Jun 18, 2010

Macam-macam...


Salam dan aloo untuk semua...minggu ni siapkan beberapa tempahan. Sedikit kalut sebab ulang alik p hantar n ambik adik dan anak-anak sedara (Adam n Elyn) di Sungai Petani (SP). Teringat kat budak-budak tu. Saya drive sorang sebab husband dah start keja. P ambik depa last Rabu, Khamis balik mai Seremban. Lepak-lepak jap ngan budak-budak tu. Pastu p hantar dia orang balik ke SP n balik ke Seremban kelmarin. Siapkan order. Hari ni customer datang ambik. Ok, kita layan gambar-gambar kek yang tak seberapa ni...



Ni kek Wani untuk adik lelaki dia akan kahwin esok (Sabtu). Tema hitam putih.  Chocolae moist dengan steamedbuttercream. Rega set ni RM260  (termasuk cake n cupcake stand tu - saya buat sendiri cupcake stand tu....)
Set ni ada 32 cupcake chocolate, 2 kg chocolate moist dihias ngan steamed buttercream n bunga fondant.

Ni plak set yang diminta oleh Kak Nab - kawan lama masa saya keja kat Utusan Malaysia dulu. Kak Nab nak tema gold n kuning. Dia nak set cupcake n kek hantaran 1 kg. Semua chocolate moist.

RM75 (chocolate moist dengan steamedbuttercream n bunga fondant)


Set cupcake hantara tema gold - RM55 (25pcs)


Yang ni plak dari  Yani (RM55 - 25 pcs). Tema colour gold n cream.

Satu lagi order dari Liza untuk adik lelaki dia. Liza nak kek kawen 2 tingkat. Tema colour cream n purple.

Kek chocolate moist ngan steamed buttercream n bunga fondant. Bawah 2 kg dan atas 1 kg (RM200)

Selain semua order-order ni, hari ni gak sambil nunggu customer datang ambik order masing-masing saya merajinkan diri buatkan chocolate tartlet dan cupcake. Hias main-main jerr.... Ni nak bagi kat Mak Long (mak sedara belah suami). Dia memang suka benda-benda manis terutamanya kek. Esok dia ada buat kenduri arwah n doa selamat kat kampung di Kampung Tengah, Kuala Pilah. Mak Long ni memang terror masak Air tangan orang tua-tua.. Saya paling suka pajeri terung dia. Kaw...!!! Mak Long ni walaupun dah 80 umur, tapi dia still kuat n aktif. Memang suka masak. Kalau dia datang rumah, pagi-pagi dia dah bangun tanya nak masak apa...Air tangan Mak Long ni, kalau dia buat nasi goreng `bodo'  pun sedap. Husband saya cukup suka nasik goreng Mak Long dia...(nampak sangat nasik goreng saya tak sedap...hehhehehe). Saya pangil nasi goreng bodo sebab dia cuma tumbuk cili api n ikan bilis jerr. Tak payah nak kalut-kalut boh bawang putih ker, bawang merah kerr, telor ker, ajinomoto ker, pati ikan bilis ker atau benda-benda lain...Tengok dia masak macam main-main jerr...Masakan nogori Mak Long, tak yah cakap laaa....gulai kuning tu mesti pekat n podaih gila....cabai melaka secekak....Saya kurang minat sangat ngan gulai kuning (masak lemak cili api), tapi kalau Mak Long buat masak lemak cili api daging salai ngan terung telunjuk....fuhhhhh....cakap pun talak guna lah...sedap gila.
                                         cupcake main-main untuk Mak Long
               Ni plak chocolate tartlet. Mesti Mak Long suka tart ni...sebab dia memang suka coklat...