Dec 18, 2012

DIY NGAN ZU N JU

Asskm dan alllooo untuk semua... Hari ni berDIY ngan Zu. Zu diselit Ju....Zu & Ju...nama yang senada plak...hhehehe...Zu pilih 3 kek - Double Indulgence, German Black Forest n Chocolate Walnut Torte. Satu lagi - Sardine Puff. Mula-mula Zu nak blajar salah satu daripada koleksi kek marble saya. Tapi masa dia datang kelas talam hari tu, dia rasa saya punya Sardine Puff. So dia sudah teringat-tringat sampai terbawak-bawak dalam mimpi akan kesedapanya..(hehhehe..sorry, dramatik skettt..) So, tanpa menoleh ke belakang lagi, maka Zu telah menukar kek marble tu kepaa Sardine Puff (hhehehhe...drama minggu ineh).

Alhamdulillah semua kerja berjaya diselesaikan pkul 5.30 ptg. Dua-dua dah ada basic buat kek. So tak lah kekok sangat. Jom kita tengok gamba-gambar kelas untuk hari ni...

Sardine Puff yang membuatkan Zu tido tak lena, mandi tak basah....(hehhe)

CHocolate Walnut Torte

German Black Forest

Double Indulgence

Zu (kiri) dan Ju (kanan)
TQ Zu n Ju..Balik rumah kena praktis buat tau...

KELAS LAST DURIAN CREPE 2012 YANG MALATOP....!!!

Asskm dan alooo untuk semuaa...Alhamdulillah, kelas terakhir saya untuk modul Durian Crepe, Japanese Crispy Cream Puff, Tiramisu Mille Crepe n Vanila Mille Crepe full house lagi. Kali ni bukan setakat full house, tapi dah cipta rekod baru - student paling ramai dalam kelas demo saya - 56 orang. Lebih 90 peratus adalah student-student baru. Harap anda semua tak serik untuk terus datang ke kelas saya.

Sebelum ni yang teramai - 53 orang - pun untuk modul DC gak. Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan semua. Saya sangat-sangat menghargainya.

Sebahagian daripada mereka yang join kelas Sabtu lepas

Kak Supiah n Kak Zie - student senior bergaya manja ngan DC

Japanese Crispy Cream Puff

French Vanilla Mille Crepe

Kulit DC yang halus mulu

DC

Tiramisu Mille Crepe

PERHATIANNN-PERHATIANN..

Assalamualaikummmm...

Adalah ini saya ingin memaklumkan bahawa tempat utk kelas demo sabtu ni (22 dis 2012) telah pun penuh dan saya memohon agar anda tidak membank in kan lagi  deposit.. bawak bersabar.. ada rezeki setiap kelas saya akan diulang lagi di masa hadapan.. terima kasih kerana memberi sokongan yg tidak terhenti kepada saya.. wassalamm..

Dec 15, 2012

DUA HARI BERDIY NGAN MEK KLATE'


 Asskm dan aloo untuk semua...Khamis n Jumaat kelmari saya berdiy ngan Hah n Hasniza. Kebetulan, dua-dua dari Kelantan.

Hah homebase. Rasanya ni dah kali ke 3 Hah datang blajar ngan saya. Sekarang makin rancak buat kelas-kelas yang dia dah blajar ngan saya. Alhamdulillah ada sambutan.

``Yang saya blajar hari ni dah ada orang mintak kelas kak...,'' kata Hah. Fuhhhhhh...dahsyat budak-budak ni. Berjiwa komersial sungguh. Tapi baguih gak laaa...dah pun balik modal datang kelas..kannn

Untuk kelas terbaru ni, Hah blajar Quiche, Chicken Pie, Chunky Prune, Portugese Egg Tart dan Classic Baked Cheese Cake.

Semalam, Jumaat plak saya berDIY ngan tokey kedai baking ingredients di Pengkalan Cepa - Hasnizan. Nama kedai dia - Rasa Berry Trading. Selain buat jual bahan-bahan bakery, kelas baking pun ada. So pada orang-orang kelantan yang nak blajar kek-kek saya yang Hasnizan dah blajar boleh call Hasnizan - 013 957 5788

Hasnizan blajar Chilled Oreo Cheese Cake, Chukny Prune, Pecan Heaven, Chocolate Walnut Torte, Crunchy Salted Caramel, Royal Caramel dan Double Indulgence

Jom layan gambar kelas:

Ni yang Hah blajaq:



Chicken Pie

Portugese Egg Tart

Quiche Lorraine

Chunky Prune

Classic Baked Cheese Cake
Ni plak yang Hasnizan blajaq - tujuh jenis kek semuanya...:

Chilled Oreo Cheesecake

Double Indulgence

Crunchy Salted Caramel

Chocolate Walnut Torte

Royal Caramel

Prune Cake

Pecan Heaven
Hasnizam

Dec 13, 2012

DIY 11 dan 12 Disember

 Asskum dan alooo untuk semua.... Selasa dan Rabu kelmarin mula buat kelas balik pas `bercuti' (bercuti la kononnyaaaa...) selama seminggu.

Intan Suhaina ambik DIY ngan saya. Nadiyah menyelit. Package yang diambil Double Indulgence, Pecan Heaven, Vanilla Mille Crepe, Crispy Cream Puff dan Durian Crepe.

12 Disember, giliran Ishamsinar. Fiza dari Segamat menyelit. Dia orang belajar package kek slice (4 jenis), Carrot Walnut dan Pavlova.

JOm layan gambaq-gambar kelas:





Japanese Crispy Cream Puff

DC

Vanilla Mille Crepe
Double Indulgence
Nadiyah

Intan - tuan tanah

 Kelas 12 Disember - Ishamsinar n Fiza
Pavlova

Carrot Walnut

Package kek slice - strawberry, chocolate, opera n fresh fruit

Ishamsinar (kiri) n Fiza

TQ untuk semua yang terus menyokong saya...

Dec 10, 2012

Sapa nak order DC - ambik Sabtu ni (15 Dis)...

Asskm dan alooo untuk semua...kembali berkerja setelah cuti seminggu. Hmmmmm...cuti kerrrr...? Tak cuti sebenaqnyaaaaa..Pelan awalnya memang la nak bercuti. Tapi adik bertuah - tokey Cuitcutecakes di Sungai Petani sudah buat leceyyyyy....

Patutnya seminggu cuti ni kami semua berYakyayyy di Seremban dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Tut tup hari Selasa dia dapat call dari orang Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang confirm nak dia buat kursus untuk 30 orang pada 11 sampai 14 Disember ni.

So, apa lagi...kena balik SP laa jawabnya untuk buat persediaan. Sbenaqnya bukan persediaan bahan mentah ka apa ka...tapi lebih kepada paper work. So, Khamis tu kami ambik flight balik dulu. Tinggal budak-budak kat Seremban ngan husband untuk dia orang teruskan projek cuti sekolah.

Saya ----------- hmmmmmmmm...di SP ngan adik bertuah ke hulu ke hilir buat persiapan kursus untuk terima 30 orang KDN...ENDAHHNNNYyaaaaaaaaaa...cuti ku. Punya la kalut, laksa pun sempat makan sekali. Tu pun masa turun kat Penang Airport. Lapaq sangat, jumpa laksa Penang..hmmmm apa lagiiii..tak lepas peluang. Sib baik sempat makan laksa masa tu...kalau tak, tak merasa laaa saya makan laksa kali neh....

Ok lah....petang kul 3 tadi baru sampai dari SP. Ngemas rumah yang ditinngalkan anak-anak menakan bujang macam nak patah pingganggggg...Tapi tak paaaa....yang penting depa semua sonok...enjoy...In syaa Allah ada rezeki bulan Feb ni nak cuti puas-puas.

Ok, back to work. Ni sempena kelas saya Sabtu 15 Disember ni  Durian Crepe dan yang seangkatan dengannya.

Seperti kelas-kelas sebelum ni, saya akan buat jualan untuk DURIAN CREPE ( DC sahaja - hat lain tak juai...kalau ada lebih dalam kelas baru juaiii). Sapa nak boleh order dari sekarang (yang bukan student pun boleh)

Details seperti di bawah:
 
 
Durian Crepe
Harga: RM10 untuk 1 pack yang ada 6 pcs

Tempat pick-up : Bzee Bakery, No 23, GF, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban

Masa pick-up: Antara pukul 2 - 6 petang
 
Kalau nak, bank in full payment ke dalam Maybank Acct Zalina Yahaya - 1122 500 16852
 
Pas bank in sms: Nama, jumlah bank in jumah pack
Contoh: ROSMAH, RM100 (10 pack)


Hanya yang dah buat payment dan sms saja dianggap confirm. 

Dec 2, 2012

Dua hari berDIY ngan Gee dari Brunei

Asskm dan alooo untuk semua....Kelmarin dan hari ni sepatutnya saya dah start cuti. Tapi Gee student yang pernah berDIY ngan saya sebelum ni merayu sangat-sangat untuk nak berDIY ngan saya. Dia tak sempat nak book date DIY masa saya bukak untuk bulan Disember lepas. Tengok-tengok dah penuh. Selepas mengambil kira kes Gee yang memang cuma cuti masa ni (Gee ni cikgu)..so saya pun setuju untuk  buat kelas DIY ngan dia.

Lagipun projek cuti saya ngan adik n anak-anak menakan bertuah hanya akan bermula Isnin. Selama dua hari ni, Gee belajar 14 jenis subjek semuanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memang saya kayuh betul-betul. Kiranya kalau kat hway tu macam bawa keta 140km/j lah...hehehe...

Tapi tak pa sebab Gee dah biasa ngan cara saya. Lagpun Gee ni memang dah biasa baking. Memang dia buat jual pun. Produk utama Gee - kek roll.


Selama dua hari bertapa ni, Gee belajar:
APPLE CRUMBLE CHEESE CAKE
CHILLED OREO CHEESE CAKE
JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
RED VELVET
CARROT WALNUT
CHUNKY PRUNE
TIRAMISU MILLE CREPE
SALTED CARAMEL BROWNIES
JAPANESE CRISPY CREAM PUFF
HARI KEDUA

DURIAN CREPE

ROYAL CARAMEL
CHOCOLATE WALNUT TORTE
SNOWY PEACH
HAZELNUT COFFE

Ok...jom kita tengok semua hasil yang Gee buat:
Semua dah siap....tugasan terakhir - mengerep

Sebahagian daripada kek-kek yang Gee buat

Chilled Oreo Cheese Cake

Tiramisu Mille Crepe

RV

Snowy Peach

Hazelnut Coffee

Chocolate Walnut Torte

Royal Caramel


Chunky Prune


Apple Crumble

Carrot Walnut

Salted Caramel Brownies


Japanese Cotton Cheese Cake

Japanese Crispy Cream Puff

Padat ngan keksss

dc
Untuk Gee...tqvm yeaa sebab terus bagi kepercayaan pada saya. Semoga Gee sukses dan terus sukses...ada rezeki kita jumpa lagi....