yang berserban n bersongkok lah...So, lagi lah orang-orang macam mak long ni percaya...Bila anak-anak n anak sedara advice maklong suruh hati-hati respond maklong ``...tak kan laaa orang nak tipu bab-bab umrah ni ...orang nak poie (pi) Mekah, nak buat amal ibadat,''

So atas kepercayaan tu, Mak Long pun keluarkan lah duit simpanan dia yang dah memang lama dia simpan tu. Kak Shidah pun joint sama ngan 140 orang lagi orang-orang kampung. Orang kaya yang baik ati ni janji nak p bulan depan - bulan Julai. Sian mak long...dah siap p cucuk meningitis (RM90), dah buat pasport (RM300), dah beli beg (lupa plak nak tanya brapa...). Dia memang excited sangat nak p. Ya laa...sapa yang tak exited nak p Mekah. Walaupun ni bukan first time dia p buat umrah, Mak Long memang selalu kumpul duit. Kalau cukup dia akan p umrah...Tunggu punya tunggu, punya tunggu, sampai kesudah, tak dak jawapan bila nak p walaupun masa tu dah masuk pertengah bulan Jun. Last-last, rasanya minggu lepas orang-orang masjid bagi tahu, orang kaya yang nak sponsor tu tak jadi nak sponsor plak...(hampehh dak....?). Lebih menyakitkan hati lagi, orang masjid kata, sapa yang duit balik, susah sket..lambat. Kena tunggu lama. So, sekrang sapa yang nak p gak umrah, kena tambah RM2,500 lagi. Sakit ati aaakk....? Tapi kami rasa, tak lama lagi dia orang akan mintak duit lagi tu...Sekarang ni, mana nak dapat gi rumah RM5,000 kan...? Airport tax la, bayar tu la, ni laa..silap-silap bleh cecah RM5,500...

Kesian dengar mak long bercerita petang tu....ya laaa...orang berharap. Kena tipu plak...dah tu orang tipu bab-bab nak gi Mekah...sakit ati aaa....Kalau ikut Mak long, biasa laaa ``biar laa...dah tak dak rezeki. Orang yang nipu tu nanti tuhan balas...,''
Muka frust Mak Long...tapi masih redha sebab dia kata dah tak dak rezeki...

Tapi kami semua cakap, mana bleh biar macam tu. Nanti orang lain pun kena tipu gak. So lepas pujuk punya pujuk, Mak Long setuju nak buat report polis. Rasanya dalam sehari dua ni anak mak long, Shahril yang dok kat Seremban akan bawak polis p surau kat kampung tu. Masa tu orang-orang kampung yang kena tipu bleh buat report terus. Saya tak tau lagi perkembangan terkini. Tapi harap-harap cerita ni jadi pengajaran kat kita terutamanya yang ada family kat kampung. Kena hati-hati.Jangan mudah pecaya. Sebenarnya dalam paper STAR penah keluar berita mengenai isu umrah tipu ni. Sekarang ni memang ada sindiket menipu orang kampung. Tak tau laa apa nak jadi ngan dunia sekarang ni...takut, bila pikiaq-pikiaq balik....so untuk u all semua, hati-hati lah yea...

Ok, ni saya nak selitkan sket gambar buah tangan yang saya bawak kat maklong hari tu....black forest swiss roll ngan  biskut yang belum saya kasi nama...(hehhehe). Ada 2 lagi biskut yang belum saya boh nama. Hari tu saja `menggatalkan' tangan cipta biskut sendiri..
Kat bawah ni gambar 3 jenis biskut tak dak nama dan swiss roll untuk mak long


                                                          
 Black forest swiss roll untuk mak long