Sep 21, 2011

DIY 19, 20 dan 21 September - Shima n Zira

Asskm dan alooo untuk semuaaa.... Tiga hari ni berkelas DIY ngan Shima yang gantikan adik dia Nisya dari Senawang dan Zira, tokey cafe n bakery dari Temerloh, Pahang.

Kelas DIY hari Isnin ngan Shima. Patutnya adik Shima, Nisya yang datang. Tapi sebab  ada interview hari tu, so dia mewakilkan Shima. Dua bradik ni ada plan nak buat biz produk-produk bakery secara kecil-kecilan. Tak pa dik...mula-mula kechik dulu...lama-lama insyallah bertambah maju dan makmur. Yang penting tak mudah putus asa dan sentiasa tambahkan ilmu untuk hasilkan pelbagai produk baru.

Shima ambik package roti dan bluberry cheesecake. Ni gambar kelas:
Shima tengah memake-upkan bun sebelum dibakar....


Hasil pelbagai jenis sweet bun yang Shima buat hari nih.

Bluberry cheesecake Shima. Dia nak design `leleh'...
Hari dan semalam plak saya ngan Zira. Punya la pendiam Zira. Hari kedua (hari ni) ok sket...dah banyak bercakap. Semalam rasanya perkataan yang keluar dari mulut dia tak lebih daripada 50 patah perkataan. 

Mungkin Zira terkejut kot sebab kami betoi-betoi pulun buat kek semalam...ahakssss...Kira tak pandang depan belakangggg... Kami berjaya siapkan 10 kek semalam. Kalau ikut cadangan asalnya nak buat 6 kek sehari. Sebab total Zira blajar 12 biji semuanya.

Tapi memandangkan hari ni saya ada appointment ngan reporter Utusan Malaysia yang nak buat rencana mengenai kek-kek saya, so, saya kayuh laju bagi siap banyak sket kelmarin. Takut terlambat siap hari ni.

Zira belajar kek Chocoalte Indulgence, Russian Black n White, Italian Rainbow, Opera, Tiramisu, Black Forest Cheese Cake, Oreo Cheesecake, German Blackforest, Chocolate Fudge, Strawberry Mousse Cake, Snowy Peach dan Red Velvet.

Jom layanzzzzzzzzzzzz....

Opera

Tiramisu

Snowy Peach Custard Cream Cake

German Black Forest

Baked Oreo Cheese Cake

Blackforest Cheese Cake

Chocolate Indulgence

Russian Black n White

Strawberry Mousse


Italian Raibow


Red Velvet 



Zira yang tak banyak cakap tapi keja pantas dan cardassss....biasa aaaa...tokey kek...dah biasa buat kek banyak. Dia nak tambahkan lagi produk bakeri....berdaya usahawan betul anak dara nih...

Pulun dikkkkk....jangan tak pulunnnn.
Untuk Shima dan Zira....suksessss yeaaa....Tq sebab sudi berguru ngan saya