Nov 16, 2011

Kelas DIY Kak Mar yang diselit oleh Ida....

Asskm dan alooo untuk semua....Hari ni kelas DIY ngan Kak Marziah. Orang Ampangan, Seremban. Asalnya dia DIY sorang jer. Pastu tetiba cousin dia, Ida dari PD plak nak join sekali. Ida blajar apa yang Kak Marziah blajar  - Opera, Strawberry Mousse dan Italian Raibow.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Masing-masing buat kek masing-masing dan wak balik kek masing-masing dan masing-masing gembira ngan kek masing-masing (ahakssss...banyaknya masing-masing....hehheehhe).

Ni gambar-gambar sekitar class tadi...

Kak Marziah (kiri) dan Ida ngan kek masing-masing....malam ni kenduri kek yea...

Italian Rainbow

Opera - suka tengok opera dua-dua sepupu neh....kemas

Strawberry Mousse yang rasanya macam aiskrim....  

Untuk Kak Marziah dan Ida - tq yea sudi mai blajaq ngan saya dan semoga sukses buat kek ni kat rumah. Buat, jangan tak buat...nanti lupa...

BerDIY ngan Kak Aida Shibuya, Tokyo

Assmkm dan alooo untuk semua...Kak Aida dari Nilai yang ikut somi dia keja di Shibuya, Tokyo tengah cuti sebulan la ni. So alang-alang dia tengah bercuti ni, dia mai blajaq ... kek ngan saya - Strawberry Mousse, Chocolate Indulgence, Tiramisu, Red Velvet, Italian Rainbow n Japanese Cotton Cheesecake . 

Kak Aida ni memang dah biasa sangat baking. Kat Tokyo memang tak larat tepis order. Class pun dia buat untuk kengkawan-kengkawan dari Malaysia yang berminat.

So ni  kira nak menambahkan koleksi resepi untuk diperkenalkan pada customer di Tokyo. Alhamdulillahhhh....jauh perjalanan resepi kek-kek saya neh..hehhehhehe...Jom layan gambar-gambar kek dalam kelas semalam...


Strawberry Mousse


Chocolate Indulgence

Italian Rainbow

Red Velvet

Tiramisu

Japanese Cotton

Kak Aida ngan barisan kek yang dia buat hari neh....    

Kak Aida - tengkiu sebab sudi mai blajaq ngan saya. Nanti free jom p makan kat kedai Kak Ani di Nilai...teringat masak lomak cili api Kak Ani yang malatop tuh...

Nov 15, 2011

DIY - SELIT

Asskm dan alooo untuk semua...

Saya nak buat pengumuman sket mengenai kelas menyelit:

Saya dah terima banyak sms dan emel yang mengeluh sebab kena tunggu lama sangat untuk kelas DIY . Sekarang jangka masa beratur - mimimum 3 bulan.  SO...untk mengurangkan masalah kesesakan dan beratur panjang ni, saya nak bagi peluang menyelit ni pada sapa yang berminat.

CARANYA seperti berikut:
1. Setiap minggu saya akan senaraikan apa yang student DIY (yang dah book date lebih awal)  nak blajar. Tapi hanya untuk student yang ambik maksimum 5 resepi satu kelas sahaja.Yang lebih, saya tak senaraikan.

2. Dari situ, anda semua bleh pilih mana yang anda minat nak menyelit. TAPI dengan SYARAT - u all tak boleh nak tukar atau nak kurangkan apa yang student asal nak blajar. KENA IKUT dia sebijik, sebijik. Kalau tetiba dia mimpi nak tukar ke kek lain atau nak tambah kek yang dia nak blajar,  u all kena follow gak.

3. Kalau berminat - CALL saya terus - zalina  - 019 282 0053 untuk chup tempat. Maksimum untuk kelas menyelit ni cuma 3 ORANG SAHAJA.



Ok, untuk minggu ni, 3 student yang boleh diselit kalau anda berminat ialah:

16 November (Rabu)  - MARZIAH MUSA

Dia akan belajar: (ada satu tempat jer lagi...dah ada sorang nak menyelit)
 1. Italian Rainbow
2. Opera
3. Strawberry Mousse Cake

17 November (Khamis) - AIMA

Dia akan belajar:
1. Italian Rainbow
2. Opera
3.Chocolate Indulgence
4. Snowy Peach
5. Black Forest Cheesecake


18 November (Jumaat) -  Zue Ahmad



Dia nak blajar:
1. marble choc loaf
2. straw slice kek
3. marble cheesecake
4. kek pisang
5. kek marble

Nov 14, 2011

Kelas DIY Berkumpulan Russian BW n Red Velvet

Asskm dan alooo untuk semua.... Awin, Su, Nisa, Mi, Farah n Lin jadi geng pertama yang join kelas DIY Berkumpulan buat kek. Dia orang blajar 2 jenis kek Bzee Bakery yang paling malatop - Russian Black n White dan Red Velvet.

Saya ada 3 mixer jer so, dua orang student kongsi bancuh kek masing-masing. Insyallah pas ni nak beli lagi 3 mixer. Supaya setiap student bleh  buat kek masing-masing. So bleh ramai buat DIY dalam masa sehari dan bleh kurangkan masa menunggu kelas DIY.

Student cuma kongsi bancuh jer, pas tu yang lain buat sendiri sampai jadi sebijik kek. Alhamdulillah masing-masing bleh buat kek dengan jayanya walaupun ada antara student yang tak dak basic dalam baking.

Dan, geng-geng ni, belum pun settle class DIY hari ni dah start pujuk saya untuk buat satu lagi DIY berkumpulan kat dia orang. Pujuk punya pujuk, akhirnya saya pun termakan pujuk. So, nxt DIY kelas group ni ialah pada 26 Disember neh. Dia orang blajar 3 lagi produk yang dah jadi ibu duit untuk ramai student saya iaitu - Carrot Walnut with cream cheese, Snowy Peach dan Cream Puff n Eclairs.

Dan satu lagi yang dia orang tambah ialah semestinya PAVLOVA....setelah saya `umpan' dia orang ..hehehhe..Bukan pa, kelas hari Sabtu hari tu kan blajar pavlova. So ada la dics lebih. Buah pun ada gak. So, saya buatkan pavlova tu sebab saya sendiri teringin nak makan. Saya bagi diaorang rasa, pastu semua nak balajar..hehhehehe....Mengena gak umpan saya....ahakssssssss....

Ok, jom tengok gambar sekitar class...
Class bermula - start ngan bake cake


Start melepa Russian BW

Red Velvet

Awin siap dulul RV dia


Sesi Penggambaran



Hasil yang memuaskan

Farah (yang pegang pavlova tu), Su, Nisa, Mi dan Awin. Lin terpaksa disorokkan atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri...


Sesi merasa pavlova - depa kata Pavlova saya sedap macam kat Restoran Serai...hehhehe...ni depa kata aaa...bukan saya kata....

Untuk semua....suksess yeaa...Insyallah jumpa lagi 26 Disember ni..

Nov 13, 2011

KELAS DEMO PAVLOVA, KEK KUKUS DAN AMERICAN CHOCOLATE

Asskm dan alooooo untuk semua....Alhamdulillah kelas sabtu lepas berlangsung ngan meriah dan penuh kemanisan. Pavlova ngan special vanila cream yang paling dinanti-nantikan. Selain berpeluang bawak balik pavlova, kesemua 37 student juga berpeluang rasa fresh pavlova yang saya buat dalam kelas. Masing-masing juling bijik mata.heeheheh

Urrmmmm, aaaaaaa, sedddapppnyaaaa, hadoihh tak tahan tengokkkk...dan pelbagai reaksi positif student pas rasa Pavlova....lawak pun ada gak kalau dengaq balik. Patut rakam balik sora-sora student neh.....hehhe. Selain Pavlova, kek buah kukus Anam Bulan dan kek American Chocolate pun tak ketinggalan mendapat perhatian lensa-lensa camera canggih student..hehehheh...

Tapi dalam kelas semalam, satu kek - Kek Chocolate Fudge saya batalkan demo pada saat-saat akhir. Sebabnya tak tau mana yang silap krim yang saya buat tak jadi...LEMBIK. Keknya gebu menawan, tapi resepi - FAILED sama sekali. Atas rasa tanggungjawab dan tak mau student rasa rugi datang class saya, maka saya pulangkan duit. So, saya cuma buat ajar 3 jer semalam. Tapi 2 biji kek yang saya dah buat siap-siap tu, saya potong dan agih-agihkan pada semua student. Yang paling best, semua student kata kek tu SEDAP...hehehhe....tq...lega...sib baik tak kena kutuk ngan student. Tak pa...kalau sedap, nanti balik cuba buat balik resepi free yang saya bagi tu. Insyallah jadi. Tak tau pasai pa krim dia buat perangai semalam...

Ni gambar-gambar sekitar class semalam.
Acara kemuncak - merasa pavlova - lihatlah reaksi masing-maing....hehhee

Shakinah - baker dari PD - bleh ambik gambaq ni buat iklan pavlova saya....heheh...sampai tak nampak lagi bijik mata hitam

Tengah merasa sorang sket...

Tinggal sket lagi..

Tokey-tokey kek  - Kak Nurul, Kak Ita Delights n Azimah

Shakinah lagi....

Tinggal sket lagi untuk student yang tengah sembahyang


Pavlova

American Chocolate

Kek Buah Kukus Anam Bulan

Sehiris Pavlova yang mengancam jiwa

Kek buah kukus

American Chocolate Cake






Barisan kek dan pavlova sebelum diagih-agihkan

Ni semua barisan student yang join class semalam....u allss rockkkk...















Tq untuk kesemuo 37 student batch pertama kelas Pavlova, Kek Buah Kukus Anam Bulan dan American Chocolate Cake semalam - Kak Jamaliah, Haridah, Murny, Norullhuda, Zainon, Rafeah, Fazila, Rabihah, Halina, Norazita, khairulnisa, Azwina, Shakinah, Muna, Nooreleya, Halimatusadiah, Nurhafizah, Nurhidayu, Rozita, Mazliara, Siti Norliza, Nurul Nadiyah, Azimah, Mariam, Norliyah, Nor Aziah, Latifah, Faiza, Azmah, Julia, Nooraslin, Azlili, Nur Elynda, Yim Sze Min, Siti Nora, Sapiyah dan Norli...
TQ untuk JULIA dari Melaka yang sponsor buah paling ngam ngan pavlova - MARQISA/PASSION FRUIT...jasamu ku kenang
 
Suksess untuk semua dan selamat membuat dan memasarkan Pavlova with vanila cream...

Nov 11, 2011

DIY ngan pelajar misteri lagi...hehhee

Assskm dan alooo untuk semua....hari ni sorang lagi pelajar misteri ambik kelas DIY. Identiti terpaksa dirahsiakan atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri..ahakssss...Dia ambik Russian Black n White, Snowy Peach, Carrot Walnut With Cream Cheese dan Cream Puff n Eclairs.

Belum ada cita-cita nak meniaga lagi. Just buat makan untuk anak-anak. Insyallah mana tau satu hari terbuka pintu hati nak berniaga. Mula-mula memang laaa buat untuk anak-anak dulu, pastu bagi sedara, pas tu kawan pastu lama-lama orang dah tau, bleh laa start jual sket-sket. Insyallahhh kalau kek sedap n berkualiti, mesti orang cari...

Ni gambar hasil produk masa kelas tadi...
Cream Puff

Eclairs

Carrot Walnut With Cream Cheese

Russian Black n White

Snowy Peach

Gambaq tangan saja....hehehhe...