Oct 14, 2009

Coklat

Salam dan alooo untuk semua....sempena musim cuti sekolah tak lama lagi, mesti ramai yang nak kawen, terima menantu, tunang, merisik, nak sponsor sedara-sedara nak buat kenduri dan sebagainya...Apa kata kali ni try coklat pulak. Insyaallah saya akan buat kelas homemade chocolate tak lama lagi, tapi sesapa yang rasa macam leceh nak buat sendiri, order jer dari saya.

Saya start dengan pakej ekonomi dulu yea...

Ni packaging paling simple dan ekonomi- 2 biji coklat (berat 10 gm setiap biji) dengan kotak khas berserta riben. Harga: RM2.40 satu set. Order minimum - 50 bekas.

Empat biji coklat (10 grm stiap biji) diisi dalam bekas coklat dan diikat riben. Harga: RM5.50

Saya juga ada packaging special untuk gift. Bleh bagi kat orang tersayang. Yang ni order satu pun bleh.


Ada 16 biji coklat. Diisi dalam kotak tin dan diikat riben. Harga RM35


Yang kat bawah ni lagi banyak isi. Ada 21 biji coklat. Harga RM35. Tapi packging dia kotak. Yang kat atas tu tin dengan window.


Oct 13, 2009

KEK CARROT N CUPCAKE

Salam dan aloo untuk semua...hari ni n semalam siapkan kek carrot walnut dengan topping cream cheese dan cupcake untuk customer. Kek carrot untuk regular customer - Yogesh. Yogesh ni adalah antara pelanggan tetap saya. Setiap kali birthday dia, anak-anak, husband  n mak dia, Yogesh mesti call saya untuk order kek carrot. Dia kata kek carrot saya memang favourite kat rumah n di kalangan kawan-kawan dia. Yang best lagi, Yogesh ni siap recomend kek ni untuk kawan-kawan dia yang pastu jadi regular customer saya...TQVM untuk Yogesh...



Kek carrot 1/5 kg (RM35).Satu lagi saiz 1 1/2 kg - RM55 Yang kat belakang tu tak siap boh cream cheese lagi...

O.k, ni plak order dari Aina. Cupcake untuk anak dia, Danial (3 tahun). Aina nak gambar clown. Yang gambar rama-rama tu plak order dari Siti untuk anak dara kecik dia (Lia). Yang biru putih plak hantaran Saiful dari Tampin untuk tunang di Kuala Pilah. Saiful nak cupcake fondant.


Cupcake untuk Danial (RM58 untuk 25pcs)            Ni untuk Lia (RM55 untuk 25 pcs)






Yang ni dari Saiful untuk tunang tersayang....
(RM2.50 satu - minimum order 12 pcs)

Oct 9, 2009

Kotak cupcake n Kotak Chocolate

Salam dan alooo....

Ni just nak tanya sapa-sapa yang berminat nak beli kotak-kotak untuk cupcake n coklat. Kalau nak order banyak kena order lebih awal. Kalau setakat nak satu dua, memang dah ada ready stock.


Kotak khas untuk cupcake (25 pcs). Senang kalau boh cupcake dalam kotak ni terutamanya yang dah dihias. Kalau nak bawak tak yah risau krim comot. N kalau nak bagi hadiah atau buat cupcake untuk hantaran, bleh terus hias kotak ngan riben.
Rega: RM2.80 satu



Kepada pengusaha-pengusaha chocolate homemade, ni kotak yang sesuai untuk u all. Bleh isi 35 chocolate. Selain chcolate, anda bleh gak isi cupcake comel (yang saiz papercupnya yang paling kecil - yang kita guna untuk buat almond london tu)
Rega: RM5.80 satu



Ni pun kotak chocolate. Bleh isi 15biji chocolate. Kotak ni macam kotak mancis.
Rega: RM2.50 satu 


Yang ni pun kotak chocolate
Rega: RM1.60 untuk isi 4 biji chocolate
RM2.40 untuk isi 9 biji chocolate

Sapa yang berminat, bleh call atau datang terus ke kedai saya di Seremban 2.

Shooting untuk majalah SAJI

Salam dan aloo untuk semua. Hari ni buat shooting gambar kek dan cupcake untuk majalah SAJI terbitan Kumpulan Utusan. Ni untuk keluaran Disember 2009. Reporter SAJI - Aishah n Along bagi tau tema SAJI untuk bulan Disember ni berkaitan ngan kek sebagai penyeri majlis. So saya sediakan contoh-contoh cupcake dan kek yang berkaitan. Ni antara gambar-gambar aksi photographer - Shefry masa dok ambik gambar-gambar cupcake n cupcake tu.



Sheffry tengah fokus gambar cupcake


Ni Along tengah pegang cermin untuk refleks cahaya. Nak bagi gambar kek nampak lebih cantik dan real. Shefry plak dok adjust lighting sebelum shoot.



Ni camera canggih Sheffry yang reganya puluhan ribu ringgit. Patutlah gambar cantik Nak bandingkan ngan camera saya yang sesuka hati tukar colour cake saya tu macam langit ngan bumi laa...hehehhe. Dan yang macam lampu tido tu...errrrr rasanya untuk lighting.

 Susah rupanya nak ambik gambar-gambar makanan untuk majalah ni. Macam nak ambik gambar untuk model gak. Sebelum diambil gambar kena make-up n  touch-up dulu bagi makanan nampak cantik n mengiurkan. Pastu baru shoot. Lip lap lip lap...Untuk satu-satu cupcake n cake bukan satu jer gambar, tapi banyak. Pastu nanti dia orang akan pilih yang terbaik.

Selain gambar-gambar kek, saya juga tunjukkan step by step macam mana nak hias cupcake yang mudah-mudah. So, sesapa yang nak dapatkan maklumat asas mengenai cara hias cupcake, jangan lupa dapatkan SAJI bulan Disember.

Sebelum dia orang balik, saya hadiahkan cupcake comel ni untuk Aishah, Along n Shefry.



Oct 8, 2009

BUAH TANGAN KENDURI KAWEN... n Kek kawen Suhana



Salam dan aloo untuk semua....mintak maap banyak-banyak sebab tak sempat lagi nak buat kelas. Ujung minggu jerr mesti ada open house. Ramai yang dah book untuk kelas cupcake decoration yang saya iklankan minggu lepas. Kepada yang dok tunggu kelas cupcake saya, sabar yeaa...insyallah, minggu depan saya cuba selitkan.

Ok, hari ni selain buat persiapan shooting  cupcake untuk majalah SAJI, saya juga buat sampel door gift/cenderahati untuk kenduri kawen. Semua guna cupcake kosong tanpa krim. Kiranya ni untuk mereka-mereka yang berminat nak order banyak-banyak tetamu yang ramai. Saya start dengan yang paling ekonomi. Cupcake saiz 8 dalam bekas dadih.

Perasa-perasa cupcake: Vanila, Chocolate, Orange, Strawberry, Coffee
Boleh campur 2 perasa

PAKEJ EKONOMI
A)



Order minimum: 100 bekas
Harga: 60 sen untuk order bawah 500 pcs
50 sen untuk order lebih 500 pcs
(kalau nak cupcake saja/tanpa bekas - 30 sen satu)


B)


Cupcake dalam bekas shouffles (saiz 2.5oz) dibalut dengan plastik dan diikat riben
Order minimum - 100 pcs
Harga: 90sen untuk order bawah 500
80sen untuk order lebih 500
(Jika nak cupcake saja - 70 sen satu. Minimum order 100 pcs)

C)




Cupcake (saiz papercup 8) diisi dalam plastic cup berwarna menarik, dibungkus dengan plastik dan diikat riben
Order minimum: 100 pcs
Harga:RM1.30 untuk order kurang 500
RM1.20 untuk order lebih 500

D)


Cupcake comel berwarna warni (dalam bekas paper cup saiz plaing kecil - yang digunakan untuk buat almond London) dan diisi dalam bekas dadih. Setiap set ada 3 cupcake mini.
Order Minimum - 100 bekas
Harga: 70sen untuk order bawah 500 pcs
60 sen untuk oerder lebih 500 pcs
(jika nak cupcake sahaja - sebiji - 20 sen. Order minimum 200 biji)



PAKEJ EKSKLUSIF
A)


 3Cupcake mini (saiz papercup almond london) diisi dalam kotak khas (dengan cover plastic) dan diikat dengan riben
Minimum order - 100 pcs
Harga: RM1.80 untuk order bawah 500pcs
RM1.60 untuk order lebih 500 pcs

B)


4 biji cupcake comel (saiz papercup almond london) diisi dalam kotak khas (dengan cover plastic) dan diikat riben
Minimum order - 100 pcs
Harga: RM2.50 untuk order kurang 500 pcs
RM2.30 untuk order lebih 500 pcs

C)



12 biji cupcake comel (saiz papercup almond london) diisi dalam kotak (dengan plastic cover) dan diikan riben
Minimum order 50 pcs
Harga: RM3.80 untuk order kurang 500 pcs
RM3.60 untuk order lebih 500 pcs




.
Kepada sesapa yang berminat nak order, bleh call saya, Zalina (019 282 0053). Nak datang kedai tengok contoh yang betul pun ada. Silalah, sila....(tapi call saya dulu sebelum datang yea....takut tak dak kat kedai plak...)

_______________________________________________________________________________

Ni plak kek kawen Suhana. Suhana ada order kek untuk majlis pertunangan dia tahun lepas. Suhana nak kek butter vanila dengan icing soft fondant. Tema marroon/merah hati.





Hiasan ni belum detail lagi....yang atas tu dah siap...

Oct 2, 2009

Cupcake N kek Kawin Kak Kiah

Salam dan aloo untuk semua...

Hari ni, selain buat seribu cupcake untuk Makcik Badariah (yang ni den lupo nak ambik gambar), saya juga pulun buat cupcake Haliza (untuk hadiah kat kawan dia) n kek kawen Kak Kiah @ Siti. Untuk Kak Kiah @ Siti, cepat-cepat sembuh yea...Kak Kiah ni pagi-pagi tadi dah call saya bagi tau yang dia tak dapat ambik kek sebab dia masuk wad. So dia wakilkan suami dia.


Kek kawen steamed buttercream untuk anak sedara Kak Kiah @ Siti di Tampin. Tema rona kuning.




Cupcake tema lavender n kuning (saya boring sket ngan camera saya ni. Dia sesuka hati jer tukar warna jadi lain.)

Sapa nak joint kelas Advance Hias Cupcake...?

Salam dan alooo untuk semua...

Hari ni saya nak tanya (eheheh).....ada tak yang berminat nak joint kelas advance menghias cupcake. Dengar advance mesti ada antara u all yang rasa tak layak sebab tak dak asas langsung. Jangan bimbang dan jangan panik. Bawak bertenang yea....

Saja jerr saya sebut advance tu. Nak bagi gerun sket...hehehhe...Tapi sebenornya, ni adalah kelas advance yang senang. Sapa-sapa yang tak dak asas pun bleh buat. Lebih senang daripada teknik sapu krim guna pisau sapu butter yang biasa anda guna tu. Dengan teknik baru ni (guna kaedah steamed buttercream), saya akan ajar cara betul macam mana nak hasilkan base yang licin, berkilat n nampak macam fondant macam gambar kat bawah ni.....


licin kan....?

Lepas tu, kita boleh hias cupcake kita yang licin dan cantik ni dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti kita. Antaranya adalah seperti  menggunakan bunga-bunga sugarpaste seperti berikut:



Tapiiii....mana aci kan....pakai bunga yang dah siap. (tapi sebenornya, tu la cara yang paling mudah, yea dakk...). Ok, tak pa, selain saya tunjukkan beberapa contoh hiasan guna bunga sugarpaste beli ni, saya juga akan ajar anda bagaimana buat bunga yang senang-senang daripada fondant. (yang susah-susah kena la masuk kelas buat bunga plak....hehheeh) Ni cara express buat bunga guna fondant jer, tak yah guna sugar paste. Tapi dengan guna bunga-bunga ni pun anda dah bleh hias cupcake anda yang licin tu sampai nampak eksklusif macam gambar kat bawah ni...Pecaya tak, semua bunga ni saya buat sendiri jer guna icing fondant.


Untuk buat bunga-bungan ni apa yang anda perlukan ialah alat-alat di bawah ni - flower cutter. Tapi jangan panik dan bawak bertenang, sapa yang joint kelas advance ni saya bagi FREE . Serius...saya tak buat lawak.


Flower cutter ni free untuk anda yang joint kelas saya....betoi, saya tak tipu...tak baik tipu dalam bulan Syawal ni....(hehhehe)

O.k, selain saya ajar buat bunga sempoi tu, saya juga akan perturunkan ilmu saya yang tak seberapa ni macam mana nak buat hiasan renda macam kat bawah ni...



Pastu saya ajar macam mana nak hasilkan hiasan -hiasan yang halus macam ni guna piping beg yang kita buat sendiri. Kalau guna plastik, tak bleh halus.


Ok rega untuk kelas advance  yang sangat sesuai untuk anda yang sangat berminat dengan hiasan cupcake ni ialah RM180 seorang.

Anda hanya perlu membawa apron dan kain lap (kain buruk laaa....) sahaja. Semua peralatan lain saya akan sediakan. Ok. saya ulang sekali lagi apa yang u all akan pelajari dan dapat dalam kelas ni (praktikal sepenuhnya):

i. Resepi vanila cupcake (saya hanya berikan resepi - tapi jangan risau, resepi saya mesti jadi punya)
ii. Resepi buttercream
iii. Cara menghasilkan permukaan cupcake yang licin dan berkilat n nampak macam fondant. Saya tunjuk, pastu u all kena buat sendiri. Buat sampai jadi. Sapa yang tak bleh buat, saya denda mop lantai...(hehehe....lawak jer).
iv. Resepi fondant
v. Flower cutter
vi. 16 biji cupcake untuk dihias
vii. Cara membuat piping beg daripada kertas
viii. Cara menghias dan bagaimana menghasilkan hasil yang halus mulus

Kelas terhad kepada 7 orang pelajar sahaja. Sapa yang berminat boleh sms/call saya - 019 282 0053 atau emel saya - bzeebakery@gmail.com untuk saya arrangekan kelas. Sesapa yang dah ada kengkawan lagi best....kita boleh belajar sambil bergumbira...heheheh

Sep 30, 2009

KISAH WAJIK TAKEK MAK LONG DAN CUPCAKE EKSKLUSIF

Salam dan aloo untuk semua....selamat hari raya skali lagi. Best aaak raya....? Saya mcam biasa balik kampung kat Kangar, Perlis. Pagi raya ke 2 baru balik. Raya pertama kat kampung suami di Kampung Tengah, Kuala Pilah. Part yang paling best tengok Mak Long buat wajik `takek'. Memang bunyik macam lawak, tapi cousin saya Ima yang paksa Mak Long buat wajik takek ni sebab dia memang teringin nak makan wajik takek maklong ni. So, dia orang pakat gotong royong ramai-ramai kacau wajik tu. Start kacau rasanya pukul 2 ptang raya pertama tu...(confirm keja gilo....). Saya tolong tengok jerr sebab masa tu pakai baju raya ngan kasut tinggi. Takut tergelincir masuk dalam kawah plak karang.....hehhehehe.

Susah nak ambik resepi dari Mak Long ni. Biasalah resepi orang lama-lama ni. Mana dia ada sukatan. Main boh saja n agak-agak. Tu yang den lomah sket....hehhehe... Barang-barang dia senang saja - pulut (kukus dulu), santan dan gula (gula enau ngan gula biasa).

Mula-mula kacau santan n gula sampai pekat. Lama ngacau ni. Tapi disebabkan ada cousin saya Ima yang mulut riuh macam murai cabut ekor  tu, terhibur gak laa... Kalau tak, jenuh ngantuk. Untuk menghilangkan boring dan disebabkan masing-masing dah tak sabar nak makan, masa santan n gula enau ni dah pekat, masing-masing dah cedok sorang sepiring. Cicah ngan roti bengali....fuhhh....sodap gila.

Masa kacau santan n gula ni, api kena jaga, jangan kuat sangat, nanti pati santan melimpah keluar, so wajik jadi tak lemak. Pas dah pekat baru masuk pulut kukus. Kacau lagi sampai pekat.

Wajik atau orang kampung saya panggil pulut kacau ni memang antara favourite saya. Tapi saya tak berapa brani makan wajik takek Mak Long ni sebab manis sangat. Dia orang panggil wajik takek sebab bila  dah sejuk, wajik ni akan jadi keras n kepala (bahagian atasnya) akan bergula. So, kalau nak makan, kena takek la sebab keras.

O.k, tu kisah wajik takek, crita-crita lain mcam biasa la. Saya last buat hamper dan delivery Khamis (17 Septemper). Hari Jumaat plak pulun buat tempahan order kek raya. Yang paling banyak order - kek carrot walnut, kek chocolate n Japanese Cotton Cheese Cake. Sorry, masa tu dah tak larat nak ambik gambar. Dah letih sangat. Tambah meletihkan lagi, baju raya tak beli lagi. Dah terbayang-bayang baju raya tahun lepas...Tapi nasib baik husband understanding. Dia kesian kot kat wife dia yang tak dak baju raya ni..So, Sabtu tu, kami berdua ke KL. Punya la best - jalan clear. Tak dak jam. Kalau macam ni, tahun depan rasanya kena shopping sehari sebelum raya. Pusing punya pusing, dapat la 1 baju kurung. Cukup la. Janji ada.

Ni kira baru lepas rehat puas-puas. Hari ni baru start pegi kedai sebab ada tempahan dari customer. Antaranya ialah cupcake untuk hantaran dan satu lagi buat 2 sampel packaging eklusif cupcake untuk customer. Dia nak untuk meja pengantin.





Ni antara contoh cupcake eklusif untuk meja pengantin. Cupcake dengan hiasan bunga fondant diisi dalam bekas cupcake eksklusif transparent (berserta riben mengikut tema colour pengantin). Harga setiap satu RM9setiap satu. Minimum order mestilah 12 pcs (RM108). Kalau order  2 dozen  (24 pcs) atau lebih - RM8.50 setiap satu.

Sapa yang berminat untuk beli bekas saja pun saya jual. Satu RM3.80. Minimum order mestilah 2 dozen (24pcs).

Ni plak cupcake untuk hantaran. Satu set ni ada 25 pcs RM55. Chocolate cupcake dengan steambuttercream dan hiasan bunga sugar paste. So, sesapa yang berminat nak tempah untuk kawen ker, tunang ker atau saja-saja nak makan bleh order dari saya.





Ok, untuk kelas, insyallah kalau tak dak aral melintang, saya akan mula balik next weekend. Nanti saya buat jadual baru. Rajin-rajinlah check jadual yea....bye....